CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CARI-MAL

'Kalau PH Tak Batalkan Canal City Dulu...' - Najib

[Copy link]
Post time 29-12-2021 11:47 PM | Show all posts
rakyat jadi mangsa kerana PH selangor main politik

PH syak wasangka dengan UMNO (takde bukti) terus batalkan projek untukk rakyat

umpama anak2 jadi mangsa apabila mak bapak bercerai berai

si ibu syak si ayah curang (takde bukti)

ujung2 menjanda.. anak2 terabai.. mak asyik main henfon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2021 11:48 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 29-12-2021 11:55 PM
sam1528 replied at 29-12-2021 08:08 PM
Ha ha ha ha ... gomen Selangor nak fact check dengan sapa?

Bukan kah JPS the content expert & aut ...

.
Expert atau pakar atau Dr pun kena "fact-check" dan dapat "second opinion". Jangan buta sains, buta perubatan dan buta percaya orang.
.


Pos #266
KAJIAN OLEH JPS

Faekah berkata, JPS telah melakukan “Desktop Study” dan hasil laporan telah diserahkan kepada Menteri Besar pada 24 Disember 2008 mendapati takungan air sedia ada yang siap dibina oleh kerajaan adalah mencukupi, ...

.
https://www.sinarharian.com.my/a ... -bukan-punca-banjir - 29 Dis 2021 - Hal Banjir di Taman Sri Muda
... Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim berkata, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti kawasan untuk dibina lebih banyak kolam takungan atau kolam takungan bawah tanah yang lebih besar selain meningkatkan kapasiti pam untuk mengatasi isu banjir di negeri ini pada masa akan datang.

Jelas kolam2 takungan air banjir sedia-ada di Selangor pada Dis 2008 dan Dis 2021 tak mencukupi. Ini terbukti keajaan PKR/PR Selangor tiada "fact-check" itu 'desktop study' yang dikemukakan oleh JPS Selangor sebelum membatalkan Projek Mega Tebatan Banjir Bandar Terusan/Canal City pada 2010, walaupun mungkin ada elemen wang rasuah dalam projek itu.


Mengapa kerajaan PKR/PR Selangor tak betulkan kesalahan kewangan itu dan meneruskan sahaja projek mega tebatan banjir itu dengan perjanjian baru.? Mungkin kerana akan kekurangan tanah untuk dijual kepada pemaju perumahan, iaitu tanah yang dibuat terusan tak boleh dijual, sama spt kolam2 dan tasik2 buatan manusia.

.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
..kata macai Najib Canal City tu dulu pun dibuat takde kajian, so celah mana boleh halang banjir nya? Ni tered nya:

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5012927&extra=page%3D1&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 02:37 AM | Show all posts
Sistem takungan banjir ni memang penting,macam kat KL,dapat elak air tersekat bertakung.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
lurkingaround replied at 29-12-2021 11:48 PM
.
Expert atau pakar atau Dr pun kena "fact-check" dan dapat "second opinion". Jangan buta sains, bu ...

Sbb tu aku bangkitkan isu mengapa masa projek ni dibatalkan UMNO langsung x bantah dan bertegas terangkan pentingnya Canal City ni diteruskan.  Patutnya UMNO lah yg bagi second opinion waktu tu,  terang segala kajian menyeluruh yg telah dilakukan dan bagitau segala mala impak kpd negeri Selangor andai projek ni diberhentikan.

Bkn aku blame UMNO salah sbb x bantah mcm yg Derkem tuduh,  aku mmg expect dpt jumpa penerangan UMNO secara detail masa isu ni hangat dulu tp xder.

Cuba bro bagitau siapa yg patut bagi second opinion kat Kerajaan Selangor utk fact check input dari JPS?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 10:31 AM | Show all posts
lurkingaround replied at 29-12-2021 11:48 PM
.
Expert atau pakar atau Dr pun kena "fact-check" dan dapat "second opinion". Jangan buta sains, bu ...

Chaaayyy!! Macamana lah orang macam  ko ni ada dalam dunia ni

Tak habis2 dengan kononya fact check ko. What is your solution?


Aku dah tanya & ni kali 2 :

- JPS (content expert & authoritative body) kat Malaysia hanya satu aje - nak tanya sapa lagi untuk fact check ko tu?
- what is your recommendation?

Ko & partner ko , @kemaruk  , sedar tak apa problem korang?

Korang dok argue from hindsight (now) manakala TSKI made a decision based on prediction (2010) - korang tak paham ke ni semua?

Tak pe , ko masih berdegil kononnya City Canal adalah jawapan dia

Boleh tak bagi apa kapasiti City Canal yang ko & partner ko mati2 klaim boleh setel isu banjir baru2 ni

Apa data ko? Aku mintak yang paling simple - taburan hujan dalam mm , berapa City Canal boleh tambat

How you come to the number & apa justifikasi korang tentang nombor tersebut


Tak perlu cakap pasal variables lain , its too complicated - lets make it simple

Viewers tered ni dah 7k+ bermakna ramai lah nak tau solution dari ko & partner ko pasal korang yang paling lantang kata City Canal akan setel isu ini

Ko nak rujuk kat Pok Jib(yang kalah rayuan tu)? Too bad lah - dia hanya klaim City Canal RM3 billion tapi IJM estimate RM745 billion ; bermakna dia hanya nampak berapa banyak duit rakyat boleh terlepas dengan projek ini

Manakala TSKI gigih pertahankan duit rakyat dari disalahguna & lesap

Semua dok tunggu penjelasan & solusi dari ko





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2021 12:01 PM | Show all posts
Bekas Setiausaha Politik Khalid bidas Najib isu Canal City Selangor
https://premium.sinarharian.com.my/
Mohd Faizul Haika Mat Khazi
MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI
27 Disember 2021


Faekah membidas kenyataan Najib yang menyalahkan pentadbiran Khalid sehingga terjadinya banjir di Selangor baru-baru ini.

  SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Projek Canal City atau Bandar Terusan yang diilhamkan pada zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor dibatalkan kerajaan negeri pada 2009 kerana merugikan rakyat dan hanya akan menguntungkan syarikat swasta terbabit.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, beliau terpanggil untuk memberikan penjelasan bagi menjawab kenyataan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman sosialnya mengenai pembatalan projek terbabit.

Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) berkata, Najib mendakwa projek Canal City yang diilhamkan kerajaan negeri Selangor BN pada 2004 tetapi telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (pada ketika itu) pada 2009 adalah punca kepada banjir besar yang kini melanda negeri Selangor.

Walaupun benar projek berkenaan telah dibatalkan oleh mantan Abdul Khalid, namun Faekah menegaskan, Ahli Parlimen gagal menyatakan sebab utama pembatalan projek tersebut.

"Beliau (Najib) gagal menghitung 'kerugian' yang ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor apabila projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat swasta melalui konsep usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. Tidak juga disebut keuntungan besar yang bakal diraih oleh syarikat swasta berkenaan.

"Saya tidak mengharapkan beliau mempunyai maklumat terperinci projek tersebut kerana ia adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri tapi tidak molek bagi YB Pekan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan salah sedemikian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Faekah berkata, Najib memberikan kenyataan palsu kononnya kerajaan negeri sudah meluluskan peruntukan RM3 bilion bagi melaksanakan projek berkenaan sedangkan ia adalah projek usaha sama antara syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri.

"Bagi mengelak YB Pekan serta mereka yang cuba menggunakankan isu ini sebagai sampan ketika mahu menangguk di air banjir dan agar rakyat tidak terus dikelirukan, saya telah menyediakan ringkasan sejarah Projek Canal City berdasarkan maklumat serta fakta di dalam pengetahuan saya," katanya.

Faekah berkata, sejarah Projek Canal City bermula pada 26 Februari 2003 kerajaan BN Selangor telah meluluskan permohonan anak syarikat kerajaan negeri PNSB untuk memajukan Projek Tebatan Banjir (PTB) yang merangkumi keluasan tanah 5,270.72 ekar di Mukim Tanjung Dua Belas dan Mukim Teluk Panglima Garang, Daerah Kuala Langat.

Bagaimanapun, Faekah berkata, berdasarkan kepada kajian yang lebih terperinci, keluasan kawasan PTB yang baharu adalah seluas 4,907.56 ekar selaras dengan Pelan Konsep yang diluluskan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor (JPBD).

Beliau berkata, projek tersebut berteraskan ‘Inland Water City’ yang membangunkan terusan air sepanjang 18 km dan Sub-Canal yang menghubungkan Sungai Klang dan Muara Sungai Langat.

"Justeru, pada 23 Jun 2004, kerajaan BN telah meluluskan dua hak milik tanah secara blok kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) iaitu masing-masing seluas 2,176.8 ekar dan 417.5 ekar. Tanah selebihnya seluas 2,301 ekar akan melibatkan pengambilan tanah ke atas lot-lot persendirian dan pemindahan orang asal di kawasan2 terlibat.

"Satu perjanjian ‘Shareholders Agreement’ di antara PNSB dan Radiant Pillar Sdn Bhd telah ditandatangani pada 15 Januari 2004 dengan antara lain satu syarikat usaha sama iaitu Canal City Constructian Sdn Bhd diwujudkan dan mempunyai obligasi seperti termasuklah merekabentuk, membina dan menyiapkan terusan tebatan banjir sepanjang 18 km dengan kos RM 530 juta.

"Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor melakukan pengambilan tanah dengan kos RM430 juta dan memindahkan orang asal Bukit Kemandol dan Tanjung Rabok dengan kos RM180 juta, selain memindahkan setinggan dengan kos RM4.87 juta," katanya.

Sementara itu, obligasi Radiant Pillar Sdn Bhd adalah pertama membangunkan perbandaran baru sekitar terusan seluas 4,907.56 ekar dan membayar pulangan sejumlah RM1.345 billion secara berperingkat dalam tempuh 20 tahun kepada Canal City Construction Sdn Bhd untuk membiayai obligasi syarikat tersebut berjumlah RM 1.28 billion.

"Syarikat berkenaan juga menjamin keuntungan minima berjumlah RM74 juta kepada Canal City Construction Sdn Bhd manakala PNSB akan memperolehi pulangan RM 22.2 juta.

"Melihat kepada terma perjanjian yang tempang dan jelas menunjukkan bahawa projek ini adalah alasan untuk menganugerahkan tanah seluas 5,000 ekar kepada syarikat swasta dengan keuntungan picisan untuk rakyat Selangor maka Tan Sri Khalid telah mengarahkan Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS ) melihat semula projek tersebut, mengkhusus kepada penyelidikan sama ada terusan yang mahu dibina akan mampu mengatasi masalah banjir," katanya.

KAJIAN OLEH JPS

Faekah berkata, JPS telah melakukan “Desktop Study” dan hasil laporan telah diserahkan kepada Menteri Besar pada 24 Disember 2008 mendapati takungan air sedia ada yang siap dibina oleh kerajaan adalah mencukupi, tambahan pula peningkatan paras air di Lembangan Sungai Langat akan berlaku berhampiran Jeti Sritamas, Bandar Banting di antara 3cm hingga 5cm.

Tambah Faekah, dapatan daripada kajian merumuskan pembinaan terusan bukan penyelesaian kepada masalah banjir.

"Berpandukan kepada kaji selidik oleh JPS tersebut maka Lembaga Pengarah PNSB pada 1 Jun 2009 telah memutuskan untuk membatalkan Pembinaan Terusan di dalam Projek Tebatan Banjir dan satu Task Force PNSB diwujudkan untuk mengkaji semula keseluruhan cadangan projek dan pembangunan ke atas tanah seluas 5000 ekar tersebut.

"Akhirnya pada 13 Ogos 2010 PNSB telah memutuskan untuk membatalkan projek secara keseluruhan dan menandatangani ‘Termination Agreement’ dengan Radiant Pillar Sdn Bhd dan Canal City Construction Sdn Bhd," katanya.

Justeru, kata Faekah adalah amat jelas, keputusan pembatalan tidak dibuat dengan sembrono, malah telah didokong oleh kajian daripada jabatan kerajaan yang berkenaan.

"Kerajaan negeri juga telah menyediakan pelan jangka panjang untuk menangani masalah air di Selangor iaitu masalah kekurangan bekalan air dan juga masalah banjir.

"Hasil dari pembatalan projek tersebut kerajaan negeri telah mendapatkan semula tanah seluas hampir 2,000 ekar dari syarikat berkenaan yang sebahagiannya merupakan penyelesaian kepada hutang lapuk syarikat berkenaan kepada kerajaan negeri yang gagal dikutip oleh kerajaan BN berjumlah hampir RM400 juta.

"Tidak benar apa yang dikatakan YB Pekan bahawa tanah yang dirampas tersebut telah dijual murah kepada syarikat lain," katanya.

HENTI TUDING JARI, CARI SOLUSI

Sebaliknya, Faekah berkata, PNSB telah mengeluarkan notis 'Request for Proposal' bagi mendapatkan pembida tertinggi bagi membangunkan tanah tersebut dan Syarikat DiJaya telah terpilih.

"Rancangan tersebut dijangka memberi pulangan sejumlah RM1,297 bilion kepada kerajaan negeri berbanding rancangan BN pada 2004 sebanyak RM22 juta (dalam tempuh 20 tahun). Ini bermakna keuntungan lebih seribu kali ganda.

"Berkenaan isu banjir, kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Khalid telah memulakan perancangan mitigasi banjir bagi jangka masa 50 tahun bermula dengan pembinaan Horas 600 yang bukan sahaja membantu mengurangkan banjir tetapi juga membekalkan air mentah ketika musim kemarau.

"Seluruh kawasan persisiran sungai telah digazet dan menjadi rizab sungai, tiada sebarang bentuk pembangunan boleh dilakukan," katanya.

Faekah berkata, Selangor juga telah melancarkan River of Life yang antara lain memelihara, memulih dan memastikan bekalan air mentah yang mencukupi dan pada masa yang sama mengelak kejadian banjir.

"Saya meninggalkan pejabat SUK pada September 2014 justeru saya tidak pasti sekiranya semua perancangan oleh Tan Sri Khalid telah diteruskan oleh pucuk pimpinan negeri selepas beliau hingga ke hari ini.

"Akan tetapi, adalah terlalu simplistik dan spekulatif untuk menyatakan bahawa pembatalan Canal City telah menyebabkan banjir besar di Selangor. Apatah lagi tuduhan dibuat tidak berdasarkan kepada laporan jabatan kerajaan yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Faekah berkata, pemimpin masyarakat, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri tidak perlu membuang masa berhujah, menuding jari mahupun mempamerkan aksi-aksi hebat mencuci banjir tetapi hendaklah dengan segera mencari formula jangka panjang mitigasi banjir.

"Doa saya agar semua mangsa banjir diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi musibah yang amat besar ini," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:45 PM | Show all posts
axl_bach replied at 30-12-2021 07:39 AM
Sbb tu aku bangkitkan isu mengapa masa projek ni dibatalkan UMNO langsung x bantah dan bertegas te ...

jadi doc rasa kesilapan UMNO ialah tak fight pembinaan projek ni lepas dibatalkan ye?

takpelah.. doc kamceg dengan bangkem jadi bangkem jawab elok2

macam yang bangkem katakan sebelumnya, kalau cari berita ni di internet memang susah nak jumpa punya

sebab tahun 2008 tu media sosial masih baru nak up jadi kurang dibincangkan oleh marhein

portal berita macam utusan, bharian, malaysiakini etc pon tak simpan arkib untuk berita2 yang dah lama.. kecuali berita2 yang penting kot

TAPI cuba cari kat hansard DUN selangor, konfem jumpa

http://dewan.selangor.gov.my/wp- ... .HANSARD.211008.pdf

search canal city.. khir toyo, satem diman ada mention pasal canal city di DUN

ini baru satu sidang.. kalau betul nak tahu, search jugak dekat sidang2 lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 12:52 PM | Show all posts
ada operator kilang kerja kat UK kata canal city zaman umno takde kajian

dengar ni apa khir toyo cakap:

https://premium.sinarharian.com. ... r-terusan-khir-toyo


Solusi banjir, kembalikan semula projek Bandar Terusan: Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor itu yakin projek tersebut mampu meminimumkan impak banjir di kawasan Lembah Klang
KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN
23 Disember 2021 | Masa membaca: 3 minit
DR MOHAMAD KHIR

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menggesa kerajaan negeri dan pusat mengembalikan semula pelaksanaan projek Bandar Terusan yang pernah diluluskan sewaktu pentadbiran beliau dahulu sebagai solusi tuntas dalam menangani masalah banjir di negeri itu secara menyeluruh.

Jelas beliau, projek Bandar Terusan yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2007 adalah projek pembinaan satu terusan besar yang menghubungkan dua tasik di daerah Petaling dan Kuala Langat dengan kepanjangannya mencapai 17 kilometer.

Tambahnya, sekiranya projek Bandar Terusan ini berjaya disiapkan, terusan besar berkenaan mampu menyimpan ratusan juta liter air limpahan sungai yang tidak dapat dialirkan ke laut akibat kejadian air pasang besar dan hujan lebat luar biasa.

Projek Bandar Terusan ini sepatutnya disiapkan sekitar tahun 2017 sekiranya tidak dibatalkan, kata Dr Mohamad Khir

Ujarnya lagi, inisiatif itu yang mengambil inspirasi reka bentuk pembinaan terusan di Belanda, sekali gus meminimumkan sepenuhnya impak banjir di kawasan Lembah Klang dalam jangka masa 100 tahun akan datang.

"Sewaktu saya menjadi Menteri Besar Selangor, kami berusaha membuat kajian menyeluruh bagaimana untuk mengelakkan berlaku banjir di Selangor memandangkan kejadian banjir kilat kerap terjadi di kawasan Taman Sri Muda, Batu Tiga, dan Seksyen 13 di Shah Alam; Taman Puteri Puchong serta sebahagian kawasan Klang.

"Hasil kajian kita mendapati isu banjir kerap berlaku di negeri ini disebabkan masalah paras air laut kerap meningkat saban tahun dan jika berlaku hujan lebat ditambah fenomena air laut pasang, maka akan berlaku situasi di mana air sungai tidak mengalir ke laut selain air laut pula memenuhi kuala sungai.

"Keadaan ini akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah seperti Taman Sri Muda, Batu Tiga dan Seksyen 13 ditenggelami air dan berlaku banjir sangat dalam di kawasan berkenaan," katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.

Disyorkan artikel berkaitan ini:
Banjir besar di Selangor
Lima banjir besar pernah melanda Pahang
Iktibar banjir di Selangor
Rakaman gambar situasi banjir di sekitar kawasan Sri Muda yang ditenggelami air banjir.
Rakaman gambar situasi banjir di sekitar kawasan Sri Muda yang ditenggelami air banjir.


Mengulas lanjut, Mohamad Khir menjelaskan idea pelaksanaan projek Bandar Terusan timbul setelah beliau dan kerajaan negeri ketika itu mengenal pasti kaedah terbaik menangani banjir adalah mewujudkan platform yang membolehkan air hujan tidak dapat dialirkan ke laut untuk jangka masa tertentu, disimpan buat sementara bagi mengelakkan banjir berlaku.

Malangnya, beliau mendedahkan projek itu dibatalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2008, dengan kawasan terlibat projek sebaliknya diserahkan kepada pemaju untuk pelaksanaan projek pembangunan.

"Dengan pembatalan projek itu dan tiada projek alternatif susulan bagi mendepani isu banjir, kita telah terlepas peluang keemasan untuk meminimumkan impak banjir besar di Selangor pada masa akan datang dengan projek Bandar Terusan ini sepatutnya disiapkan sekitar tahun 2017 sekiranya tidak dibatalkan.

"Bagi saya, kejadian banjir besar yang berlaku adalah musibah yang kita boleh elakkan dengan perancangan teliti dan saya yakin pelaksanaan projek Bandar Terusan adalah solusi terbaik yang selari dengan prinsip kejuruteraan awam moden.

"Selama ini, kita boleh berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit yang dianggap antara tertinggi di dunia, namun kini kita sewajarnya malu apabila rakyat menderita akibat banjir menenggelamkan kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan kerajaan pula masih tiada perancangan jitu untuk mengatasinya," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:54 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 12:52 PM
ada operator kilang kerja kat UK kata canal city zaman umno takde kajian

dengar ni apa khir toyo ca ...

Again & again ... not addressing the issue

Berapa taburan hujan (mm) yang City Canal boleh / mampu tambat?

Konfiden sangat dengan City Canal boleh setel


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:55 PM | Show all posts
terjawab sudah fitnah2 dari pihak sana

1) zaman umno, kajian menyeluruh telah dibuat, bukan sekadar desktop study
2) canal city bukannya semata2 alihkan 30% air ke sungai, tapi akan disimpan dulu dalam kolam besar sebelum dilepaskan ke sungai klang/langat.. ini menjawab soalan "eh kalau dua2 sungai melimpah acaner ye?"
3) kerajaan UMNO pandang sehingga 100 tahun akan datang.. tapi KERAjaan PH cuma pandang situasi semasa dan kata kolam takungan mencukupi

rakyat selangor dan lembah klang tahu semua ni salah PH
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:58 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 12:55 PM
terjawab sudah fitnah2 dari pihak sana

1) zaman umno, kajian menyeluruh telah dibuat, bukan sekadar ...

Jawapan retorik ... not addressing the issue

(1) Berapa taburan hujan (mm) yang City Canal boleh / mampu tambat?

(2) boleh tak 30% diversion kalo dua2 sungai dah melimpah?

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 12:59 PM | Show all posts
Isu Canal City, Khalid Ibrahim dedah usaha UMNO Selangor jual aset kerajaan negeri
December 28, 2021 8:56 pm


Selepas sekian lama membisu, bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, akhirnya bersuara mengenai punca sebenar kerajaan negeri dipimpin olehnya membatalkan projek pembinaan Canal City atau Bandar Terusan pada tahun 2009.

Menurut laporan Sinar Harian, bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menegaskan, beliau terpaksa berbuat demikian untuk menyelematkan aset milik kerajaan negeri Selangor ‘terjual’ kepada syarikat swasta menerusi perjanjian berat sebelah.

Berikutan itu, Abdul Khalid mengucapkan terima kasih kepada bekas Setiausaha Politiknya, Faekah Husin kerana menjelaskan fakta sebenar berkaitan projek Canal City yang telah dibatalkan.

“Sepanjang memegang jawatan Menteri Besar, saya berusaha menyelamatkan aset negeri yang ‘terjual’ melalui perjanjian usaha sama berat sebelah dimana syarikat swasta mendapat pulangan lumayan sedangkan kerajaan negeri terpaksa menanggung tanggjungjawab apabila projek tersebut gagal.

“Pada hemat saya, negeri Selangor telah menanggung terlalu banyak kerugian akibat perjanjian sedemikian. Namun begitu, saya telah memastikan semua keputusan pembatalan projek dibuat dengan telus dan teratur, berdasarkan laporan dan kajian jabatan kerajaan yang berkenaan,” katanya pada Selasa.

Terdahulu, Faekah dipetik sebagai berkata Projek Canal City yang diilhamkan pada zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor dibatalkan kerajaan negeri pada 2009 kerana merugikan rakyat dan hanya akan menguntungkan syarikat swasta terbabit.

Faekah dalam satu kenyataan berkata, beliau terpanggil untuk memberikan penjelasan bagi menjawab kenyataan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman sosialnya mengenai pembatalan projek terbabit.

Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) berkata, Najib mendakwa projek Canal City yang diilhamkan kerajaan negeri Selangor BN pada 2004 tetapi telah dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (pada ketika itu) pada 2009 adalah punca kepada banjir besar yang kini melanda negeri Selangor.

Walaupun benar projek berkenaan telah dibatalkan oleh Abdul Khalid, namun Faekah menegaskan, Ahli Parlimen Pekan gagal menyatakan sebab utama pembatalan projek tersebut.

“Beliau (Najib) gagal menghitung ‘kerugian’ yang ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor apabila projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat swasta melalui konsep usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. Tidak juga disebut keuntungan besar yang bakal diraih oleh syarikat swasta berkenaan.

“Saya tidak mengharapkan beliau mempunyai maklumat terperinci projek tersebut kerana ia adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri tapi tidak molek bagi YB Pekan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan salah sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut Abdul Khalid, biarpun kerajaan negeri Selangor pimpinannya namun beliau sentiasa melakukan perkara terbaik demi rakyat.

“Walaupun pentadbiran saya tidak sempurna, namun saya telah cuba berikan yang terbaik kepada rakyat – the best value for the people. Adakalanya keputusan saya tidak popular dalam kalangan rakan politik, apatah lagi syarikat-syarikat swasta tapi saya yakin rakyat Selangor bijak membuat penilaian tentang apa yang terbaik.

“Saya mengambil kesempatan menyeru kepada seluruh rakyat khusus di Selangor untuk terus berdoa agar mangsa banjir diberikan kekuatan dan kesabaran di dalam menempuh ujian gets ketika ini. Semoga Allah SWT merahmati segala amalan dan usaha kita,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:22 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 12:45 PM
jadi doc rasa kesilapan UMNO ialah tak fight pembinaan projek ni lepas dibatalkan ye?

takpelah..  ...

Td Derkem sbb share link Hansard DUN Sgor..

Aku dah tgk sidang 2008 dan 2009, dlm hujah Khir Toyo just cakap kajian secara general, xder cakap nilai angka pun...yg org nak tau berapa kapasiti Canal City tu

Aku try cari Hansard 2007 x jumpa plak
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:38 PM | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 12:52 PM
ada operator kilang kerja kat UK kata canal city zaman umno takde kajian

dengar ni apa khir toyo ca ...

Menarik part nih yg Khir Toyo kata "Tambahnya, sekiranya projek Bandar Terusan ini berjaya disiapkan, terusan besar berkenaan mampu menyimpan ratusan juta liter air limpahan sungai yang tidak dapat dialirkan ke laut akibat kejadian air pasang besar dan hujan lebat luar biasa."


Ratusan juta liter air nih kalau kita buat contoh....


500,000,000 liter bersamaan 500,000 atau 0.5 juta


kalau 900,000,000 liter bersamaan 900,000

kalau ambil anggaran 1 billion liter (yakni 1,000,000,000 liter) bersamaan 1,000,000 (yakni 1 juta )

Maksudnya kapasiti terusan Canal City tu x sampai pun setengah dari kapasiti Kolam Takungan Banjir Sungai Jinjang (KTBSJ) yang bleh tampung sehingga 2.5 juta air. (yakni bersamaan 2.5 billion liter atau 2,500,000,000 liter)

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 30-12-2021 12:55 PM
terjawab sudah fitnah2 dari pihak sana

1) zaman umno, kajian menyeluruh telah dibuat, bukan sekadar ...

Pandang 100 tahun ke nak jual tanah je citenya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 02:57 PM | Show all posts
axl_bach replied at 30-12-2021 01:38 PM
Menarik part nih yg Khir Toyo kata "Tambahnya, sekiranya projek Bandar Terusan ini berjaya disiapk ...

ini limitasi percakapan je

takkan la nak cakap tampung bilionan liter air

cam tak berapa sesuai

kalau tengok peta cadangan projek canal city ni, sangat luas kolam tu

besar bandar kepong+kepong tu sendiri kot

ok la.. kalau betul la kapasiti tak cukup (kalau lah ye), nape kerajaan selangor tak tambah je kapasiti takungan canal city ni?

tapi yang dorang buat, jual tanah pastu buat projek perumahan (yang takde kena mengena dengan mengatasi banjir)


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 02:58 PM | Show all posts
grouper replied at 30-12-2021 01:50 PM
Pandang 100 tahun ke nak jual tanah je citenya...

salah tembak ni

KERAjaan selangor yang jual tanah ni untuk buat projek perumahan mampu tengok
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 03:19 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 30-12-2021 03:46 PM
axl_bach replied at 30-12-2021 07:39 AM
Sbb tu aku bangkitkan isu mengapa masa projek ni dibatalkan UMNO langsung x bantah dan bertegas te ...

.
Saya ulangi lagi, pembatalan Projek Mega KIDEX dan Empangan Langat 2 oleh kerajaan PKR/PR/PH Selangor selepas PRN Selangor 2008 dan 2013 pun tiada bantahan dari UMNO/BN kerana pembatalan2 itu menerima sokongan kuat dari kebanyakkan Rakyat Selangor.  Kalau UMNO/BN bantah pun akan kena kecaman teruk dari socmed, media masa dan kebanyakkan Rakyat Selangor.


Sama spt bantahan Mercedes Petronas selepas Lewis Hamilton kalah Kejuaraan F1 tahun 2021, iaitu bantahan ke2 oleh Mercedes Petronas ditarik balik. Sekarang tiada bantahan atau soalan lagi dari Mercedes Petronas.

Sejak PRN Selangor pada Mei 2008, kebanyakkan Rakyat Selangor sokong kerajaan PKR/PR/PH Selangor sebagai penyelamat atau "Saviour" dari kejahatan dan kemudaratan UMNO/BN. Sekarang kita mungkin dapat lihat hakikat sebenarnya, iaitu pihak mana yang sebenarnya lebih membuat jahat dan memudaratkan Rakyat Selangor, spt masaalah banjir kilat berterusan sejak PRN Selangor 2008.
.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2021 03:27 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 30-12-2021 03:58 PM
sam1528 replied at 30-12-2021 10:31 AM
Chaaayyy!! Macamana lah orang macam  ko ni ada dalam dunia ni

Tak habis2 dengan kononya fact chec ...

Viewers tered ni dah 7k+ bermakna ramai lah nak tau solution dari ko & partner ko pasal korang yang paling lantang kata City Canal akan setel isu ini ....

.
Senang saja menjawab anda; ...

Kerajaan UMNO/BN Selangor pra-2008 telah beri solution untuk mencegah atau mengurangkan banjir kilat = Projek Mega Tebatan Banjir Bandar Terusan/Canal City pada 2004, yang mula dibina pada 2007 dan dijangka siap 2017.

Kerajaan PKR/PR/PH Selangor pasca-2008 tiada beri solution yang sama selepas membatalkan Projek Mega di atas pada 2010 = masaalah banjir kilat berterusan selepas 2008 dan 2017.
.

P S - Terbukti Terowong SMART di KL dapat mencegah atau mengurangkan banjir kilat sejak 2007. Terowong SMART = "underground diversion canal" = terusan lencongan bawah tanah.

.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.076201 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list