CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

[Tempatan] Ramai Tak Tahu Islam Melarang Jual Beli Kucing – Fathul Bari

[Copy link]
Post time 28-2-2016 07:26 PM | Show all posts
ayam itek dalam sangkar, dalam reban penuh beribu ribu ayam okeh pulak? Aku gerenti ustaz tu ada makan ayam yang baru lepas kena seksa terkurung dalam sangkar.

Lepas kena seksa, kena bunuh, kena makan lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2016 10:20 PM | Show all posts
Saya nak tunggu ostaz ostas ni haramkam parking kereta di atas jalan raya setiap hari jumaat sebab menganggu lalu lintas.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2016 10:45 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-2-2016 02:20 PM
kalau bersetubuh dengan slave ni bukan ada emotional connection ka sikit2....

atau fab fab fab. ...
mata tertarik dengan persoalan yang abang utara kan ni

fab fab fab.... and then pretend like nothing ever happen....

sekadar nak tahu pendapat melalui perbincangan isu semasa
sebab tau kalau kat board agama akan jadi lain pandangan pendapat dan penjelasan nya

hola me up kalau abang ada jawapan nya

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 12:18 AM | Show all posts
abangbikerz replied at 27-2-2016 01:29 PM
Aku terima. Tapi aku tak bersetuju hanya kerana ianya ada dlm quran.

It is still perbuatan tida ...

terima itu ayat Allah tapi tak setuju. pelik benar bunyinya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 12:20 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 27-2-2016 02:20 PM
kalau bersetubuh dengan slave ni bukan ada emotional connection ka sikit2....

atau fab fab fab. ...

adakah kita tidak terima ayat itu spt yg telah Maideen dedahkan. itu memang ayat Quran.  atau nak nyatakan Quran tak maksudkan begitu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 01:10 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 26-2-2016 10:50 PM
ya comel.... err.. I mean the cat

ni rupanya british shorthair
kucin kelabu, lama dah suka kucing gini
dulu ada orang bela (1997) dia namakan kucing tu "Wok"
tiap kali nampak kucing grey mcm ni, aku dgn adik aku akan ckp "ehh, wok laa, wok"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2016 01:20 AM | Show all posts
GincuPurple replied at 27-2-2016 02:10 AM
Awak kata sekarang tak haram jual beli kucing anjing sbb kebajikan terjaga, boleh saya tau ni be ...

hukum mana sama
zaman dulu bleh kawin ahli kitab
zaman sekarang tak boleh
zaman dulu pompuan nak keluar kena teman dgn muhrim
zaman sekarang tak apa keluar seorang diri

Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 01:32 AM | Show all posts
mcm ada satu forumer tu ckp
arak diharamkan dlm quran, terang terangan
zina haram, riba haram
tapi kenapa perhambaan tak diharamkan?
masa islam muncul, rasulullah dan sahabat cuba memusnahkan sistem ni dgn beli hamba, bebaskan hamba dll
ia ambil masa sebab dah jadi budaya turun temurun
tapi kenapa tak diharamkan straight terus mcm sebagaimana arak dan zina yg jadi budaya arab itu?
adakah dari segi ekonomi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 01:46 AM | Show all posts
clarizsa replied at 28-2-2016 08:45 AM
Laa jd gaduh psl sapa cipta apa lak ye..

I pun teringin nk tau sapa yg cipta transformers tu.. ...

kalau ikutkan kartun dia, yang mencipta transformers tu nama dia primus
planet cybertron tulaa primus
dia ada adik yang makan planet, nama dia unicron
tapi kalau ikut dlm filem tu , filem tu tak ikut mcm dlm kartun, mcm dia nak ckp yg cipta tu adalah unicron ataupun quintesson, makhluk bermuka 4







Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 02:36 AM | Show all posts
mashimaru83 replied at 27-2-2016 05:45 PM
Hatta ayah pin boleh cakap macam tu sekalipun, kewujudan syurga dan neraka itu tetap boleh dibukti ...

kalau gitu, hapuskan saja polis, mahkamah & penjara   


tunggu tuhan hukum kat neraka  
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 02:41 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 29-2-2016 02:43 AM

Matilah bertambah peninglah ummah Malaya.



HUKUM JUAL BELI KUCING
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 136 (23 DISEMBER 2015 / BERSAMAAN 11 RABIULAWAL 1437H) - EDISI KEMASKINI 26 FEBRUARI 2016-

Assalamualaikum ustaz,

Saya nak dapatkan pencerahan daripada ustaz, apakah hukum membela kucing & menjual kucing? Adakah hasil penjualan kucing tersebut haram?

Terima kasih ustaz.

JAWAPAN:

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Para ulama khilaf dalam masalah ini.

Pertama:

Pendapat bahawa kucing ini haram dijualbeli secara mutlak berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA:

سَأَلْتُ جَابِرًا عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ قَالَ زَجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ

Maksudnya: Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.

Riwayat Muslim (1569)

Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah - R.Anhuma -juga bahawa dia berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ثَمَنِ الْكَلْبِ وَالسِّنَّوْرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.
Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)

Al-Imam al-Syaukani mengatakan: “Al-Sinnaur adalah kucing dan padanya (hadith Jabir) menunjukkan dalil haram menjual kucing. Ini adalah pendapat Abu Hurairah, Mujahid, Jabir bin Zaid dan Tawus”. (Lihat Nayl al-Awtar, 5/172)

Kedua:

Pendapat kedua adalah pendapat yang mengatakan kucing boleh dijualbeli.

Al-Imam al-Nawawi mengatakan: “Menjual kucing dibenarkan tanpa khilaf di sisi kami kecuali apa yang dihikayatkan oleh Al-Baghawi di dalam kitabnya Syarh Mukhtasar al-Muzani dari Ibn al-‘As yang mana berkata: “Tidak harus”, maka pendapat ini syaz, batil dan tertolak dan masyhur adalah dibolehkan dan inilah pendapat jumhur ulama’.

Seterusnya al-Imam al-Nawawi mengatakan: “Jumhur ulama mengatakan boleh dan kebolehan ini juga pada menjualnya (kucing) dan ini adalah pendapat Ibn ‘Abbas, Ibn Sirin, Hamad, Malik, al-Thauri, al-Syafi’e, Ahmad, Ishak, Abu Hanifah dan ashab al-Ra’yi…”. (Lihat Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/229)

Pendapat jumhur termasuk Mazhab syafie membenarkan jual beli kucing jika kucing itu memiliki manfaat seperti menangkap tikus maka hukumnya ialah halal untuk dijual beli. Begitu juga jika ia merupakan haiwan liar, maka tidak dibenarkan. Ada juga yang mengatakan bahawa kucing ini diharamkan jual beli kerana pada awal Islam ia dianggap najis, kemudian setelah tsabit daripada Rasulullah SAW bahawa kucing itu suci maka dibenarkan jual beli kucing.

Adapun hadis berkenaan melarang jual-beli kucing maka menjawab larangan tersebut adalah seperti berikut:

1-Larangan ditujukan kepada kucing hutan yang tiada manfaatnya.

2-Larangan adalah larangan tanzih (makruh).

Seterusnya kata al-Imam al-Nawawi Rahimahullah: “Adapun sekiranya terdapat manfaat, maka menjualnya sah dan halal nilai harganya dan ini adalah mazhab kami (mazhab al-Syafi’e) dan mazhab keseluruhan (jumhur).” (Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 10/233)

Tarjih:

Kami lebih cenderung kepada hukum makruh perniagaan kucing berdasarkan larangan dalam nas.

Wallahu a’lam
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 02:45 AM | Show all posts
Kucing je pun. nak dijadikan isu besar oleh lobai lobai Malaya lol
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 02:47 AM | Show all posts
mashimaru83 replied at 28-2-2016 09:28 AM
Not just that; lacking of understanding can also be the issue. Ramai yg berfikiran kritikal terhad ...

Ko mmg pakarr belittt masimaruu, good jobb!
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing replied at 29-2-2016 01:46 AM
kalau ikutkan kartun dia, yang mencipta transformers tu nama dia primus
planet cybertron tulaa pr ...

Wah.. lupa plak ada katun dia...

Thanx meow for info.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tobby replied at 29-2-2016 12:18 AM
terima itu ayat Allah tapi tak setuju. pelik benar bunyinya.

Maksudnya ialah aku tahu ianya ada dlm quran dan aku tak bersetuju langsung dgn hukum tu.

Ok aku nak tanya ko. Put religion aside. Personally from ko punya pandangan. Apakah ko setuju manusia simpan jual dan seks dgn hamba abdi?
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 11:47 AM | Show all posts
saya beli kucing kt HCPA... klu x beli kt situ... kucing akan dilupuskn... lg la kesian.. sekurang2 nya saya dpt selamatkn kucing yg dibeli dr dilupuskn... walaupun x dpt selamatkn semuanya.. sekurang2nya sekor dua dah selamat... beli pun bukan utk dimakan... tp utk dijdkan haiwan peliharaan.. & lepas bebas bukan duduk dlm sangkar dikurung pun.. kucing tu la pembawa rezeki... rezeki x putus klu pelihara kucing... Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2016 11:51 AM | Show all posts
teringin nk bela kucing...tp org umah xbg...sedih tul...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2016 12:02 PM | Show all posts
Fieza-mira replied at 25-2-2016 09:36 PM
Itulah sebabnya...cuba bayangkan kalau Nabi yang lalu tengok keadaan kucing macam tuh. Nak2nya Nab ...

Dia tu bukansaja cat lover tp woman loverr jugakkk...oppss!

Kiranya mohamad blh buat hukomm jugaklah bukan tohan saja? Bery d confusinggggg....bukan katanya mohamad tu messenger saja ke, iaitu tukang bwk cerita dr tohan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2016 07:45 AM | Show all posts
Acong replied at 29-2-2016 02:36 AM
kalau gitu, hapuskan saja polis, mahkamah & penjara   

Kenapa nak kena tunggu hukum kat neraka pula? Kenapa tak boleh buat sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2016 03:08 AM | Show all posts
mashimaru83 replied at 1-3-2016 07:45 AM
Kenapa nak kena tunggu hukum kat neraka pula? Kenapa tak boleh buat sekarang?

kenapa sekarang? kata ada tuhan   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.266324 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list