|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE WHAT YOU ARE
[Copy link]
|
|
San Francisco, California USA
 |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tengahari semua..
dah makan?
saya bekpes salad jer kul 11 tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
simple jer..
alhamdulillah kenyang
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hai semua. selamat ptg hehe |
|
|
|
|
|
|
|

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 di Cyberjaya. Turut kelihatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri sekali) dan Ketua Pengarah UKAS, Muhammad Razman Abu Samah (kanan sekali). - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah |
|
|
|
|
|
|
|
Pelaburan swasta RM78 bilion dijangka daripada PPP menjelang 2030
CYBERJAYA: Kerajaan menjangkakan peningkatan pelaburan swasta sebanyak RM78 bilion melalui Projek Kerjasama Awam-Swasta (PPP) menjelang 2030.
Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Muhammad Razman Abu Samah, berkata selain itu PPP dijangka menjana sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM82 bilion dan menyediakan sebanyak 900,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030.
Semua objektif yang dinyatakan adalah seiring dan menyokong misi Ekonomi MADANI bagi memacu ekonomi, meningkatkan daya saing dan penyerantauan, memastikan kemampanan fiskal dan yang paling penting, untuk memperkukuhkan tatakelola yang baik.
"Kepentingan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi tidak boleh dinafikan. Sektor swasta adalah pemacu utama kepada inovasi dan pertumbuhan teknologi yang mampu meningkatkan daya saing negara di peringkat global.
"Melalui pelaburan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh sektor swasta, peningkatan dalam kecekapan operasi, kualiti perkhidmatan dan produk serta pengurangan kos dapat dihasilkan.
"Dengan menggabungkan kelebihan yang ada pada sektor swasta dengan sektor awam melalui PPP, usaha untuk pembangunan negara dapat disegerakan," katanya berucap pada majlis pelancaran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 atau PIKAS 2030 di Universiti Multi Media, hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PIKAS 2030 adalah inisiatif bersepadu untuk mengukuhkan tatakelola dan pengurusan projek yang dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama awam-swasta sebagai usaha untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara di samping menguruskan cabaran fiskal.
Matlamat pelan strategik ini adalah menyediakan landskap PPP yang teguh dan mampan untuk memacu kesejahteraan negara.
PIKAS 2030 adalah kesinambungan daripada dasar dan garis panduan kerjasama awam-swasta sedia ada yang telah diberi nilai tambah dengan hala tuju yang lebih jelas dan terangkum.
Di samping itu, PIKAS 2030 juga menetapkan beberapa sasaran penting yang akan menjadi penanda aras kejayaannya.
Bagi memastikan pencapaian matlamat ini, PIKAS 2030 dibangunkan berdasarkan empat teras strategik dan 17 inisiatif strategik.
Bagi mencapai objektif ini, kerajaan akan mengutamakan pelaksanaan cadangan projek PPP secara bidaan bersaing melalui Request for Proposal (RFP).
Proses ini akan mempertingkatkan persaingan, inovasi, kualiti perkhidmatan dan memberi nilai faedah terbaik kepada Kerajaan serta rakyat.
Beberapa model PPP baharu seperti Bangun Semula/Jana Semula-Kendali-Pindah (Redevelop/Regenerate-Operate-Transfer – ROT), Bina-Bangun Semula/Jana Semula-Kendali-Pindah (Build-Redevelop/Regenerate-Operate-Transfer – BROT) akan diperkenalkan.
Selain itu, kerajaan akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek PPP yang berorientasikan user-pays selaras dengan hasrat untuk mengurangkan cabaran fiskal.
Model monetisasi konsesi seperti pembiayaan secara Amanah Perniagaan (Business Trust) dan Amanah Pelaburan Hartanah (Real Estate Investment Trust – REIT) akan diteroka sebagai alternatif dalam pembiayaan projek PPP.
https://www.bharian.com.my/berit ... -ppp-menjelang-2030 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Anwar lancar Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 kukuhkan tatakelola, pengurusan projek
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar hari ini melancarkan Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 (PIKAS 2030) untuk mengukuhkan tatakelola dan pengurusan projek yang dilaksanakan melalui pendekatan kerjasama awam-swasta.
Menurut kenyataan Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri hari ini, langkah itu sebagai usaha untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi di samping menguruskan cabaran fiskal.
Matlamat pelan strategik itu adalah menyediakan landskap Kerjasama Awam-Swasta (PPP) yang teguh dan mampan untuk memacu kesejahteraan negara.
PIKAS 2030 adalah kesinambungan daripada dasar dan garis panduan kerjasama awam-swasta sedia ada yang telah diberi nilai tambah dengan hala tuju yang lebih jelas dan terangkum, jelas kenyataan itu.
Di samping itu, PIKAS 2030 juga menetapkan beberapa sasaran penting yang akan menjadi penanda aras kejayaannya.
"Melalui projek kerjasama awam-swasta, kerajaan menjangkakan peningkatan pelaburan swasta kepada RM78 bilion, sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM82 bilion, dan penciptaan 900,000 peluang pekerjaan menjelang 2030," tambah kenyataan itu.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Bagi memastikan pencapaian matlamat itu, PIKAS 2030 dibangunkan berdasarkan empat teras strategik dan 17 inisiatif strategik.
Bagi mencapai objektif untuk terus mengukuhkan tatakelola dalam pelaksanaan projek PPP, kerajaan akan mengutamakan pelaksanaan cadangan projek PPP secara bidaan bersaing melalui "Request forProposal" (RFP).
Proses itu akan mempertingkatkan persaingan, inovasi, kualiti perkhidmatan dan memberi nilai faedah terbaik kepada kerajaan serta rakyat, tambah kenyataan itu.
Beberapa model PPP baharu seperti Bangun Semula/Jana Semula-Kendali-Pindah (ROT), Bina-Bangun Semula/Jana Semula-Kendali-Pindah (BROT) akan diperkenalkan.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek PPP yang berorientasikan "user-pays" selaras dengan hasrat untuk mengurangkan cabaran fiskal.
Model monetisasi konsesi seperti pembiayaan secara Amanah Perniagaan dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT) akan diteroka sebagai alternatif dalam pembiayaan projek PPP, jelasnya.
Kerajaan komited untuk memastikan setiap usaha yang diambil melalui PIKAS 2030 akan membawa perubahan sosial dan ekonomi yang lebih bermakna dan terangkum kepada seluruh rakyat demi membina sebuah negara yang progresif, jelasnya.
Menerusi penyertaan aktif sektor swasta, pelan itu akan membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di samping memastikan manfaat pembangunan mampan dapat dirasai oleh segenap lapisan rakyat, tambah kenyataan itu. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... wasta-2030-kukuhkan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) melihat buku "PIKAS 2030" pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam - Swasta 2030 di Multimedia Universiti hari ini. Turut kelihatan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (dua,kanan). - foto BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (kiri) dan Ketua Pengarah UKAS, Muhammad Razman Abu Samah (kanan) ketika Majlis Peluncuran Pelan Induk Kerjasama Awam-Swasta 2030 di Cyberjaya. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH |
|
|
|
|
|
|
|
2 maut tertimbus ketika kerja korek longkang
SHAH ALAM: Dua lelaki maut tertimbus dalam runtuhan tanah ketika melakukan kerja pengorekan longkang di tapak pembinaan di Seksyen U15, di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 10.29 pagi.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas dan mendapati dua mangsa berkenaan warga Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun.
"Mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit 'culvert U box' semasa melakukan kerja pembinaan longkang. Mangsa pertama dikeluarkan jam 11.12 pagi, mangsa kedua pada jam 11.35 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Difahamkan, ketika ini mayat kedua-dua mangsa masih di lokasi kejadian dan akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. |
|
|
|
|
|
|
|
PGA9 rampas lebih 4,000 pokok hiasan bernilai RM500,000
KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9), Briged Tenggara yang merampas lebih 4,000 pokok hiasan bernilai lebih RM500,000 dalam operasi di pangkalan haram di Pengkalan Kubor, dekat Tumpat dan Rantau Panjang.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, menerusi Op Taring Wawasan semalam, anggotanya menemui beberapa kotak putih di pangkalan haram di sempadan negara di Pengkalan Kubor.
Katanya, hasil pemeriksaan dalam kotak mendapati hampir 3,000 pokok kaktus dan pokok keladi tanpa dokumen yang sah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM447,700.
"Dalam operasi di Rantau Panjang, pasukan operasi menahan sebuah lori Isuzu dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan menemui lebih 1,000 anak pokok pelbagai jenis tanpa dokumen yang sah bernilai RM77,500
"Pada masa yang sama, seorang lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup anak pokok dari Thailand ke pasaran tempatan," katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, suspek dan hasil rampasan diserahkan ke Komtak Taman Bakti dan Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-bernilai-rm500000 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Antara lebih 4,000 pokok hiasan bernilai lebih RM500,000 yang dirampas oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9), Briged Tenggara yang merampas dalam operasi di pangkalan haram di Pengkalan Kubor, dekat Tumpat dan Rantau Panjang. - Foto PGA |
|
|
|
|
|
|
|
Pencemaran alam sekitar, KPM ambil langkah ikut garis panduan
KLUANG: Tindakan penutupan sekolah atau mengehadkan aktiviti luar akibat pencemaran alam sekitar akan diambil selepas mendapat pandangan dan nasihat agensi berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) mahu memastikan kesejahteraan murid dan guru berada pada tahap optimum.
Katanya, KPM sedia mengambil langkah berjaga-jaga mengikut garis panduan ditetapkan dalam menangani isu berkenaan.
"Garis panduan menghadapi isu pencemaran mesti dipatuhi dan KPM sentiasa mendapatkan nasihat KKM serta agensi berkaitan bagi memastikan keadaan terkawal manakala suasana pembelajaran kekal kondusif.
"Garis panduan mesti dipatuhi oleh semua pihak terutama pentadbir sekolah dan langkah diambil mesti berdasarkan garis panduan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sekolah peringkat kebangsaan KPM di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana di sini, hari ini.
Minggu lalu, beberapa kawasan di Johor dilapor dilanda pencemaran bau kimia, dengan terbaharu di kawasan Skudai.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor pada Rabu lalu, mengesan kehadiran gas ammonia yang tinggi melebihi tahap normal di Sungai Pandan yang menyebabkan pencemaran bau di Kampung Melayu Pandan.
Penemuan itu susulan pemeriksaan JAS di beberapa lokasi di jajaran Sungai Pandan yang menemui beberapa bungkusan tidak dikenal pasti
Sampel tanah, air dan minyak yang diambil sudah dihantar ke Jabatan Kimia namun difahamkan keputusannya belum diperoleh.
https://www.bharian.com.my/berit ... -ikut-garis-panduan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (tengah) melawat reruai kemahiran penjagaan warga emas pada Majlis Peluncuran Hari TVET Sekolah Kementerian Pendidikan peringkat kebangsaaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, Kluang, hari ini. - FotoBERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|