Ilham menjeling jam tangannya beberapa kali. Keluhan kecil keluar dari mulutnya. Manalah minah ni... janji pukul 1 tapi sekarang dah nak pukul 2 pon tak sampai lagi. Memang sengaja menguji kesabarannya. Ilham mencapai hensetnya lalu cuba menghubungi wanita yang ingin ditemui. Namun sayang panggilannya tak bersambut.
“sorry.......lambat.” Tegur Dahlia lalu melabuhkan diri dihadapan Ilham. Seorang lelaki tidak dikenali duduk disebelah Dahlia.
“eh tak pe...” jawab Ilham. Nasib kau kawan Nadrisa, kalau tak jangan harap aku nak jadi penunggu kat sini.
“kenalkan suami saya, Midi.” Dahlia memperkenalkan suaminya setelah melihat kerutan wajah pada Ilham. Ilham menyalami suami Dahlia. Ni mesti kes cemburu. Sampai suaminya ikut sekali nak datang jumpa aku. Bisik hati Ilham.
“bila kahwin?” soal Ilham sekadar berbasa basi. Tidak mahu terlalu gelojoh untuk mendapatkan maklumat Nadrisa dari satu-satunya kawan Nadrisa.
“tahun lepas.... ni kenapa bersungguh sangat nak jumpa saya. kalau ikutkan hati saya tak hingin nak jumpa orang macam awak.” Agak tinggi suara Dahlia. Mustahil dia lupa apa yang Ilham lakukan terhadap Nadrisa.
“saya nak tahu pasal Nadrisa...........”
“buat apa awak nak tahu pasal dia..... tak puas lagi ke awak seksa dia?” potong Dahlia tanpa sempat Ilham menghabiskan kata-kata. Ah lelaki seperti Ilham tak boleh di beri muka. Dia sekali-kali takkan biarkan teman kesayangannya jatuh ke tangan lelaki seperti Ilham.
“saya tahu saya salah.....”
“kalau tahu diri tu bersalah tak payah nak mengada-ngada nak tahu pasal Nad lagi. Sila jauhi diri awak dari dia.” sekali lagi Dahlia memotong ayat Ilham. Kecut perut Ilham melihat amarah dari Dahlia. Betul-betul marah nampaknya teman baik Nadrisa. ini baru teman baik, tuan punya badan pasti lagi marah. Detik hati Ilham.
“Lia....bagi peluang Ilham habis cakap dulu.” Suruh Midi tatkala melihat Dahlia langsung tak memberi peluang untuk Ilham bercakap. Ilham menghembus nafas lega. Nasib baik minah ni bawak suaminya, boleh jugak tolong aku.
“nak bagi peluang buat apa! Dia pon tak bagi peluang kepada Nad beritahu hal sebenar dulu.” Marah Dahlia. Geram dia melihat wajah Ilham yang telah banyak melukakan hati Nadrisa. Ilham menelan liur.. gangster betol Dahlia ni.
“saya dah sedar saya silap sebab tu saya datang jumpa awak.......... saya harap awak sanggup beri saya maklumat tentang Nadrisa.” minta Ilham sopan. Setinggi mana marah Dahlia terhadapnya tetap tidak menghalang kesungguhannya untuk mendapatkan maklumat Nadrisa.
“amboi mudahnya awak cakap... lepas awak dah sakitkan hati dia, sekarang senang-senang je awak datang nak minta maklumat dia.. apa awak ingat Nad tu patung? Tak ada perasaan.” Tinggi suara Dahlia memarahi Ilham. Dia bukan apa sebenarnya,sekadar mahu membalas dendam bagi pihak Nadrisa. biar padan muka Ilham.
“sayang........sabar sikit boleh. Awak tu dah lah pregnant.” Nasihat Midi terhadap isterinya. Ilham terkulat-kulat dimarahi Dahlia. Namun dia sedar memang silap dia membuat hati Nadrisa terluka.
“macam mana Lia nak sabar setelah melihat apa yang dia dah buat terhadap Nad. Sepanjang Lia kenal Nad, tak pernah Lia tengok Nad sedih macam tu.” Jawab Dahlia. Dijeling wajah Ilham geram.
“abang yakin, Ilham dah sedar tentang kesilapannya sebab tu dia mahu mencari Nad semula. Kita bagi peluang kepada Ilham terangkan dulu apa yang dia nak. Ini semua pon untuk kebahagiaan Nad juga.” Pujuk Midi lagi. Dahlia menarik mukanya perlahan. Pasal Ilham dia pula dibebel suaminya.
“sekarang cakap apa awak nak?” soal Dahlia akhirnya. Walaupun tak ikhlas namun dia terpaksa juga. Ada benar kata Midi. Mungkin, Ilham sudah sedar tentang kesilapannya. Kalau Ilham benar-benar sayangkan Nadrisa, bukankah itu menjadi satu petanda yang baik dalam hubungan Nadrisa dan Ilham.
“saya nak tahu kat mana Nadrisa sekarang? Kat mana dia ker...”
“nak tahu buat apa?” seperti biasa Dahlia memotong kata-kata Ilham. Midi menepuk lembut peha isterinya supaya wanita itu belajar bersabar. Jangan terlalu suka memotong ayat orang.
“ saya cintakan Nadrisa. saya sayangkan dia dan saya tahu saya salah sebelum ini. sebab tu saya nak cari balik dia untuk sambung semula hubungan kami, untuk betulkan kesilapan saya terhadapnya....”jawab Ilham tegas. Suaranya dikeraskan. Geram betul hatinya mengadap Dahlia. Nasib baik kau tu kawan Nadrisa, kalau tak kirim salam la aku nak hadap kau ni. Dahlia terdiam.Dia memandang ke wajah suaminya yang turut memandang ke arahnya. Jawapan tegas dari Ilham buat dia mempercayai kata-kata lelaki itu. Tetapi, kalau Ilham menipu macam mana? Pasti Nadrisa akan merana lagi.
Last edited by misssakura on 25-10-2012 12:16 AM
|