CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

CINTA TERINDAH....-[U] TAMAT DAH

[Copy link]
Post time 24-10-2012 03:15 PM | Show all posts
huhuhuhu x sabarnya nak tau ... kompom nyesal pehtu kalut nak cari nad plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 03:17 PM | Show all posts
tu dia.....mokcik mun da mula nk tlg rapatkn blk ilham ngan nad....
yabedabeduuuuuu

sakura, tepek lg bebanyak ye...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:21 PM | Show all posts
Miss tlg jgn berenti mengejut mcm  ni, sila smbung lg ya.... Cepat miss penonton rmai ni, da siap don lappy sema ngan kepok lekor... Last edited by Sherasi on 24-10-2012 03:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:22 PM | Show all posts

“tolong..............tolong....peragut!!!” jerit Puan Maimun sekuat hati. Luka pada kakinya menghalang untuk dia bangun dan mengejar peragut durjana.

“tolong.........beg saya dengan peragut tu..” jeritan Puan Maimun sampai ke telinga Nadrisa yang sedang memakirkan motosikalnya. Matanya jelas melihat seorang perempuan menjerit-jerit meminta tolong dimana seorang lelaki berlari pantas membawa begtangan wanita tersebut. Nadrisa tidak tunggu lama. Tanpa mencabut topi keledar,terus dia meluru kearah peragut tersebut.

Apabila jaraknya dan peragut itu semakin mendekat, Nadrisa dengan pantas mencabut topi keledarnya dan membaling tepat mengenai belakang peragut tak guna itu. Sang peragut jatuh tersungkur namun beg tangan masih dalam pelukannya. Tanpa berlengah Nadrisa menendang peragut tersebut bertubi-tubi supaya lelaki tersebut tidak berdaya untuk bangun.Setelah peragut itu mulai lemah, Nadrisa pantas mengunci kedudukan lelaki tersebut sambil merampas beg tangan yang berada digenggamannya.

“cik.....biar kami uruskan peragut ni.” Satu suara menegur Nadrisa yang baru mahu memulakan sesi soal jawab dengan peragut tersebut. Nadrisa menyerahkan pesalah tersebut kepada lelaki yang berusia awal 40 an itu. Mungkin lelaki ini lebih pandai dalam menguruskan penjenayah berbanding dirinya.

“terima kasih..tolong bawak dia ke balai yer encik.” Minta Nadrisa sopan. Lelaki itu sekadar mengangguk lalu mengheret peragut tersebut ke balai yang berdekatan.
Last edited by misssakura on 24-10-2012 03:25 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:24 PM | Show all posts
waaaaaaaaa...nak n3 lg....
suke tau sangkut2 camni..suspen....

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:24 PM | Show all posts
Smbung lg miss, yehaaaaaaaaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-10-2012 03:28 PM | Show all posts

“nah....beg puan........ eh puan Maimun.” tegur Nadrisa yang kelihatan terkejut. Puan Maimun turut sama terkejut memandang ke arah Nadrisa.

“awak kenal saya?” soal puan Maimun pelik. Glamour jugak aku rupanya.

“mestilah.........saya pekerja Motel ni.” Tunjuk Nadrisa kearah Motel Sri Cempaka. Puan Maimun mengangguk faham. Mengerti dengan situasi tersebut.

“meh saya tolong.......” bantu Nadrisa tatkala melihat kesukaran puan Maimun untuk bingkas dari tempat kejatuhannya.

“aaaa........”jerit puan Maimun. walaupun perlahan namun jelas pada pendengaran Nadrisa.

“ish kaki puan terseliuh ni......... meh la saya tolong hantar ke klinik sat.”Cadang Nadrisa. matanya melilau mencari teksi. Mustahil ingin diangkut puan Maimun menggunakan motosikal tersayang. Lagi pon, helmet hanya ada satu sahaja.

“eh tak payah la...... susah-susahkan awak je...” tolak puan Maimun. dia masih cuba untuk bangun walaupun rasa sakit cukup menyengat pada kakinya.

“tak susah mana pon puan......... jom saya hantar pergi klinik.” Tegas Nadrisa. dia membantu puan Maimun berjalan lalu menahan sebuah teksi. Destinasi mereka ialah klinik berhampiran.


*****




“terima kasih Nadrisa......” minta puan Maimun ikhlas.

“sama-sama puan.......” balas Nadrisa. kini mereka sedang berbual sambil menunggu untuk mendapatkan ubat.

“kalau awak nak apa-apa cakap jer.... saya akan balas budi awak ni.” Jelas puan Maimun. rasa tak elok pula terhutang budi dengan orang yang tak dikenali.

“eh apa pula macam tu puan....... saya ikhlas nak menolong. Tak payah fikir pasal budi-budi bagailah.”tolak Nadrisa tegas. Kurang senang apabila pertolongan yang ikhlas disalah ertikan oleh orang.

“awak pekerja Motelkan? Kenal encik Ilham.” Puan Maimun teringat misi yang dirancang.Dia memerlukan seorang pelapor berkaitan anaknya. Nadrisa sangat sesuai pada pandangannya. gadis ini nampak jujur dan baik budaknya.

“mestilah kenal... anak puan kan.”

“saya minta tolong awak sesuatu boleh?” Tanya puan Maimun. Nadrisa mengerutkan dahinya.

“kalau saya mampu tolong saya akan tolong......” balas Nadrisa ringkas.

“tapi saya nak awak rahsiakan perkara ni dari semua orang. Termasuk Ilham.” Arah puan Maimun. bikin suspen je puan Maimun ni. Apa dia nak aku tolong sebenarnya. Hati Nadrisa berbisik sendiri.

“kalau benda tak elok saya tak nak buat puan.......” tolak Nadrisa cepat. Ragu-ragu pula hatinya mendengar kata-kata dari puan Maimun.

“apa pulak tak eloknya... ingat saya ni orang jahat ke.” Gurau puan Maimun yang ingin ketawa mendengar jawapan dari Nadrisa.

“dah tu apa? Suspen je?” soal Nadrisa lagi.

“awak tolong intip pergerakan anak saya. Dengan siapa dia dating sekarang. Kalau boleh dapatkan maklumat tentang kekasihnya.” Suruh puan Maimun. Nadrisa serba salah. Macam tak berapa nak baik jer kerja ni. Melihat Nadrisa diam membuatkan puan Maimun mengeluh kecil.

“saya akan bayar awak dengan gaji yang lumayan... jadikan kerja ni part time awak.”Umpan puan Maimun.

“ni bukan soal duit puan...... tapi saya rasa macam tak eloklah kerja mengendap orang ni.”bukan niat Nadrisa mahu mengajar orang tua disebelahnya kini namun dia terasa tidak selesa untuk membuat kerja yang ditawarkan.

“apa yang tak eloknya. Saya suruh awak spy anak saya. bukan anak orang lain pon.....tolonglah Nadrisa.” rayu puan Maimun lembut. matanya merenung kearah Nadrisa penuh harapan.

“tapi kenapa puan? Kenapa mesti spy encik Ilham.” Banyak songeh betul la Nadrisa ni. Bebel hati puan Maimun.

“ni masalah keluarga saya tetapi saya harap awak dapat tolong saya. saya perlu buat sesuatu untuk selamatkan anak saya.” rayu puan Maimun lagi. Cuba memujuk Nadrisa supaya menerima permintaannya. Nadrisa mula rasa kesian terhadap puan Maimun. Mungkin puan Maimun terlalu risaukan anaknya sebab itu dia sanggup membuat permintaan begini.

“okey saya akan tolong ........ tapi dengan satu syarat.”

“apa dia?”  

“saya tak nak buat kerja yang bertentangan dengan agama kita. Cukuplah saya melapor tentang encik Ilham kepada puan.” Minta Nadrisa tegas. Puan Maimun tersenyum lega. bersetuju juga Nadrisa akhirnya. Dia sekadar mengangguk mendengar permintaan Nadrisa.

Last edited by misssakura on 24-10-2012 03:36 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:28 PM | Show all posts
makin best dan suspen nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 03:28 PM | Show all posts
aiyooo x cukup la...suspen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:42 PM | Show all posts
“habis tu kenapa Ilham putus dengan Nadrisa? hanya kerana dia pernah jadi pengintip mama? Kalau mama Ilham boleh maafkan kenapa tidak dia?” Puan Maimun terus menggesa anaknya untuk menyatakan isi hati yang sebenar. Melihat reaksi‘ no komen’ pada wajah Ilham setelah penat dia bercerita kisah dia dan Nadrisa suatu ketika dahulu membuatkan hatinya geram. Membazir air liur aku je!

“ni bukan isu pengintip la mama....... isunya sekarang Nadrisa dah tipu Ilham tentang perasaanya. Dia tak pernah cintakan Ilham mama...... dia luahkan perasaanya hanya sebab nak cover diri dari Ilham supaya Ilham tak tahu dia tu pengintip mama...dia perempuan yang memang pentingkan diri sendiri!” luah Ilham keras.

“dia bukan pentingkan diri sendiri Ilham... dia buat macam tu sebab dia dah janji tak nak bocorkan rahsia mama... dia sanggup mengaku dia mengintip tanpa arahan sapa-sapa sebab nak cover mama... bukan nak cover dirinya. Nadrisa bukan pentingkan diri sendiri.” balas puan Maimun pula. Salah sangkaan Ilham terhadap Nadrisa.

“ah lantaklah nak cover sapa-sapa pon, yang pasti dia memang tipu Ilham tentang perasaanya. Dia dah permainkan hati Ilham, buat Ilham percaya dan sayang terhadapnya.” Bantah Ilham. Hatinya masih yakin yang Nadrisa memang menipunya selama ini.

“dia sayangkan Ilham........”

“tak mama....” potong Ilham.

“ya Allah Ilham... percayalah cakap mama. Dia sayangkan Ilham. Dia sendiri mengaku kat mama pasal tu.” Puan Maimun cuba meyakinkan Ilham.

“bila dia beritahu mama?” soal Ilham akhirnya. Hatinya melonjak ingin mengetahui kisah sebenar disebalik pertemuan Nadrisa dan puan Maimun.

“hari Ilham jumpa mama dengan dia... masa tu dia nak jumpa mama pasal dia nak berhenti jadi spy mama dan dia nak pulangkan duit gaji yang mama beri kepadanya selama ini. satu sen pon dia tak ambik.”

“jadi dia tak pernah ambil duit dari mama la?” soal Ilham tidak percaya. Hatinya tiba-tiba berdebar. Ya Allah apa dah berlaku sebenarnya. Semua ni salah faham je ke? Teringat kekasaran yang dilakukan kepada Nadrisa. wang ringgit dicampak kewajah Nadrisa untuk menghina gadis itu dikhalayak ramai.

“yer Ilham... dia pulangkan semula duit mama. Dan tujuan utama dia datang jumpa mama adalah sebab dia nak cakap dia dah jatuh cinta kat Ilham. Dia nak minta kebenaran dari mama untuk ceritakan hal sebenar kepada Ilham tentang penipuannya, tentang pengintipan. Dan mungkin juga mahu minta restu mama. Tapi,tanpa sempat dia dapat kebenaran dari mama, Ilham dah tahu pasal ni. Dan Ilham,tanpa usul periksa salahkan dia.” jelas puan Maimun. kata-kata akhir dari puan Maimun membuatkan hati Ilham hampir gugur. Rasa bersalah menghempap bahunya. Setitik demi setitik air matanya jatuh mengenai pipi. Maafkan saya Nadrisa.

“kenapa mama tak cakap awal-awal pasal ni dengan Ilham......” marah Ilham.

“mama tak tahu yang Ilham serious sayangkan Nadrisa. mama ingat Ilham hanya anggap dia seperti bekas kekasih Ilham yang lain je. Lagi pon, setiap kali mama tanya, Ilham bukan nak jawab. Asyik bagi alasan itu dan ini.” bidas puan Maimun.

“Ilham sayang sangat kat dia mama........ apa Ilham nak buat sekarang? Mesti dia benci dengan Ilham.” Luah Ilham. Benaknya kini dipenuhi dengan ingatan terhadap Nadrisa. Entah ke mana gadis itu menghilang pon dia tak tahu.

“Ilham pergi cari dia...... Ilham dapatkan semula hatinya. Mama yakin, dia masih sayangkan Ilham.” Pujuk puan Maimun dengan memberikan semangat buat anak tunggalnya. Satu senyuman dihadiahkan buat Ilham. Hatinya kian tidak sabar untuk mendapat menantu tunggal.

“mama tak kisah ke dapat menantu yang tak setaraf dengan keluarga kita?” duga Ilham. Dia tak mahu kisah dia dan Rania suatu ketika dahulu berulang kembali. Hanya kerana Rania bukan dari golongan orang berada, mamanya menolak mentah-mentah gadis itu.

“ mama tak nak kehilangan anak mama lagi.. mama tak nak perkara yang berlaku terhadap arwah Rania dan Ilham berulang kembali. lagi pon mama sedar, manusia ni semua sama ajer tarafnya. Yang membezakan setiap manusia hanyalah iman didada.” Jawapan tegas dari puan Maimun berjaya menyenangkan hati Ilham. Alhamdullilah, masalah pertama selesai. Bisik hati Ilham syukur.
Last edited by misssakura on 24-10-2012 03:49 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:44 PM | Show all posts
Miss tarak cukuplah adik miss manis... Ini crita kena kasi smbung lg pjg pjg, blh ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:46 PM | Show all posts
Miss smbunglah lg utk kitaorg kat cni... Iooollllss tak sah klau tak jengok thread miss, tiap masa duk mari jengok sni sbb nak tgk ada hapdet  pasa ilham n nad....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:53 PM | Show all posts
Sedeynya hukhukhuk, sian nad tak pasa2 kena hina ngan ilham semata2 utk cover perbuatan Puan maimun.... Mulianya hati nad...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:53 PM | Show all posts
Puas marathon dr pagi tadi...best cite ni....ai baru tau pasal benang ni....ketinggalan sungguh kan huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:54 PM | Show all posts
redsentra posted on 24-10-2012 03:15 PM
huhuhuhu x sabarnya nak tau ... kompom nyesal pehtu kalut nak cari nad plak

tepat sekali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 03:58 PM | Show all posts
khaizarina posted on 24-10-2012 03:53 PM
Puas marathon dr pagi tadi...best cite ni....ai baru tau pasal benang ni....ketinggalan sungguh kan  ...

time kasih.... silakan baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 03:59 PM | Show all posts
pantang nmpk nama tuan rumah cepat je nak klik...hihihi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2012 04:00 PM | Show all posts
Sherasi posted on 24-10-2012 03:46 PM
Miss smbunglah lg utk kitaorg kat cni... Iooollllss tak sah klau tak jengok thread miss, tiap masa d ...

mlm karang la pulak sakura smbung... nak edit dulu saki baki citer nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:02 PM | Show all posts
alaaaaa....iklan lagiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:04 PM | Show all posts
Iklan lg ke hukhukhukhuk....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.088407 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list