|
Ipo posted on 24-11-2014 03:57 AM
"Hani", Mila memanggil dengan wajah yang sayu.
Hani dan Afiq berpandangan tanda ingin ...
kikiii... tq @ipo sbb menegur... HAHA.. tu namenye dh tingtong
Maya tu kawan baik Hani.. dua2 M.. dh conpius.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 24-11-2014 04:53 AM
huhu.. tu la.. x sempat nak tgk rmh Es.. cite yg penuh misteri tu..huhu
take ur time hakak. cter tu dah nk klimaks. @poyohabis ternanti-nanti jugak babak lawan..haha~ |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 24-11-2014 04:57 AM
kikiii... tq @ipo sbb menegur... HAHA.. tu namenye dh tingtong
Maya tu kawan baik Hani.. dua2 M.. ...
Pernah salah tulis nma mcm hakak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ala ingat dah ada n3 baru...xsabar nie |
|
|
|
|
|
|
|
Tt...bila nk ada n3 baru..nk thu apa jd kt hani... |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 33 ~~
Tibanya Hani di rumah, Puan Mariam terus menyuruh Hani ke bilik untuk berehat. Tentu Hani penat sepanjang perjalanannya dari hospital ke rumah. Lagi-lagi, Hani belum sembuh sepenuhnya. Hani terus menuruti kata ibunya. Memang benar, dia mudah letih setelah kejadian itu.
"Ibu, Qina?" Hani mengajukan soalan itu kerana dia terlalu rindu dengan anaknya, dalam masa yang sama menahan letih.
"Ye, nanti ibu ambil Qina di rumah Mak Munah ye. Hani naik dulu, rehat", nasihat Puan Mariam.
"Baiklah", jawab Hani ringkas.
Afiq hanya memandang Hani menaiki tangga ke atas.
"Emm, makcik saya balik dulu ye", kata Afiq ingin meminta diri. Hari dah nak malam, dia patut pulang. Afiq lah yang banyak membantu keluarga Hani. Dia juga menyelesaikan misinya untuk membantu keluarga Hani sehingga pulang ke rumah sudah sempurna, memandangkan Pak Ahmad dan Puan Mariam hanya menaiki bas datang ke Kuala Lumpur. Tidak tahu mengapa, Afiq rasa tertarik untuk bertanggungjawab ke atas keluarga Hani. Mungkin juga rasa bersalah menyelubungi kerana Hani mempertahankannya pada kejadian tempoh hari.
"Eh, duduk la dulu. Kamu pun mesti penat tu. Nnti lepas maghrib ke, baru kamu balik ye. Makcik nak masak ni. Kite makan ramai-ramai ye. Maya pun dah nak sampai tu dengan buah hati dia. Elok la makan ramai-ramai", ajak Puan Mariam sambil tersenyum. Dia juga tidak sabar melihat buah hati anak angkatnya itu. Puan Mariam sudah menganggap Maya seperti anaknya sendiri kerana Maya lah tempat Hani mengadu selepas ketiadaan Adam. Dia tahu berkenaan hal itu.
"Eeerr, ok", ucap Afiq ringkas. Teringin juga dia untuk merasa masakan Puan Mariam. Biasanya, dia hanya merasa kuih muih Puan Mariam sahaja di kampung dahulu. Tentu sedap rasanya. Afiq bertindak menghubungi ibunya, Puan Rahimah untuk memberitahu hal itu. Dia juga tidak risaukan ibunya kerana malam ini ayahnya, Dato' Halim akan bermalam di rumahnya. Ibunya sedang membaiki hubungan bersama ayahnya. Mereka perlukan privacy walaupun sekejap.
Semasa Hani menuju ke bilik, vibrate telefon bimbitnya dirasai dari dalam beg tangannya, menandakan pesanan ringkas yang baru diterimanya.
Setelah membuka tudungnya dan merebahkan dirinya di atas katil , Hani terus membelek telefon bimbitnya.
Hani, terima kasih. pesanan ringkas yang bari diterimanya daripada Afiq.
Terima kasih? Hani menjawab dengan pantas.
Ye, sebab awaklah saya selamat. Saya terhutang budi dengan awak. Sepatutnya sayalah mangsa tikaman Adam. Afiq membalas.
Jangan macam tu. Memang saya yang patut lindungi semua orang. Disebabkan saya jugak, Afiq ikut saya ke sana. Terima kasih Afiq. jelas Hani.
Ada perkara penting yang saya nak bagitahu Hani. balas Afiq
Apa dia? balas Hani pula.
Hani dah sembuh nanti kita bincang ya. Ringkas Afiq menjawab
Errmmm, baiklah. Hani membalas.
Hani rehat dulu ok. Assalamualaikum. balas Afiq
Waalaikummussalam. Hani menjawab ringkas.
Lalu Hani meletakkan telefon bimbitnya ke tepi. 'Hmm.. ada hal apa lah yang mahu dibincangkan tu?' puas Hani berfikir apakah hal yang nampak penting di matanya. Tertidur dia setelah penat berfikir.
~~~
"Assalamualaikum", Maya memberi salam dari luar rumah.
"Waalaikummussalam", Pak Ahmad menjawab salam lalu membuka pintu rumah.
"Ha, masuklah", kata Pak Ahmad.
Maya masuk ke rumah bersama Awie, teman barunya. Nampak seri bahagia di wajahnya.
'Macam pernah aku lihat mamat ni. Tapi di mana ya?', fikir Afiq dalam hati. Kelihatan pasangan ini sangat bahagia.
"Boss", tegur Maya sambil menunduk.
"Tak payah panggil saya boss, panggil je Afiq", jelas Afiq. Maya hanya menunduk kerana masih lagi hormat kepada orang atasannya itu.
Di sudut dapur, Afiq melihat Awie sedang memberikan sejambak bunga siap dengan pasunya kepada Puan Mariam. Puan Mariam dilihat sangat girang menerima bunga itu. Perkara biasa jika perempuan menyukai bunga. Adakah Hani juga menyukai bunga?
'Oh, baru aku ingat!'
Fikirannya terus mengingati peristiwa Hani menerima bunga dari seorang lelaki. Lelaki inilah yang memberikannya bunga itu. Tapi, kenapa dia dan Maya? Hatinya teringin sangat untuk mengetahui hal yang berlaku antara mereka. Tetapi, siapakah dia untuk menyiasat hal itu.
~~~
"Mama, mama, mama", Qina girang setelah melihat Hani di bilik.
"Qina", berat matanya dibuka untuk melihat Qina. Hani tersenyum dan terus memeluk anaknya erat-erat. Rasa seperti tidak mahu dilepaskan pelukan itu.
"Mama, nenek ajak makan kat bawah. Tapi nenek pesan solat dulu", Qina menyampaikan pesan neneknya.
"Baiklah", Hani tersenyum dan menggosok kepala anaknya. Hani terus menuju ke bilik air yang berada di bilik itu, untuk mengambil wudhu'. Dia terus menunaikan kewajipan tanpa lengah.
~~~
Qina menarik tangan Hani turun ke bawah. Qina teruja dengan tetamu yang ramai di rumahnya. Disebabkan itulah, dia tidak sabar-sbar sehingga menggesa Hani untuk turun bersamanya.
"Ha, dah turun pun, Kak Ngah", kata Puan Mariam sambil bangun dari kerusi untuk menghidangkan hidangan terakhir iaitu Ikan Siakap Masak Stim. Baginya, hidangan itu lebih berselera dimakan apabila dihidang panas. Sengaja dia lewat mengeluarkan hidangan itu. Makanan itu juga sihat terutama buat Hani yang baru sahaja keluar dari wad di samping masakan itu mudah dimasak.
"Marilah makan", ajak Puan Mariam setelah siap menghidang.
Kesemua tetamu mengambil tempat di meja makan. Pak Ahmad bertindak mengetuai bacaan doa. Mereka menjamah dan menikmati makanan dengan senyap dan penuh tertib. Hanya pandangan melirik untuk menambah lauk dan nasi sahaja mengiringi masa makan mereka di samping suara Qina yang inginkan lauk. Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
kenarihitam posted on 24-11-2014 06:02 AM
Tt...bila nk ada n3 baru..nk thu apa jd kt hani...
dapat la sikit... hehe.. @kenarihitam |
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 24-11-2014 06:00 AM
ala ingat dah ada n3 baru...xsabar nie
ok dh sambung |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 24-11-2014 09:50 AM
Tibanya Hani di rumah, Puan Mariam terus menyuruh Hani ke bilik untuk berehat. Tentu Hani penat sepa ...
up………………! hihi |
|
|
|
|
|
|
|
ok thank for the n3....suka sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 24-11-2014 10:32 AM
up………………! hihi
ape maksud ni cik Es??.. hehe..kikii |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 27-11-2014 07:20 AM
ape maksud ni cik Es??.. hehe..kikii
Saja nk upkn bnang. Akak, novel Badanku tu dh bes...hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 27-11-2014 07:50 AM
Saja nk upkn bnang. Akak, novel Badanku tu dh bes...hihi
ye ke.. nti akk jengok eh. |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 27-11-2014 08:03 AM
ye ke.. nti akk jengok eh.
Nanti akak pening.hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 27-11-2014 08:05 AM
Nanti akak pening.hihi
kahkahkah... tu la pasalnye.. nti termasok lak cite es kt cni.. huhu..
Es.. nti wat buku.. best cite tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 27-11-2014 09:27 AM
kahkahkah... tu la pasalnye.. nti termasok lak cite es kt cni.. huhu..
Es.. nti wat buku.. best c ...
yer. nanti ada modal, nk upah nicki jadi tukang editor. time kseh kerna mmbacanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 15-10-2014 06:25 AM
"Kita nak pergi mana ni?", tanya Afiq. Hani tidak menunggu lama selepas dia menghantar Qina ke rumah ...
Bolh tak saya maki Adam? |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 16-10-2014 08:33 AM
'Entah dari mana kau datang, baru setahun jagung, nak tunjuk lagak kat sini', ngomel Azrul dalam ha ...
Saya suka Afiq. |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 16-10-2014 08:48 AM
Sorry la kalau ayat saya ni pening2 sikit.. huhu
baru jer terjebak dengan ruangan ni..huhu..
Tak pening ar ..okay pa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|