MANCHESTER: Sir Alex Ferguson melangkah ke tahun baru dan dekad baru sebagai pengurus Manchester United, dengan keyakinan masa depan kelab itu begitu cerah.
Generasi bintang barunya sudah diberi peluang untuk fasa pertama musim ini dan Ferguson berjanji akan mengekalkan dasarnya menggunakan pemain kurang berpengalaman dalam pertemuan separuh akhir pertama Piala Liga menentang Manchester City, minggu depan.
Ferguson yakin barisan bintang barunya adalah setaraf dengan pemain lain sepanjang 23 tahun dia berada di Old Trafford, kenyataan hebat jika dilihat dengan kualiti pemain muda di kelab itu.
“Saya rasa pemain muda kami beraksi dengan baik,” tegas Ferguson.
“Mereka menunjukkan peningkatan yang baik serta mendapat peluang menunjukkan kemampuan mereka,” kata Ferguson, sambil menyatakan kemenangan 5-0 ke atas Wigan, Rabu lalu, yang meletakkan juara bertahan itu hanya dua mata di belakang pendahulu, Chelsea, adalah buktinya.
“Danny Welbeck bermain baik ketika menentang Wigan, Rafael pula hebat dalam perlawanan itu dengan menunjukkan kesungguhan tinggi.
“Agak malang buat (Federico) Macheda yang cedera tetapi kita tahu kualiti yang ada padanya, dan (Gabriel) Obertan sudah menyertai pasukan ini serta mempunyai potensi yang besar sedangkan dia baru berusia 20 tahun.
“Seandainya mereka dapat mengelakkan kecederaan, saya percaya mereka mampu menjadi pemain yang hebat.
“Itulah caranya di sini. Kami sering membawa pemain muda dan saya rasa kami cukup baik dalam perkara ini,” kata Ferguson menjelang pertemuan pusingan ketiga Piala FA menentang Leeds.
Persembahan terbaru daripada bek kanan muda, Rafael menjadi tumpuan dan bersama saudara kembarnya, Fabio, Ferguson meramalkan United akan memiliki dua pertahanan Brazil, tidak lama lagi. - AFP
wa binci sama negros welbek... useless btol la..apa dia pikir dia star ka? mahu tiru larian longlai lemah gemalai babah?..chosss noksss!!
jAck666 Post at 3-1-2010 02:20 PM
sian bung jackie..ingatkan lelaki sejati urban normal..