|
“Yalah, asyik kita aje yang salah. Yang kamu tu, syarat-syarat saya bagi pun kamu tak ikut.” Taufiq berkata antara dengar dan tidak.
Kerana terlalu geram dengan Dayah petang tadi nyaris saja dia koyak-koyakkan segala syarat yang dia tampal hari tu.
Tapi tak apa, tadi senyap-senyap dia sudah tampal depan cermin bilik Dayah. Biar senang Minah sorang tu rujuk tiap kali dia bersolek. Yalah kan, kalau letak dekat peti ais di dapur tu, macamlah Dayah ni jenis yang rajin masuk dapur saja. Masak pun tak pandai! Amboi...perut tu dah kenyang sedap saja dia mengata lagi.
“Syarat tu kan mudah saja.” Mudah dan memang paling asas. Takkan perempuan bijak pandai macam Dayah ni tak tahu. Dayah ambil apal dari peti ais, dikupas dan dipotong-potong kecil ke dalam piring. Taufiq terus ambil tanpa sempat dipelawa.
“Tengok tu, orang cakap sikit diam, cakap sikit tarik muka.”Wah...main sedap mulut saja Taufiq ni kalau bercakap.
“Dah kenyang En.Taufiq?” Hidayah memandang muka Taufiq sekilas. Yalah, tentulah dah kenyang amat, semua epal yang Dayah potong Taufiq sumbat dalam dalam mulut dia saja.
**************
Taufiq terus mengekor buntut Dayah yang berlalu ke ruang tamu. “Dayah tahu tak tadi Abang Dollah kata rumah yang kita duduk ni ber...tutt....”Taufiq sengaja tidak mahu habiskan ayatnya. Sengaja buat Dayah suspen.
“Ber..tuttt? Apa awak cakap ni Taufiq?”
“Tengok..awak lagi..awak, awak, awak.Taufiq,Taufiq, Taufiq.. Esok-esok bila ada benda yang dia nak barulah nak panggil abang agaknya.”Taufiq malas menjawab soalan Dayah tadi sebaliknya terus sahaja membebel.
“Baiklah...abang...sayang!”
“Ha, macam itulah. Ni abang nak cerita ni. Abang Dolah tu kata rumah kita ni berHANTU!”Sengaja Taufiq tekankan perkataan hantu itu agak kuat sedikit bunyinya. Mata pun sengaja dia pandang ke kiri dan ke kanan dengan suspennya. Manalah tahu kalau-kalau Dayah terlompat ketakutan dan terus memeluk badannya. Ohh....mari sayang.
“Tak melompat pun?”Taufiq mengomel perlahan.
“Apa abang cakap?”
“Tak ada apa. Cuma abang nak pesan. Masuk bilik kunci. Jangan ngada-ngada tidur bukak tingkap ke apa ke.”
“Memanglah. Awal-awal lagi saya kunci, manalah tahu hantu kepala hitam masuk menceroboh lagi!”Dayah berkata separa mengejek. Yalah, hantu mana lagi yang paling bahaya kalau bukan Taufiq yang gatal macam ulat bulu hijau itu.
“Amboi...Itu abang betul-betul tidak sengaja. Tapi apa yang abang cakap ni betul-betul. Kalau tidak percaya jom kita ke rumah Abang Dolah sekarang.”Taufiq bangun, lengan Dayah ditariknya. Konon-konon mahu Dayah sendiri dengar pula cerita dari Abang Dolah tu.
“Tak apalah abang Taufiqku sayang! Saya dah mengantuk. Elok kita tidur saja. oklah...selamat malam ya.”Dayah terus bangun. Lagi dilayan, lagi banyak yang Taufiq akan ceritakan. Dayah ni bukanlah berani sangat.
“Yalah, silakan tuan puteri rambut mengurai. Jom..”Taufiq ikut bangun. Terus menuju ke bilik Dayah.
“Eh..”
“Abang cuma nak pastikan bilik kamu ni selamat.”Taufiq mengbongkokkan badannya menjenguk ke bawah katil Dayah. Almari pakaian dibuka. Laci-laci juga diperiksa. Naik juling Dayah melihatnya. Ni memang sengaja nak cari pasal. Dia ingat aku takut? Maaf lah encik Taufiq!
“Ok, selamat.” Taufiq memandang Dayah yang memuncung. Tanpa menghiraukan muka yang kelat itu, bahu Dayah Taufiq peluk dan bawa ke katil. Dayah pun bagai dipukau terus baring dengan rela. Perlahan-lahan Taufiq tarik selimut Dayah sampai ke dada.
“Selamat malam sayang...”Sebuah ciuman kudus Taufiq mendarat hangat ke dahi Dayah. Dayah pejam mata rapat-rapat masa tu. Entah kenapa satu perasaan aneh pula dia rasa. Bila dia buka mata, Taufiq sudah hilang. Dayah lekas-lekas meraba dadanya yang berdegup kencang...tidak teratur.
“Selamat malam...abang...” |
|
|
|
|
|
|
|
salam...bersalahnya rasa bila buat pembaca tertunggu-tunggu. maaf ya semua. ni sambungannya...selamat membaca dengan seronok semua. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmm...thanks for the n3...
tapi cam sikit je... |
|
|
|
|
|
|
|
begitu lama aku menanti, ade jgk akhhirnya |
|
|
|
|
|
|
|
lamanyer sambungan cite nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
Guruh berdentum kuat. Kilat sambar menyambar. Membingitkan telinga. Hidayah yang lena tadinya terjaga dengan bunyi guruh yang agak menakutkan itu. Hujan di luar mencurah-curah bagai tidak mahu berhenti.
Sesekali langsir di biliknya akan diterbangkan angin dan mengibar-ngibar seakan melambai-melambai ke arahnya. Hidayah rasa sejuk. Selimut tebalnya ditarik sampai ke kepala. Biasanya bila hujan lebat matanya tidak akan lena semula bila terjaga.
Suasana dingin. Hidayah mula rasa berdebar-debar. Cerita-cerita Taufiq tadi mula merasuk mindanya. Dia mencapai telefon di sisi.
‘Dah tidur?’ belum lagi sms itu di hantar pintu biliknya dibuka dari luar. Hidayah kaget. Dia pegun tidak bergerak.
Taufiq duduk di tepi katilnya. Selimut Dayah dibetulkan.
“Abang belum tidur?”
“Tak, abang nak tengok Dayah.”Taufiq belai lembut rambut Dayah. Dayah rasa seronok. Biarlah begitu. Suasana tiba-tiba senyap. Dingin.
“Kenapa belum tidur?” Taufiq pandang Dayah dalam samar. Lampu meja yang malap menambahkan suasana damai pada mereka.
“Takut.”Dayah tunduk. Entah kenapa itu pula yang diadukan pada Taufiq. Yalahkan, siapa yang pandai-pandai buat cerita misteri nusantara tadi kalau bukan Taufiq.
“Tak ada apalah. Tadi abang reka cerita hantu saja. Mana ada hantu. Kalau ada hantu tentu abang dulu yang kena cekik.”Wah, bukan main lagi kamu ya Taufiq, makin disebut-sebut pula perkataan hantu itu.
Dummm!
Guruh yang kuat membelah bumi lagi. Serentak dengan itu suasana tiba-tiba jadi gelap gelita.
“Abang..”
“Abang...” Dayah kaku. Nama Taufiq dipanggil. Dia betul-betul takut.
“Ab..” Terasa tubuhnya dipeluk erat. Dan Hidayah mengeratkan lagi pelukan itu. Dia rasa selesa begitu. Dia rasa selamat di situ.
“Syhh..tak ada apalah. Elektrik terputus. Sayang tidur ok. Baringlah.”Perlahan pelukan dileraikan. Namun Dayah tetap begitu.
“Kenapa ni?Tadi abang tipulah. Mana ada apa-apalah. Abang tidur kat depan ni saja.”Taufiq mula serba salah. Yalah, pertama kali Dayah peluknya erat begitu. Dan dia rasa bersalah pula kerana gatal-gatal bercerita pasal hantulah, misterilah pada Dayahnya itu tadi.
Jantungnya sudah tidak teratur. Dayah...plezz....Taufiq tahu kalau Dayah terus begini lama-lama dialah yang akan tewas dahulu. Dan cerita esoknya dan esoknya akan jadi lebih parah dalam hubungan mereka. Patutkah dia ambil kesempatan pada kelemahan Dayah?
“Sayang tidur ok. Kalau ada apa-apa nanti sayang panggil abang ya.”Taufiq bangun. Pelukan Dayah dia relaikan. Selimut Dayah dia betulkan. Semuanya serba tidak kena. Kalau dia jahat sudah lama dia peluk-peluk saja anak singa jinak itu.
Dayah cuma perhatikan sahaja Taufiq keluar. Dia berharap sangat yang Taufiq akan berpaling dan menemaninya di sini. Namun dia hampa. Hujan di luar masih lebat. Guruh masih berdentum kuat.
*****************
“Saya nak tidur sini.”Katil Taufiq dipanjatnya. Tidak menghiraukan Taufiq yang terbuntang matanya itu. Biarlah.
“Dayah. Sedar tak sekarang ni...esok pagi-pagi awak mengamuk tidak tentu fasal lagi..”Belum ayat itu habis tubuh Taufiq dipeluknya erat. Emm...di sini lebih selesa. Dayah diam seribu bahasa.
Dan Taufiq, tidak terkata. Melainkan membalas pelukan Dayah dengan lebih erat lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam...rasa macam banyak salah ejaan tu. maaf tu ya kawan2.
Sebenarnya tadak idea nak sambung cerita ini, tapi nak sudahkan juga.
Selamat membaca dengan seronok ya |
|
|
|
|
|
|
|
jinak2 merpati DAYAH nie... |
|
|
|
|
|
|
|
TT dah lama x sambung......
mana menghilang.......ha ha ha ha ingat dayah dah ada baby |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe.....lawak la plak.... |
|
|
|
|
|
|
|
bila lagi nak smbung...... lama menungguuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung la lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Subuh itu aku akui, aku agak terlewat bangun. Masakan tidak, sepanjang malam diulit harum wangian setiap helaian rambut Dayahku. Tetapi pagi ini, aku akui juga yang aku gementar. Tidak. Sebenarnya lebih kepada takut. Takut kepada sesuatu yang tidak pasti apa.
Celik sahaja mata, di sebelah ku kosong. Aku jangkakan, sesuatu yang buruk bakal berlaku. Mungkin perang dunia ke-tiga. Atau periuk belanga terbang melayang ke arah ku lantas mengenai batang tubuhku di sana- sini.
Paling kurang pun, Dayah akan tetap menjadi Dayah yang ku kenal lewat hari-hari lalu-dingin, beku dan selalu biarkan aku sendiri. Ah, itu lebih baik daripada Dayah lari keluar dari rumah ini.
Selesai bersiap-siap ke sekolah, aku melangkah berat keluar dari bilik. Nyata, apa yang aku jangkakan seribu kali lebih baik. Ya, mungkin rahmat hari ini. Sia-sia sahaja aku menyediakan hatiku dengan ruang-ruang untuk berduka, marah, sedih dan kecewa gara-gara malam tadi.
Lega, senyuman Dayah yang ganjil itu aku rasa sukar benar untuk aku hadam pagi ini. Bukan kerana selama ini dia ku itu memang jarang tersenyum, tetapi pagi ini senyumanya memang ganjil. Sumpah! Aku tidak ada minyak senyonyong atau minyak pengasih. Sumpah!
“Duduklah. Nanti lewat pulak.”Dia berkata manis. Dengan senyuman yang juga manis. Segalanya manis belaka. Aku yang ku kira selama ini begitu pandai berbicara, tiba-tiba bisu. Dan aku juga hairan, sejak daripada terlihat kelibat Dayah pagi ini, aku tidak mampu tersenyum. Mulutku lumpuh dek penangan kemanisan Dayah.
“Teh atau kopi?” Dayah senyum lagi. Aku tidak tahu, bahasa apa yang Dayah guna pagi ini sehingga aku cuma mampu tercengang sahaja. Isk, soalan mudah begitu pun aku tidak mampu jawab, cuma nganga saja. Bukan Dayah tanya soalan matematik tambahan tingkatan lima pun.
“Lawa hari ini.”
“Terima kasih.”Dia senyum lagi. Kalau begini, aku tidak jadilah pergi kerja.
“Abang, kenapa dengan abang?”Dia pandang aku pula dengan hairan. Kenapa dengan aku? Angau?
“Tak..tak kenapa. Cuma abang tiba-tiba rasa kekok.”Cis, kekok konon.
“OO...hehe..” Dia ketawa pulak. “Tak apalah, nanti abang oklah kot.”Dia pula tersipu malu. Bila saja melihat jam hampir 7.05 pagi, lekas-lekas aku menyuap nasi goreng Dayah paling best itu ke mulut.
Hari ini, hari paling bersemangat. Dayah baik. Aku ingat dia akan mengamuk atau bertambah dingin dengan aku bila peristiwa malam itu berlaku, rupanya-rupanya semua itu penawar. |
|
|
|
|
|
|
|
Maaf...lama ku menghilang. kesibukan sedikit.
selamat membaca dengan seronok ya. Harap dapat sudahkan cerita ini secepat mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
ala sikitnya...nak lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|