Originally posted by otakotak at 9-1-2009 03:40 PM
anak itik berlari dtiti
jatuh dikolam pak uda
salam semua yang ada disini
lama sudah tidak begurau senda
burung balam dipokok ceri
sayang didodoi adikku nani
salam bersambut pantun diberi
harap o2 ceria berada disini........
Originally posted by iDputera at 10-1-2009 11:56 AM
elok rupanya kumbang jati
dibawa ayam pulang petang
tidak terkata didalam hati
puas menunggu dia lambat datang.........
Sayang2 buah kepayang
Dimana letaknya sudahlah lupa
Semakin hari ku semakin sayang
Wajah dipandang sering tidak lupa......
Sekuntum mawar merah dan sebuah puisi.. Mis u......
Originally posted by sweetLove at 10-1-2009 11:07 PM
roti dimakan bersama madu
kuih dihidang diwaktu petang
semakin dekat semakin rindu
saban hari semakin sayang
makan telur bersama madu
sarapan pagi sebelum kesekolah
jika dah dekat semakin rindu
bagaimana gamaknya jika disebelah......
Originally posted by sweetLove at 11-1-2009 04:12 PM
jangan berjalan di kala malam
tersandung batu jatuh tersungkur
andai lampu tetiba padam
tu tanda masa masuk tidur....
terus berjuang jangan berundur
kapal dilaut dah jatuh sauh
lampu padam masa hendak tidur
mengapa terguling teringat yang jauh.........
memetik sirih ke pulau tengah
sirih dipetik bertindan pinang
lama benar tidak menjengah
ke laman cinta jiwa terkenang...
--------------------------------------------
burung nuri terbang megah
padi dituai disawah petani
mengapa lama tidak menjengah
sudah lupakah teman2 semua disini........
Originally posted by iDputera at 20-1-2009 01:57 AM
burung nuri terbang megah
padi dituai disawah petani
mengapa lama tidak menjengah
sudah lupakah teman2 semua disini........ ...
burung nuri mencari makan
mencari makan di pinggir hutan
manakan mungkin teman2 dilupakan
dalam hati terpatri ingatan.....