CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 4-2-2009 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by cybernova at 4-2-2009 01:57 PM

jumpe?



jumpe syaitan yg berpangkat jeneral tu lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 02:12 PM | Show all posts

Balas #3692 bayangan_rindu\ catat

kesian yer tengok kucing ni
tapi sy takut kucing
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 02:13 PM | Show all posts
ASM
Semasa ibutia pergi haji baru-baru ni ada 2 kali semasa sembahyang subuh imam  menangis semasa membaca surah tetapi ibutia tak ingat la surah apa. Ada sesiapa yg ingat tak? Tlg .....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 4-2-2009 11:05 AM
terima kasih banyak2 saudara hussain kerana menyumbangkan sinopsis haji muda tu dan buku2 yg lain tu.

Pada saya menghadiahkan buku2 seperti ini yg dilakukan oleh Kak Azie kita ini adalah satu  ...


Nak ucapkan Terima kasih pada Kak Ros kerana siap poskan kat
kita orang semu Buku "Pengembaraan 7 Destinasi "
Buku tu rasanya Ustaz yg beritahu kat thread..
Nak ucap Terima Kasih jugak pada Ustaz..
Sama sama menyampaikan..


[ Last edited by  aziefa at 4-2-2009 02:31 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 02:30 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 4-2-2009 11:50 AM
tiada yang mustahil.

Tapi di tanah suci juga paling banyak syaitan. Sebab tu di Mekah banyak kita tengai perangai yang pelik2 keluar - selalu nak marah2, dsbnya. Itulah syaitan tengah menghasu ...



Kat Malaysia ni selalu jumpa syaitan..
Syaitan timbul...
Manusia...
Syaitan bertopengkan manusia yang selalu menggoda..
Astaghfirullahalanzim..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 02:37 PM | Show all posts
Originally posted by bintangct at 4-2-2009 02:08 PM



jumpe syaitan yg berpangkat jeneral tu lah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2009 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by ibutia at 4-2-2009 02:13 PM
ASM
Semasa ibutia pergi haji baru-baru ni ada 2 kali semasa sembahyang subuh imam  menangis semasa membaca surah tetapi ibutia tak ingat la surah apa. Ada sesiapa yg ingat tak? Tlg .....


Imam Abdur-rahman As-sudays...Surah Al Imran Ayat 80 lebih...
berkisarkan tentang iman seseorang, jangan telalu takbur dan perasan yang kita ni jauh lebih baik dari orang lain
sebab tak tentu samada Allah Taala terima amalan kita...lebih kurang gitulah
ALhamdulilah, satu bilik ngan suami tu hafazan dapatlah tahu sebab2 dia nanggis

Imam Mahir tu tak tahu pulak dia nanggis kenapa...yang pasti masa tu, org sebelah menyebelah saya pun menanggis2 sama...orang singapore ngan arab
rasa rugi pulak tak tahu ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 03:29 PM | Show all posts
Originally posted by ibunajwa at 4-2-2009 03:24 PM


Imam Abdur-rahman As-sudays...Surah Al Imran Ayat 80 lebih...
berkisarkan tentang iman seseorang, jangan telalu takbur dan perasan yang kita ni jauh lebih baik dari orang lain
sebab tak ten ...


Kadang kadang tu walaupun kita tak faham makna ayat ayat tersebut, tapi esakan Iman membuatkan kita pun turut menangis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2009 04:40 PM | Show all posts
Originally posted by aily at 4-2-2009 03:29 PM


Kadang kadang tu walaupun kita tak faham makna ayat ayat tersebut, tapi esakan Iman membuatkan kita pun turut menangis.

Itu namanya nangis kerna hati tersentuh.... kalau kita faham ayat2 ALLAH tu..mmg kita gerun lagi...silap2 mau pengsan dwat nya ....betapa kerdilnya kita ni....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 09:53 PM | Show all posts
  Tercampak lagi thread ni...

  uuuppp   uuppp

  Mana orang ni..???
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2009 11:08 PM | Show all posts

Reply #3714 ibutia's post

ibutia ......... saya tak tau surah apa yang imam tu baca... tapi saya turut menangis. Masa tu jemaah dah maksimum kerana dah hampir nak wukuf.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 08:42 AM | Show all posts
Saya nasihatkan apabila di Masjidilharam, apabila beriktikaf dan membaca al quran. Elok baca yg ada terjemahan melayu. Jadi kita yang arab dan kemudian kita baca terjemahannya. Kalau baca arab sahaja, sekadar baca di mulut sahaja kerana kita tak faham arab. Itu pun kalau bacaan kita betul. Kalau kita baca yang arab kemudian kita baca terjemahannya, ianya akan terus masuk ke hati. Bukankah itu yang lebih baik?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 08:51 AM | Show all posts

Reply #3723 ustaz's post

saya setuju sangat lah dengan ustaz. Masa mula mula di Tanah Suci...saya sempat khatam bacaan Al Quran di sana. Kemudian saya cuba untuk khatam terjemahan pulak. Apa yang saya buat ialah saya gunakan digital Al Quran ... mendengar bacaan sambil membaca terjemahannya. memang menusuk ke hati dan amat mudah di ingat. Sehingga saya boleh mengingati susunan "Surah" dari surah yang pertama saya baca.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 09:07 AM | Show all posts
Betul tu bayangan_rindu... kita mahukan kualiti dan bukannya kualiti. Syabas!
Semasa kita di depan Kaabah, masa itulah kita rasa kita paling dekat dengan Allah. Apabila kita dapat memahami dan mendalami kata2 Allah itu, maka kita akan rasa lebih dekat lagi denganNya. Itulah satu2nya masa terhad yang kita ada, kalau dah balik Malaysia dah tak ada suasana sebegitu. Penuhi masa dengan mendekati Allah... kurangkan masa tidur dan duduk di hotel je atau bershopping. Kita kena lihat nawaitu kita ke sana - untuk mendekatkan diri kepada pencipta kita atau utk pergi makan angin dan menceritakan kepada rakan2 dan saudara mara yg kita sudah sampai ke Mekah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 10:40 AM | Show all posts
Jijik Pada Hajarulaswad ..


Oleh nur,2002-11-12 18:42:54

Kira-kira lima tahun lalu semasa saya sedang menunggu para jemaah di lobi hotel untuk ke Masjidil haram,
salah seorang jemaah yang berada tidak jauh dari saya, tiba-tiba menjerit memanggil-manggil saya.

Ustaz!!!ustaz!! Macam mana ni?!!! Apa kita nak buat!!!
Kata Rahman termengah-mengah. Muka nya pucat lesi.

Saya yang sedang membaca surat khabar cukup terkejut melihat muka cemasnya.
Dalam hati saya mengagak, tentu ada sesuatu yang amat penting.

Bertenang Man..bertenang. Kenapa ni?
Cerita perlahan-lahan...kata saya sambil menepuk-nepuk belakangnya.

Selepas menarik nafas panjang, Rahman termengah-mengah cuba bersuara.
Entahlah ustaz.. tak tahu macammana saya nak mulakan.. katanya seperti orang baru lepas lari 100 meter.

Kenapa pula? saya bertanya lagi.

Ustaz ingat tak pada Dr. Hisham yang bertugas dgn Kementerian Kesihatan tu.
Tadi pagi tiba-tiba saja, saya lihat mukanya..mukanya ustaz..lain macam." kata Rahman lagi menggeleng-geleng kepala.

"Lain macam mana?" saya bertanya sedikit cemas.

Dr. Hisham tu kan ke berkulit cerah, tapi pagi tadi saya terserempak dengannya, hajat nak mengajaknya solat subuh,
saya lihat mukanya hitam legam. Saya betul-betul terkejut ustaz. Saya ingatkan jemaah kulit hitam dari Afrika.
Tetapi apabila dia memanggil saya beberapa kali.. barulah saya sedar dia itu Dr. Hisyam.
Saya gamam ustaz, lepas tu dia menangis depan saya.

Saya rasa ..eloklah kita pergi jumpa dia, bertanya sikit apa yang berlaku..dia nampak gusar benar.. seperti ada sesuatu"
kata Rahman bersungguh-sungguh.

Saya terus mengekori Rahman menaiki lif menuju ke bilik Dr.Hisyam. Dalam hati , saya tertanya-tanya apa yang berlaku.
Sebaik pintu lif ternganga, kami mempercepatkan langkah menuju ke biliknya.

Tiba di pintu, Rahman mula mengetuk-ngetuk perlahan-lahan. Tuk..tuk..tuk..tapi tiada jawapan.

Lima minit kemudian setelah bergilir-gilir kami mengetuk, barulah kami mendengar tapak kaki, dan krekkkk, bunyi tombol pintu di tarik.

Sebaik pintu terbuaka, saya terpaku melihat wajah doktor berkenaan, sama seperti yang diceritakan Rahman sebentar tadi.
Memang wajahnya hitam serti arang tapi tangannya masih seperti sediakala.

Assalamualaikum.. tiba-tiba perkataan itu keluar dari mulut saya. Rahman mencuit pergelangan tangan saya.

Waalaikummussalammm. Silakan masuk Rahman, ustaz,.. balas Dr Hisham sambil menunduk-nundukkan kepala.

Saya dan Rahman melangkah masuk dan mengambil tempt duduk di sofa yg terletak di tepi katil.
Saya memandang wajah doktor yang lewat 30an itu, tak tahu macam mana nak mulakan pertanyaan.

Dr. Hisham cuma berdiri di tepi katil. Sebaik terpandang mukanya dalam cermin solek di bilik itu,
dia menekup muka dengan kedua-dua belah tangan.

Kenapa dengan saya ustaz? Kenapa saya boleh jadi sampai macam ni?.. tiba-tiba Dr. Hisham meraung-rung seperti histeria.

Saya dan Rahman berpandang-pandangan. Saya tak tahu nak kata apa.
Yang saya tahu dia seorang yang taat kepada ajaran agama.
Kerana itulah dia kerap dihantar bertugas di Tanah Suci oleh Kementerian Kesihatan.

Sabar, sabar doktor! Kita tak dapat meneka-neka urusan Allah. Namun kita jangan berhenti daripada berusaha,..
saya menasihatkannya sambil mengurut-ngurut belakangnya. Rahman terus terpaku.

Ustaz, ini balasan Allah ke?.. dia bertanya seperti orang bodoh.

Balasan apa? Janagn cuba mencari-cari doktor,..kata saya lagi.

Memang saya bersalah ustaz. Selalu mulut saya ni celupar. Mungkin ini yang saya terima.. kata Dr. Hisham sambil mengongoi-ngongoi.

Saya dan Rahman sekali lagi berpandangan. Bisu. Kami biarkan saja apa yang ingin diluahkannya.
Kami benar-benar tak tahu apa maksud kata-katanya.

Ya lah saya ni doktor, tentu pentingkan kesihatan.
Sejak berada di sini, saya sering bayangkan bagaimana orang boleh cium dan kucup Hajarulaswad.
Saya cukup geli!!! Dalam kepala saya sering terbayang betapa banyaknya kekotoran dan kuman yang melekat di situ.
Saya terlalu jijik dan geli untuk mendekati Hajarulaswad, jangankan nak menciumnya!.. katanya sunguh-sungguh.

Setiap kali tawaf, saya pandang Hajarulaswad tu penuh jijik dan memualkan.
Saya melayan perasaan saya .. melihat bagaimana orang boleh berebut-rebut mahu menciumnya.
Mereka tak tahu kotor ke?.. Katanya dalam suara yang cukup menyesal.

Astaghfirulllah hal azim,.. saya mengucap berkali-kali mendengar pengakuannya. Saya mengeleng-geleng.

Bangun tidur pagi semalam, saya terperanjat melihat wajah saya dalam cermin sudah berubah,.. katanya teresak-esak.

Beginilah..seelok-eloknya doktor ambil wuduk dan lakukan solat sunat taubat.
Mohonlah keampunan daripada Allah. Lebih baik di hadapan Kaabah dan lepas itu bersungguh-sungguh pergi mengucup hajarulaswad,..
kata saya untuk menenangkannya.

Diterima Allahkah doa saya ustaz? Dosa saya terlalu besar, mempersoalkan apa yang ada di tanah haram ini.
Bantu dan bimbinglah saya. Saya insaf kini,.. katanya dalam nada yang mendayu-dayu.

Saya, Rahman dan doktor itu terus ke Masjidilharam yang hanya terletak kira-kira 200 meter dari tempat penginapan.

Setelah mengambil wuduk di telaga zam zam, kami sama-sama menunaikan solat hajat dan memohon kepada Allah
agar mengampunkan segala dosa kami.

Saya lihat Dr. Hisham menangis teresak-esak sambil menadah tangan ke langit.
Terharu sungguh saya melihatnya. Saya dapat rasa apa yang dirasinya ketika itu.

Sejak itu setiap kali ke Masjidilharam, Dr. Hisham tidak lupa manunaikan solat-solat sunat selain wajib.
Dia kemudian akan berebut-rebut menuju ke Hajarulaswad.
Dikucup di ciumnya Hajarulasad sepuas hati sambil memohon ampun di atas keterlanjurannya.

Berkat doa yang tidak putus-putus, tiga hari kemudian, wajah Dr. Hisham beransur-ansur cerah,
akhirnya menjadi seperti sediakala, malah lebih berseri.

Saya berjanji akan menjaga segala perbuatan dan tidak akan memepersoalkan kekuasaan Allah lagi.
Saya akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku,..kata Dr. Hisham bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah. Eloklah kalau macam tu.Anggaplah semua ini ujian Allah,.. kata saya sambil menepuk-nepuk bahunya.
Berkali-kali dia mengesat airmatanya.

Diceritakan oleh ustaz Abdul Latif Palemban dari Harom fast travel kepada MASTIKA.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 11:24 AM | Show all posts
nawaitu adalah penting....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2009 11:33 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 5-2-2009 10:40 AM
Jijik Pada Hajarulaswad ..


Oleh nur,2002-11-12 18:42:54

Kira-kira lima tahun lalu semasa saya sedang menunggu para jemaah di lobi hotel untuk ke Masjidil haram,
salah seorang jemaah ya ...



Begitu sekali balasan ALLAH..cepat jer balasan dikenakan atas perbuatan dan percakapan...betul kan org kata..dosa paling besar adalah dari anggota yg kecil..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 03:48 PM | Show all posts

Balas #3729 el\ catat

Orang cakap kat Mekah ni ..
Tak boleh sembarangan..kena ikhlas..
Kalau ada yang tak baik terlintas...cepat cepat Istighfar.
Segala galanya CASH kalau kat Mekah..
Cepat sangat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2009 03:52 PM | Show all posts
Originally posted by aziefa at 5-2-2009 03:48 PM
Orang cakap kat Mekah ni ..
Tak boleh sembarangan..kena ikhlas..
Kalau ada yang tak baik terlintas...cepat cepat Istighfar.
Segala galanya CASH kalau kat Mekah..
Cepat sangat...



betul tu makcik azie...dr sekarang la kita kena jaga mulut n nawaitu kita..jgn kat sana jer kita kena wat cm tu..betul x makcik??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.980976 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list