|
tak tahu dah penah tulis sini ke belom
neh orang2 sana jugak laa dok citer
apa yang diceritakan pada kita hari nehh
berbeza sangat dari versi asal katanya |
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu dah penah tulis sini ke belom
neh orang2 sana jugak laa dok citer
apa yang diceritakan ...
Syd Post at 14-12-2010 22:06
apa versi asalnya bro..kasik kongsi kat sini la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 362# billionman78
bukan laa asal
tapi versi penduduk2 warga emas kat sana
cerita mulut... |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah menjadi harapan aku untuk melihat Chin Peng ni dijatuhkan hukuman mati secara terbuka di khalayak ramai yakni di hadapan semua rakyat Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply billionman78
bukan laa asal
tapi versi penduduk2 warga emas kat sana
cerita mulut...
Syd Post at 15-12-2010 09:02
Ni kalau ikut uneks ni takleh pakai cakap mulut ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah menjadi harapan aku untuk melihat Chin Peng ni dijatuhkan hukuman mati secara terbuka di khal ...
jkkkj Post at 11-1-2011 10:53 PM
aku setuju |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalau ikut uneks ni takleh pakai cakap mulut ni....
alphawolf Post at 12-1-2011 16:09
tersedak aku jap.
anyway.. name 'bukit kepong' ni bukan sebab dikepung dlm peristiwa ni.. name tu dah wujud sejak 1616 lagi dlm peta Eridia..
ape yg 'dikepong' sangat.. ntah.. x tau pulak |
|
|
|
|
|
|
|
dia duduk kat celah2 lembah, rupa macam terkepung dek bukit2 keliling dia...tu pasal nama dia Bukit Kepong. |
|
|
|
|
|
|
|
`Wira Bukit Kepong' Yusoff Rono meninggal dunia
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula berkata, jasa dan bakti perjuangan Allahyarham Yusoff tidak wajar dilupakan sebaliknya ia perlu diabadikan di dalam sebuah buku untuk dijadikan kenangan.
Menurut Mohd. Ali, pelbagai peristiwa, bahan-bahan tinggalan Allahyarham seperti keratan akhbar Utusan Melayu mengenai nasionalis dan pendidikan Melayu serta gambar-gambar keluarganya akan dimuatkan dalam buku tersebut kelak.
``Kita juga akan memikirkan bentuk royalti yang akan diberikan kepada keluarga Allahyarham setelah buku itu dipasarkan, tetapi perkara itu masih belum dibincangkan,'' katanya.
Syd Post at 25-5-2006 09:44
ye la tu,,dah berapa tahun dah Allahyarham Yusof Rono meninggal, xda apa pun kerajaan Melaka, Johor, Persekutuan, bagi apa2 kat family Allahyarham.
Bagi Datukship kat Shahrukh Khan, ada lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau korang semua dapat berdepan dengan Chin Peng hari ni,apa yang korang akan buat kat orang tua tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini genap 61 tahun peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong [ 23/2/1950 ].... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 371# cmf_Uranus
Semoga Allah mencucuri rahmatNya buat semua mangsa peristiwa pagi Khamis 23 Februari 1950 tu.
Al-Fatihah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 341# jkkkj
Kalau waktu sekarang, mereka di label sebagai pengganas, sama jugak kalau mereka menyerang kem tentera.
Apa yang di panggil menentang SPB Yang Dipertuan Agong apabila mereka melancarkan peperangan ke atas negara dan kerajaan.
Peristiwa Al maunah adalah contoh, mereka bukan menyerang kem tentera tapi merompak senjata. Kemudian mengancam untuk merampas kuasa.
Ingat tak serangan ke atas balai polis Batu Pahat Johor? Itu bukan pengkhianatan kepada SPB. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah saya adalah anggota polis di belakang tabir filem ini, babak jambatan meletup, dia yang meletupkan. Selamat hari polis kepada semua polis. Semoga mereka yang gugur di cucuri rahmat. |
|
|
|
|
|
|
|
Up,
+ 1 Credit
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 329# jkkkj
"Pah! hulurkan abang rifle!!!" |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 347# jkkkj
situasi yg sama dengan puak resistance perancis yang membunuh orang perancis yang join SS semasa ww2....bezanya ideologi dan pihak yang menang boleh mengaku wira dan melabel yang kalah sebagai pengkhianat/orang jahat.bayangkan kalau PKM ni berjaya menewaskan british,apa akan jadi pada polis dan tentera kita yg mmg bersekutu dengan british waktu tu? |
|
|
|
|
|
|
|
AHAD, 28 OGOS 2011
MALAPETA 31 OGOS
MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya
KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 378# Acong
WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA
KOMENTAR TUKAR TIUB
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.
Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?
Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.
Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.
Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu
Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.
Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.
Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.
Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) |
|
|
|
|
|
|
| |
|