|
sanaa1 posted on 15-3-2013 12:59 PM
Salam TJ2
Menanti entry terkini
Sooo sweettt
phewiiittt...
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 15-3-2013 02:35 PM
xde n3 lagi ke TJ???
jap lagi ye cik
|
|
|
|
|
|
|
|
x sabar menanti n3 dari TJ2...
|
|
|
|
|
|
|
|
n3 ari ni pndk skit.
xsempat sbb bos panggil miting tetiba.
ni pun cengkelat jap hihi... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab23
Bersandar di kerusi rehat sambil menikmati suasana petang yang damai cukup melegakan Delia yang kepenatan akibat memandu lama. Angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sesekali menyapa wajahnya. Dingin dan nyaman.
Jauh di hadapan ada laut yang sedang membiru, pasir yang memutih dan ditemani ombak yang beralun. Tampak sempurna dan indah. Subhanallah! Ucap Delia dalam hati. Dia bersyukur kerana berpeluang untuk menikmati keindahan ini.
Dari situ dia dapat lihat Dani dan Dania mengejar Ameer yang memegang layang-layang. Ketiga-tiga mereka sedang tertawa riang tanpa peduli dengan pengunjung pantai yang lain. Delia senyum. Jelas anak-anaknya amat menyayangi Ameer. Begitu juga sebaliknya.
Bunyi riuh rendah buatkan Delia berpaling ke kanan. Disitu ada teman-teman dari Akram sedang bermain bola tampar. Masing-masing berlagak seperti pemain professional hingga menimbulkan rasa lucu pada sesiapa sahaja yang menonton. Gaya je lebih. Padahal nak serve bola pun tak lepas! Hampeh!
Dan tawa Delia pecah kuat bila Hani jatuh tertonggeng dalam percubaannya untuk menyambut bola dari pihak lawan. Mujur jatuh atas rumput. Kalau atas simen, mau lebam lutut cik kak sorang tu!
Hani dilihat mengangkat tangan minta dikeluarkan. Delia sengih bila temannya itu menapak menghampirinya dengan muka yang merah. Peluh yang menitis diseka dengan tuala kecil yang disangkutkan di bahu.
“Tepi sikit.” Selamba Hani labuhkan punggungnya di hujung kaki Delia. Tuala kecil ditangan dikibas-kibas bagi menghilangkan rasa panas yang menguasai.
Last edited by TJ2 on 15-3-2013 04:26 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kan banyak kerusi lain tu.” Tuding Delia pada kerusi rehat yang terletak berhampiran. Hani hanya geleng sambil memicit betisnya yang terasa lenguh. Delia senyum. “Takkan dah penat kot? Baru main sekejap. Tu lah…aku ajak jogging masa hujung minggu, kau tak nak. Asyik tidur je.”
“Wei apa pula kaitan jogging dengan main bola tampar ni?”
“Memang takde kaitan tapi sekurang-kurangnya kau ada stamina. Takdelah pancit macam ni!”
Hani mencebik. Staminalah sangat!
“Eleh! Kau tu cakap je lebih. Padahal dari tadi landing baik dekat sini. Siap pejam-pejam mata. Kalau kau fit sangat, pergilah join diorang tu.”
Delia sengih dan terus peluk bahu Hani. Konon-konon manja!
“Aku bukan tak nak tapi kaki aku ni lenguh sangat. Penat drive. Bukan macam kau! Ada driver.”
“Alasan…” Bidas Hani pantas. Kepala Delia yang terletak elok di bahunya ditolak perlahan.Temannya itu hanya tersengih.
“Mana ada.” Sila diperkemaskan sebelum Delia menyambung bicara. “Wei! Kau ada hutang dengan aku kan?”
Laju Hani berpaling dengan dahi yang berkerut-kerut. Jenuh dia cuba untuk mengingati apa yang dia hutang pada Delia. Jumlah lagilah dia tak tahu! Hani garu kepala yang tiba-tiba terasa gatal. Jangan ada kutu sudah!
“Bila masa aku hutang kau?”
“Pagi tadi.”
Makin ligat Hani garu kepala yang terasa semakin gatal. Pagi tadi? Aku ada jumpa dia ke pagi tadi? Rasanya macam takde.
“Bila masa aku jumpa kau pagi tadi? Mana aku ada pergi Akram.”
“Sebab tak pergi Akram la, kau hutang aku!”
Delia mahu tertawa melihat reaksi tidak faham Hani. Berkerut-kerut sambil menggaru kepala. Entah apa yang gatal sangat pun, Delia tak tahu.
“Aku tak faham la, beb.”
“Ah! Kau memang kan…”
Last edited by TJ2 on 15-3-2013 04:28 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Lengan Hani diketip kuat. Sungguh dia geram bila Hani suka-suka mengatur janji dengan Hedzry. Andai bukan Hezdry pun, dia tetap rasa tidak puas hati.
“Apa cubit-cubit ni, beb? Sakitlah.” Hani sudah terseringai menahan sakit bila lengannya dicubit. Pantas dia gosok lengannya yang terasa pedih.
“Ni sebab kau pandai-pandai jumpakan aku dengan Hedzry!”
“Kau ni tak sporting, kan?” Hani mencebik dan masih menggosok lengannya. “Lagi pundia yang nak jumpa kau. Kawan lama katanya.”
Kawan lama? Apakah lelaki itu layak digelar sebagai kawan? Andai Hani tahu apa yang pernah berlaku di Sydney dulu, masih tegakah temannya ini untuk menemukan dia dengan Hedzry?
“Bukan kawan but I used to know him before.”
“Maksud kau?”
Delia senyum. Tak perlu rasanya untuk dia bercerita kerana semuanya akan saling berkait. Leceh dan rumit! Cukuplah Hani tahu Hedzry dan dia memang tidak pernah berkawan walaupun saling mengenali.
“Dia bukan kawan aku. Lepas ni kalau dia nak jumpa akulagi, kau pandai-pandailah buat cerita. Tak kisahlah nak kata aku dah resignke, dah pindah keatau…Ah! Whatever as long as he trust it.”
Cukup-cukuplah dia bertemu dengan Hedzry. Semuanya menyeramkan. Sekali di shopping complex dan dia berjaya melepaskan diri bila Dani merengek mahu balik. Pagi tadi sekali lagi dia bertemu Hedzry. Mujur Dzariff muncul tepat pada waktunya dan dia mampu meninggalkan Hedzry tanpa sebarang bantahan.
“Tak fahamlah aku…”
“Takpe. Cukup sekadar kau tau aku tak nak jumpa lelaki tu lagi!”
Mahu tak mahu Hani terpaksa angguk. Dia pasti Delia serius kerana temannya ini tidak kelihatan seperti bergurau atau berpura-pura. Nak tanya lebih-lebih rasa macam tak berani!
“Tapi…Hedzry tu handsome kan?”
Aduyai! Tak habis lagi topik pasal handsome ke? Pagi tadi Ameer, ni Hani pula. Apa yang best sangat pasal handsome pun, dia tak pasti. Bukan boleh kenyangkan perut pun!
“Kau pergilah mengorat dia.”
“Nak mampus? Lagipun mana aku nak campak si Zamri tu?”
Last edited by TJ2 on 15-3-2013 04:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bibir dijuihkan menghala kepada seorang lelaki berbaju hijau yang sedang berlari-lari mengejar bola. Hani senyum. Kacak-kacak Hedzry, kacak lagi Zamri!
“Passlah kat aku…”
Pantas Delia tertawa bila penumbuk disuakan tepat pada wajahnya. Hani memandang dengan mata yang sengaja dibulatkan. Dah macam mata burung hantu! Tawa Delia makin besar. Lucu dengan mimik muka Hani.
“Gatal. Cakap kat boyfriendkau tau la.”
“Cakaplah…”
“Nanti aku cakap.” Balas Hani dan tiba-tiba gadis itu kerutkan dahi. “Tapi siapa boyfriend kau ek?”
Sekali lagi Delia tertawa dan kali ini Hani juga turut tertawa sama. Mereka berdua adalah sahabat yang memang sering mengusik antara satu sama lain. Sering bergurau walaupun adakalanya gurauan itu tampak kasar.
Tanpa disengajakan mata Hani dan Delia sama-sama terpandangkan gelagat Ameer yang sedang bergumpal dengan Dani dan Dania. Ketiga-tiga mereka ketawa riang. Apalah yang direbutkan agaknya?
“Rapat anak-anak kau dengan Si Singa tu ek?” Mata Hani masih merenung gelagat Ameer bersama anak-anak Delia. Tampak sangat mesra. “Kau tak takut Dani dengan Dania kena maki dengan En. Ameer ke? Naya budak-budak tu karang!”
Delia hanya geleng. Dari dulu Ameer memang tidak pernah memarahi Dani dan Dania. Walau macamana nakal, Ameer hanya akan menegur lembut dan yang ajaibnya, dua budak kenit itu tidak pernah membantah apa pun kata-kata Ameer. Padahal Delia sudah macam nak tercabut tekak memarahi mereka.
“Tu lah boyfriend aku…”
Entah macamana dia boleh berkata begitu pada Hani.Tiba-tiba sahaja ayat itu terlepas keluar dari bibirnya. Delia kaget sendiri. Nak tarik balik dah tak boleh!
“Apa???” Hani memandangnya dengan wajah terperanjat. “Kau ulang balik.”
“Sorry…takde siaran ulangan ek.”
“Cakaplah betul-betul, wei!”
Delia bangun dan jelir lidah sebelum mencicit lari meninggalkan Hani yang sedang menyarung selipar. Tak mungkin dia akan ulang ayat itu. Malu!
Last edited by TJ2 on 15-3-2013 05:46 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih TJ2 |
|
|
|
|
|
|
|
qimi08 posted on 15-3-2013 04:26 PM
sikit sgt hu hu
sorry...huhu
ni pun cengkelat jap tau
|
|
|
|
|
|
|
|
takpe TJ2 , janji update. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas rindu dendam...
sambung lain kelai ye TJ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TJ2
Ombak laut berangin tenang
Di hadapan mata nampaklah bayang
Wajah anak ketawa riang
Bersama daddy yang tersayang
Rasa datang tanpa disedari
Lafaz kata Dell mengakui
Terbeliak sudah biji mata Hani
Diminta pula kata pasti...
Hujung minggu tiada entri
Jawapnya ku ulang baca berkali-kali
Lalu ku sambung angan sendiri
Ameer dan Dell meterai janji
Senyum simpul baba dan ummi
Yesss kata pula Dania dan Dani
Peluh jantan membasahi dahi
Kasihan Dzariff...hanya mampu memerhati...
Pleasant weekend to all... |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks TJ....esok lusa cuti..
boleh taruk n3 banyak2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2013 10:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
sanaa1 posted on 15-3-2013 10:02 PM
Salam TJ2
Ombak laut berangin tenang
such a lovely poem...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-3-2013 10:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Cik_Andak posted on 15-3-2013 10:04 PM
Thanks TJ....esok lusa cuti..
boleh taruk n3 banyak2...
akan ku cuba...hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
TJ2 posted on 15-3-2013 10:28 PM
such a lovely poem...
Thank you TJ2...itulah hasil duduk berangan...
Have a good weekend...will wait for more.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|