|
Maxis, Telko Pertama Lancar Samsung Galaxy Note 2 10OCT
Maxis dikhabarkan bakal menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang memperkenalkan pelan terkini untuk Samsung Galaxy Note 2 yang dilancarkan esok.
Sumber dalaman menyebut pakej Samsung Galaxy Note dikatakan bermula dengan harga telefon serendah RM1,099 di samping bayaran bulanan bagi pelan mereka iaitu Value Plus 50, 80, 150, 250 atau 500 dengan tempoh kontrak 24 bulan. Maxis juga bakal memasarkan Samsung Galaxy Note 2 bersama pelan data internet berkapasiti 1GB, 3GB atau 6GB dengan bayaran tambahan sebanyak RM48, RM68 atau RM98 setiap bulan.
Samsung Galaxy Note II mempunyai saiz 5.5 inci dengan pemproses quad core 1.6GH dan RAM sebanyak 2GB menggunakan OS Android terbaru, Jelly Bean. S-Pen yang popular pula diperkemaskan dengan menambah butang penekan yang khusus digunakan untuk memotong imej, teks dan apa-apa saja paparan aplikasi untuk disimpan dalam galeri. Ia bakal dijual pada harga RM2,199 hingga RM2,399
|