|
Bab 28
Lepas selesai urusniaga di Maxis, Nurul dan Izreen bergerak ke Isetan. Nurul ingin membeli sandal dan Izreen pula saja nak menjamu mata. Setelah mendapat apa yang di hajati, mereka menuju ke La Cucur untuk minum petang. Izreen singgah sebentar di Marks & Spencer untuk membeli shower gel lavender kegemarannya. Nurul terus ke kedai kuih Melayu yang popular di kalangan pengunjung KLCC. Belum sempat dia memilih kuih, dia di sergah.
“ Yuyu! You are back!”
Oh no! Mata Nurul terbeliak. Dia tergamam melihat Elly yang sedang menjinjit beg berlogo Burberry. Elly yang berbaju kurung merah jambu nampak gempal dari biasa namun perut nya tidak ketara. Rambutnya yang kemas bertudung membibit rasa bangga dalam hati Nurul. Alhamdulillah, dia sudah berubah lepas musibah yang menimpa. Aku ni bila lagi?
“ Sampai hati kau balik tak contact aku! Bila kau sampai?” Elly mencebik manja. Bahu Nurul di tampar lembut.
“ Aku baru sampai pagi tadi. Macam mana nak contact engkau, tak ada SIM card. Tadi aku baru pergi Maxis dan dua jam nanti baru line aku aktif. “ Nurul mengeluarkan telefon bimbit dari beg dan memberi nombor telefon barunya pada Elly. Hatinya meronta antara semangat setiakawan dan rasa nak lari dari situasi yang tak selesa.
“ Kau dah sihat? Aku tengok kau makin berseri. Tak nampak macam baru sembuh dari koma.”
“ Terima kasih pada Mummy kau. Dr Richard Greenwood yang merawat aku pakar otak yang terbaik di UK. Kalau bukan sebab Auntie biaya rawatan aku, entah apa jadi kat aku.”
“ Kau dah banyak tolong aku. Issy, tak nak lah cakap pasal zaman gelap aku itu. Kau datang dengan siapa?”
Nurul menelan airliur. Kalau Elly tahu aku datang bersama Izreen, pening aku nak terangkan hubungan aku dengan dia. Janganlah Elly ternampak Izreen, doanya.
“ Aku datang dengan kawan. Dia nak jumpa klien di Maxis jadi aku tumpang sekali. Aku tak boleh lama.”
“ Kau balik dengan aku lah. Malam ni tidur rumah aku. Pleeeeaaase. Banyak sangat benda yang aku nak ceritakan kat kau. Aku tengah hadapi masaalah besar ni.” rayu Elly
“ Masa tak ada boyfriend, kau risau. Sekarang nak kahwin pun ada masaalah? Bukankah kau cintan separuh mati dengan bakal suami kau tu?” Nurul menahan cemburu. Nak sebut nama Redza pun rasa tercekik.
“ Itu dulu, sekarang lain. Dia kahwin aku sebab terpaksa. Aku sedih tau.”
“ Sorry Elly. Aku dah janji nak tidur rumah makcik aku. Besok pagi aku kena balik kampung jumpa Tok. Aku pun tak berapa sihat lagi. Lain kali lah aku jumpa kau.” Dalam keadaan sekarang aku bimbang terlepas cakap. Bukan senang nak simpan rahsia. Biar aku tenangkan fikiran dan hafal skrip dulu.
“ Sudahlah, kau dah sombong! Tapi sebelum aku kahwin kau mesti turun KL. Kau jadi pengapit aku ya”
Ya Allah! Ini sudah kes mengarut. Takkan aku nak cipta rekod jadi pengapit untuk perkahwinan suami sendiri. Tak pernah di buat orang. Nurul tak pasti sama ada nak ketawa atau menangis. Dia hanya menggeleng lemah.
“ Kenapa? Kau BFF aku, kau kena lah jadi pengapit aku. Aku sponsor semua, baju, kasut, mekap. Kau cakap saja nak designer mana, Rizalman, Jovian, Bernard Chandran?”
“ Aku tak larat lah Elly. Wedding anak VIP macam kau banyak protocol, kena berdiri lama. Aku takut aku pengsan, buat malu saja.”
“ Mengada lah kau ni. Aku bukan nak kahwin besok tapi hujung bulan. Masa itu kau tentu dah sihat. Aku bukan ada ramai kawan, kau seorang saja yang aku boleh harap”
Nurul menahan diri dari menjerit “TAK NAK” Elly memang tak faham bahasa. Pekak atau bebal? Nasib menyebelahinya bila Mike sampai ketika itu. Macam ada telepathy, Mike tahu yang aku perlu di” selamatkan”.
“ Hi Mike. Elly, aku datang dengan Mike lah tadi. Mike, this is my best friend Elly.”
“ Kami dah kenal.” Jawab Mike dengan senyuman nipis. Dia rasa kekok walaupun Redza sudah memberitahunya tentang persahabatan Elly dan Nurul.
“ Ya. Mike BFF Redza, bakal suami aku. Ermm… macam mana korang kenal? Dah lama kenal?“ Elly menjungkit kening pada Nurul.
Pernah terlintas di hatinya untuk kenalkan Nurul dan Mike. Manalah tahu kalau BFF aku dan BFF Redza ada jodoh. How sweet! Mereka berdua sama lawa , memang sepadan.
Nak kenen aku lah tu, bisik hati Nurul.
“ Company kita shoot iklan Raya di rumah Tok Nurul di kampung. Masa itu Nurul tengah cuti. Sorry Elly, I kena hantar Nurul balik sekarang. Makcik dia marah kalau keluar lama lama. Bimbang Nurul dapat relapse” Mike cepat mencelah.
“ Okaylah. I pun kena jumpa Mummy di butik Jovian. Yuyu, nanti aku call engkau. Muahhhhh” Elly memeluk dan mencium dua belah pipi Nurul.
“ Yuyu nampak stress….” Komen Mike selepas Elly meninggalkan mereka.
“ Mana tak stress? Dia suruh I jadi pengapit dia.” Balas Nurul dengan muka seposen. Jeda.
Beberapa saat kemudian tawa mereka meletus serentak. “ Ha ha ha! I tak boleh bayangkan muka Redza!”
“ Mesti macam kena sembelit!”
“ Saya takut Elly terberanak atas pelamin kalau tahu awak isteri Redza!”
Betul kata pepatah Inggeris, laughter is the best medicine.
……………………………………………………………………………………………………
Last edited by sang_arjuna on 18-3-2013 07:20 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
next....... |
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 18-3-2013 06:53 PM
Bab 27
“ WELCOME HOME NURUL”
kain rentang semeter je kakak? ke sepuluh meter patutnye? erk...
|
|
|
|
|
|
|
|
terbaik....... thumb up
best ssgt |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul makin terhimpit ..... |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahahh lawak ayat 2 baris terakhir.. selamba.. suka suka.. sengih membacanyee.. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya ada sambung walaupun tak puas baca...
lagi kaka....
|
|
|
|
|
|
|
|
Baca part ini
“ Mana tak stress? Dia suruh I jadi pengapit dia.” Balas Nurul dengan muka seposen. Jeda.
Beberapa saat kemudian tawa mereka meletus serentak. “ Ha ha ha! I tak boleh bayangkan muka Redza!”
“ Mesti macam kena sembelit!”
“ Saya takut Elly terberanak atas pelamin kalau tahu awak isteri Redza!”
Betul kata pepatah Inggeris, laughter is the best medicine.
Tumpang ketawa sama hilang segala stress... |
|
|
|
|
|
|
|
qimi08 posted on 19-3-2013 10:28 AM
Baca part ini
“ Mana tak stress? Dia suruh I jadi pengapit dia.” Balas Nurul dengan muka sepose ...
hahahahahhah.
betul betullll
|
|
|
|
|
|
|
|
akak arjuna, minggu ni tak sambung ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kak juna, pg ni td ke n3 bru... |
|
|
|
|
|
|
|
sang_arjuna posted on 18-3-2013 07:17 PM
Bab 28
Lepas selesai urusniaga di Maxis, Nurul dan Izreen bergerak ke Isetan. Nurul ingin membeli ...
mana sambungan ni?
tak menyempat2
padahal semalam baru summer perasan thread ni
gigih rempit baca
heeee
suka cerita sang arjuna
keep it up!
|
|
|
|
|
|
|
|
kak juna...sudah rindu sama ecah.... |
|
|
|
|
|
|
|
lame x bukak tapi xde hapdet.. kaka juna....... |
|
|
|
|
|
|
|
ku menunggu sambungannya wahai tt... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_conan posted on 18-3-2013 09:16 PM
kain rentang semeter je kakak? ke sepuluh meter patutnye? erk...
save budget kaedahnya
nanti ramai plak org nak kena pegang
|
|
|
|
|
|
|
|
kaka juna pegi cuti
bila balik kena marathon kemas rumah, basuh pakaian, tak sempat update
soriiiiiiii
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 29
“ Tinnnnggg! Tingggg!Tingggg! Tinggggg!”
Datin Wan Hamidah membunyikan loceng porselin Royal Doulton yang di letak di meja sisi katil. Mana Mbak Siti? Sepatutnya dia ada di sisi aku kecuali kalau dia nak solat, makan atau mandi. Tak guna punya orang gaji, dia menggerutu dalam hati. Tubuh Datin Wan Hamidah lemah tapi dia ingin turun ke bawah. Dia tidak betah tinggal seorang dalam bilik, cuma di temani alunan ayat suci Al Quran dari Syeikh Rasyid Misyari. Dia mesti berbincang dengan anak sulungnya Alia tentang persiapan perkahwinan Redza. Mesti Alia menggunakan kuasa veto bila aku di London dulu. Hatinya mendongkol bila terdengar suara wedding planner. Kenapa tak boleh bincang dalam bilik aku? Aku ibu pengantin , aku berhak memberi pendapat. Sampai hati semua orang ketepikan aku sebab aku sakit.
Tak sampai lima minit kemudian, Mbak Siti muncul dengan senyum kambing.“ Maaf Datin, saya suapkan nasi untuk Maira sama Qal”
“ Cepat! Bawa saya turun sekarang. Saya nak jumpa dengan Cik Adele”
Mbak Siti terus memimpin majikannya. Sebaik Datin Wan Hamidah memijak tangga terakhir, Alia berpamitan dengan Cik Adele yang sedang menjinjit beg portfolio dan beg plastic berisi contoh fabrik. Langkah berlenggok Cik Adele yang nama asalnya Aidil semakin pantas.
“ Cik Adele, tunggu! Saya nak tahu apa awak nak buat untuk majlis saya! Alia! Suruh dia tunggu!” jerit Datin Wan Hamidah. Nafasnya termengah mengah.
“ Tak payah lah Mama. Mama jangan stress. Lia dah confirm semua dengan Cik Adele. Warna tema putih dan hijau epal. Tak payah sanding sanding atau potong kek sebab baik Redza mahupun Elly tak nak. Lagi pun masa dah suntuk, kita buat di laman rumah saja. Tiga buah kanopi dah cukup untuk saudara mara, jiran dan kawan kawan Redza. Biarlah simple saja, jangan orang kata kita tak sambut menantu”
“ Lia tahu tak siapa nak kawin dengan Redza? Elly Fennyza Tan Sri Effendy! Anak kepada salah seorang usahawan Bumiputera paling kaya di Malaysia. Buat malu saja kalau kita buat simple, macam orang bangsat! Nanti orang ingat kita tak ada duit! Mana nak letak muka? Korang kata tak nak bagi Mama stress tapi bila dengar yang Lia nak buat reception kecil, Mama lagi stress!” bentak Datin Wan Hamidah.
Alia mengeluh. Dalam keadaan ibunya sekarang, kenapalah dia masih tak sedar diri lagi. Masih nak menongkat dunia walaupun di penghujung hayat. Bila lah Allah nak beri hidayah padanya? Sejak kembali dari US, Alia sudah mula menghadiri ceramah ceramah di masjid dan berubah ke arah kebaikan. Malu rasanya bila melihat kaum mualaf Islam di Amerika Syarikat lebih berilmu dari dirinya yang di lahirkan Islam.
“ Mama , kita buat ini semua sebab permintaan Elly sendiri. Elly tak nak berpenat lelah sehari selepas majlis besar besaran di pihak dia. “ Bukan Alia tak tahu sebab sebenar. Kandungannya membuat Elly cepat letih. Kasihan Redza terpaksa menjadi pak sanggup kerana ingin memenuhi hajat Mama.
“ Kenapa Elly tak pernah jenguk Mama lepas Mama balik dari London? Biar Mama bincang dengan dia. Kita kahwin sekali seumur hidup, apa salah buat besar besaran? Redza pula anak lelaki tunggal Mama.”
“ Elly mesti sibuk. Lagipun tak manis pun kalau bakal pengantin bertandang ke rumah bakal suami bila dah dekat nak kawin.” Alia menyusun kata kata untuk menjaga hati. Dia sendiri tidak rapat dengan Elly walaupun ibu mereka sahabat karib kerana Elly jauh lagi muda dari dirinya. Majalah pengantin yang bersepah di meja di kutip dan di simpan dalam laci. Ibunya perfectionist yang suka suasana kemas dan bersih.
“Lia telefon Elly, Mama nak cakap dengan dia.” Putus Datin Wan Hamidah. Tak di nafikan dia rasa tersisih. Begini lah nasibnya ketika meniti sisa sisa hidup. Dirinya sudah tidak bernilai lagi. Keluarga sendiri dan bakal menantu sibuk dengan urusan masing masing. Si suami memang tak boleh harap. Alia lebih mementingkan anak anaknya, Izreen di kolej dan Redza sibuk dengan kerja. Matanya bergenang dan pipinya mula basah. Malangnya Alia yang berada di depannya pun tak perasan. Atau buat buat tak nampak? Hatinya di jentik kesayuan. Apa lah dosa aku sampai anak anak tak pedulikan aku?
Dia menapak ke sofa dan merebahkan diri. Telefon bimbit di hulurkan oleh Alia.
“ Hello Auntie” Suara Elly mencecah telinga
“ Hello Elly. How are you? Lama Auntie tak dengar khabar”
"I’m fine. Kenapa Auntie call? Kalau Auntie nak discuss pasal the wedding lebih baik Auntie cakap dengan Mummy.”
Jawapan bakal menantu pilihan hati yang tidak begitu mesra menyentap tangkai hati Datin Wan Hamidah. Namun dia berbaik sangka, Elly mungkin sibuk.
“ Auntie call sebab nak tanya khabar Elly. Dah lama tak jumpa Elly, sejak Auntie ke London dengan Redza. Oh, by the way Redza dah belikan beg dan kasut hantaran Elly di sana. I’m sure you will like it”
“ Ya.. okay” Sendu nada Elly. Datin Wan Hamidah hairan dengan kerenah Elly. Macam kau pula yang kena kahwin paksa, padahal dulu bukan main kecewa sampai masuk hospital bila Redza menolaknya. Ingatkan tentulah dia bersorak kegembiraan bila Redza setuju berkahwin dengan dia. Ada yang tak betul dengan bakal menantu aku ni. Sedikit pun tak cuba ambil hati mertua. Dah dapat anak aku, dia buat tak layan aku. Tak guna!
“ Hmm.. Elly ada kerja sikit. Bye Auntie” Talian di putuskan. Datin Wan Hamidah membiarkan airmatanya lebat membasahi pipi.
“ Kenapa Mama? Apa Elly kata? “ tegur Alia.
“ Mama sedih! Semua orang tak pedulikan Mama! Mama rasa macam sampah! Elly… Elly pun sama! Dia dah lupa jasa Mama. Kalau bukan sebab aku, jangan harap dia dapat kawin dengan Redza. Anak aku tak hingin dengan perempuan gemuk gedempol!”
Alia memaut tubuh ibunya dan mengusap rambut yang sudah beruban.
“ Mama! Sudahlah , Mama kena bertenang. Istighfar dan salawat banyak banyak. Apa kata Mama pergi baring di bilik dan suruh Mbak Siti urut badan Mama. Lia kena keluar kejap dengan Maira dan Qal sebab dah janji nak pergi Toys r Us.“ Janji pada anaknya Humaira dan Haiqal mesti di tepati. Kalau ibu suka kelentong, nanti nilai tak murni itu di praktikan oleh anak anak.
“ Pergilah! Anak Lia lagi penting dari Mama” dengus Datin Wan Hamidah sambil meleraikan diri dari pelukan Alia. Tiba tiba dia rindu pada Nurul yang menjaganya ketika dia sakit di London. Sungguhpun Nurul tak ada sangkut paut dengan aku, tapi dia ikhlas dan prihatin. Tak pernah dia tarik muka atau meninggikan suara bila menjaga aku. Walaupun tak lama mengenali Nurul tapi dia rasa sangat selesa dengan gadis itu. Kenapa Elly tak macam Nurul?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|