|
sellie003 posted on 13-3-2013 01:13 PM
Huhu...ujian cinta wat Jiha & Fahmi....sokong Jiha - Fahmi....
Cinta bersegi....
tak kilse ke? Kita tanya apa kata fred kougar?
|
|
|
|
|
|
|
|
TOK! TOK! TOK! Bunyi ketukan pintu bilik aku, mematikan lamunan ku terhadap Dona. Pipi yang basah aku keringkan segera. Perlahan-lahan aku bangkit dan membuka pintu bilik.
"Jiha! Ada panggilan untuk Jiha." Suara Kak Syirah memanggil. Aku segera keluar. Siapa pula yang memanggil? Kalau Dona atau Fahmi, biasanya mereka menggunakan nombor di telefon bimbitku.
“Assalamualaikum.” Sebaik sahaja gagang telefon kuangkat, aku memulakan bicara dengan salam.
"Waalaikumussalam. Susahnya mak nak telefon Jiha. Kenapa tak jawab?" Suara emak bertanya di talian.
"Errr... Mak ada call? Maaf mak... Jiha tak perasan." Aku benar-benar tak tahu emak ada menelefon ke telefon bimbitku. Seingat aku, tak ada sesiapa pun yang menelefon aku di talian telefon bimbitku sepanjang hari ini.
"Mak saja nak bertanya khabar. Jiha pun dah lama tak telefon mak. Jiha sibuk ke?" Pertanyaan emak membuatkan aku rasa bersalah sangat. Memang sudah dua minggu aku tak menelefon ke kampung. Selalunya aku akan memastikan tiga atau empat hari sekali aku berborak dengan emak sambil bertanyakan tentang ayah.
“Err... Jiha sibuk sikitlah mak. Mak jangan kecil hati, ya?” Aku berdalih. Aku tak mahu emak risaukan aku pula nanti kalau aku ceritakan apa yang berlaku.
“Jiha... Jiha dah fikirkan ke cadangan nek Rahmah tu?”
Soalan dari emak semakin menyesakkan dadaku. Semasa di kampung, aku memberi alasan untuk memikirkan dahulu tentang itu. Nampaknya sudah dua minggu, aku masih tak memberikan kata putus, sebab itulah emak menelefon.
“Mak... Jiha... Jiha tak bersedia lagi, mak.” Aku menjawab perlahan.
“Lah... Kenapa? Bukan selama ni Jiha berkawan dengan Fahmi? Jiha nak tunggu apa lagi? Masing-masing dah bekerja, eloklah dilangsungkan segera. Kat KL tu pun mak dengar Jiha selalu berjumpa dengan Fahmi juga, kan?” Soalan dari emak tak mampu aku jawab.
“Mak... nanti Jiha bincang dengan Fahmi pasal ni, ya?” Aku ingin segera mematikan perbincangan tentang jodohku dengan Fahmi.
Mak... bukan Jiha tak mahu, tapi Jiha tak sanggup menghkhianati persahabatan Jiha dengan Dona. Hatiku merintih pedih.
“Ye lah... Mak pun tak paksa Jiha, cuma mak ingatkan Jiha dengan Fahmi tu dah sama-sama suka, baiklah dicepatkan. Tak elok kalau keluar berdua-duaan.”
“Kalau Jiha dah bersedia nanti, Jiha beritahu mak, ya?” Aku cuba mengambil hati emak.
"Jiha, kalau ada masalah, perbanyakkan baca Quran. Jangan lupa sembahyang hajat." Pesanan terakhir dari emak sebelum perbualan kami ditamatkan. Ah! Naluri seorang ibu.... Bagaikan tahu-tahu sahaja aku sedang berdepan dengan masalah.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
“Mak Jiha ke yang menelefon tadi?” Soal Kak Syirah sebaik sahaja aku usai berbicara di telefon.
“Ha ah! Mak telefon dari kampung. Mak kirim salam.” Beritahuku.
“Banyak kali mak Jiha call. Dia kata dia cuba call kat handphone tapi Jiha tak jawab." Beritahu Kak Syirah lagi.
"Itulah... mak pun ada cakap tadi. Agaknya Jiha lupa nak tukarkan balik silent mode tadi. Siang tadi ada seminar, tu yang Jiha setkan ke silent mode." Semakin pandai aku berdalih sekarang ini.
"Sebagai anak, kita tak sepatutnya mengabaikan mak dan ayah kita walau sesibuk mana pun kita." Aduhh... Kak Syirah seperti mahu memulakan sesi tazkirahnya. Aku hanya menyungging senyuman. Senyuman yang tersungging hanyalah senyuman tawar yang dibuat-buat.
"Doa dan restu dari emak dan ayah perlu untuk kejayaan dan kebahagiaan kita." Aku diam cuma. Aku tahu memang silap aku kerana tak menelefon emak hampir dua minggu, tapi dari nada ceria suara emak tadi, aku pasti emak tidak marah. Aku yakin emak faham situasi aku yang agak sibuk kebelakangan ini. Manakan urusan kerja, dengan masalah Dona lagi.
"Mak dan ayah kita ni manusia biasa Jiha. Bila mereka risaukan kita, mesti tersedik di hati mereka persoalan yang negatif. Mereka mula memikirkan sesuatu yang tak baik tentang kita. Fikir dan rasa-rasa atau sangka-sangka boleh menjadi realiti jika ia selalu diulang-ulang. Sebab itulah sebagai anak, jangan sampai menimbulkan kerisauan di hati mereka." Kak Syirah terus bersyarah lagi.
Duhh... Sudahlah aku sedang dihimpit dilema, Kak Syirah pula berleter. Kak Syirah wanita yang baik, berilmu dan warak, tapi sesi ceramahnya aduhai.... melemahkan jiwa. Atau jiwaku yang bermasalah? Teringat aku kembali pada kuliah yang disampaikan oleh Ustazah Wardah semasa di universiti. Tidak suka mendengar kepada peringatan-peringatan agama adalah salah satu daripada penyakit jiwa. Tapi... kalau jiwa aku sakit, kenapa aku seronok membaca tazkirah-tazkirah Mujahid? Malah kalau kuliah dengan Ustazah Wardah berlangsung selama dua jam pun aku sanggup. Aku tak pernah menguap ketika berada dalam kelas Ustazah Wardah. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak speku...nak speku.....
Err...boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Membaca penerangan Mujahid dalam Bicara Muslim tak pernah menjemukan akumalah aku jatuh cinta dengan penulisan dan orangnya. Adehhh.... Aku tak tahu apa yang tak kena dengan wanita yang bernama Inysirah ini....
“Akak tahu Jiha banyak luangkan masa dengan Dona. Jiha tahu tak antara kawan dengan ibu bapa, ibu bapa lagi penting? Ini baru kawan tau! Belum lagi kekasih. Kalau Jiha dah mula asyik mahsyuk dengan boyfriend nanti, tak tahulah akak macam mana. Atau... Jiha dengan Dona ni ada apa-apa? Akak tengok kamcing semacam aje?”
“Apa maksud akak?” Aku sedikit musykil dengan pertanyaan Kak Syirah.
“Maaflah kalau kata-kata akak ni menyakitkan hati Jiha... Tapi akak nak tanya betul ke Jiha dengan Dona tak ada apa-apa?” Kak Syirah menyoal lagi.
“Ada apa kak? Jiha tak faham.” Aku menyoal.
“Lesbian...” Kak Syirah merenung aku tepat ke muka.
“Astaghfirullahala'zim.... Nau' zubillah min zalik, akak! Jiha masih waras dan ada pertimbangan iman. Jiha bukan lesbo. Kami BFF.” Aku beristighfar panjang mendengar tuduhan Kak Syirah yang tak semena-mena.
“Baguslah kalau macam tu. Akak harap Jiha jujur. Allah mengetahui apa yang sebenarnya.”
Aku rasa macam nak bertempik. Cukupppp!!!! Memang patutlah Lili tak boleh ngam dengan Kak Syirah. Aku yang masih cuba bertoleransi ini pun rasa macam nak rebeh telinga mendengarkan siri-siri ceramah dari gadis yang alim dan warak ini. Dan sekarang Kak Syirah dengan lantangnya meragui persahabatan aku dengan Dona.
“Jiha tahu kan? Allah melaknati hubungan sejenis. Cinta sejenis ini dilarang Allah. Janganlah kita meniru kaum Nabi Lut.” Kak Syirah terus bersyarah, tapi aku langsung tak beri penumpuan. Sakit hatiku dituduh sebegitu. Teringat pula kata-kata Lili ketika dia melihat gambar-gambar aku dan Dona. Menurut Lili keakraban kami boleh diragui. Aku kemudiannya menghela nafas panjang.
“Jiha! Jiha dengar tak apa yang akak cakap tadi?” Pertanyaan dari Kak Syirah mematikam monolog aku.
“Dengar...” Aku tergagap sedikit. Entah apa yang diperkatakan oleh Kak Syirah tadi haram aku tak dengar sebenarnya. Kak Syirah memerhatikan aku seketika sebelum berganjak ke biliknya.
“Errr.... Kak Syirah!” Kuseru namanya.
“Ya.” Kak Syirah berpusing ke arah aku semula.
“Thanks.” Aku cuba mengambil hatinya. Penat dia beri ceramah percuma tadi. Kalau pakar motivasi profesional harus berbayar.
“Ucapkanlah jazakillahu khair bagi perempuan dan jazakallahu khair untuk lelaki sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah. Dengan pengucapan itu, orang yang mengucapkannya pasti disukai Allah. Apabila kita kerap bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat-nikmat-Nya.” Sekali lagi tazkirah percuma aku terima. Bagaimana pun, aku berterima kasih atas ilmu baru yang kuterima dari Kak Syirah.
“Jazakillah.” Kali ini aku benar-benar ikhlas. Ikhlas atas ilmu baru yang disampaikan oleh kak Syirah. Lantas kuhadiahkan Kak Syirah dengan seulas senyuman. Senyumanku berbalas dengan senyuman juga.
********** |
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 14-3-2013 09:44 AM
Bukan melangkau yang... Just tertinggal jek sbb lady kelam kabut sgt nak pi menyelam ke LD.
...
Oh ya ke?...menyelm jgn x timbul2 udah ler ya...ahaks...pakai pelampong kan...? atau swimming suit...wihuuu...
View post tu fungsinya macm kita nak hanya tumpu baca post dia jek dan boleh juga macm saya nih nak tepek my story view balik page post saya...nak tepek yg mana belum atau tertinggal...
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 14-3-2013 09:47 AM
tak kilse ke? Kita tanya apa kata fred kougar?
Klise x klise...nak gak jiha ngan fahmi aka mujahid......gadis yg baik utk jejaka yg beriman...huhu...
(Dahler frust abg iqbal ngan adra dulu tuh...)
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 14-3-2013 10:12 AM
Satu page aje? Ingatkan 1 bab. Tak apelah... take ur time. Nanti berebut karangan jadi tak sedap p ...
Nama pun spekuuuuuu.......
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 14-3-2013 10:11 AM
Klise x klise...nak gak jiha ngan fahmi aka mujahid......gadis yg baik utk jejaka yg beriman...huh ...
ooo.... kisahnya. Masih frust dgn iqy le kekdahnya ni?
Btw, kalau perhatikan novel2 lady, hero/heroin selalu bertemu jodoh dgn yg tak sepatutnya. Sebab lady tak mahu wanita menjadi hamba cinta. Jodoh kita, Allah lebih tahu siapa yg terbaik.
|
|
|
|
|
|
|
|
ladyFinger12 posted on 14-3-2013 10:17 AM
ooo.... kisahnya. Masih frust dgn iqy le kekdahnya ni?
Btw, kalau perhatikan novel2 lady, hero/ ...
yah..sokong..!..hahaha..tetiba..
jadi..jiha ngan rahulhe? on...
|
|
|
|
|
|
|
|
last part...
Gombak.
8.00 P.M
Bundar mata Dona memerhatikan Rahul menyuap pulut durian yang diberikan oleh Jiha. Lepas sesudu, sesudu lagi disuapkan ke mulutnya. Seingatnya dia tak bawa balik pun bingkisan dari Jiha tadi. Macam mana boleh ada di rumah pula? Jiha kah yang datang menghantarkannya?
"Sedap!" Rahul memuji kesedapan bubur durian yang dimakannya. Sudah bertahun-tahun dia tak makan durian. Di Amerika mana nak cari durian? Apatah lagi bubur durian. Amma dan appa pun tak pernah beli durian. Bubur durian dimakannya ketika pergi ke rumah teman berbangsa Melayu.
"You want?" Soal Rahul apabila dia menyedari Dona memerhatikannya makan.
Dona menggeleng. Pasti dari Jiha. Tapi bila Jiha datang? Ingin sekali dia bertanyakan Rahul dari mana bubur itu didapatkannya namun rasa bimbang Rahul mengesyaki sesuatu membuatkannya dia terus menahan niatnya.
"Oh... Dona, Jiha came. She gave you that bubur." Amma yang muncul ke dapur, memberitahu Dona tentang kedatangan Jiha untuk menghantarkan pulut durian buatnya.
"She said you left it so she came."
"Bila dia datang amma?" Nama Jiha tak sanggup diungkapkannya.
"Petang tadi. Lepas hantar, Jiha terus balik."
"Are you sure you don't want, Dona?" Rahul bertanya lagi.
"If you like it, you can finish it. I had already." Dona berdalih. Tanpa soal panjang, Rahul menyambung kembali bubur durian yang masih berbaki.
"You miss durian so much, huh?" Soalan Dona membuatkan abangnya tertawa.
"Jiha made this, right?" Soalan Rahul tak dijawabnya sebaliknya dia bingkas dari kerusi lalu meninggalkan Rahul. Malas mahu mendengar nama Jiha disebut. Rahul memerhatikan sahaja Dona berlalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 sehsuai ke mamat nih yelah eddie...misteri sikit gayanya... |
|
|
|
|
|
|
|
seriously kalo ceramah ala2 ustaz azhar idrus tu aku rasa lagi masuk kepala otak dr ceramah ala2 insyirah neh.. lagi panas hati ada laa..
tak abih2 nak bersangka buruk.. mcm ni ke perangai org yg kunun2 alim?? tak semengah langsung.. |
|
|
|
|
|
|
|
UsuFie posted on 14-3-2013 10:19 AM
yah..sokong..!..hahaha..tetiba..
jadi..jiha ngan rahulhe? on...
ada geng ! huhuhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
i want rahul and jiha too...
dona please buat the treatment
then sihat... then dona and fahmi get together...
rahul & jiha, dona & fahmi happily ever after...
wooohhhoooo.... tamat cerita..!!!
hahahaha suka suka buat chapter sendiri
Last edited by marcell on 14-3-2013 04:15 AM
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|