Originally posted by gambiaq at 21-3-2007 09:41 PM
sambil berbual menunggu zaitun
dok berbaring sampai terlena
lama tak masuk benang pantun
lupa dah nak pantun gena....
pergi ke kedai membeli rotan
hendak di sebat kanak2 nakal
meh lah gam kami temankan
setakat pantun-pantun nakal
Originally posted by Hang at 22-3-2007 06:16 PM
Perahu Palembang mudik ke Linggi
Penuh muatan kayu dan arang
Apakah malang nasib ku ini
Karam berdua basah seorang..!
perahu palembang mudik ke Linggi
singgah sebentar di pekan Nusa
mengapa sampai jadik sebegini
mana pergi teman mandi manda
Originally posted by Hang at 22-3-2007 06:24 PM
Sorong papan tarik papan
Papan kecil dibuat tangkal
Mengapa umpan ikan tak makan
Adakah kail panjang sejengkal
bunga angerrik di tengah hutan
tumbuh melata cantik tak terperi
belum di cuba berpatah jangan
moga2 kanda dapat yg dihajati
Originally posted by Hang at 22-3-2007 06:29 PM
Rumah limas pendekar sultan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Tangkainya emas bunganya intan
Bolehkah ranting hamba patahkan?
dari medan ke Inderaloka
hendak mencari kain sutera
hendak di petik berteka2
sampai bila harus diduga
Originally posted by Hang at 22-3-2007 06:33 PM
Tumbuh betik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Sungguh cantik bunga di taman
Bolehkah gerangan petik sekuntum?
tumbuh melata di tepi paya
di tebas orang di buat jalan
kalaulah sungguh bagai dikata
boleh jadik Dinda mati berangan
Originally posted by Hang at 22-3-2007 06:35 PM
Burung merak terbang ke laut
Sampai ke laut mengangkut sarang
sedangkan bah kapal tak hanyut
Inikan pula kemarau panjang...
burung merak berwarna-warni
menawan hati setiap yg memerhati
gundah sungguh rasa dihati
setiap kali kanda tiada disisi
Originally posted by Hang at 22-3-2007 06:37 PM
Bunga melur kembang sekaki
Mari dibungkus dengan kertas
Di dalam telur lagi di nanti
Inikan pula sudah menetas..
bunga di laman bunga kemboja
di petik si gadis menghias diri
ralit sungguh kita bermain kata
sampai tak sedar dah terpaut dihati