CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: the_killer

[Tempatan] Batu 'suci' pengikut Syiah dirampas

[Copy link]
Post time 17-10-2013 11:45 AM | Show all posts
karengkang posted on 16-10-2013 08:58 PM
nabi nikah dan cerai bukan sebab mutaah...kan ?
ada tak hadith yg menunjukkan yg nabi bermutaah ...
nabi nikah dan cerai bukan sebab mutaah...kan ?
ada tak hadith yg menunjukkan yg nabi bermutaah ?
hat tu yg aku tanya sebenarnya..
hat hadith2 yg hang letak tu, "pemahaman" org jea yg mengatakan peristiwa tu "seolah2" sama seperti mutaah..
kenapa nabi benarkan muta'ah pada masa dia masih ada? kenapa legal muta'ah ni pada mulanya?

muta'ah dari segi bahasa adalah kontrak. orang yang bermuta'ah ni ikut apa yang berlaku pada masa dahulu.

aku dah kata, hadith sunni yang larang muta'ah, puak syiah anggap tak buleh lawan ayat Al Quran dalam surah An-Nisa, jadi permintaan hang sudah semestinya tak buleh diberi.

apa yang aku dapat berikan adalah kejadian muta'ah memang berlaku pada masa nabi (dan nabi tak haramkan pada masa dia ada) dan kedua sunni dan syiah pada mulanya legalkan nikah muta'ah.

dan nabi juga pernah kawen kejap pastu cerai. ini bukan la pemahaman, ini adalah secara umum di mana orang pandang serong nikah muta'ah tapi depa lupa nabi jugak pernah kawen kejap pastu cerai.

aku rasa hang dah keliru bab nikah dengan bab hamba ni...
diharap hang tak pukul rata bab ni...
pasal ada org yg pikir, kalau wanita hamba Allah bagek izin utk ditala...
(dalam Quran byk surah yg halalkan menala wanita hamba)
apsal bab mutaah ni org persoalkan pulak...kat mana yg peliknya ? (kata mereka lah kan)
aku tak keliru, aku cuma kata dalam peraturan Allah ada perubahan..

sebagai contoh; dalam Talmud, Torah dan Bible; tak ada ayat explicitly mengharamkan perjudian tapi berbeza dengan Al Quran yang mengharamkan perjudian.. ada hukum Allah di mana pada mulanya adalah halal tapi pastu jadi haram..

contoh yang lain adalah makan babi, dalam Hebrew bible makan babi tu haram, dalam bible NT pun kata haram, dan dalam Al Quran pun kata haram.. jadi ada konsistensi dalam pengharaman makan babi ni.. so babi selamanya haram..

dalam kes nikah muta'ah; ia adalah isu kontroversi yang banyak orang punya pendapat masing-masing, aku sendiri bukanlah suka kepada nikah muta'ah tapi aku tidak pula menghalalkan / mengharamkan sebab pada akhirnya kita perlu tengok pada point-point yang depa bawa.

untuk lebih lanjut, buleh la tengok rujukan kat website ni.

http://www.answering-christianity.com/muta_no.htm

http://www.answering-christianity.com/muta_forbidden_with_shias.htm

apa yang aku nak terangkan di sini adalah banyak orang (sunni) kebanyakannya suka memfitnah sesuatu mazhab tanpa usul periksa.

Menala tawanan perang tu aku tak ada isu nak bincangkan, aku cuma nak katakan dari sudut morality sebab orang pandang nikah muta'ah dari segi morality bukan sebagai "panduan/pedoman" yang ada dalam agama.

sama seperti bagaimana orang bukan islam memandang serong dan tindakan kejam bila muslim menyembelih haiwan pada aidiladha.

sebelum kita pergi lebih jauh lagi dan lari dari tajuk..
aku rasa baik aku perjelaskan dulu secara ringkas bab wanita hamba ni...
sebelum islam diutus kepada nabi SAW, perhambaan ni mmg dah pun ada..
malah, sebelum kedatangan islam takde "situasi yg tertentu" yg boleh mengelakkan seseorang tu jadek hamba..
maknanya...sesiapa pun boleh dijadikan hamba samada diculik, dirampas dan sebagainya..
bila mai islam, baru lar islam bataskan...hamba yg dibolehkan hanyalah tawanan perang..
"perang" yg dirujuk dalam Quran tu adalah perang utk mempertahankan agama...
tak boleh "perang" disbbkan merebut kekayaan dunia atau perang disebabkan berebut takhta...
ATAU, kalau ader org jual hamba di pasaran gelap pastu hang beli..
hamba yg tu tak halal utk ditala lar...
got it ?
dalam bab hamba wanita, hanya TUANnya sahaja yg boleh/dihalalkan menala perempuan tersebut..
anak tuan ka, sepupu tuan ka, adik beradik tuan ka...tak boleh..nehiii..
jadi, kalau lar selepas wanita tu ditala oleh tuannya dan beliau mengandung..
kat situ baru lar hikmah sebenar penghalalan ni kita nampak...

ishkk nak cerita bab ni panjang beb..
waktu islam datang syariat yg dibawa tu, Allah turunkan satu persatu..
sama gak cam kes nikah...zaman sebelum nabi SAW takde limit brape ramai org boleh nikah...
hang nak nikah sampai 800 org sekaligus pun boleh (kalau larat)..
time nabi SAW jea barulah Allah kasi limit sampai 4..

mai puak2 pening, suka suki menambah itu ini...nak sesuaikan dengan nafsu buas depa see above. aku cuma bawa isu menala tawanan perang untuk comparison, bukan untuk diperbincangkan, cuma dari sudut morality-wise.

cuba hang cerita sikit apa rukun2 nikah mutaah ni..
sblm ni aku dah cerita perbezaan (dr apa yg aku tau)
mungkin aku salah, hang boleh betulkan...
http://en.wikipedia.org/wiki/Nikah_mut%E2%80%98ah#Similarities

kat sana ada perbezaan, persamaan tentang nikah muta'ah dan nikah biasa.

aku sangat menyokong kalau dialog2 sunni-syiah di malaysia ni dibuat..
seelok2nya buat live kat dalam TV...setiap hari pun takpe..
tapi, niat tu utk mencari kebenaran lar...bukan bertikam lidah sebab nak menang...
panggil pakar hadith sunni dan panggil pakar hadith syiah...
fight lar korang dengan segala fakta yg ada..
aku sebenarnya bukan la pro syiah atau pro sunni, aku cuma nampak isu ni sebagai "weakest point" untuk menyatukan ummat. hanya kerana beda pendapat, terus mengkafirkan / menyesatkan puak lain.

pada akhirnya, kita semua harus berpegang kepada Al Quran jugak dan junjungan kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2013 11:50 AM | Show all posts
tobby posted on 16-10-2013 02:05 PM
Minoriti ke jadah ribu2 atas jln sambut thaipusam syiah tiap tahun

Ahmadiyah ada 10 juta orang tak bising pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 03:29 PM | Show all posts
jazaa posted on 11-9-2013 12:23 AM
Pelik kan...
Belajar je lah agama betul2......nak ikut2 org tu pehal...
Aku pernah gak di ajak j ...

kenapa ko x report jabatan agama jer. dorang tu membahayakan lah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:42 PM | Show all posts
am. posted on 17-10-2013 11:45 AM
kenapa nabi benarkan muta'ah pada masa dia masih ada? kenapa legal muta'ah ni pada mulanya?

mut ...
kenapa nabi benarkan muta'ah pada masa dia masih ada? kenapa legal muta'ah ni pada mulanya?

muta'ah dari segi bahasa adalah kontrak. orang yang bermuta'ah ni ikut apa yang berlaku pada masa dahulu.

aku dah kata, hadith sunni yang larang muta'ah, puak syiah anggap tak buleh lawan ayat Al Quran dalam surah An-Nisa, jadi permintaan hang sudah semestinya tak buleh diberi.

pasal tu masa mula2 sekali aku komen aku cakap dah..
geng syiah mati hidup balik pun takkan terima hadith2 org sunni..
(ada hadith syiah yg sahih dalam kitab2 hadith org sunni sebenarnya)
(beratus2 perawi syiah yg hadith2 mereka Bukhari terima dan masukkan dlm kitab hadith beliau)
dan sampai kiamat lah geng syiah akan memaki hamun saidina Umar sebagai org yg bertanggungjawab mengharamkan mutaah..

kalau camtu, aku nak tanya...
adakah org syiah percaya pada hadith mereka sendiri ?
padahal ader hadith mutawatir (sila google apa makna mutawatir) yg melarang nikah mutaah ni...
bahkan saidina ali pun ada meriwayatkan hadith tersebut:

محمد بن يحيى عن أبي جعفر عن أبي الجوزاء عن الحسين بن علوان عن عمرو بن خالد عن زيد بن
علي عن آبائه عن علي عليهم السلام قال : ((حرم رسول الله صلى الله عليه وآله يوم خيبر لحوم الحمر
الأهلية ونكاح المتعة)). [Tahdziibul-Ahkaam  Ath-Thuusiy, 7/251].

Muhammad bin Yahya, dari Abu Ja’far dari Abul Jauza’ dari Husein bin Alwan dari Amr bin Khalid dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari kakeknya dari Ali ‘Alaihis salam bersabda: “Rasulullah mengharamkan pada perang Khaibar daging keledai jinak dan nikah mut’ah.” [Tahdziibul-Ahkaam  Ath-Thuusiy, 7/251].

Muhammad bin Yahyaa; menurut An-Najaasyiy (no. 946) ia seorang tsiqatun ‘ain.
Abu Ja’far, ia adalah Ahmad bin Muhammad bin ‘Iisaa; seorang yang tsiqah [lihat : Al-Mufiid fii Mu’jami Rijaalil-Hadiits, hal 690].
Abul-Jauzaa’, ia adalah Al-Munabbih bin ‘Abdillah At-Taimiy; seorang yang berpredikat shahiihul-hadiits [lihat : Al-Mufiid fii Mu’jami Rijaalil-Hadiits, hal 619].
Al-Husain bin ‘Ulwaan Al-Kalbiy; seorang ‘aamiy yang tsiqah [lihat : Al-Mufiid fii Mu’jami Rijaalil-Hadiits, hal. 173 dan Mu’jamu Rijaalil-Hadiits no. 3508].
‘Amru bin Khaalid Al-Waasithiy; seorang ‘aamiy yang tsiqah [lihat : Mu’jamu Rijaalil-Hadiits no. 8909].
Zaid bin ‘Aliy, maka ia termasuk imam dari kalangan Ahlul-Bait.

tau2 set2 syiah bley kata yg hadith ni dhoif...
(sila google apa itu tsiqah)
ada pulak yg kata hadith ni palsu..
dan alasan paling best, mereka kata bahawa saidini ali "sedang bertaqiyya" sewaktu meriwayatkan hadith nih..
jadi, mai mana perkataan hadith mutawatir tuh ??

kalau hadith palsu, buat apa dok bubuh lagi dalam kitab hadith "sebesar" itu ?
tukang riwayat hadith pulak yg kata hadith ni saidina ali sedang bertaqiyya..
(tukang riwayat: ath-Thuusiy itu sendiri)

sbb tu dari awal lagi aku takmo masuk bab hadith...
hadith mereka sendiri pun mereka bley kata camtu..apatah lagi hadith puak sunni..
anyway, taqiyya ataupun tidak...ini menunjukkan bahawa ayat itu mmg pernah diucapkan oleh saidina ali..

apa yang aku dapat berikan adalah kejadian muta'ah memang berlaku pada masa nabi (dan nabi tak haramkan pada masa dia ada) dan kedua sunni dan syiah pada mulanya legalkan nikah muta'ah.

takde mana2 geng sunni yg kata mutaah tu tak berlaku zaman nabi..
even ada hadith yg mengatakan sahabat2 pun bermutaah..
cuma ada hadith2 yg menunjukkan nabi ada melarangnya..malah nabi melarangnya sampai kiamat pun ader hadithnya..
mungkin, pada penilaian syiah yg geng2 sunni ni keliru..
sbb terlalu byk sangat peristiwa yg diriwayatkan nabi larang, pastu benarkan, pastu larang balik, pastu benarkan..
maka, bagi mereka hadith nabi melarang ni jadi tak valid..
sbb pada andaian mereka, mana mungkin larang-benarkan ni berlaku berulang kali...
tu jea kes dia sebenarnya..

tambahan: Al-Quran tak pernah membatalkan mutaah..
so, aku terjumpa ayat ni...


وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ (٥) إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ (٦) فَمَنِ ابْتَغَى وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ (٧)

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
(Al-Mu'minun:5-7)


وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا وَآَتُوهُمْ مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي آَتَاكُمْ وَلَا تُكْرِهُوا فَتَيَاتِكُمْ عَلَى الْبِغَاءِ إِنْ أَرَدْنَ تَحَصُّنًا لِتَبْتَغُوا عَرَضَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَنْ يُكْرِهُّنَّ فَإِنَّ اللَّهَ مِنْ بَعْدِ إِكْرَاهِهِنَّ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;....................................... (An-Nur:33)


manakala, ini argument geng2 sunni tentang maksud perkataan "mutaah"..

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ إِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا فَتَعَالَيْنَ أُمَتِّعْكُنَّ وَأُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيلً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.(Al-Ahzab:28)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

]Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah “mut’ah” (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya (Al-Ahzab:49)

لَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِنْ طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنَّ أَوْ تَفْرِضُوا لَهُنَّ فَرِيضَةً وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدَرُهُ مَتَاعًا بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُحْسِنِينَ
Tidaklah kamu bersalah dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.(Al-Baqarah:236)

وَلِلْمُطَلَّقَاتِ مَتَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ
Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.(Al-Baqarah:24)

dan nabi juga pernah kawen kejap pastu cerai. ini bukan la pemahaman, ini adalah secara umum di mana orang pandang serong nikah muta'ah tapi depa lupa nabi jugak pernah kawen kejap pastu cerai.

sbb tu aku cakap, kawen sekejap lepas tu cerai tak membawa erti itu adalah nikah mutaah
(kalau mengikut hadith2 yg ko himpunkan sebelum ni lar kan)
ada jea org yg nikah cara 'biasa' dan bercerai dalam masa yg sangat singkat..
tapi tak bermakna mereka tu bermutaah...kan ?
masalahnya, geng syiah pun takde hadith yg benar2 authentic bahawa nabi SAW sendiri secara terang dan jelas bermutaah...

aku pun bukanlah penyokong/penentang mutaah..
cumanya, biarlah kita meneliti kes ni dengan berhati2..
dan cuba kita kaji keperluannya pada keperluan semasa..
sama cam kes hamba wanita yg ko cakapkan sebelum ni...
ayat tu (hamba wanita) pun valid sampai bila2..





Last edited by karengkang on 17-10-2013 10:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:58 PM | Show all posts
am. posted on 17-10-2013 11:45 AM
kenapa nabi benarkan muta'ah pada masa dia masih ada? kenapa legal muta'ah ni pada mulanya?

mut ...
apa yang aku nak terangkan di sini adalah banyak orang (sunni) kebanyakannya suka memfitnah sesuatu mazhab tanpa usul periksa.

fitnah ni tak kira mazhab...
geng sunni pun fitnah geng sunni.
geng sunni fitnah geng wahabi...
geng sunni suka share benda2 yg merapu pun byk..
cuma, jgn pukul rata lar..
mmg manusia yg bodoh ni ramai...
tak kira lar mazhab mana pun...

cuba hang click link ni..
mungkin hang lebih paham arab...
atau mungkin ada yg bley translatekan...
adakah betul dakwaan2 dalam blog ni..

http://elhijrah.blogspot.com/2012/01/fatawa-nikah-mutah-menurut-ulama-syiah.html#.Ul_rulA_tBF



Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:33 PM | Show all posts


Translation:


And the Shaykh of the sect (Al-Ta’efa/Shiism) says in his Tahtheeb:

And among the Hadiths (narrated) by our companions (Shia scholars/companions of the Imams) are so many disparities, contrast, contravening and contradictions that you will not find a single report that we agree upon which doesn’t have another that contradicts it, and not a single Hadith is safe from another which denies it. These (contradictions) are to such an extent that our opponents (the Muslims/Ahl Al-Sunnah) have used it as the biggest accusation/attack against our school and as a proof for the falsehood of our creed.

(Until he said): ‘… and this is why a number (of Shias) have left the true creed and amongst them are the likes of Abu Al-Hassan Al-Harouni Al-Alawi, who used to be on the true creed, upon the creed of Imamah (Imamate), but he turned away from it when confusion overtook him due to the issue of the contradicting Hadiths. So he left the school (of Shiism) and attached himself to another (school), as he could not grasp the different understanding (of our text) and this is an indication that the did not embraced it (Shiism) without insight, rather based on Taqleed.

komen Ath Thuusi sendiri berkenaan hadith2 syiah..
padahal dia sendiri adalah muhaddis besar mazhab syiah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2013 09:15 AM | Show all posts
karengkang posted on 17-10-2013 09:58 PM
fitnah ni tak kira mazhab...
geng sunni pun fitnah geng sunni.
geng sunni fitnah geng wahabi.. ...
fitnah ni tak kira mazhab...
geng sunni pun fitnah geng sunni.
geng sunni fitnah geng wahabi...
geng sunni suka share benda2 yg merapu pun byk..
cuma, jgn pukul rata lar..
mmg manusia yg bodoh ni ramai...
tak kira lar mazhab mana pun...
sapa yang kena tempias paling besar? wahabi, syiah

sunni always dalam zone selamat pasal sunni adalah majority.

cuba hang click link ni..
mungkin hang lebih paham arab...
atau mungkin ada yg bley translatekan...
adakah betul dakwaan2 dalam blog ni..

http://elhijrah.blogspot.com/201 ... h.html#.Ul_rulA_tBF

secara jujur, aku tak berapa gemar ikut fatwa imam, aku lebih suka rujuk hadith dan al quran directly sebab tu panduan kita bersama. since aku tak banyak masa nak buat explanation, aku sarankan hang rujuk kat sini di mana ada hadith dari sunni, syiah dan ayat-ayat al quran pasal nikah muta'ah

http://www.erfan.ir/54110.html
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 09:50 AM | Show all posts
karengkang posted on 17-10-2013 09:42 PM
pasal tu masa mula2 sekali aku komen aku cakap dah..
geng syiah mati hidup balik pun takkan ter ...
pasal tu masa mula2 sekali aku komen aku cakap dah..
geng syiah mati hidup balik pun takkan terima hadith2 org sunni..
(ada hadith syiah yg sahih dalam kitab2 hadith org sunni sebenarnya)
(beratus2 perawi syiah yg hadith2 mereka Bukhari terima dan masukkan dlm kitab hadith beliau)
dan sampai kiamat lah geng syiah akan memaki hamun saidina Umar sebagai org yg bertanggungjawab mengharamkan mutaah..
sorry tapi aku nampak geng syiah juga merujuk kepada hadith sunni. Geng yang memaki hamun sahabat nabi tu adalah golongan minority dan bukan perkara yang menjejaskan akidah.

kalau camtu, aku nak tanya...
adakah org syiah percaya pada hadith mereka sendiri ?
padahal ader hadith mutawatir (sila google apa makna mutawatir) yg melarang nikah mutaah ni...
bahkan saidina ali pun ada meriwayatkan hadith tersebut:
sebab tu la bukan semua syiah "menerima" dan menggunakan nikah muta'ah, in fact hanya syiah imamiyah majority pakai nikah muta'ah, jadi kenapa kita nak pukul semua syiah sama rata?

cuba hang baca refutation dari kaca mata syiah. terlalu panjang kalu aku nak elaborate. http://www.shiapen.com/comprehensive/mutah/the-argument-2.html

Muhammad bin Yahya, dari Abu Ja’far dari Abul Jauza’ dari Husein bin Alwan dari Amr bin Khalid dari Zaid bin Ali dari ayahnya dari kakeknya dari Ali ‘Alaihis salam bersabda: “Rasulullah mengharamkan pada perang Khaibar daging keledai jinak dan nikah mut’ah.” [Tahdziibul-Ahkaam  Ath-Thuusiy, 7/251].

Muhammad bin Yahyaa; menurut An-Najaasyiy (no. 946) ia seorang tsiqatun ‘ain.
Abu Ja’far, ia adalah Ahmad bin Muhammad bin ‘Iisaa; seorang yang tsiqah [lihat : Al-Mufiid fii Mu’jami Rijaalil-Hadiits, hal 690].
Abul-Jauzaa’, ia adalah Al-Munabbih bin ‘Abdillah At-Taimiy; seorang yang berpredikat shahiihul-hadiits [lihat : Al-Mufiid fii Mu’jami Rijaalil-Hadiits, hal 619].
Al-Husain bin ‘Ulwaan Al-Kalbiy; seorang ‘aamiy yang tsiqah [lihat : Al-Mufiid fii Mu’jami Rijaalil-Hadiits, hal. 173 dan Mu’jamu Rijaalil-Hadiits no. 3508].
‘Amru bin Khaalid Al-Waasithiy; seorang ‘aamiy yang tsiqah [lihat : Mu’jamu Rijaalil-Hadiits no. 8909].
Zaid bin ‘Aliy, maka ia termasuk imam dari kalangan Ahlul-Bait.

tau2 set2 syiah bley kata yg hadith ni dhoif...
(sila google apa itu tsiqah)
ada pulak yg kata hadith ni palsu..
dan alasan paling best, mereka kata bahawa saidini ali "sedang bertaqiyya" sewaktu meriwayatkan hadith nih..
jadi, mai mana perkataan hadith mutawatir tuh ??

sekadar tambahan kepada rujukan hang pengharaman nikah muta'ah dari perspektif syiah. http://mullaandmutah.weebly.com/imam-hassan-and-mutah.html

nampak tak point aku? ada orang syiah yang menentang nikah muta'ah (seperti sunni) dan ada orang yang menyokong nikah muta'ah, ini sahaja bukti yang cukup untuk menunjukkan ketelusan dalam ilmu.

BUT, sunni conclude SEMUA SYIAH menghalalkan nikah muta'ah.

kalau hadith palsu, buat apa dok bubuh lagi dalam kitab hadith "sebesar" itu ?
tukang riwayat hadith pulak yg kata hadith ni saidina ali sedang bertaqiyya..
(tukang riwayat: ath-Thuusiy itu sendiri)

sbb tu dari awal lagi aku takmo masuk bab hadith...
hadith mereka sendiri pun mereka bley kata camtu..apatah lagi hadith puak sunni..
anyway, taqiyya ataupun tidak...ini menunjukkan bahawa ayat itu mmg pernah diucapkan oleh saidina ali..
see above.

takde mana2 geng sunni yg kata mutaah tu tak berlaku zaman nabi..
even ada hadith yg mengatakan sahabat2 pun bermutaah..
cuma ada hadith2 yg menunjukkan nabi ada melarangnya..malah nabi melarangnya sampai kiamat pun ader hadithnya..
mungkin, pada penilaian syiah yg geng2 sunni ni keliru..
sbb terlalu byk sangat peristiwa yg diriwayatkan nabi larang, pastu benarkan, pastu larang balik, pastu benarkan..
maka, bagi mereka hadith nabi melarang ni jadi tak valid..
sbb pada andaian mereka, mana mungkin larang-benarkan ni berlaku berulang kali...
tu jea kes dia sebenarnya..
jadi sesetengah depa anggap lebih baik untuk tidak anggap haram pasal dalam kes arak, judi, makan babi etc nampak konsistensi yang berpanjangan.

sesuatu yang tidak konsisten, akan menjurus kepada kekeliruan. jadi sesetengah syiah ni kata hadith tak buleh surpass Al Quran. Malah dalam Hadith pun ada percanggahan antara satu sama lain.

Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
(Al-Mu'minun:5-7)
ayat ini tidak merujuk kepada nikah muta'ah, nikah tu bermakna dah taraf isteri.

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya;....................................... (An-Nur:33)
see above.

ok sekarang kita tengok argument sunni pasal muta'ah seperti yang hang lampirkan.

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.(Al-Ahzab:28)
muta'ah dari segi bahasa adalah kontrak, kontrak =/ sagu hati. hal ini sama juga dengan ayat-ayat lain yang hang lampirkan.

sbb tu aku cakap, kawen sekejap lepas tu cerai tak membawa erti itu adalah nikah mutaah
(kalau mengikut hadith2 yg ko himpunkan sebelum ni lar kan)
ada jea org yg nikah cara 'biasa' dan bercerai dalam masa yg sangat singkat..
tapi tak bermakna mereka tu bermutaah...kan ?
masalahnya, geng syiah pun takde hadith yg benar2 authentic bahawa nabi SAW sendiri secara terang dan jelas bermutaah...

orang menentang nikah muta'ah sebab ada 2 isu utama:

1. kahwin pastu cerai dalam jangka masa yang singkat
2. seks

itu je point sunni untuk katakan nikah muta'ah adalah tidak bermoral, tapi nabi sendiri pernah kahwin dan cerai dalam masa singkat dan nabi pernah melakukan seks.

itu point aku sebagai comparison jika hang nak hentam nikah muta'ah, hang kena hentam gak di mana nabi nikah pastu cerai dan melakukan seks.

aku tidak samakan nikah muta'ah dengan apa yang nabi buat, aku cuma membuat perbandingan.

contoh lain; out of context, rokok tu haram, jadi shisha pun haram pasal sama memudaratkan manusia. jadi kat sini aku membuat comparison rokok dan shisha.

bila hang kata takda hadith yang authentic bahawa nabi secara terang bernikah muta'ah, isu nya di sini kenapa nabi benarkan sesuatu yang dia sendiri tak buat? nampak tak? lagi sebagai comparison; takda hadith yang authentic kata rokok tu haram as per hadith dan/atau al quran. takda hadith / ayat al quran authentic tentang hukuman kepada homosexual.

aku pun bukanlah penyokong/penentang mutaah..
cumanya, biarlah kita meneliti kes ni dengan berhati2..
dan cuba kita kaji keperluannya pada keperluan semasa..
sama cam kes hamba wanita yg ko cakapkan sebelum ni...
ayat tu (hamba wanita) pun valid sampai bila2..
pasal hamba wanita tu aku cuma buat dari sudut comparison dari sudut morality sahaja.

bagi aku, kalu nak tahu lebih mendalam pasal islam, hang kena rujuk sumber sunni, syiah, wahabi malahan sumber anti-islam bagi menambah ilmu dan keimanan.

aku nak tahu apa argument depa ni semua, makin banyak aku tahu, makin banyak aku faham.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 05:31 PM | Show all posts
am. posted on 11-9-2013 11:09 AM
dari segi kebersihan secara saintifik, hang solat atas tanah, batu, sejadah, mud, clay semuanya ti ...

Eh. Stop the lies please. Jangan nak twist hadis Rasulullah SAW ikut suka hati just so that it would fit what has been practiced by Syiah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2013 05:41 PM | Show all posts
Islam sebenarnya mudah berpandukan Al Quran & hadith sahih. Rukun Iman dah terang2 dlm Surah Al Baqarah ayat 1-7. Dlm Al Quran disebut Allah swt itu Tuhan yg Esa (Surah Al Ikhlas) & Nabi Muhammad saw. merupakan pesuruh Allah yg terakhir & Al Quran sebuah kitab suci yg sempurna. Kalau nak ikut ajaran lain yg menyerupai Islam & guna label Islam mcm Syiah, make sure buka Al Quran & reconcile dgn Al Quran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 09:58 AM | Show all posts
pandora272 posted on 21-10-2013 05:31 PM
Eh. Stop the lies please. Jangan nak twist hadis Rasulullah SAW ikut suka hati just so that it wou ...

aku tak tipu. memang ada hadith suruh sujud atas tanah / mud / clay / natural things seperti mana yang dipraktikkan oleh syiah (tak semua lah).

But, takda hadith sujud atas sejadah dan batu seperti mana dipraktikkan oleh syiah dan sunni.

kalu hang nak hentam syiah sujud atas batu karbala, hang kena hentam sunni sujud atas sejadah.

itu je point aku.


Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 09:59 AM | Show all posts
Baiduri Othman posted on 21-10-2013 05:41 PM
Islam sebenarnya mudah berpandukan Al Quran & hadith sahih. Rukun Iman dah terang2 dlm Surah Al Baqa ...

syiah pun berpegang kepada Al Quran dan Nabi Muhammad. syiah adalah salah satu mazhab dalam islam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 02:49 PM | Show all posts
am. posted on 22-10-2013 09:58 AM
aku tak tipu. memang ada hadith suruh sujud atas tanah / mud / clay / natural things seperti mana  ...

Tapi Rasulullah SAW tak suruh pun buat tempat sujud daripada tanah karbala betul atau tidak?

ANYWAY :

Dikatakan bahawa solat berlapik itu adalah suatu sunnah yang dianjurkan kerana Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah bersolat di atas sehelai tikar sebagaimana yang diterangkan oleh isteri beliau - Maimunah radiallahu-anha: Beliau (Nabi) mengerjakan solat di atas sehelai tikar yang kecil yang dianyam dari pelepah-pelepah kurma (al-Khumrah).[4] Malah di dalam satu riwayat lain dari A'isyah radiallahu-anha, Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah meminta agar dibentangkan tikar untuk dia bersolat di atasnya.[5] Jikalau tiada tikar yang tersedia khas maka adakalanya beliau bersolat sahaja beralaskan pelepah kurma sepertimana terang Hudzaifah al-Yaman radiallahu-anhu: Satu malam di bulan Ramadhan (aku melihat) Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam solat dalam sebuah bilik yang berlantaikan pelepah kurma.[6]
Jikalau tiada sesuatu untuk dijadikan pelapik maka memadai di alas tempat sujud sahaja sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat dalam hadith berikut: Kami sering bersama Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam di waktu panas terik. Apabila seseorang di antara kami tidak kuat untuk merapatkan mukanya ke bumi (kerana tanah yang panas), dia menghamparkan kainnya lalu bersujud di atasnya.[7] Jikalau tiada langsung alat atau sesuatu untuk digunakan sebagai alas untuk bersolat maka dibolehkan solat terus di atas permukaan yang dipijaknya. Baginda Nabi sallallahu-alaihi-wasallam pernah solat di atas tanah sekalipun ia dalam keadaan becak dari kesan hujan sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Said al-Khudri radiallahu-anhu: Pada suatu malam hujan turun dengan lebat sehingga basah tempat solat Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam. Ketika berdiri dari solat subuhnya (iaitu selesai solat), aku melihat wajah beliau terkena kesan-kesan air dan tanah.[8]

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 02:53 PM | Show all posts
pandora272 posted on 23-10-2013 02:49 PM
Tapi Rasulullah SAW tak suruh pun buat tempat sujud daripada tanah karbala betul atau tidak?

A ...

betul. rasulullah tak suruh sembah batu karbala sama seperti rasulullah tak suruh sujud atas sejadah sekarang nih.

kalu kita nak ikut apa yang rasul praktikkan, sepatutnya kita sujud atas tikar pelepah kurma atau tanah
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 03:33 PM | Show all posts
am. posted on 22-10-2013 09:59 AM
syiah pun berpegang kepada Al Quran dan Nabi Muhammad. syiah adalah salah satu mazhab dalam islam. ...

Silap tu. Syiah memang berpandukan Al Quran tapi diaorg dah tambah isi kandungan Al Quran sana-sani. Mana ada org Islam sumpah-seranah sahabat2 Nabi Muhammad saw. Benci mcm mana pun tak pernah org Islam dimestikan sumpah-seranah spt bapa saudara Nabi Muhammad yg jahat tu. Syiah dah jauh sesat, syirik. Syiah guna gambar, patung, kubur dsbnya utk berdoa. Bertentangan dgn ajaran Islam sebenarnya. Rukun Iman mereka dah lari. Kita refer Surah Al Baqarah Ayat 1-7. Mereka refer mana pulak? Kan kita disuruh mengikut Al Quran & Sunnah.

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 03:57 PM | Show all posts
Baiduri Othman posted on 23-10-2013 03:33 PM
Silap tu. Syiah memang berpandukan Al Quran tapi diaorg dah tambah isi kandungan Al Quran sana-san ...

jika anda berguru dengan sunni, maka anda akan nampak keburukan syiah. jika anda nak mempelajari syiah, kena berguru dengan rujukan syiah dan imam syiah.

Al Quran sebenarnya pada zaman selepas kewafatan nabi pernah dibakar, malah sesama isteri nabi ada perbezaan tafsiran Al Quran. Jadi kita tiada asas untuk mengatakan syiah berpandukan Al Quran rekaan sahaja tanpa bukti yang nyata.

Syiah juga ada pecahan yang tertentu sebagaimana Sunni yang ada pecahan; jika syiah yang minority ini menghina / mengkritik sahabat nabi ia masih tidak menggugat akidah.

Ini sama konsep dengan Sunni di mana Imam Syafie dibunuh oleh puak-puak Sunni juga.

Selagi mereka berpegang kepada Allah dan Rasulullah, kita tak buleh kata depa ni sesat. Sebab tu kalu hang tengok Syiah ni masih buleh pergi Haji.

Sebagai mana hang kata syiah ni beza rukun iman, hang kena tau syiah yang mana satu, cuba tengok syiah imamiyah di bawah;

Main doctrines[edit]
Twelvers believe in the Five Pillars of Islam, as do Sunnis, but categorize them differently. Twelver beliefs include the following:
Principles of Faith (Usūl al-Dīn)
Tawhid (Oneness): The Oneness of God.
ʻAdālah (Justice): The Justice of God.
Nubuwwah (Prophethood): God has appointed perfect and infallible prophets and messengers to teach mankind the religion (that is, a perfect system of how to live in "peace" ("submission to God")).
Imāmah (Leadership): God has appointed specific leaders to lead and guide mankind — a prophet appoints a custodian of the religion before his demise.
Qiyāmah (The Day of Judgment): God will raise mankind for Judgment - the Day of Resurrection.

Sebab tu aku tak berani nak mengkafirkan / menyesatkan orang sebab aku bukan Tuhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 04:00 PM | Show all posts
Islam yg saya kenal cuma 1 saja. Have to go mow. Lain kali kita sambung lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 07:20 AM | Show all posts
am. posted on 23-10-2013 03:57 PM
jika anda berguru dengan sunni, maka anda akan nampak keburukan syiah. jika anda nak mempelajari s ...

Syiah yg sekarang ni dah jatuh hukum syirik. Tau apa itu syirik? Tau apa itu hukum syirik? Jgnlah merubah sesuka hati utk self-interest apa yg sudah jelas di dlm Al Quran. Kalau sudah sembahyang menggunakan patung, kubur imam2 maksum, gambar dsbnya, itu sudah jatuh syirik. Neraka jahanam tempat kekal buat selama2nya. Allah takkan mengampunkan perbuatan syirik. Utk mengetahui lebih tentang syirik sila baca http://ms.wikipedia.org/wiki/Syirik Penat2 saya google.

Beginilah senang cerita. Kalau nak mengenali Islam, kenalilah ajaran Islam yg sebenarnya melalui Al Quran & Sunnah Rasulullah. Bukan perbuatan pengikut2nya.

Last edited by Baiduri Othman on 30-10-2013 07:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 07:58 AM | Show all posts
mane batunya??????????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2013 08:05 AM | Show all posts
Yang ade dua titik kat dahi tu duk hempuk dahi pada batu suci tu gak ke?



Bentuk bibir penganut Syiah yang sepesyen sangat mengagumkan... buibirrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 04:53 PM GMT+8 , Processed in 1.175896 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list