CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: CARI-MRO

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 3-2-2026 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 3-2-2026 11:52 AM
https://sabahmedia.com/2026/02/02/saksi-dakwa-diganggu-ibu-zara-berhubung-kenyataan-polis/

Saksi da ...

Ibu zara ni sesuatu la, tp dlm masa yg sama ibu si A ni caring jugak ibu zara. Nmpk mcm ibu si A byk tahu kejadian dlm dorm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2026 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 3-2-2026 11:55 AM
https://sabahmedia.com/2026/02/02/inkues-zara-pelajar-a-masih-digelar-pembunuh-di-sekolah-baru-saksi ...

Kesian si A,dh mmg nama dia dgn 4 org lg di petik mmg kena tanggung la. Masa awal² masuk skolah dan kes masih baru mgkin dia tertekan,tp kes mcm ni org akan igt smpai bila²
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 3-2-2026 11:58 AM
https://sabahmedia.com/2026/02/02/inkues-zara-ibu-pelajar-a-dakwa-wujud-pengaruh-tidak-bermoral-di-a ...

Dulu zara budak x baik la spt yg di ceritakan ibu si A,lps tu jd baik sbb tu la zara ikut balik bermalam dgn si A.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 3-2-2026 12:01 PM
https://sabahmedia.com/2026/02/02/kalaulah-dompet-dipulangkan-malam-tu-tragedi-zara-mungkin-dapat-di ...

Cikgu rohayati ni siapa?iols lupa.
Tp ada keraguan sikit la aunty linah ni ckp cg tu ada mlm kejadian,tp peg penyiasat nafikan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 10:36 PM | Show all posts
Saksi ke 62 - Ibu Pelajar A

- tahu kejadian melibatkan arwah pd 16/7 , jam 8.39 pg , melalui ibu kpd kwn Pelajar A.
- tiada sbrg makluman rasmi  diterima drp pihak sekolah & polis berhubung kejadian tu , termasuklah tindakan membawa A ke balai.
- Slps dimaklumkan , saksi segera hubungi pihak sekolah termasuk bbrp org guru , bg mendapatkan kepastian keberadaan dan keselamatan A, yg pd ketika itu disifatkan trauma dan ketakutan.

- saksi & suami hanya dpt hadir ke sekolah pd 17/7 . Apabila tiba , saksi sedari perubahan ketara fizikal dan emosi anaknya (tingkah laku kaku , mudah terkejut , kurang selera makan & tekanan emosi serius)
- A dptkan rawatan di bbrp klinik perubatan dan dinyatakan mengalami simptom yg sama dgn PTSD , disokong dgn sijil sakit yg dikemukakan.
- saksi berpendapat keadaan A berpunca drp pengasingan pelajar A drp pihak sekolah , dibawa ke balai tanpa pengetahuan & kebenaran saksi , serta usaha utk menjadikan A sbg individu utama beri keterangan berkaitan arwah.

- Sepanjang tempoh A bersekolah , byk aduan melibatkan buli , tekanan emosi , kes kecurian brg peribadi serta kelemahan pengawasan asrama tlh dimaklumkan kpd pihak warden melalui surat rasmi dan msg.
- Bbrp perbualan wasap & telegram dikemukakan sbg eksibit , yg tunjuk aduan berulang kpd pihak warden berkaitan kebajikan , keselamatan & kesejahteraan pelajar A , tp tiada tindakan berkesan diambil.

- Hubungan Arwah & A awalnya tegang , namun jd lebih rapat bbrp bulan kemudian. Saksi pnh bercakap dgn zara melalui telefon & pnh berjumpa semasa pendaftaran sekolah.
- Saksi sentuh kecaman & tekanan oleh netizen yg diterima pelajar A.
- Pnh terima msg dr mama Zara , dan ikut pemahaman saksi ,merupakan desakan supaya kenyataan pelajar A ke pihak polis diubah.  Saksi telah buat police report berkenaan hal ini.
- Saksi sahkan tak berada di sekolah @ asrama pd 15/7 , so tak menyaksikan snd sbrg peristiwa pd haritu.
- maklumat dan pemahaman berasaskan sepenuhnya kpd apa yg A ceritakan kpdnya , terutama slps A kembali tinggal bersama saksi.

https://www.facebook.com/photo?f ... b.10164543030466944
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2026 10:41 PM | Show all posts
Edited by borrow at 4-2-2026 06:30 PM
hart_attack replied at 3-2-2026 03:39 PM
Ibu zara ni sesuatu la, tp dlm masa yg sama ibu si A ni caring jugak ibu zara. Nmpk mcm ibu si A b ...

KW pnh ckp masa heols kat icu,  mama A ni call , tanya why A ada kt sepital. Padahal A kat skolah. Sbb tu heols suruh tutup telefon skolah utk elak citer tak betul. Aritu kak M pun ckp sheols tada prob dgn Zara , tp A*. Tp kak m ckp pelajar lain. Ai igt A lah sbb  . So apa yg sheols tahu pun tak semestinya 100% betul. Ntahlah nanti kita dgr side mama Zara plak.


edit: Dm kenyataan media takde tulis direct "A ", just "pelajar jr yg rapat dgn Zara". Waktu baca ai yg auto speku A sbb Kak M ckp ada bersemuka dgn pelajar jr tu , dan jr tu bersumpah dan menangis. Dan  audio viral "touch2" Kak M tu sebut nama Y yg weols speku A. Harap maklum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2026 11:11 PM | Show all posts
Saksi ke 63 - Pn. Nur Ain
- Guru Zakat yg dilantik Pusat Zakat Sabah.
- Bertugas di sekolah Agama Negeri (SAN) Nulayan sejak 2023 (seisi ptg)
- Guru kelas zara waktu sheols tahun 6 di SAN Nulayan.
- Zara ceria , manja , mudah bergaul & akan cari guru apabila ada masalah kecil.
- Zara tiada rekod disiplin dan tak pnh terima aduan serius drp pelajar lain.
- tak penah gagal dlm subjek diajar & aktif kokurikulum.
- sertai aktiviti bercerita & pnh wakili sekolah ke peringkat daerah.
- sentuh satu insiden "barcode" , melibatkan bbrp pelajar & ditangani melalui teguran dan nasihat.
- kenal ibu arwah melalui aktiviti sekolah dan hubungan zara+ibu rapat.
- tahu kejadian arwah melalui rakan.
- tegaskan spjg zara berada di sekolah agama , tiada masalah disiplin & emosi yg diketahui saksi.
- Zara anak murid yg disayangi. Saksi bg keterangan dgn harapan court faham arwah dibesarkan dgn persekitaran penuh perhatian dan sokongan.



Saksi ke 64 - Pn. Nur Hidayah
- Guru besar SAN Nulayan.
- kenal Zara sejak kecil (hubungan kekeluargaan) , & kenal secara profesional sbg murid skolah agama sejak tahun 1-6.
- Peramah , suka bantu rakan , sering bawa murid lain yg hadapi masalah kecil jumpa guru.
- ibu zara sgt terlibat dlm urusan skolah & hubungan mereka anak beranak rapat.
- tk pnh lihat arwah murung , mengadu masalah peribadi @ keluarga kpd saksi.
- tahu arwah ada saksi , tp tak pnh lihat. Tiada saringan mental khusus di skolah itu.



* minggu ni tak jd lawat skolah "locus in quo"/ tmpt kejadian

* inkues bersambung lps Ramadan , pd 31/3 (selasa).


https://www.facebook.com/photo?fbid=10164543030131944&set=pcb.10164543030466944
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:13 AM | Show all posts
lain macam mak si A ni..habis semua org dia salahkan..
kata anak dia tak pernah tuduh zara tapi saksi 61 cerita bila zara kena tuduh curi duit kawan 1 kelas, si A salah sorang yg sokong zara pelaku sbb pernah mencuri sblm ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
hart_attack replied at 3-2-2026 03:53 PM
Cikgu rohayati ni siapa?iols lupa.
Tp ada keraguan sikit la aunty linah ni ckp cg tu ada mlm keja ...

tu la.. dah banyak sangat maklumat.. inkues pun makan masa sangat lama.. tak dapat dah nak folo rapat2.. cuma boleh nak ikut bila satu2 berita tu keluar

kita serah je la pada setiap pihak yg terlibat secara langsung dgn inkues tu, hakim koroner, pasukan kerajaan, pihak peguam yg mewakili ibu dan ayah arwah, pihak peguam yg mewakili setiap pelajar, dll, utk siasat dan kenal pasti punca yg membawa kepada insiden malang tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:04 PM | Show all posts
Utk ibu A , byk la artikel sbb reputz boleh masuk. Terma dh tepek byk sblm ni , ni pula dari dailyexpress.


Tidak boleh nafi ‘killer statement’ anak saya: Ibu Pelajar A

Kota Kinabalu: Ibu kepada Pelajar A menyifatkan kenyataan yang diberikan oleh anaknya kepada polis berhubung insiden melibatkan Allahyarham Zara sebagai “killer statement” yang tidak boleh dinafikan begitu sahaja.

Saksi ke-62 itu memberitahu Koroner Amir Shah Amir Hassan ketika peguam Shahlan Jufri meminta dia menjelaskan dakwaannya bahawa mesej WhatsApp yang dihantar oleh ibu Zara adalah “forward” dan bukan ditulis sendiri oleh ibu Zara.

Dia merujuk kepada mesej WhatsApp yang dihantar oleh ibu Zara kepadanya yang didakwa meminta dia menafikan kenyataan awal Pelajar A yang menurut ibu Zara telah diputarbelitkan.

Dalam reaksinya ibu Pelajar A mempersoalkan niat ibu Zara menghantar mesej tersebut kepadanya yang dilihat menunjukkan kepercayaan lebih kepada pihak lain dan pada masa yang sama meletakkan anaknya dalam risiko.

Shahlan: Boleh jelaskan?
Ibu: Kerana kenyataan anak saya, pada pandangan saya adalah “killer statement” dalam kes ini. Jadi saya tidak boleh menafikannya begitu sahaja.

Shahlan: Apa maksud awak dengan “killer statement”?
Ibu: Terutamanya mengenai Zara yang ingin membunuh diri, yang disebut berulang kali dan dipercayakan kepada (Pelajar A). Sebelum Jumaat, 25 Julai, ibu Zara bertanya kepada saya apa yang Pelajar A beritahu kepadanya walaupun ketika itu dia tidak memaksa anak saya untuk menjelaskan.

Dia (Pelajar A) hanya bercakap selepas ibu Zara tiba di rumah kami. Pada minggu yang sama saya juga dipanggil ke balai polis tetapi saya tidak ingat tarikh tepatnya.

Menjawab soalan Shahlan sama ada ibu Pelajar A mungkin salah faham mesej sebelumnya daripada ibu Zara yang kononnya hanya meminta dirinya membuat laporan polis jika kenyataan anaknya telah diputarbelitkan — isu itu berkaitan kenyataan anaknya yang menyebut bahawa Zara memberitahunya ingin membunuh diri — saksi tetap menegaskan bahawa dia memahami mesej ibu Zara sebagai permintaan untuk menafikan kenyataan anaknya dan dia enggan berbuat demikian.

Saksi itu juga memberitahu koroner bahawa Pelajar A tidak pernah menuduh atau mencurigai Zara mencuri barang miliknya setelah beberapa barang peribadi hilang di asrama.

Ibu berkenaan menyimpulkan bahawa tuduhan itu yang disifatkannya sebagai fitnah, kemungkinan berpunca daripada Zara dikelilingi musuh yang menikam belakangnya seperti yang didakwa.

Saksi menambah bahawa anaknya tidak pernah mencurigai Zara dan tidak pernah menuduhnya mencuri kerana mereka rapat.


https://www.dailyexpress.com.my/news/275213/tidak-boleh-nafi-killer-statement-anak-saya-ibu-pelajar-a/
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:07 PM | Show all posts
Ibu bimbang pengaruh tidak bermoral di asrama

Kota Kinabalu: Seorang suri rumah memberitahu Mahkamah Koroner pada Isnin bahawa dia amat bimbang terhadap apa yang disifatkannya sebagai “pengaruh tidak bermoral” selepas anaknya didakwa menyaksikan perlakuan tidak wajar membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir dan salah seorang rakan sebiliknya.

Saksi ke-62 itu berkata dalam pernyataan bertulisnya bahawa anaknya (Pelajar A) memberitahu melihat rakan sebilik tersebut menghidu bahagian sulit Zara pada awal pagi.

Ibu berkenaan turut berkata anaknya melihat Zara bersendirian dengan rakan sebilik sama di dalam bilik air selepas mereka sebelum itu dilihat bergurau dan berada sangat dekat secara fizikal.

“Anak saya keliru dan bertanya kepada saya: ‘Apa itu ibu? Kenapa mereka buat begitu? Kenapa Zara kelihatan bertindak begitu?’
“Ini kerana anak saya tidak pernah menyaksikan perlakuan sebegitu sebelum ini.

“Saya amat bimbang dengan ‘pengaruh tidak bermoral’ ini,” katanya sambil menambah bahawa beliau telah melaporkan perkara tersebut kepada Ustaz Azhari.

Beliau turut memberitahu bahawa selepas beberapa minggu di asrama anaknya pernah menelefon dalam keadaan menangis dan tertekan.
“Suaranya hampir tidak kedengaran, dia sukar bercakap dan teresak-esak.

“Dia mengadu bahawa rakan sebiliknya menyerangnya secara lisan, memarahi, menghina dan memfitnahnya.

“Rakan yang terlibat ialah Zara dan rakan sebilik berkenaan. Saya bimbang kerana mereka mempunyai pengaruh senior.

“Mereka menghasut senior untuk menimbulkan masalah dan senior memarahi anak saya serta memaksanya berinteraksi dengan Zara dan rakan sebilik itu.

“Saya tidak pasti siapa senior-senior tersebut. Saya mengadu kepada ustaz supaya perkara ini disiasat dengan sewajarnya,” katanya.
Ibu itu berkata dia telah membuat beberapa aduan kepada ustaz sejak Mac hingga Julai namun mendakwa tidak menerima maklum balas yang memuaskan.

Saksi turut mengkritik warden asrama dengan menyatakan mereka tidak telus dalam mengendalikan aduan dan cenderung mempercayai pelajar yang berbohong atau pandai berlakon.

“Mereka malas menyiasat dan tidak pernah membuat rondaan malam. Guru juga berat sebelah dan tidak ambil peduli masalah pelajar — mereka hanya memarahi tanpa menyelidik,” katanya.

Mengenai hubungan anaknya dengan Zara, saksi berkata pada awalnya Zara pernah membuli anaknya, tetapi sejak April mereka mula berbaik-baik.

“Saya pernah bertanya kepada anak saya mengapa dia berkawan dengan Zara sedangkan sebelum ini Zara sering memarahinya.

“Anak saya menjawab: ‘Itu dulu ibu. Zara sudah berubah. Dia tidak lagi berkelakuan buruk. Dia sendiri mengaku mahu berubah dan berhenti nakal. Dia sudah bertaubat.’

“Saya bertanya, ‘Bertaubat? Apa maksudnya?’ dan anak saya berkata ‘Ya ibu, dia sudah solat dan bertaubat, saya lihat sendiri dua kali.’

“Anak saya juga memberitahu dia kasihan kepada Zara kerana tiada kawan dan semua orang menjauhinya. Semua senior menentangnya dan guru-guru juga sering memarahinya.

“Saya hanya diam mendengar dan berdoa dalam hati agar semuanya berakhir dengan baik,” katanya.

https://www.dailyexpress.com.my/news/275166/ibu-bimbang-pengaruh-tidak-bermoral-di-asrama/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:10 PM | Show all posts
Zara sangat menghargai persahabatan Pelajar A


Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner pada Selasa mendengar bahawa Allahyarham Zara Qairina Mahathir sangat menghargai persahabatannya dengan Pelajar A yang telah didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak berhubung insiden melibatkan Zara.

Ibu Pelajar A yang juga saksi ke-62 memberitahu koroner bahawa dia tahu Zara sangat menghargai persahabatan dengan anak perempuannya.
Dia menjawab soalan peguam Shahlan Jufri ketika ditanya sama ada dia menyedari Zara amat menghargai persahabatannya dengan Pelajar A.

Shahlan: Awak tahu bahawa Zara sangat menghargai Pelajar A?
Ibu: Ya saya tahu.

Shahlan: Awak tahu bahawa Zara sangat menghargai persahabatan dengan Pelajar A?
Ibu: Ya saya tahu tetapi itu sudah berlaku pada bulan Jun.

Shahlan: Daripada keterangan pada Isnin dan sebentar tadi saya boleh simpulkan bahawa kehadiran Zara dalam kehidupan Pelajar A, anak perempuan awak menyebabkan dia berasa tidak gembira, tertekan dan sebagainya. Boleh awak sahkan ini?
Ibu: Pada awalnya dia agak tertekan tetapi menjelang bulan Jun dia mula memahami Zara. Jadi ada masa Zara menyebabkan dia tertekan dan ada masa Zara membuat dia gembira. Itu adalah normal dalam persahabatan.

Shahlan: Jadi pada permulaan persahabatan Zara dengan Pelajar A. Pelajar A sebenarnya tidak mahu berkawan dengan Zara dan tidak menyukai Zara?
Ibu: Pada mulanya ya. Dan salah satu faktornya ialah saya. Saya yang memberitahunya.

Shahlan: Boleh awak jelaskan maksud awak “saya yang memberitahunya”?
Ibu: Pada awal sesi persekolahan Pelajar A akan menghubungi saya setiap hari menangis. Saya tanya kenapa dan dia menceritakan apa yang berlaku dan nama Zara disebut lagi. Kemudian saya beritahu dia jangan berkawan, berkawanlah dengan orang lain, jangan berkawan dengan Zara, begitu.

Saksi juga memberi keterangan bahawa dia mengetahui hubungan anak perempuannya dengan Zara berada dalam keadaan baik sejak April kerana anaknya tidak pernah menyebut nama Zara setiap kali menghubunginya.

Semasa prosiding dua video TikTok yang memaparkan Zara, Pelajar A dan pelajar lain bersama-sama dipertontonkan di mahkamah.
Shahlan juga mengemukakan dua gambar semasa prosiding.

Ibu itu bersetuju bahawa anak perempuannya bersama Zara dan rakan-rakan lain kelihatan gembira dalam gambar dan video tersebut.
Saksi turut mengakui bahawa anaknya sangat menyukai kek batik dan pernah memberitahunya mengenai kek batik Zara yang dibuat oleh ibu Zara.

https://www.dailyexpress.com.my/ ... ahabatan-pelajar-a/
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:14 PM | Show all posts
Video TikTok, gambar Zara Qairina bersama rakan ditayang di mahkamah

KOTA KINABALU: Dua rakaman video TikTok dan dua keping gambar memaparkan pelajar A bersama Allahyarham Zara Qairina Mahathir serta beberapa pelajar lain ditayangkan di Mahkamah Koroner pada prosiding inkues kematian Zara, hari ini.

Pelajar A antara lima saksi kanak-kanak yang berdepan pertuduhan menghina Zara di Mahkamah Kanak-Kanak yang turut memberi keterangan dalam inkues berkenaan.

Rakaman video dan gambar itu diserahkan kepada mahkamah oleh peguam ibu Zara, Shahlan Jufri ketika menyambung soalannya kepada ibu Pelajar A berkaitan persahabatan arwah dengan pelajar terbabit.

Ibu Pelajar A yang memberi keterangan sebagai saksi ke-62 sejak semalam, mengakui video dan gambar terbabit kali pertama dilihatnya, namun menyatakan pernah dimaklumkan oleh Pelajar A bahawa anaknya sebelum ini pernah membuat video TikTok dengan arwah, namun tidak tahu berapa banyak video.


Beliau bagaimanapun tidak mengingati sama ada Pelajar A pernah memberitahunya mengenai bergambar ceria dan gembira dengan Zara serta pelajar lain sepanjang di sekolah mereka sebelum ini.

Dua video TikTok yang ditayangkan itu memaparkan Zara bersama Pelajar A dan beberapa rakan sekolah menggayakan aksi 'Velocity', didakwa oleh ibu Pelajar A dirakam di bilik asrama sekolah mereka.

Ibu Pelajar A memberitahu mahkamah bahawa dia mengetahui lokasi rakaman video itu dibuat di bilik asrama sekolah mereka kerana beliau pernah ke sana sebelum ini.

Shahlan: Kedua-dua video tadi dibuat di sekolah?

Ibu Pelajar A: Ya, dalam asrama mereka.

Shahlan: Macam mana puan tahu?

Ibu Pelajar A: Sebab saya pernah naik bilik ni.

Shahlan turut bertanya pendapat ibu Pelajar A mengenai situasi arwah bersama anaknya dan rakan yang lain dalam video terbabit dan gambar berkenaan yang kelihatan dalam suasana yang gembira dan ceria.

Ibu Pelajar A juga mengakui untuk membuat video berkenaan, ia memerlukan pelajar dalam video itu berbincang mengenai langkah atau koreografi sebelum ia dirakam.

Shahlan: Untuk buat video begini, pelajar perlu bincang 'step' atau koreografi sebelum direkodkan.

Ibu Pelajar A: Ya, mesti.

Shahlan: Amat mustahil video itu dapat direkod dengan begitu cantik dan sempurna sekali tanpa membabitkan perbincangan yang baik antara sesama mereka.

Ibu Pelajar A: Ya, betul.

Shahlan: Dalam video itu, Pelajar A kelihatan gembira berada dengan kawan-kawan sekolahnya.

Ibu Pelajar A: Ya.

Sementara itu, ibu Pelajar A menyatakan anaknya dibuli di asrama berdasarkan apa yang diberitahu kepadanya oleh Pelajar A melalui panggilan telefon.

Perkara itu dijelaskannya selepas Shahlan bertanya kepada saksi bagaimana dia mengesahkan bahawa Pelajar A selalu dibuli terutama oleh rakan sebilik asrama, khususnya arwah Zara.

Shahlan: Bagaimana kamu mengesahkan Pelajar A selalu dibuli terutama oleh ahli 'dorm' iaitu arwah Zara?

Ibu pelajar A: Melalui talian telefon yang selalu dia beritahu saya

Shahlan: Buli yang puan maksudkan ialah Pelajar A dituduh difitnah, dimaki dengan kata-kata kesat dan dipulau?

Ibu Pelajar A: Ya, betul.

Shahlan: Seingat puan siapa lakukan perkara begitu?

Ibu Pelajar A: Seingat saya Pelajar A sering beri nama Zara dan (nama pelajar lain).

Shahlan: Pernahkah puan hubungi ibu Zara mengenai kejadian seperti puan maksudkan dalam penyataan saksi puan? Terutama arwah zara kononnya buli Pelajar A?

Ibu Pelajar A: Tidak pernah.

Shahlan: Kenapa tidak pernah?

Ibu Pelajar A: Sebab saya juga risau dia dimarah mak dia, biarlah orang ketiga tegur, maksud saya warden untuk beri kesedaran.

Shahlan: Pemahaman saya walaupun Pelajar A boleh buat video TikTok bersama Zara, tapi dibuli?

Ibu Pelajar A: Saya yakin persahabatan mereka nampak baik sebab selepad minggu kedua di mana arwah Zara dan beberapa pelajar tidak pulang. Mereka tidur bersama di 'dorm' dan saya rasa mereka berbaik kerana gambar tadi selepas saya buat aduan, yang TikTok tak pasti bila tapi saya yakin selepas itu.

https://www.bharian.com.my/berit ... itayang-di-mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:19 PM | Show all posts
Ibu Zara didakwa ganggu ibu Pelajar A

Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner diberitahu pada Isnin bahawa ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir didakwa mengganggu ibu Pelajar A dengan meminta beliau mengubah kenyataan polis anaknya.
Suri rumah berusia 42 tahun itu memberitahu koroner bahawa ibu Zara telah menghantar mesej WhatsApp memarahinya kerana membenarkan anaknya (Pelajar A) bercakap benar kepada polis.

“Ibu Zara mengarahkan kami menarik balik kenyataan awal Pelajar A yang diberikan kepada DSP Roziah dan menyuruh saya menghubungi pegawai berkenaan.

“Antara tuduhan dalam mesej WhatsApp itu ialah bahawa kenyataan Pelajar A telah diputarbelitkan, polis berpakat dengan pengetua sekolah dan bahawa penarikan semula mesti dibuat kepada DSP Roziah.

“Beliau juga mendakwa diari itu bukan ditulis oleh Zara, mengatakan beliau tidak percaya perkataan ‘pukimak noraidah’ ditulis oleh Zara serta mendakwa hasil forensik mengesahkan tulisan tangan itu bukan milik Zara.

“Beliau turut menuduh sekolah cuba mereka bukti, menuduh anak saya bertindak atas arahan sekolah, dan melarangnya menziarahi kubur Zara.
“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Inspektor Wong dan Ustaz Azhari mengenai gangguan tersebut,” katanya.

Ibu Pelajar A turut memberi keterangan bahawa selepas insiden itu dia membawa anaknya ke hospital sebanyak empat kali kerana anaknya menunjukkan simptom Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD).
Pada pandangannya Pelajar A bertindak sedemikian kerana tekanan berat yang dikenakan oleh pihak sekolah.

“Pada hari pertama lagi dia berada di bawah tekanan yang amat besar. Dia dipisahkan dari pagi hingga jam 3 petang ketika Zara ditemui tidak sedarkan diri.
“Dia kemudian dibawa ke Balai Polis Papar untuk disoal siasat. Sekolah memperlakukan anak saya seperti ‘perisai’ kepada warden yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap Zara.

“Anak saya dijadikan jurucakap sekolah untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada Zara.
“Saya berkata demikian kerana kami sebagai ibu bapa tidak pernah dihubungi oleh pihak sekolah ketika anak kami dibawa ke balai polis.

“Semua semakan latar belakang dan butiran mengenai tingkah laku Zara diserahkan kepada anak kami untuk dijelaskan kepada polis.
“Semasa memberi keterangan anak saya terlepas makan di dewan makan asrama dan kelaparan sehingga ke petang.
“Dia membantu sekolah dengan memberi keterangan tetapi sekolah langsung tidak menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikannya.
“Dia tidak boleh makan di kantin kerana ditutup. Dia juga tiada wang atau akses kepada kad banknya yang hilang di asrama.

“Sekolah seolah-olah ‘lepas tangan’ sepenuhnya dan enggan menjelaskan apa yang menyebabkan Zara bertindak sedemikian.
“Segala-galanya diserahkan kepada anak saya untuk memberi keterangan kepada polis.

“Dia juga dibawa ke balai polis beberapa kali tanpa pengetahuan saya dan dikeluarkan daripada pertandingan hoki pada hari yang sama tanpa diberitahu sebabnya.

“Segala usaha, tenaga dan kesakitan yang ditanggungnya untuk mewakili sekolah dalam hoki langsung tidak dihargai,” katanya.

https://www.dailyexpress.com.my/news/275168/ibu-zara-didakwa-ganggu-ibu-pelajar-a/
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 10:35 PM | Show all posts
borrow replied at 4-2-2026 10:07 PM
Ibu bimbang pengaruh tidak bermoral di asrama

Kota Kinabalu: Seorang suri rumah memberitahu Mahkama ...

tq hunny
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 4-2-2026 10:14 PM
Video TikTok, gambar Zara Qairina bersama rakan ditayang di mahkamah

KOTA KINABALU: Dua rakaman vid ...

Video masih ada di tiktok ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 08:51 AM | Show all posts
hart_attack replied at 5-2-2026 12:57 AM
Video masih ada di tiktok ke?

tk pnh nmpk , dh takdelah kowt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:54 AM | Show all posts
Edited by borrow at 6-2-2026 10:54 PM

Inkues Zara Qairina: Guru SAN dedah murid dakwa 'barcode' trend di TikTok

KOTA KINABALU - Seorang guru di sebuah Sekolah Agama Negeri (SAN) mendedahkan kepada Mahkamah Koroner, di sini, bahawa murid-muridnya mendakwa perbuatan 'barcode' atau menoreh lengan sebagai trend di TikTok.

Bagaimanapun, saksi ke-63, Nur Ain Jabah, 38, memaklumkan bahawa kejadian tersebut hanya berlaku sekali sahaja ketika Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir berada di Tahun Lima di sekolah berkenaan.

Menurutnya, beliau mengetahui mengenai insiden itu selepas menerima aduan daripada pelajar lain, sebelum pergi ke kelas terlibat untuk melihat sendiri keadaan tersebut.

"Saya tahu mengenai perkara ini sebab Zara dan sahabat-sahabatnya sebelum ini pernah buat di sekolah agama. Apabila mereka buat perkara itu di sekolah, ada pelajar lain mengadu dengan saya dengan guru lain.

"Jadi saya sendiri ke kelas mereka untuk lihat dan memang betul mereka ada buat. Saya marah dan tanya kenapa buat perkara ini. Mereka kata, ini trend di TikTok.

"Saya marah dan minta mereka jangan buat lagi sebab tiada faedah. Selepas itu memang tidak pernah lagi berlaku kes seperti itu," jelasnya ketika memberi keterangannya, pada Selasa.

Saksi yang juga guru di sekolah berkenaan berkata demikian ketika ditanya peguam, Shahlan Jufri, mengenai kewujudan perbuatan 'barcode' dalam kalangan murid.

Beliau turut menjelaskan bahawa insiden tersebut melibatkan kira-kira lapan murid di kelas Zara Qairina yang ketika itu berada di Tahun Lima.

Sementara itu, ketika ditanya Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan mengenai kekerapan kejadian berkenaan, saksi memaklumkan bahawa ia hanya berlaku sekali sahaja.

https://www.sinarharian.com.my/article/766643/berita/semasa/inkues-zara-qairina-guru-san-dedah-murid-dakwa-barcode-trend-di-tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:55 AM | Show all posts
Edited by borrow at 6-2-2026 10:53 PM

Seorang lagi guru, Nur Hidayah Mohamad, 39, yang juga saksi ke-64 dalam inkues tersebut, memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai insiden 'barcode' itu.

Ditanya mengenai diari Zara Qairina, beliau mendedahkan pernah melihat diari tersebut, namun tidak pernah membacanya.

"Diari itu memang dia bawa ke sekolah tetapi semasa belajar, buku-buku lain disimpan masuk dalam beg," katanya ketika menjawab soalan Hakim Koroner.

Amir Shah sebelum itu menjelaskan bahawa pertanyaan mengenai diari tersebut dikemukakan memandangkan Nur Hidayah juga merupakan ibu saudara Zara Qairina dan berkemungkinan pernah membaca kandungan diari berkenaan.

https://www.sinarharian.com.my/article/766643/berita/semasa/inkues-zara-qairina-guru-san-dedah-murid-dakwa-barcode-trend-di-tiktok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 03:58 PM GMT+8 , Processed in 1.788327 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list