|
wpun susah bagi aishah & the gang nak sesuaikan diri dgn kehidupan Faris tp kalau jodoh kuat mana tau
lagipun mak Faris matsaleh...selalunya derang ni open minded
sambung lagi fizzi |
|
|
|
|
|
|
|
aisyah dh nmpk tengku alyah n faris
sian aisyah..cptla faris cr aisyah |
|
|
|
|
|
|
|
best...sambung lg fizzi... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah jodoh akhirnya akan jumpa gak
dgn mereka ber3 |
|
|
|
|
|
|
|
Puan Emily memandang Faris yang berdiri tegak dihadapannya. Tengku Kamil sudah menunggu di keretanya, bagi menghantar Puan Emily dan Faris ke lapangan terbang.
Faris menyeluk kedua belah tangannya ke dalam kocek seluar jeansnya. Puan Emily dipandang dengan dahi berkerut.
“Mama…” Faris merapati Puan Emily. Puan Emily memandang Faris tepat. Lagaknya seperti mahu memberitahu sesuatu kepadanya.
“Just say it! Don’t make me wait like this…” kata Puan Emily tegas. Dia tidak mahu membiarkan Tengku Kamil membuang masa menunggu mereka lama2. Tengku Kamil pasti punya banyak kerja yang mahu dibereskan.
“Can I stay here…for a couple of months…?” pinta Faris dengan senyuman yang terkulat2. Puan Emily kehairanan. Dia dan Tengku Kamil berpandangan. Faris dipandang kembali.
“But…why? The case is over, right?” ujar Puan Emily terkebil2. Faris senyum kelat.
“Hmmm…it’s hard to tell you right now, but I think I need time to clarify several things. Moreover….i think I ‘ve fallen in love with Malaysia already…Please…” rayu Faris lagi. Suaranya dilunakkan, mahu memujuk hati ibunya.
Puan Emily memandang Faris yang sudah menunjukkan riak muka manja. Jika dia mula membuat memek muka manja sebegini, maknanya dia benar2 mahukan apa yang dipintanya. Puan Emily merenung Faris lagi. Beberapa insiden yang berlaku kepada Faris kebelakangan ini, turut membuatkan dia tertanya2 sendirian. Namun, hal itu masih dipendam.
Rasanya dia perlu menunggu waktu yang sesuai untuk bertanya. Wajah Faris dipandang lagi. Puan Emily mengetap bibirnya.
“Please mom…” lengannya pula kini menjadi mangsa rengekan Faris.
“Okay! But, with one condition!” kata Puan Emily tegas.
“What?”
“Take a good care of yourself. Don’t ever let this kind of thing to happen. Tengku Kamil will be your guardian. Listen to him, don’t just ignore him…understand? And you, Tengku Kamil…I need your help to…”
“I swear…!!!” pantas Faris mencelah bagi mengelakkan dari Puan Emily terus membebel panjang. Tangannya diangkat keudara berjanji. Tengku Kamil yang melihat terkebil2. |
|
|
|
|
|
|
|
“So…you’ve fall in love with Malaysia?” Tengku Kamil menyoal dengan senyuman sinis. Kereta mereka bergerak meninggalkan lapangan terbang sesudah menghantar Puan Emily berlepas ke London.
“Since when?” soal Tengku Kamil sinis lagi. Hendak tergelak pun ada. Faris pasti sudah gila jika dia kata dia suka Malaysia!
“I really meant it,” tukas Faris perlahan. Dia jujur kali ini.
“What makes you attracted to Malaysia?” soal Tengku Kamil pula. Perjalanannya dihala menuju ke rumah ibunya untuk menghantar Faris pulang ke rumah itu. Puan Emily tidak membenarkan Faris tinggal seorang diri di banglo mereka buat waktu terdekat ini.
Faris terdiam. Pandangannya dihala kea rah jalanraya. Apa yang aku sukakan tentang Malaysia ni? Hmmm…Faris mengetap bibir. Wajah Aishah menerpa ruang matanya. Senyuman Aishah menghiasi kotak ingatannya. Lebih2 lagi senyuman Aishah tatkala dia sedang merenung Abu yang sedang tidur di depan pintu bilik hotel dahulu.
Faris menoleh kembali, memandang Tengku Kamil disebelahnya.
“Can I call you ‘abang’?” soal Faris tiba2. Wajah Tengku Kamil bertukar serta merta. Nyata terkejut dengan soalan Faris.
“If you don’t mind..” sambung Faris lagi. Dahulu, semasa arwah ayah mereka masih hidup, dia selalu digesa untuk memanggil Tengku Kamil dengan panggilan itu. Namun, dia ingkar. Kata2 ayahnya langsung tidak diambil peduli.
“Satu perkara dalam masyarakat Malaysia yang paling bernilai ialah, seburuk mana hubungan itu pun, mereka tetap memanggil saudara mereka dengan panggilan sewajarnya. Mereka tak pernah memanggil ibu mereka dengan panggilan ‘kau’ atau ‘you’. Di setiap patah bicara, panggilan dibuat kepada yang berhak. Abang tetap dipanggil abang, walaupun hanya sepupu. Mak tetap dipanggil mak, walau sekadar ibu tiri. Adik tetap dipanggil adik, walau sekadar saudara jauh..” Faris merenung kedepan, menghela nafas berat sebaik menuturkan kata2 itu.
Tengku Kamil terdiam. Wajah Tengku Ratna menjelma di matanya. Dia sendiri tidak pernah memanggil Tengku Ratna dengan panggilan ‘adik’. Selama ini, hanya kata ganti diri ‘I’ dan ‘You’ saja yang menjadi pengantara. Faris dipandangnya sekilas lalu.
“I really appreciate it…adik,” buat kali pertama, Tengku Kamil membahasakan panggilan “adik’ kepada Faris. Kedengaran lucu pula ditelinga Faris. Panggilan ‘abang’ boleh tahan lagi, tetapi berbahasakan diri ‘adik’ bila sudah besar panjang ni, macam tak kena pula…
“Terima kasih bang….” Faris dan Tengku Kamil saling berpandangan dan tersenyum. Serentak dengan itu, mereka ketawa berdekah2. |
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau Faris nak tinggal di sini seberapa lama pun, mummy tak kisah. Mummy lagi suka. Rumah ni pun, bukan selalu ada orang…kadang2 sunyi juga bila Kamil dan Ratna keluar bekerja,” melebar senyuman Tengku Khursiah.
Sebelum kehadiran Faris dan Tengku Kamil pun, Puan Emily telah menelefonnya memberitahu tentang hal Faris yang mahu ditumpangkan di rumah mereka buat beberapa waktu. Sehingga keadaan benar2 pulih sepenuhnya, barulah Faris akan dibenarkan tinggal bersendirian di banglonya.
“Terima kasih mummy….Saya hargai pertolongan mummy sekeluarga,” Faris tersenyum simpul. Namun, disebalik senyumannnya, terbit rasa rendah diri. Sedang Tengku Kamil dan Tengku Ratna sudah bekerja, dia hingga kini masih bermain2 dengan hidupnya.
“Hmm..marilah mummy tunjukkan bilik Faris,” Tengku Khursiah sudah bangun hendak menunjukkan bilik untuk diinap Faris. Faris bangun mengekori langkah Tengku Khursiah.
“Aik…kenapa tak balik London?” Tengku Ratna yang baru keluar dari biliknya, menoleh kehairanan kea rah Faris yang berada di belakang ibunya. Faris senyum kelat. Hubungan dia dan Tengku Ratna tidaklah begitu baik sejak kecil. Bersapa pun, kadang2 sahaja.
“Ratna, Tengku Faris akan tinggal dengan kita dalam sebulan dua ni,” beritahu Tengku Khursiah lagi. Tengku Ratna memandang Faris, kemudian mengangguk kecil.
“Okay, have fun!” Tengku Ratna terus berlalu ke ruang bawah. Dia tidak begitu peduli dengan berita itu. Kewujudan Tengku Faris di rumah itu sama sahaja baginya. Tengku Khursiah senyum kelat, kemudian terus memanjat anak tangga menuju ke tingkat tiga villa itu. Faris diam membisu. |
|
|
|
|
|
|
|
Abu dan Dol merenung rumah batu 1 tingkat yang mempunyai halaman berpagar yang agak luas dihadapan mereka. Rumah yang terletak di pinggir Bandar Pasir Gudang baru sahaja dibeli dari salah seorang penduduk pekan itu.
Rumah itu pilihan Aishah. Kecil sahaja, tetapi mempunyai 4 buah bilik tidur dan satu ruang tamu yang agak luas. Yang menjadikan rumah itu istimewa, adalah lokasinya yang berhampiran dengan benteng pantai yang menghadap laut.
Kata Aishah, dia mahu beli teropong dan mahu melihat Singapura dari situ. Suka hati Aishahlah! Orang tengah jiwa kacau macam tu, memang otaknya mereng sedikit, kata Dol. Jadi, mereka ikut saja. Puas berulang alik ke Bandar Pasir Gudang membeli perabot memenuhi rumah itu, akhirnya hari ini mereka sudah boleh tersenyum senang lenang kerana rumah itu sudah siap untuk dihuni.
Sedang Abu dan Dol sibuk mengemaskan rumah baru mereka, Aishah hilang ke benteng pemecah ombak yang tidak jauh dari rumah mereka. Abu memandang Aishah yang sedang bertenggek diatas batu memandang laut.
“Aku hairanlah…macammana dia boleh tersangkut dengan budak Faris tu. Padahal diorang kenal bukan lama pun…” bebel Abu seraya mengelap lantai dapur. Dol sedang mengunyah pisang sambil memerhati Abu yang sedang mengemop lantai.
“Kau tak faham..aku lagilah tak faham! Nasib baik kita tak bercinta. Kalau tidak, teruk Ecah tu nak memujuk kita…” kata Dol. Pisang berangan ditangan kian habis.
“Ahh..kalau aku, malas aku nak bercinta. Kalau dah jumpa yang aku berkenan, aku terus ajak kahwin je…” kata Abu pula.
“Betul! Betul! Aku pun! Aku …nak cari bini yang lawa macam muka Erra Fazira…” kata Dol seraya merenung siling, berkhayal akan Erra Fazira yang muncul di dalam mimpi siangnya.
“Aku pulak….aku nak cari yang muka macam….macam…. Zila Bakarin….hhihihi…” Abu dan Dol ketawa gelihati.
“Tapi…kalau kita kahwin, Ecah macammana?” segera Abu memandang Aishah yang berada agak jauh dari mereka. Mereka sama2 terdiam.
“Kita tunggu dia kahwin dulu lah, baru kita kahwin..” balas Dol perlahan. Kulit pisang dibaling ke dalam baldi air mop Abu. Plup! Bunyinya.
“Kalau dia tak kahwin2? Asyik menunggu si Faris tu?” soal Abu pula.
“Hhmmhh….tak kahwinla kita sampai mati Abu…” Dol turun dari kabinat dapur, tempat dia bertenggek sejak tadi. Abu diam. |
|
|
|
|
|
|
|
Faris dan Tengku Alyah mengambil tempat duduk yang agak jauh dari meja utama. Suasana kafe yang terdapat di Eastin Hotel agak lengang.
“Thanks ajak I keluar. ..” Faris tersenyum simpul memandang Tengku Alyah yang baru saja menanggalkan cermin mata hitamnya.
“You’re welcome! Lagipun, sejak you datang sini, this is the first time I dapat peluang ajak you jalan2…”balas Tengku Alyah. Faris senyum. Pelayan datang mengambil pesanan. Setelah makanan dipesan, pelayan tersebut beredar dengan tertib.
“So, apa plan you sekarang?” sambung Tengku Alyah sebaik mereka ditinggalkan berdua. Faris tersenyum kelat, merenung isi kafe, bagaikan jawapan Tengku Alyah ada di sana.
“Actually….I pun tengah confuse,” jujur jawapan Faris.
“Of course. You still trauma lepas kes tu?” soal Tengku Alyah menduga.
“Hmm..I pun tak tahulah…To be frank with you, I also don’t know what should I do next,” jawab Faris lagi. Tengku Alyah senyum gelihati.
“Then, if you’re not certain of what to do, why did you choose to stay here?” soal Tengku Alyah lagi. Kali ini Faris terdiam sejenak. Lama dia merenung wajah Tengku Alyah, kemudian dia mengukir senyum.
“I’m not sure…” Faris menggeleng2kan kepalanya. Nyata dia keliru dengan keputusannya. Tengku Alyah ketawa sambil menggeleng2kan kepalanya. Pelayan tadi tiba dengan minuman dan makanan yang dipesan.
“Thanks…” Faris sempat menghadiahi senyuman kepada pelayan tersebut sebelum dia pergi.
“Wow…..” Tengku Alyah merenung wajah Faris yang kian segak.
“Apa yang wow?” soal Faris hairan. Gelas minuman Tengku Alyah dihulur rapat kepada Tengku Alyah dihadapannya.
“Youlah…sebelum ni tak pernah courteous pada waiter…tiba2 hari ni cakap ‘thanks’ kat waiter tadi…” kata Tengku Alyah. Faris memandang Tengku Alyah dengan keningnya yang terjungkit sebelah.
“Ooo…I macam tu ke dulu?” mereka ketawa.
“Thank God you’ve changed now…” tiba2 terluncur ayat itu dari bibir Tengku Alyah perlahan. Faris memandang tepat ke wajah Tengku Alyah dengan pandangan redup. Senyum diukir dibibirnya.
“Yelah…I minta maaf kat you sebab sebelum ni, I layan you buruk. Sorry…” ujar Faris kesal.
“We’ve been very good friend, until the marriage arrangement was done. Then our relationship turns upside down. I was so frustrated at that time you know…” hela Tengku Alyah mengungkit kisah silam. Faris senyum kelat. Air yang diminum terasa tawar pula.
“Hmm…I shouldn’t treat you like that,” keluh Faris pula. Tengku Alyah senyum pahit sambil merenung Faris dihadapannya. Mungkinkah dengan perubahannya kini, dia boleh menerima semula hubungan yang sama2 mereka putuskan dahulu? Tengku Alyah tak pasti. |
|
|
|
|
|
|
|
xmaulah tengku alyah ada hati kat faris
bior hati faris terus terikat ngan aisyah... |
|
|
|
|
|
|
|
yeay...ada sambungan..cpt2 jumpakan ecah dgn faris ye fizi... |
|
|
|
|
|
|
|
SAMBUNG PANJANG LAGI YE FIZZ |
|
|
|
|
|
|
|
nak aisyah dengan tengku faris baru ngam |
|
|
|
|
|
|
|
sbg cepat dah rindu dgn aisha ni |
|
|
|
|
|
|
|
faris sure boleh cari ecah punyer... ecah tak de lar 'pergi jauh-jauh' sangat pung... |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya sambil mencari Aisyah..Faris nak cari maklumat sape Haiqal dalang penculikkan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Tengku Alyah...p ler jauh...jauh...biar ecah yg mai dekat |
|
|
|
|
|
|
|
cepatlah FARIS carik AISHAH... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|