CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: famri7

[Tempatan] KELATE SEMAKIN PARAH : Penduduk Manek urai terpaksa panjat bukit untuk selamat.

 Close [Copy link]
Post time 24-12-2014 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu posted on 24-12-2014 01:44 PM
mrsamz mmg tau tmpt tu ye? harap2 ada lah benda dirong nak mkn alas perut. sms dr adik smlm katany ...

Ye sis..aku da penah pegi ke tpt yg mereka pegi tu..masalah skang laluan keluar masuk ada tanah runtuh..jd mmg tak mungkim dpt kelua bersama kenderaan..unless jkr atau jakoa masuk tolong clearkan..paling cepat tunggu la heli..boleh mintak bomba..tp skang kalau bomba bz..cuba sis tepon jakoa gua musang mintak tolong heli mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 01:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:52 PM | Show all posts
naina posted on 24-12-2014 01:26 PM
Kurang fhm.knp ek pintu empangan dibuka?bkn lg melimpahke? Ke xnk bg pecah

kena buka utk elak pecah...mmg akan banjir lagi besar la...kalau empangan pecah lagi ganas banjir dia...empangan pecah mcm tsunami la air turun
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:53 PM | Show all posts
hambaallah1709 posted on 24-12-2014 01:44 PM
aku balik kl hari ahad ni...
setakat ni epot pengkalan chepa beroperasi seperti biasa kan?
alhamdu ...

kau kampung mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis posted on 24-12-2014 01:53 PM
kau kampung mana?

kat lebuhraya pasir mas salor
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:54 PM | Show all posts
mrsamz posted on 24-12-2014 05:49 AM
Ye sis..aku da penah pegi ke tpt yg mereka pegi tu..masalah skang laluan keluar masuk ada tanah ru ...

TQVM mrsamz for all the info. aku cuma doa diaorg ada tmpt berlindung kat sana. kesian sgt kat anak2. selagi x dpt berita dr adik aku tu, aku sgt2 susah hati. mak abah aku xtau lg kes ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2014 01:54 PM | Show all posts
aku tgk buletin 130 takde bgtau darurat lagi??

ada org kata tv1 ada umum darurat...leh tlg sahkan??
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:55 PM | Show all posts
aku doakan rakyat2 yg terbabit dalam banjir terutamanya di Kelantan semuanya selamat dan kebajikan terjaga. aku tak dapat bayangkan kalau tempat aku banjir tahap teruk macam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2014 01:55 PM | Show all posts
TabletSusu posted on 24-12-2014 01:27 PM
kwn2 yg baik hati..

kat mana aku nak dptkan informasi dan pertolongan?

Ya Allah.... kesiannya adik u sis.... I doakan mudah-mudahan sumernya selamat yer......

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:58 PM | Show all posts
minyak posted on 24-12-2014 01:54 PM
aku tgk buletin 130 takde bgtau darurat lagi??

ada org kata tv1 ada umum darurat...leh tlg sahkan ...

darurat akibat bencana
bukan darurat akibat pengganas
komunis ka apa ka

bukan kena tembak pun kalo
keluar rumah,

cuma tahap operasi pasukan penyelamat
naik ke tahap tertinggi je

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 01:59 PM | Show all posts
suriamir posted on 24-12-2014 05:55 AM
Ya Allah.... kesiannya adik u sis.... I doakan mudah-mudahan sumernya selamat yer......

TQ suriamir. Sy sgt2 kesian pd anak buah sy yg msih kecik tu. 2thn pun x smp lg..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sepatutnya bulan november/december elakkan la daripada nak berkonvoi/panjat gunung ke daki bukit ke waima nak wat kenduri nikah kawen pon...kalau x sebab banjir pon kelantan ni ujan lembap bulan nov-dec-jan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu posted on 24-12-2014 01:54 PM
TQVM mrsamz for all the info. aku cuma doa diaorg ada tmpt berlindung kat sana. kesian sgt kat ana ...

Ur most welcome.sis..kami pun risau juga dgn keadaan mereka tu..sbb laluan tu area gajah..harap tiada apa2 yg buruk berlaku..ada yg tgh berusaha utk keluarkan mereka tu..kita doa je lah
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 02:16 PM | Show all posts
TabletSusu posted on 24-12-2014 01:27 PM
kwn2 yg baik hati..

kat mana aku nak dptkan informasi dan pertolongan?

time2 mcm nih dia masuk hutan buat pa...? nyusahkan betul la, kalau sesat ke, terperangkap ke kan menyusahkan pasukan penyelamat. membazirkn masa dan tenaga utk pergi cari, sedangkan mangsa2 banjir byk lagi yg perlukan pertolongan
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 02:17 PM | Show all posts
jofizo posted on 24-12-2014 06:16 AM
time2 mcm nih dia masuk hutan buat pa...? nyusahkan betul la, kalau sesat ke, terperangkap ke kan  ...

ye.. aku pun menahan kemarahan. mcm aku ckp td, rs nak sepak2 kan je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 02:19 PM | Show all posts
KELANTAN BELUM ISYTIHAR DARURAT


KOTA BHARU – Kerajaan negeri masih belum mengisytiharkan darurat melanda Kelantan walaupun bencana alam tersebut melanda sejak beberapa minggu yang lalu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, sehingga kini pihaknya masih berupaya menangani bencana alam itu dan telah memperuntukkan RM10,000 kepada setiap wakil untuk membantu meringankan beban mereka yang terlibat di setiap kawasan.
“Selain itu juga kami turut memperuntukkan RM120,000 kepada pasukan Yayasan Amal untuk bergerak melalui inisiatif ‘Dapur Rakyat’ bagi membantu membawa bekalan makanan kepada mereka yang mungkin tidak dapat berpindah dengan segera ke pusat pemindahan.
“Selain itu juga kita juga menggunakan perkhidmatan lima helikopter bagi membawa bekalan makanan untuk mangsa-mangsa di Kuala Krai, Dabong, Jeli dan Gua Musang,”katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini.
Ahmad turut menasihatkan orang ramai yang tinggal berdekatan dengan sungai ataupun di kawasan yang berdepan risiko banjir untuk berpindah lebih awal bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Unit Komunikasi Menteri Besar Kelantan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-12-2014 02:20 PM | Show all posts
Kolej Vokasional Kuala Krai hampir tenggelam

WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Disember 2014


KUALA KRAI - Paras air di Kolej Vokasional di sini hampir mencecah bumbung garaj sehingga jam 7 pagi tadi.

Menurut isteri kepada seorang warden institut tersebut, Norakmal Mhd Mahyidin, 42, beliau dan tujuh sekeluarga terpaksa berpindah ke aras satu bangunan asrama setelah air naik hingga menenggelamkan kediaman mereka.

Katanya, air naik mendadak jam 2.30 pagi tadi.

"Turut bersama kami ialah adik saya dan keluarga yang terpaksa menumpang setelah terperangkap di Merapoh.

"Buat masa ini bekalan makanan untuk kami masih mencukupi", katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2014 02:22 PM | Show all posts
bagus jugak
bila ada yahudi yang prihatin dan
sanggup buka thread untuk
bencana banjir nun di kelantam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 02:22 PM | Show all posts
12.00 pm 24/212/2014 : PASAR BESAR KUALA KRAI


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2014 02:23 PM | Show all posts
RABU, 24 DISEMBER 2014 @ 1:20 PM

Penghuni tergamam lihat rumah dihanyut arus deras

KOTA BHARU: Tiada apa yang dapat dilakukan pemiliknya apabila melihat empat buah rumah dan sebuah restoran mereka di Kampung Kundur, di sini dihanyutkan arus banjir ke arah Sungai Galas petang semalam.
Seorang penghuni Zakaria Daud, 56, berkata ketika itu dia berpindah ke atas bukit yang terletak kira-kira 500 meter di seberang jalan dari rumahnya.
"Saya bersama yang lain menyelamatkan diri ke atas bukit apabila air di kawasan kami semakin naik sehingga mencecah paras dada," katanya yang juga pemilik restoran itu.
Beliau berkata sebuah tangki minyak yang hanyut dari kawasan pembalakan berdekatan turut melanggar rumahnya serta tiga lagi rumah termasuk restorannya menyebabkan kesemuanya hanyut. "Semuanya berlaku begitu pantas. Kami hanya mampu melihat dari jauh sehinggalah semuanya hanyut ke sungai," katanya. Keempat-empat keluarga terlibat kini menumpang di rumah saudara mara mereka dengan Zakaria sendiri berserta isteri, anak dan emaknya yang berusia 70 tahun menumpang di rumah kawannya di Kampung Tanah Putih.


http://www.bharian.com.my/node/25085







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.349988 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list