|
redsentra posted on 13-3-2013 02:46 PM
@TJ2 semoga cepat sembuh ye
Tq. Lepas ni boleh baca n3 br.
harap-harap dpt penuhi citarasa semua orang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab22 “Budak-budak mana?”
“I pos dekat Uncle Rashdan dan Auntie Ezzah. Lagipun Auntie beria-ia suruh budak-budak tu ikut kereta diorang. Penghibur sepanjang jalan katanya. Kenapa?” Tanya Delia pada Dzariff yang kelihatan sedang memejam mata. Letih barangkali.
“Just wondering…”
Sejak itu, Dzariff senyap tidak berkutik. Terus lena tanpa sedar apa-apa sepanjang perjalanan. Mungkin keletihan buat lelaki itu tidur hingga sebegini.
Myvi dipandu berhati-hati. Perjalanan yang agak panjang dari KL ke Cherating memang agak memenatkan. Lebih-lebih lagi pada Delia yang langsung tidak pernah memandu sendirian sejauh ini. Malah punggung juga sudah terasa kebas.
Dahlah kereta manual. Naik lenguh kaki menekan klach untuk menukar gear bila tiba di kawasan berbukit. Menyesal pula tak beli kereta automatic! Kalau tak, tentu kakinya tidak akan selenguh ini. Nak kejut Dzariff rasa macam tidak sampai hati.
Bila lagu Running Away dari Midnight Hour berkumandang, Delia tahu siapa yang sedang menghubunginya. Dengan keluhan perlahan dia tekan butang hijau. Sungguh dia sudah letih untuk bertekak dengan Ameer! Lebih-lebih lagi Dzariff sedang ada bersamanya kala ini. Pasti kurang manis bila perbalahannya dengan Ameer didengari oleh orang lain.
“Hello…” Delia menjawab malas. Pandangan dihala ke hadapan. Sesekali dia jeling cermin pandang belakang. Kelihatan beberapa biji kereta lain sedang dipandu melepasinya.
“You kat mana?” Suara Ameer kedengaran serius.
“Baru nak sampai RnR Temerloh.”
Mujur diwaktu itu keretanya sedang melepasi papan tanda RnR Temerloh. Jadi dengan mudah dan pantas Delia dapat menjawab soalan Ameer.
“Dzariff ada dengan you tak?”
Delia telan liur. Janganlah dia ni mengamuk lagi. Dah penat nak bergaduh. Dah la penat drive sorang-sorang! Chop-chop! Siapa pula yang beritahu Ameer pasal hal ini? Takkan ada CCTV pula dalam kereta aku!
“Ada. Terjumpa dia dekat Akram tadi. Mana tau dia tumpang I?”
Last edited by TJ2 on 13-3-2013 04:47 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Mak Ngah beritahu. Dia tengah buat apa tu?”
“Tidur…” Puan Sri Najwa rupanya yang menjadi tukang sampaikan berita. Ingatkan ada kamera tersembunyi di dalam Myvinya ini! Nafas lega dihela.
“Dell…” Lelaki itu diam seketika sebelum menyambung kata.“Sorry for everything I’ve said and done. It’s not that i didn’t believe in you. I do trust you so much but…deep down my heart, I’m scared of losing you to my own brother…”
Delia kehilangan kata-kata. Tidak faham dan tidak tahu mahu menjawab apa. Mujur mereka bercakap melalui telefon. Andai berhadapan…entahlah. Tak tahu bagaimana reaksinya.
“You cakap apa ni?”
“I just don’t want you to fall for another guy…”
Rasa mahu tertawa pun ada bila dengar Ameer berkata begitu. Macam pelik dan tak sesuai. Ameer yang garang tiba-tiba jiwang! Azam baru kot! Tapi sekarang dah tengah tahun. Takkan ada azam baru lagi?
“You merepek apa ni?”
Jatuh cinta pada lelaki lain? Mungkin tak kot! Dengan yang satu ini pun jenuh na kpupuk hati supaya ada rasa sayang. Delia ketap bibir. Dia sendiri tidak tahu kenapa hatinya terlalu payah untuk dibuka pada mana-mana lelaki. Adakah dia masih mengharapkan Adam kembali?
“I tak nak you jatuh cinta pada Dzariff!”
Delia tepuk dahi sebelum jeling Dzariff yang terlentok di kerusi sebelah. Sedap betul mamat ni tidur! Bom meletup pun confirm tak bangun!
“Tadi kata percaya dekat I…”
Lelaki di hujung sana kedengaran mengeluh berat. Susah sangat ke nak percayakan aku? Aku ni muka macam playgirl kot! Delia sengih tiba-tiba. Terasa geli hati dengan tebakannya sendiri.
“Percaya tu…memanglah percaya. Tapi still risau. Dahlah mamat sebelah you tu boleh tahan handsome!”
Kata-kata Ameer mengundang tawa kecil Delia tapi dalam pada itu dia sempat mengamati raut wajah Dzariff yang sedang lena. Memang lelaki itu kacak. Berkulit cerah, berhidung kecil tetapi agak mancung, kedudukan tulang pipi yang agak tinggi dan bibir yang menarik. Bak kata orang, kissablelips. Malah punyai bulu mata yang lentik seperti perempuan. Secara tidak langsung menjadikan raut wajah Dzariff kelihatan sempurna.
Last edited by TJ2 on 13-3-2013 04:49 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“I tak nak orang yang handsome…”
“Tapi I pun handsome. Lagi handsome dari yang sebelah you tu. You tak nak I juga ke?” Kata-kata Delia dipotong pantas sehinggakan perempuan muda itu terkelu sendiri. Ameer berkata lagi. “You tak nak I ke? Dahlah semua bunga I bagi, you sedekah dekat orang lain.” Bunyi macam sedih! Mau tak sedih. Mahal bunga-bunga tu semua!
“Mana I tau you yang bagi. Lain kali letaklah nama.” Balas Delia selamba. Padahal dia memang tahu bunga itu dari Ameer dan dengan sengaja dia berikan kesemua bunga itu pada staff Akram yang lain. Kalau tak, rasanya dia terus boleh buka kedai bunga! Melambak-lambak!
“You memang sengaja…” Ameer diam seketika. “…you tak nak I ke, Dell?”
Delia mengeluh. Ingat dah tak kena tanya soalan ini lagi.Tapi dia tidak tahu nak jawab macamana. Nak kata tak nak, dia dah berjanji. Nak kata nak dengan penuh yakin pun masih ada rasa berbelah bahagi. Jadi apa jawapan terbaik yang boleh dia katakan pada Ameer?
“I ada cakap macam tu ke?”
“Tadi you cakap tak nak orang handsome?”
“Tapi…I takde mention nama you kan?”
Hanya itu yang terbaik mampu dia fikir. Dia tidak mahu Ameer salah sangka. Salahkah dia kerana tidak berterus terang pada Ameer?
Tapi menurut pencariannya melalui Pakcik Google, rata-rata akan merasai perasaan yang sama sepertinya bila mahu berkahwin. Jadi, mungkin apa yang dia rasa ini hanya kerana gementar. Dan yang pasti perasaan ini akan hilang bila tiba masa dan ketika.
“Takde ek?” Lelaki tertawa kecil namun cukup melegakan Delia. Mereka tidak bergaduh lagi. “I dengan anak-anak dah sampai Cherating ni. I tunggu you. Drive carefully and take your time. No need to rush because I won’t go anywhere. Love you, Sayang!”
Delia terkedu dan tidak mampu menjawab. Pertama kali Ameer berkata begitu. Sesak nafas juga dibuatnya. Namun untuk membalas, dia masih belum mampu...
***********************
Last edited by TJ2 on 13-3-2013 04:51 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Hentian Rehat Temerloh ini di lihat agak lengang. Mungkin kerana waktu sudah melepasi pukul dua petang. Myvi dipandu perlahan sebelum dipakir berhampiran dengan tandas. Delia sedikit mengeliat bagi membetulkan urat-urat yang bersimpul sejak tadi.
Dzarif di sisi dikerling. Jelas lelaki itu masih tidur pulas. Sampai tidak sedar kereta sudah berhenti. Delia senyum. Entah apa yang dibuat lelaki ini sampai letih sangat? Tanam padi ke? Takkan naik flight lapan jam langsung tak tidur?
“You…bangun. Kita berhenti kejap. Makan dan solat.”
Ucap Delia sambil menutup enjin kereta. Bila dia berpaling Dzariff tetap di posisi tadi. Tidur ke pengsan mamat ni?
“You…” Mahu tak mahu Delia terpaksa mengoyang bahu Dzariff. Lambat-lambat lelaki itu buka mata. “Jom turun solat. Lepas tu makan.”
“Kita dekat mana ni?”
Dahi yang sedikit berdenyut dipicit perlahan. Mata yang terasa kelat dikerdip berkali-kali. Cuba untuk menghilangkan rasa itu.
“RnR. Pening ke?” Tanya Delia pada Dzariff yang masih memicit kepala. “Tidur lagi lama-lama.”
Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya cuma tersenyum tipis. Dia kedengaran berdehem beberapa kali sebelum membuka pintu kereta. Tubuh didirikan perlahan. Melihat Dzariff sudah keluar, pantas Delia mengikuti langkah lelaki itu. Panas duduk dalam kereta lama-lama. Dahlah enjin sudah dimatikan.
Alarm ditekan sebelum dia mengekori Dzariff yang sedang menapak ke arah tandas. Lelaki itu tampak seperti lesu dan tidak bermaya.Terlebih tidur kot!
Selesai sesi membuang apa yang patut, Delia terus ke sink untuk membasuh tangan dan muka. Fuhh! Baru rasa segar sikit. Rambut yang tampak kusut masai diikat kembali supaya kemas. Kalau tak, dah nampak macam mak lampir!
Keluar dari tandas Delia terus menapak ke deretan kedai makan yang ada kerana tadi dia dan Dzariff berjanji untuk bertemu di situ. Delia ambil tempat dan pandang sekeliling yang kelihatan tenang. Angin yang bertiup lembut terasa nyaman menyapa muka.
“Tak solat ke?”
Soalan secara tiba-tiba itu buatkan Delia tersedak air sirap yang baru mahu ditelan. Dia cepat-cepat capai tisu dan angkat muka. Dzariff sedang tersenyum mengambil tempat di sisi.
Last edited by TJ2 on 13-3-2013 04:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Ameer dah masuk mood jiwang karat |
|
|
|
|
|
|
|
“Cuti…” Jawab Delia jujur tanpa memandang wajah Dzariff. Malu tapi dia tidak mahu menipu. Buat tambah dosa!
Lama mereka diam tidak bersuara. Dzariff kelihatan bersandar sambil memejam mata. Tidak pasti samada mengantuk atau pun pening.
“Tak nak makan ke?” Tanya Delia bila Dzariff hanya duduk di sisinya. Lelaki itu senyum dan kemudian menggeleng.
“Takde selera. You makanlah. I teman.”
“Kenapa takde selera?”
“Tak sihat sikit.”
Patut lelaki ini tampak pucat dan lesu. Tak sihat rupanya. Kasihan! Pantas Delia seluk poket beg tangannya. Dia memang selalu ada bekalan ubat. Lebih-lebih lagi bila ada anak. Bukan boleh agak tahap kesihatan dua budak kenit tu!
“Nah Panadol! Nanti makan dua biji. Tapi sekarang kena alas perut dulu. Tak nak nasi, makanlah roti ke. Pau ke.”
Lelaki itu tetap menggeleng. Panadol itu dikembalikan ke tangan Delia. Dapat dirasa betapa berbahangnya tangan Dzariff. Spontan Delia letak tapak tangannya di dahi Dzariff.
“Panasnya. Baik you makan ubat ni.”
“Tak boleh…”
"Kenapa pula tak boleh? Macam budak kecik you ni. Makan ubat pun nak kena paksa!” Bebel Delia. Dzariff ukir senyuman pahit.
“I alergik pada paracetamol.”
“Alergik?”
“Yup. Nanti badan I bengkak dan gatal-gatal.”
Seraya itu Delia berpaling dan bertemu pandang dengan Dzariff. Lama sebelum Delia mengeluh dan mengalih pandangan ke hadapan.
“Why do you sighing, Azreen?”
Delia mengeluh lagi. Air sirap yang masih penuh dihirup perlahan. Sedap minum air sirap sejuk masa panas-panas macam ni!
“You remind me of someone…”
“Who?”
“Someone from my past…”
Last edited by TJ2 on 13-3-2013 04:55 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanpa dipinta kenangan itu muncul lagi. Dulu Adam juga pernah sebegini. Demam tetapi menolak untuk menelan ubat atas alasan alergik. Ingatkan lelaki itu menipu sebab tak sukakan ubat. Lagipun mana pernah dengar orang alergik panadol! Jadi Delia masukkan panadol yang telah dihancurkan ke dalam sup ayam. Konon nak bagi cepat sembuh! Tak sampai lima minit tubuh Adam mula bintat-bintat dan merah-merah.
Lelaki itu bergaru dan terus bergaru. Delia turut garu kepala melihat keadaan itu. Tak tahu nak buat apa. Ajak ke klinik Adam tak mahu. Mujur Delia terfikir untuk menggunakan ais bagi meredakan kegatalan yang dialami Adam. Dan nasib baik cara itu berkesan walaupun agak lambat.
Dua jam kemudian, baru bengkak dan gatal-gatal berkurangan. Delia minta maaf kerana buatkan Adam jadi begitu. Dia rasa bersalah sangat. Mujur Adam tidak marah.
“Termenung ingatkan ‘orang tu’ ke?”
Pantas wajah Adam hilang dari layar mata dan Delia kembali ke alam nyata. Dzariff disisi di pandang sekilas. Lama sangat ke dia termenung sampai Dzariff perasan?
“Tak sangka you pun alergik macam 'orang tu' ek? I ingat 'dia' sorang je.”
Dzariff senyum hambar. Kepala yang terasa agak berat dipicit lagi. Entah bila rasa pening ni nak hilang agaknya?
“Kalau I dengan dia orang yang sama macam mana?”
Nafas seolah terhenti seketika. Delia bertenang dan cuba untuk senyum. Manakan mungkin dua lelaki yang amat berbeza ini adalah orang yang sama!
“You buat lawak antarabangsa ek?”
“Katakanlah…I dengan dia tu orang yang sama. Apa you nak buat?”
Air liur telan. Terasa kesat bila melalui kerongkongnya yang perit. Bila demam pasti tonsilnya akan menyerang. Seksa betul bila jadi begini! Desis hati Dzariff.
“Siapa ‘dia’ yang you maksudkan?” Tanya Delia walaupun dia seperti tahu siapa yang dimaksudkan Dzariff. Namun dia tetap terasa pelik bila Dzariff tiba-tiba berkata begitu.
“You should know better, Azreen!”
Dahi sudah berkerut seribu. Kadang-kadang bercakap dengan Dzariff memang terasa amat janggal. Tapi ada masanya lelaki ini jadi seperti amat memahami dan mengenalinya. Malah seperti mengetahui setiap apa yang ada dalam fikirannya.
“Sorry. I betul-betul tak faham apa yang you cakap.”
“Just forget it then…”
Lelaki itu pamit tanpa berkata apa-apa. Delia garu kepala dengan gelagat Dzariff. Pelik-pelik je! Hai! Takkan demam sampai boleh jadi merepek macam ni? Bahaya-bahaya…
Last edited by TJ2 on 13-3-2013 04:58 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
hoyehhhhhh!!! ada sambungan.....ameer dh mula bjiwang.....ekekekke!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you TJ2
semoga cepat sembuh... |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi TJ?
menarik betulll |
|
|
|
|
|
|
|
Wow bestnya...terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
citer ni best giler
asyik tertunggu n3 jer....
buat hati tertanya-tanya |
|
|
|
|
|
|
|
huhuhu....smbg lg tt.....
|
|
|
|
|
|
|
|
harap2 petang ni ada N3.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TJ2
Menanti entry terkini
Buat diriku berangan sendiri
Ameer sudah berani meluah rasa hati
Dzariff pula buat Dell rasa tak pasti
Apakah Cheranting titik permulaan
Ameer dan Dell saling berkenalan
Dzariff hanya mampu memerhatikan
Untuk bertindak ada keraguan
Mungkinkah ini dijadikan sambungan
Oleh TJ2 di hari Jumaat yang dimuliakan
Debar Ameer dalam percintaan
Ragu Dell belum berkesudahan
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|