|
MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)
[Copy link]
|
|
Balas #3671 aziefa\ catat
Membaca di atas...
Ya Allah bersyukurlah kita yang dilahirkan di Mallaysia ini..
Senang sangat nak buat Haji jika sudah cukup syarat..
Cuma kena tunggu kuota aje..
Itupun boleh buat rayuan... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 3-2-2009 10:36 AM
Membaca di atas...
Ya Allah bersyukurlah kita yang dilahirkan di Mallaysia ini..
Senang sangat nak buat Haji jika sudah cukup syarat..
Cuma kena tunggu kuota aje..
Itupun boleh buat rayuan...
Azie, memang bersyukur sangat kita rakyat M'sia ni, ada LUTH yang mengendalikan. Walaupun senang kita nak buat haji, ada juga yang cukup segala syarat tidak berminat nak buat haji. Kalau tanya belum sampai seru . Adakah kena tunggu seru baru nak kesana? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aily at 3-2-2009 10:53 AM
Azie, memang bersyukur sangat kita rakyat M'sia ni, ada LUTH yang mengendalikan. Walaupun senang kita nak buat haji, ada juga yang cukup segala syarat tidak berminat nak buat haji. Kalau ta ...
bagi jer tanda seru..hehe
masalahnya diorang tak fikir bahawa kematian sedang mendekati...
lupa kot bila2 boleh kena switch off dgn izrail.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3673 aily\ catat
Betullah Kak Aily..
Ada seorang kawan tu...dah berumur..
Kaya..perniagaan dia maju..
Baik dgn Menteri menteri...infact dgn PM lagi..
Tapi tak pi Haji lagi..
Birthday dia baru ni saya hadiahkan Buku Travellog Haji dan Buku Haji Muda..
Anak kata jangan Mak...nanti dia terasa nanti..
Saya kata..tak pe...cara dakwah dalam senyap..
Lepas tu...
Ada dapat call dia...ucap Terima kasih datang..
Tanya apa khabar..ajak minum petang..
Tapi tak sentuh pun pasal Buku tu..
Sebenarnya dia ni jarang sangat call saya..selalunya sms aje..
Maklumlah orang sibuk..
Minta minta hati dia terusik ke..
Insyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 3-2-2009 11:15 AM
Betullah Kak Aily..
Ada seorang kawan tu...dah berumur..
Kaya..perniagaan dia maju..
Baik dgn Menteri menteri...infact dgn PM lagi..
Tapi tak pi Haji lagi..
Birthday dia baru ni saya hadiahk ...
Alhamdulillah, bagus azie berdakwah macam ni. Terpulang pada dia samada nak baca ke tak. Tapi akak rasa, walau tak banyak hati dia mesti tersentuh jugak muga muga terbukak hati nak kesana.
Azie, professor ada keluarkan buku terbaru travelog dakwah (sambungan dari Travelog Haji). |
|
|
|
|
|
|
|
up skit umah ni..dh masuk ke page 2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk ayahjoe dari Acikjie ni..
Kalau sampai Madinah jangan lupa tangkap gambar ni..
Simpan kat album buat kenangan pi Umrah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang ni pulak kalau nak meninggalkan Tanah haram Mekah..
|
|
|
|
|
|
|
|
ayahjoe..
Ini pulak gambara di ambil dari dalam kereta semasa nak balik..
Menuju ke Airport Jedah..
Gerbang berbentuk Papan Rehal Al Quran..
|
|
|
|
|
|
|
|
wah wah acikjie......mmg sesuatu yg saya plan tuh..insyaAllah sbg kenangan dan utk saya terus berusaha agar senantisa menjadi pengunjung dan perindunya...mcm acikjie gak... |
|
|
|
|
|
|
|
eeeh..nak tercampak ke Page 2..
Kisah Dari Tanah Suci:
Tiba-tiba Ibu Mariam telah berada dalam Masjidilharam
Abdul Wahab Mohd Noor
Wed | Jan 09, 08 | 2:41:30 pm MYT
Ibu Mariam berasal dari Pahang. Mempunyai 12 anak.
Tinggal di kampung yang kebanyakan penduduknya miskin.
Dia bersama suami menoreh getah di kebun berbukit seluas dua ekar untuk meraih rezeki sekeluarga.
Bayangkanlah, berapa susah hidup di kala itu. Dia terpaksa memanjat bukit pada subuh hari, demi rezeki halal.
Walaupun hidup susah, Ibu Mariam Muslimat soleh.
Tidak pernah tinggal solat lima waktu.
Walau bagaimana sibuk, satu amalannya yang terpuji adalah istiqamah membaca kitab suci al-Quran
pada setiap kali selepas solat fardu.
Orang kampung sayang padanya kerana beliau penyabar dan baik hati.
Dua anak gadisnya mendapat didikan agama yang baik, hingga ke tingkatan enam Kuliah Abu Bakar, Pekan.
Apabila ada wang lebih, beliau suami isteri menabung di Tabung Haji. Bertahun-tahun, sedikit demi sedikit.
Setelah terlalu sangat memerah tenaga di kebun getah atas bukit itu, suatu hari dia menderita sakit lutut, pada bahagian sendi.
Pelbagai ubat klinik telah dicubanya, malangnya lutut itu payah untuk sembuh.
Mungkin badan beliau telah berat, jadi tulang sendi lutut tak mampu menampung.
Apabila telah cukup tambang, dibantu oleh dua anak yang bertugas sebagai ustazah,
Ibu Mariam telah berjaya ke Makkah pada tahun 1995.
Dengan takdir Allah dan berkat doanya, sakit lutut beliau telah menjadi baik pada waktu menunaikan rukun-rukun haji.
Boleh berjalan dan tak perlu pakai kerusi roda seperti pesakit lain.
Dia dapat mengerjakan tawaf dan saei dengan mudah. Kesihatan beliau pun agak stabil di kota suci itu.
Doanya untuk kesihatan dikabulkan Allah serta-merta.
Hotel sewaan Tabung Haji bagi kumpulan Muslimah Malaysia yang disertai Ibu Mariam agak jauh sedikit dari Masjidilharam.
Calang-calang orang sakit lutut, cemas jua untuk ke masjid, memandangkan keadaan terlalu sesak dengan ratusan ribu jemaah.
Ibu Mariam tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk solat fardu di Masjidilharam.
Fadilat solat di Masjidilharam adalah 100,000 kali ganda daripada masjid-masjid lain kecuali Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
Fadilat solat di Masjid Nabawi adalah 1,000 ganda daripada solat di masjid biasa manakala
di Masjid Al-Aqsa adalah 500 kali ganda daripada masjid lain.
Ketika berada di Makkah, Ibu Mariam tidak mahu terlepas solat waktu di Masjidilharam.
Agak sedih juga, ada jemaah datang dari jauh-jauh dan banyak mengeluarkan wang, tetapi ketika solat
sanggup membentangkan sejadah di atas jalan raya untuk solat sedangkan ruang di Masjidilharam masih boleh diisi.
Suatu hari ketika Ibu Mariam keluar dari bilik hotelnya untuk ke Masjidilharam, menyertai ribuan jemaah lain, berlakulah kejadian aneh itu.
Apabila sampai di pintu besar di tingkat bawah, dengan takdir Allah,
Ibu Mariam mendapati dirinya telah berada dalam saf Muslimah di Masjidilharam secara tiba-tiba.
Kejadian luar biasa dan pertolongan ghaib dari Allah Rabbul-Ezzati ini, berlaku beberapa kali.
Seperti kilat Ibu Mariam sudah berada dalam Masjidilharam. Sungguh hairan!!!
Perkara ini diceritakan kepada anaknya, si ustazah yang pergi bersama.
Amat banyak cerita-cerita ghaib mengenai pertolongan Allah kepada jemaah haji.
Allah Taala telah menurunkan balasan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang soleh, di dunia lagi termasuk di Tanah Suci lagi.
Jika seseorang jemaah berjaya mendapatkan haji mabrur, tiada balasan melainkan syurga-Nya di akhirat nanti.
Amin. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji-janji-Nya. - lanh _ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 3-2-2009 04:43 PM
eeeh..nak tercampak ke Page 2..
Kisah Dari Tanah Suci:
Tiba-tiba Ibu Mariam telah berada dalam Masjidilharam
Abdul Wahab Mohd Noor
Wed | Jan 09, 08 | 2:41:30 pm MYT
Ibu Mariam b ...
rezeki yang halal..ditambah usaha yg kuat..pasti diterima ALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aziefa at 3-2-2009 11:15 AM
Betullah Kak Aily..
Ada seorang kawan tu...dah berumur..
Kaya..perniagaan dia maju..
Baik dgn Menteri menteri...infact dgn PM lagi..
Tapi tak pi Haji lagi..
Birthday dia baru ni saya hadiahk ...
Apa yang kak azie buat tu adalah betul dan saya sokong sangat...
travelog adalah sebuah buku yang baik...
moga kawan kak azie tu terbuka hatinya untuk berubah...
kak azie, boleh ceritakan sinopsis tentang buku haji muda tu?
saya amat tertarik dengan tajuknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 3-2-2009 05:19 PM
Apa yang kak azie buat tu adalah betul dan saya sokong sangat...
travelog adalah sebuah buku yang baik...
moga kawan kak azie tu terbuka hatinya untuk berubah...
kak azie, boleh ceritaka ...
mm haji muda
mgkn boleh kongsi bersama sama |
|
|
|
|
|
|
|
eeeeh...Bukan nak tercampak...tapi dah tercampak ke Page 2..
okay....tolakkk
Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing
Abdul Wahab Muhammad Nor
Tue | Dec 18, 07 | 10:40:05 am MYT
Sempena wukuf di Arafah hari ini ) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama.
Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.
Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie.
Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing.
Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya.
Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya.
Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji.
Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah
di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat.
Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur.
Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat,
beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali.
Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu.
Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya.
Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya.
Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah
untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah,
Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya.
Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini,
lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. - lanh _
Teringat kat kakak saya yang tua..
Cukup sayang dgn kucing..
Anak anak nya pun turut sayang dgn kucing..
Bila kucing tu sakit ..
Siap bawa pi Klinik Haiwan..
Pernah kucingnya accident..
Bawa pi klinik ..masuk wad..
Kena bayar RM 650..kongsi kongsi bayar..
Hari Hari melawat..
Doktor Haiwan tu siap cakap..
"Cenik awak beruntung..hari hari ada orang datang melawat..
Haiwan lain tak de datang melawat..
Bila kucing tu mati...siap menangis ..masa nak dikebumikan..
Alhamdulillah..mempunyai jiwa spt itu yg dikurniakan oleh Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 3-2-2009 05:19 PM
Apa yang kak azie buat tu adalah betul dan saya sokong sangat...
travelog adalah sebuah buku yang baik...
moga kawan kak azie tu terbuka hatinya untuk berubah...
kak azie, boleh ceritaka ...
Ustaz ..
Buku tu sebenarnya saya beli utk bacaan saya..
Tapi tergerak nak Hadiah kat kawan ni..
Tak sempat baca lagi..
Tak pelah nanti kita tengok lagi kat kedai tu..
Ada lagi tak..
Insyallah nanti saya ceritakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3677 aily's post
Buku terbaru travelog dakwah (sambungan dari Travelog Haji).
Buku ni saya dah beli..
Seronok membacanya..
Insaf sangat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|