|
Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)
[Copy link]
|
|
belum ade sambungan ke... |
|
|
|
|
|
|
|
shana masih x ada n3 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
xde n3 lg ker shana...
tgh meroyan nak n3 ni
hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
shana kemana menghilang... nakkkkk n33333333 |
|
|
|
|
|
|
|
sorry baru sampai rumah pagi ni. hana cuti 3 hari. pas ni nak g office lak. nanti sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Aizad mengeluh untuk kali ke berapa pun dia tidak pasti. Handset ditangan masih ditenung. Sudah beberapa hari dia cuba menghubungi Linda namun hampa. Entah kemana Linda menghilang. Kiki sendiri tidak tahu. Pening. Masalah yang dihadapinya makin banyak. Projek terbaru syarikatnya menghadapi masaalah. Entah siapa dalangnya. Dia sedar ada konspirasi untuk menjatuhkan dirinya. Masaalah dengan Hanim juga masih belum selesai. Hatinya makin sakit bila Hanim terus berdegil.
Suka atau tidak, kini Hanim sudah mula bekerja. Opah juga tidak menghalang. Opah dan keluarganya izinkan sahaja asalkan dapat membahagiakan Hanim. Opah juga siap menasihati dirinya lagi. Kononnya dengan bekerja, Hanim mungkin akan lebih gembira. Masanya akan lebih terisi dari duduk di rumah.
Aizad meraup rambutnya yang sudah mula panjang. Papa juga sudah mula bising melihat wajahnya yang tidak terurus itu. Apa nak buat, dia tiada masa memikirkan diri sendiri. Fikirannya hanya tertumpu pada masaalah syarikat dan misteri kehilangan Linda. Hubungan Zahir dan hanim yang makin rapat juga menggusarkan hatinya. Ada rasa tidak senang di situ. Cemburukah dia? Layakkah dia untuk cemburu? Ya.Dia berhak untuk cemburu. Hanim isterinya. Miliknya dan akan selamanya menjadi miliknya.
…………………………………………………………………………………………………….
Hanim merenung Amar yang sudah tertidur dalam pelukannya. Sudah beberapa hari dia mula bekerja. Amar langsung tak mahu berenggang dengan dia sebaik kakinya melangkah dalam rumah. Anak kecil itu asyik merengek. Rindukan uminya mungkin.
“Maafkan umi sayang…” Hanim cium pipi Amar yang tembam. Kak Pah ada beritahu, Amar menangis pagi-pagi, mencari Hanim. Puas dipujuk barulah ok. Kasihan anaknya ini. Tapi dia tak ada pilihan. Dia perlu bekerja. Dia tak mahu ambil sebarang risiko. Yang penting dia mesti kukuhkan hidupnya untuk Amar. Hanim tak rela kehilangan Amar.
Hanim juga sedar, Aizad merajuk padanya. Namun dia buat tak peduli. Malas nak fakir dan layan rajuk lelaki itu. Sikap Aizad juga agak dingin dengannya. Lelaki itu juga lebih kerap termenung. Entah apa yang difikirkannya. Hanim biarkan sahaja. Bergaduh dengan Linda agaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
AIZAD2...bila la nk sedar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 367# budak88
lamanya hilang.... bila nak sambung citer??? da lama tunggu utk n3 tau...
apapun tq coz jenguk sini |
|
|
|
|
|
|
|
sejemputnya sambungan...tak puas baca..kalau free sambung lagi ya..tq |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki itu termenung di hadapan meja kerjanya. Foto-foto yang berselerak dibiarkan. Matanya terpejam. Memikirkan sesuatu. Maklumat yang diberitahu oleh pekerjanya membuatkan hatinya sedikit bimbang. Entah mengapa jauh disudut hati dia bimbangkan wanita itu. Wanita yang amat dibencinya.
Panggilan telefonnya juga tidak dijawab. Namun hatinya sedikit lega bila wanita itu tidak lagi bertemu Aizad. Tidak lagi mengganggu rumah tangga Hanim. Sekerang-kurangnya hatinya tenang kini. Hanim sudah ada di depan matanya. Dengan itu lebih mudah untuk dia terus melindungi Hanim. Hanim juga sudah nampak ceria. Sudah mula tersenyum riang. Mata itu juga sudah bersinar ceria. Tidak lagi sayu dan suram seperti dahulu.
“Along dah jumpa adik mak. Along janji akan buat adik bahagia dan senyum selalu. Along sayangkan mak dan adik,” lelaki itu t ersenyum. Tebayang wajah mak. Ada air mata yang mengalir. Pantas jarinya mengesat air mata itu. Tak mahu nampak lemah. Dia lelaki. Dia harus kuat untuk keluarganya. Seperti janjinya pada mak, dia akan terus lindungi adik.
……………………………………………………………………………………………………….
Linda terduduk lemah. Tidak daya untuk melangkah. Akhirnya dia hanya mampu merebahkan tubuh di situ sahaja. Cuba untuk memejamkan mata, berharap rasa loya ini akan berkurangan. Penuh renik sudah membasahi dahi. Bunyi pintu dibuka juga dibiarkan sahaja.
Tengku Lukman melangka masuk. Berkerut dahinya melihat ruang tamu yang berselerak. Tidak dikemas. Matanya meliar. Memandang sekeliling. Keadaan rumah yang sunyi seolah tiada penghuni. Langkahnya laju ke bilik utama. Bilik itu gelap, dengan malas, dia melangkah ke balkoni. Menarik langsir agar cahaya matahari dapat menyiari bilik itu. Pintu gelangsar juga dibuka.
Matanya akhirnya terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring dilantai berhampiran toilet. Perlahan tubuh itu dihampiri. Wajah itu pucat sekali. Dengan cermat, akhirnya tubuh itu di angkat lalu dibaringkan atas katil. Terasa haba panas dari tubuh itu. Menggeleng perlahan. Kalaulah dia tak datang? Bagaimana agaknya?
Tengku Lukman membasahkan tuala lalu diletakkan di dahi Linda. Dia juga sudah menghubungi rakannya. Farida seorang doctor. Rasanya itu lebih baik. Dia tak mahu searang cerita mengenainya keluar diakhbar. Walaupun wajah itu pucat dan sedikit tidak terurus rasanya orang lain masih boleh mengenali wanita itu. Linda. Siapa yang tak kenal. Wajahnya terpampang dimana-mana. Model popularlah katakan. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ek yg blasah si linda tu??? abg hanim yg sakit jiwa ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 368# shana85
haahaha
xtau la zaman bile nk sambung |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 373# budak88
jangan lama2 sangat. ramai yg x sabar tunggu n3 baru |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 374# shana85
ssh nk ckp..byk sgt keje skunk..
budak2 nk xm |
|
|
|
|
|
|
|
abg hanim tue tengku lukman la erk??
aizad ney ego dia tggi sgt..
bila dia nak mngaku yg dia mmg da sygkan hanim..
nyampah btooooool... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply shana85
ssh nk ckp..byk sgt keje skunk..
budak2 nk xm
budak88 Post at 18-5-2011 16:58
tak pe... sanggup tunggu sampai 28 sebb budak dah abis periksa hahahahhaha.. sabar menanti |
|
|
|
|
|
|
|
kalu sikap ego tinggi sangat camnelah... |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu..jahat2 lelaki tu.. syg gak kat linda ek.. bagi diorg kawin je shana85 |
|
|
|
|
|
|
|
best,,,sambung2,,,,,linda mengandungkah?
x suka aizad |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|