CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** KARYA SENI **

  [Copy link]
Post time 15-6-2012 04:43 PM | Show all posts
Reply 341# eunnisa

Bagus review ko pasal novel nie. Buat aku teruja nak sambar 1
Good Job Nisa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2012 10:06 PM | Show all posts
Reply  chit_ana


   RM30? alahai, ini sama ada beli 2nd hand atau tak beli langsung lah ni. :ma ...
pulutmanggis Post at 13/6/2012 16:18


kalu dpt review best baru beli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2012 03:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 17-6-2012 20:57

baru jer habis baca novel kahwin ganti - aifa batrisya
boleh bagi 3 bintang
abes baca tak sampai 1 hari...

kisah mengenai sepasang kembar seiras (nuqman dan luqman) tapi asik bergaduh jer..bila dah besar,nuqman digambarkan sebagai seorang yg suka berterus terang dan baik manakala luqman digambarkan sebgaia playboy dan suka menukar-nukar teman wanita setiapbulan. mereka juga suka pada benda atau perkara yang sama. kisahnya bermula pada majlis pernikahan nuqman dan zara, nuqman takde jadi luqman terpaksa jadi gantinya. luqman tak mahu tapi beralah demi maruah keluarganya.

disebab mereka ni seiras, jadi zara percaya itu adalah nuqman sampai ummi luqman bagitahu hal sebenarnya.ayah luqman tahu lalu kena serangan sakit jantung dan meninggal dunia. luqman ni marah sgt dgn zara jadi dia bercadang akan pulangkan zara semula apabila nuqman kembali tapi uummi suruh luqman teruskan dgn pernikahan tersebut.

tak sangka zara menjadi tutor untuk kelas luqman. bila kawan luqman puji zara, dr. is jalan dgn zara luqman rasa lain mcm...dalam sedar tak sedar rupanya luqman dah mula suka kepada zara tapi luqman ni bukan jenis yang sentiasa luahkan dgn kata-kata.

disaat mereka berbaik, tetiba muncul dikalangan mereka nuqman tapi dinafikan dan dia adalah norman. pertemuan nadine gn luqman membukaita sebenarnya. walaupun pertemuan mereka berdua disalah faham oleh zara sampai luqman lari membawa diri sekejap. rupanya misteri kehilangan nuqman terjawab apabila nadine membawa pulang nuqman semula ke rumah keluarga nuqman. rupanya nuqman yang disangkakan luqman oleh geng ayah nadine telah menculik nuqman dan nuqman telah hilang ingatan. tapi dengan kembalinya nuqman, nuqman telah meminta zara daripada luqman.

luqman yang dah sgt menyayangi zara tak sanggup nak lepaskan zara tapi dia terpikir kalau bukan sifat playboy dia, nadine  bersosial sampai mengandung, nuqman tak kena culik dan zara tak kena kawen dgn dia jadi luqman rela berkorban. tapi seperti biasa happy ending...

***************
aku enjoy masa baca novel ni, ayat tak de rasa kebudak-budakan senang cerita boleh masuk ar...dgn ketebalan dlm 500+m/s takde la rasa meleret2 sgt walaupun aku ada sikit masa luqman dgn zara dah boleh terima satu sama lain...

masa part kehilangan nuqman, aku bajet nuqman segaja nak larikan diri tapi bukan...kira lain sikit sebabnya berbanding novel yang lain.
novel untuk aku hanya sebagai bahan bacaan bukan untuk disimpan sebagai koleksi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 08:11 PM | Show all posts
Reply 346# honey_d7881


kita baca ni memang best..tapi tak taula org lain..citarasa masing2 berbeza..sebab kita suka jenis cerita yang konflik tak berat sangat.. wpun tak sanggup nak bayangkan babak tampar menampar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 08:50 PM | Show all posts
Reply 348# mijot

setuju ngan mijot..masa mula2 tu ingatkan sama macam SSID.yela pasal yang laki kawen dengan pmpuan tua dari dia...hehe...
kira tebal buku sesuaila sebab ni novel pertama penulis kan..takdela meleret2 yang sayangnya kira separuh dari buku ni dah baca kat blog dulu.tapi baca gak dari awal edited ver ni.papepon suka luqman & zara
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 09:01 PM | Show all posts
kite baru bace "Aku yang Kau Tinggalkan"
genre kahwin terpakse gak la..

mengisahkah Nia, graduate universiti yang terpaksa kahwin ngn Zahril disebabkan family dier dah terima duit dari family Zahril nie..sebena2nye, arrangement kahwin ni patut ngn adik Nia (yg digambarkan as bdak yang tak abes skolah, keje kampung..)..adik Nia ni disuruh kahwin sbb nk tebus balik tanah family diorang yang ayah Nia (seorang kaki judi & ade bini no.2) dah gadaikan..

Zahril nie pulak, digambarkan sebagai seorang yang berasal dari family yang kaye..typical hero..kacak bergaye..sampailah dier accident and koma slmae 3 bulan...bgn dari koma, dier macam bdak2 balik..byk mende kene blaja balik..event cakap pun x clear sgt...parents Zahril and adik beradik dier sibuk business...so nk hantar Zahril ke care facilities..which, nenek dier tak agree...and amik Zahril duduk ngn dier..tapi sbb nenek dier dah sakit2, nenek dier nk carik someone untuk tolong jage Zahril..

part nie ade confuse banyak..camane seorang lelaki yang nak cakap pun ssh, dikahwin kan dgn seseorang..and kalau x silap, Zahril diwalikan ole father dier..which is also pelik sket..sbb pengantin laki kalo nak cakap pun x clear and macam kene blaja balik, camne nk lafaz akad..

diorang kahwin jugak and Nia dipanggil "Sayang" oleh Zahril..zahril ni kekadang ade mood swing..so dier penah pukul2 Nia..Zahril dikatekan dah jatuh cinta jugak dgn Nia spanjang diorang kahwin tu..tapi x bole nak express and bagi dier, sume orang akan tinggalkan dier..Nia ade bace satu artikel ttg satu brain treatment and tried the method to Zahril...Zahril lama kelamaan pulih and went to Paris for further treatment..plastic surgery untuk muke dier yang dulunye hensem and skang ade parut because of the accident..

Nia x gi Paris skali ngn dier..dier pegi later..tp disbbkan campur tgn family Zahril...diorang terpisah...Nia ke Paris membawa satu berita gembira..dier pregnant anak diorang...tapi tak sempat nk inform pun..Nia dibayar and demi anak dalam kandungan dier, dier larikn diri ke Turin, Italy

Jodoh diorang kuat lagi..di Italy, Nia and Erica bukak satu brain treatment facilities and part time as translator..one da, Nia ditugaskan untuk jage satu delegation from Malaysia..mase dier dah sampai sane, baru dier prasan yang delegation to di lead oleh husband nye i.e. Zahril yg dah balik kepade situasi awal dier before accident..penulis menggambarkan, dah 4 tahun berlalu..Nia x sure Zahril cam dier ke tak..tapi since Zahril mcm buat tak tau je, dier assume Zahril x tau sape dier..

Actually Zahril tau je..ade few times tu bile Nia rapat ngn Nizam (worker Zahril) and Maximo (orang Italy yang join visit diorang nie), Zahril jeles..so nk dipendekkan crite, Zahril jumpe anak Nia (or anak diorang) and tuntut hak penjagaan..actually, dier nk Nia balik ngn dier..tapi sbb ego nye pasal..dier gune law untuk dapatkan Nia balik..

at the end..happy ending~

buku ni tebal...tapi saye tak berape selesa ngn gaye bahase dier...macam simple and meleret2 gak la..and ade certain2 part tu yang mcm agak pelik...especially part diorang kahwin tu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-6-2012 11:00 PM | Show all posts
oh baru teringat...
dalam novel kawin ganti, agak pelik sedikit bagi aku apabila budak lelaki memanggil kawan lelaki yang lain 'beb'...geli geleman aku membacanya..lebih macho atau bagus gunakan 'bro' dikalangan budak lelaki...beb ni aku ok untuk budak perempuan...boleh dikatakn penggunaan beb dikalangan budak lelaki ni dgunakan oleh penulis sepanjang penceritaan penulis.
pendapat aku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2012 11:48 PM | Show all posts
Reply 351# sHiGeM


   Aku Yang Kau Tinggalkan bukan KaryaSeni, tapi Kaki Novel kalau tak silap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2012 09:52 AM | Show all posts
Reply 348# mijot

So Mijot, ending Zara dengan saper? Nuqman ker Luqman?
Aku xderlah beli kan. Tapi bila terbaca nie mcm best jek. Pinjam org punya dululah. Kalau ngam masuk pala, baru beli wat koleksi. Hehehehe....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2012 11:31 AM | Show all posts
Reply 354# honey_d7881

akhirnya zara dengan luqman sbb zara dah sayang sgt dgn luqman walaupun luqman sggp berkorban untuk melepaskan zara kepada nuqman. nuqman pada mulanya nak rampas kembali zara akhirnya beralah sbb nuqman dapat lihat tiada lagi cinta zara untuknya.

novel ni aku rasa seperti gabungan novel cinta di hati-emma maizura dgn sebenarnya saya isteri dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2012 09:43 PM | Show all posts
Reply 353# pulutmanggis

mmg from kaki novel lah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 12:57 PM | Show all posts
Reply 351# sHiGeM


Novel ni terbitan KAKI NOVEL penulis kak Alina Haizar....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2012 01:00 PM | Show all posts
Reply 355# mijot


cerita kisah kembar ini penulis terdahulu pun dah tulis dari terbitan Creative
cuma akak dah lupa tajuk dan nama penulis ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2012 12:48 PM | Show all posts
dah selesai baca : suamiku tak romantis tapi autistik - farisha hani
boleh lah dapat 2.8-3 bintang

citer pasal lia yang masuk dlm keluarga boboy untuk membalas dendam terhadap syed azmi, adik boboy...bekerja sbg pengasuh boboy...selalu buli boboy.

boboy berumur 27tahun tapi pemikiran seperti budak2 7 tahun..tapi sebenarnya ada kisah tersembunyi disebalik watak autistik tu..

disebabkan satu peristiwa, lia dan boboy ditangkap basah dan mereka disuruh berkahwen. pada mulanya lia tak mahu tapi bila dipaksa oleh ayah dia dia setuju..setelah berkahwen lia ni banyak sggh buli boboy..tak suka betul dgn perangai lia yg suka buli boboy seperti tak menghormati boboy sebagai suami.

masing2 mula jatuh cinta sewaktu pergi berbulan madu. lia dah lupa dendam dia terhadap azmi. lepas tu mereka boleh terima satu sama lain.. kepulangan azmi ke malaysia telah memporak peranda hidup lia dan boboy. azmi ingan merampas kembali lia, lia takut rahsia lama dia terbongkar, boboy lak dgn perasaan cemburu bila tgk azmi dan lia.

satu kejadian yang berlaku kpd lia telah membuka rahsia boboy yang selama ini dia simpan. akhirnya boboy berterus terang yg sebenarnya dia berlakon jd autistik sbb kejadian pembunuhan adik perempuan boboy.

hapi ending kekdahnya

**************

cerita ni ada point utama yang nak ditunjukkan iaitu panyakit autistik. sampai satu part bila tahu boboy tu sebenarnya berlakon sbg autistik, semakin berkobar2 nak baca.

tapi banyak gak kelemahan cerita ni. tebal sbb terlalu details dan terlalu banyak yang penulis nak ceritakan kepada kita sampai bosan gak nak bacanya..mcm bulan madu kt terengganu dah makan 1/3 buku...akhirnya membawa kepada meleret-leret.

bab prolog pun terlalu panjang sampai 17m/s, kalau setakat 3-4m/s sudah mencukupi. lagi satu mood pembacaan untuk novel ni aku rasa mcm roller coaster, kejap naik kejap turun...contoh bila sampai part bapa lia tahu boboy tu berlakon, naik semangat nak membaca bab seterusnya sbb nak tahu kenapa boboy berlakon tapi mood merudum bila masuk bab seterusnya...

penulis juga banyak mengunakan frasa yg sama byk kali seperti budak tak cukup seringgit..banyak juga perkataan 'beberapa lama/minit/jam/bulan/tahun kemudian' digunakan...potong mood betul bila terjumpa dgn perkataan ni...kenapa penulis tak tak jadikan frasa tu sebagai ayat yg lengkap.

jika korang pasan, di permulaan cerita penulis ada tulis ' usah mencari kesempurnaan dlm sebuah kisah yg ditulis oleh seorg penulis. kerana penulis juga seorg insan biasa yg serba kekurangan dan tidak sempurna'..sepatutnya penulis kena berfifkiran terbuka dlm menerima kritikan supaya boleh meningkatkan lagi mutu untuk kaya seterusnya.

seperti yg ditulis oleh porumer lain, adalah lebih adfal jika untuk karya pertama kali terbit ni dibuat tidak terlalu tebal.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2012 06:37 PM | Show all posts
cover cantik..
    teringat akan cover novel Mimmie Afnie  
    ada skuter...
cmf_azure Post at 8-6-2012 01:16
mimi afinie ada skuter, anis ayuni pulak ada mobil WW....


best best both novels..


Pada akak novel karya seni ada yang matang ada yang belum matang, tapi serius novelnya seme tebal2 mak aiii, bila dah habis baca, nak wat ringkasannya sikit je (kalau ada panjang pun, sebab adegan2 yang banyak, macam drama akasia plak 25 episod tu - details abis).


Contoh yang matang x banyak, setakat yg akak dah baca Jodoh itu Milik Kita...
Yang masih boleh diperbaiki, SYKB/Cinta Kontrak/dan yang terbaru Sebenarnya aku Isteri Dia..


Yes, maybe Karya seni should get editor yg lebih matang, yang boleh explore balik karya diorang dan perbaiki sikit supaya lebih banyak unsur SAGA..


SAGA ni maksudnya, dulu2 kalo baca novel tajuk SAGA, ya Allah citer dia, suspens habis untuk episod ke episod seterusnya, dengan pertelingkahan keluarga A, keluarga orang gaji, keluarga sepupu sepapat, bisnes diorang, tipu helah diorang, dengki khianat muslihat.. lengkap lah.. jadi novel setebal 1000 ms tu berbaloi2....


nak cari buku tajuk yg genre SAGA ni, kalo omputeh lah kan SAIGON (kot- lupa dah)
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2012 09:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 26-6-2012 22:18




TERBITAN JULAI 2012

KERANA TERPAKSA...AKU RELAKAN ~ UMIE NADZIMAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2012 09:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 26-6-2012 22:18




TERBITAN JULAI 2012

SIAPA ORANG GAJIKU ~ AZIMAH LILY
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 12:08 PM | Show all posts
lepas ni tajuk2 yg melibatkan orang gaji, pembantu, sekretari, penjaga anak
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 06:01 PM | Show all posts
lepas ni tajuk2 yg melibatkan orang gaji, pembantu, sekretari, penjaga anak
hehehehe
liya71a Post at 28-6-2012 12:08


tukang kebun termasuk dlm list tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 11:05 AM | Show all posts
sapa dah baca 2 buku terkini tu, leh bagi sinops pls...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.212584 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list