CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

(EDISI INFO KESIHATAN SEMASA 2020/2021)

[Copy link]
Post time 19-3-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Penggunaan sarung tangan TIDAK DIPERLUKAN semasa suntikan vaksin COVID-19 secara "intramuscular".

Penggunaan sarung tangan adalah perlu sekiranya terdapat potensi untuk bersentuhan dengan cecair badan atau luka pada penerima vaksin atau vaksinator.

#COVID19
#KitaMestiMenang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2021 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin AstraZeneca terus diguna di seluruh dunia, diakui selamat

TIGA badan kawal selia vaksin COVID-19 mengesahkan kejadian pembekuan darah (blood clot) yang dilaporkan di beberapa negara di Eropah tiada kaitan vaksin AstraZeneca.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Ubat-ubatan Eropah  (EMA) dan Agensi Regulatori Produk Kesihatan dan Perubatan UK (MHRA)  menegaskan pemberian vaksin ini perlu diteruskan.

Mengambil vaksin melebihi kemudaratan akibat tidak divaksin. Vaksinasi menggunakan vaksin ini perlu diteruskan, pendirian WHO.

Denmark, Iceland, Perancis, Itali, Sweden dan Belanda dilapor menggantung sementara penggunaan vaksin itu selepas timbul kebimbangan vaksin AstraZeneca menyebabkan kejadian darah beku.

WHO, EMA dan MHRA menegaskan, selepas menganalisis data-data vaksinasi di negara-negara terlibat, tiada bukti yang mengaitkan kejadian darah beku dengan vaksin AstraZeneca.

Kejadian darah beku, salah satu penyakit kardiovaskular adalah perkara biasa di Eropah kerana pelbagai sebab.

"Jumlah kes darah beku tidak menunjukkan peningkatan mendadak atau luar biasa. Tiada data boleh mengaitkan kejadian darah beku dengan vaksin," kata Ketua Keselamatan Vaksin MHRA, Dr Phil Bryan.

Thailand, Korea Selatan, Jerman dan Sepanyol meneruskan semula pemberian vaksin AstraZeneca.

United Kingdom, negara pertama menggunakan vaksin AstraZeneca dan 11 juta penduduknya telah disuntik vaksin itu. Setakat in, tiada kesan sampingan serius dilaporkan.

Pengguna terbesar vaksin ini, India. Daripada 24 juta yang divaksin, lebih separuh mengambil AstraZemeca.

Bahagian Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) telah memberi kelulusan  bersyarat untuk vaksin AstraZeneca. Kelulusan bersyarat ini memerlukan syarikat pengeluar memberikan laporan keberkesanan dan keselamatan dari semasa ke semasa.

Menteri Kesihatan, Dato' Sri Dr Adham Baba sebelum ini dilaporkan berkata, KKM berpegang teguh dengan penilaian NPRA.

"Kita percaya dengan NPRA dan untuk vaksin AstraZeneca ini, kita lihat terhadap kualiti serta keselamatan vaksin itu sendiri,” katanya.

Syarikat AstraZeneca telah menghantar laporan kesan vaksinasi untuk penilaian NPRA.

Setakat ini, tiada data nenunjukkan kaitan langsung vaksin itu dengan kejadian darah beku.

Malaysia meneruskan proses pembelian dan penerimaan vaksin ini.

"Bekalan vaksin AstraZeneca belum kita terima. Dalam tempoh ini, kita akan terus kaji data-data. Jika pakar-pakar buat rumusan, kita akan umumkan, " kata Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin.

AstraZeneca vaksin kedua paling banyak diguna di seluruh dunia dan juga vaksin kedua mendapat kelulusan WHO untuk kegunaan kecemasan.

JKJAV

(GAMBAR HIASAN) Brian Pinker, 82 tahun dari Britain menjadi individu pertama yang menggunakan vaksin AstraZeneca pada 6 Januari 2021.

@ipes2




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sempena minggu kesedaran garam sedunia 2021, mari amalkan membaca label makanan sebelum dibeli.

Bandingkan maklumat kandungan natrium dan pilihlah makanan yang mengandungi natrium yang rendah.

#sihatmilikku

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Awasi GARAM tersembunyi daripada makanan yang anda ambil setiap hari!

Perubahan kecil anda hari ini akan memberi impak yang besar kepada kesihatan anda pada masa akan datang..

SEDAP tidak semestinya MASIN..

Sumber: NutritionistKKM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyakit Tibi dikesan melalui

Ujian Mantoux
Ujian X-Ray dada
Ujian darah
Ujian sampel kahak

Penyakit Tibi boleh dirawat. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kusta masih wujud!

Penyakit kusta ialah sejenis penyakit berjangkit kronik yang disebabkan oleh kuman bakteria yang bernama Mycobacterium Leprae dan dijangkiti melalui udara. Penyakit ini turut dikenali sebagai Hansen's Disease, sempena nama saintis yang menemui kuman tersebut.

Sekiranya anda mempunyai tompok-tompok putih atau merah tembaga di kulit yang tidak gatal berserta kurang atau kehilangan deria sentuh, mengalami kelemahan otot di tangan/kaki dan tidak diketahui punca, kemungkinan ia KUSTA.

* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi Mac 2021. Klik https://www.facebook.com/myhealthkkm/posts/4123770671007766 untuk edisi penuh.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambil tahu sumber GARAM dalam diet seharian anda

Ambil 5g garam sehari/ 1 paras sudu teh..kurang lebih baik..

Agak-agak hidangan makanan kita setiap hari lebih tak 1 sudu teh (5 gram)

Cuba bayangkan setiap kali masak akan letak sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan, garam, MSG, kicap dan lain-lain serbuk perasa

Sumber: NutritionistKKM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 17-3-2021 10:23 PM
Kak leen I buat skipping...seminggu je.  Hehehe...  Mod @Catpaw yg teror ni

Stop skipping n jog jap sekarang ni, terzsalah lutut hari tu, huhu...

Tapi syok skipping ni.

Rasa nak beli yang lompat2 tu, trampolin ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2021 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Catpaw replied at 23-3-2021 05:52 AM
Stop skipping n jog jap sekarang ni, terzsalah lutut hari tu, huhu...

Tapi syok skipping ni.

Ohh sian... Xpe nnt baik boleh sambung.  Ada kat umah ni trampoline..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2021 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 19-3-2021 04:59 AM
aishhhhh sakit nya jika gigi nyer hal adoi
my sis 2 dentists tapi sy tak sanggup hadapi mereka

Xpe jumpa untuk lepak makan malam and bukan as patient
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2021 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 27-4-2021 09:54 PM

Sukar untuk tidur

Terjaga di tengah waktu malam dan sukar untuk kembali tidur.

Adakah anda mengalami salah satu atau kedua dua gejala di atas?

Gejala ini dinamakan sebagai INSOMNIA.

Apakah Punca Insomnia?

Insomnia yang berlaku secara akut atau jangka masa pendek berlaku akibat;

Stress (seperti kematian, masalah rumah tangga dan penyakit)

Gangguan fizikal dan emosional

Faktor persekitaran - bunyi bising, cahaya yang terang, terlalu sejuk/ panas.

Ubat ubatan

Perubahan jaduan tidur seperti tukar shift, jet lag.

Sekiranya masalah ini berlaku lebih dari 2 minggu atau mula menganggu kehidupan dan rutin harian anda, dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

Anda mungkin memerlukan bantuan.


@ipes2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2021 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts




Malaysia terima vaksin CanSino 3.5 juta dos bermula bulan ini

PUTRAJAYA: Malaysia bakal menerima bekalan vaksin CanSino dari China berjumlah 3.5 juta dos secara berperingkat bermula bulan ini dengan penghantaran pertama sebanyak 150,000 dos.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, vaksin Covid-19 yang satu-satunya menggunakan satu dos itu akan memanfaatkan 3.5 juta penduduk negara ini atau meliputi 10.9 peratus dengan pembekalan kedua sebanyak 350,000 dos pada Mei ini.

Menurut beliau, pembekalan pertama dan kedua itu melibatkan vaksin yang telah siap manakala penghantaran berikutnya sehingga Ogos adalah secara pukal oleh Syarikat Solution Biologics Sdn. Bhd. iaitu syarikat tempatan yang dipilih untuk membuat pengilangan dan pembotolan di negara ini.

“Syarikat tempatan ini akan mendapat faedah pemindahan teknologi pembotolan vaksin The Convidecia, Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector), yang dibangunkan oleh CanSino Biologic Inc. yg berpangkalan di Tianjin, China.

“Bagaimanapun, syarikat ini perlu memenuhi semua perkara berkaitan pematuhan peraturan pendaftaran Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum membolehkan pembekalan vaksin ini kerana menitikberatkan soal keberkesanan, keselamatan dan kualti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menandatangani perjanjian dengan Syarikat Solution Biologics Sdn. Bhd. itu diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Nazlee Kamal di Kementerian Kesihatan, di sini hari ini.

Ia disaksikan oleh TImbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Datuk Harjeet Singh dan Pengarah Urusan Kumpulan syarikat itu, Lim Yong Hew.

Adham berkata, pemberian vaksin CanSino itu akan difokuskan kepada penerima di kawasan pedalaman dan mereka yang sukar dicari atau mana-mana individu yang tidak ada keupayaan untuk datang dua kali bagi mendapatkan vaksin dari jenis dua dos.

Beliau menjelaskan, berdasarkan data-data klinikal dari NPRA yang melihat kepada keberkesanan vaksin CanSino ini adalah mencukupi untuk membuat vaksinasi kepada penduduk di negara ini.

Pada masa sama, Adham memberitahu, kelebihan CanSino ini juga lebih mudah cara penyimpanan iaitu pada suhu 2 – 8 darjah celsius dan tempoh hayat adalah selama 12 bulan dari tarikh pembelian.

“Saya dimaklumkan DCA akan bermesyuarat esok, kita harap pihak syarikat memberikan segala data kepada NPRA dan DCA bagi membolehkan pihak berkuasa ini mengemukakan pandangan kerana kita tidak boleh melewatkan pembelian vaksin satu dos ini kerana keperluan mendesak untuk pelaksanaan pemberian vaksin fasa 2 dan 3.

“Pihak syarikat akan membuat pembotolan vaksin setiap 1 juta dos pada Jun, Julai dan Ogos,” katanya. -UTUSAN ONLINE

@ipes2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2021 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
#NSTnation Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah said the Institute of Medical Research (IMR) has identified and confirmed the existence of the #SouthAfrican #variant among local #Covid19 positive cases through genomic surveillance.

#coronavirus




@ipes2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2021 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 27-4-2021 09:55 PM

Jika anda sedang mengalami simptom seperti sakit kepala, pening, terlalu tidak bermaya, mulut dan kulit yang kering melampau ketika berpuasa ini..

Kemungkinan anda mengalami DEHIDRASI!

Pastikan anda ambil air secukupnya 8 gelas sehari / 2 liter semasa di Bulan Ramadan ini..

Bagi mereka yang terdedah lebih kepada cuaca panas dan kerja berat mungkin anda perlukan lebih daripada saranan ini.

Sumber Nutritionistkkm

#Ramadan2021

@ipes2


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2021 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebarangkalian kejadian darah beku disebabkan AstraZeneca sangat rendah dan jarang berlaku. Malah, masih tiada kaitan yang jelas antara kejadian darah beku yang berlaku dengan vaksin ini dan ianya berlaku di kalangan mereka yang berumur kurang dari 60 tahun. Sebagai perbandingan, risiko darah beku dalam pesakit yang dijangkiti #COVID19 adalah lebih tinggi.

Risiko Pembekuan Darah:
AstraZeneca - 4 kes dalam 1,000,000 penerima vaksin
Pil perancang keluarga - 500 - 1,200 kes dalam 1,000,000 wanita
Merokok - 1,763 kes dalam 1,000,000 perokok
Pesakit COVID-19 - 165,000 kes dalam 1,000,000 kes


@ipes2

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2021 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 16-5-2021 01:29 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2021 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts



Sumber :KKM

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 02:27 AM | Show all posts
keypochino replied at 21-3-2021 10:33 AM
Kusta masih wujud!

Penyakit kusta ialah sejenis penyakit berjangkit kronik yang disebabkan oleh k ...

info2 yg sangat pentinh dari keypo
apakata jika letak pix2 ini sebagai thread baru dan letak 1-2 ayat.
nnt org lain boleh tambah2
eg kustani could have been its own thread.
juga New Thread lebih tinggi tacangnya dan byk peluang utk ita tambah, eg desas desus, pengalaman etc
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 02:31 AM | Show all posts

eh dik, kosong la thread nitampal pix tak melekat eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.427802 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list