CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 13-11-2009 02:03 PM | Show all posts
we want more :pompom::pompom::pompom: we want more :pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 03:30 PM | Show all posts
fizzi 10q so much...kasi ending yang kaw kaw punyer ye
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 04:18 PM | Show all posts
adessss suspen gila babas dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:10 PM | Show all posts
nenek wasiat suruh aril kawin ngan alis nie...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:15 AM | Show all posts
citer ni dah panjang sgt dah...campur dgn LARA DI HATI KITA yg first dulu....baca lama2 nanti naik muak lak...
nantila...kalau aku free..aku taruk cite baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:17 AM | Show all posts
Tanah perkuburan sunyi sepi. Orang ramai yang membanjiri dari tanah perkuburan tadi telah pun beransur hilang dari pandangan mata. Alisya terdiam kaku merenung segenap ruang tanah perkuburan itu. Pusara arwah ibunya kini dihadapannya. Hari ini, Nek Kiah juga menyusul arwah emak.

        Usai menyedekahkan bacaan ayat2 suci Al-Qur’an di pusara Nek Kiah dan pusara ibunya, Alisya bangun berdiri merenung kubur ibunya. Aril sudah hilang dari pandangan matanya.

        Pulang saja kerumah petang semalam, Nek Kiah sudah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tidak sempat untuk Alisya dan Aril berbicara buat kali terakhir. Aril yang terlalu kecewa terus menghilangkan diri ke dalam bilik tidurnya. Tapi Alisya tahu, agaknya sebaik masuk ke bilik, pasti Aril menghambur segala tangisnya.

        Semalaman di rumah Nek Kiah beramai2 membaca Yasin sementara menunggu pengebumiannya pagi ini, Aril seolah hilang suara. Tiada sebutir perkataan yang keluar dari mulutnya.

        Alisya masih terbayang2 saat2 terakhir seluruh isi keluarga diminta mengucup dahi Nek Kiah sebelum dikafankan, Aril kelihatan agak keberatan pada mulanya. Mungkin bimbang jika ada airmatanya yang menitis ketika mengucup dahi Nek Kiah. Aril satu2nya cucu yang pernah tinggal bersama2 Nek Kiah. Pasti perasaannya berbeza berbanding orang lain.

        Sebak Alisya kala itu. Tapi, yang menghairankannya, Alisya menjadi orang terakhir dipanggil untuk mengucup dahi Nek Kiah meskipun dia bukan ahli keluarganya. Wajah abah dan Aril dipandang  meminta penjelasan, Aril Cuma sepi. Hanya abah yang memberi semangat padanya untuk mengucup dahi Nek Kiah. Penuh hiba dan kasih sayang, dahi Nek Kiah dikucup jua.

        Alisya menapak meninggalkan tanah perkuburan. Sedih? Memanglah sedih…tapi, hendak menangis lagi, dia sudah kering airmata. Jika difikirkan, sejak kebelakangan ini, terlalu banyak Tuhan mengujinya dengan bermacam2 dugaan. Jesteru itu, Alisya sudah penat.

        Alisya masuk ke dalam keretanya. Tanah perkuburan ditinggalkan dengan sejuta doa, agar penghuninya tenteram dan aman. Moga2, suatu hari nanti, dia juga akan dijemput pulang dalam keimanan. Itu doanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2009 12:19 AM | Show all posts
Tidak jadi pulang ke rumah, Alisya membelok kea rah jalan menuju ke rumah Nek Kiah. Pasti abah juga ada di sana menemani bapa Aril berbual dan membuat beberapa kerja yang belum selesai.

        Namun, sebaik rumah Nek Kiah dihampiri, kereta Aril tiada di halaman rumah. Masih terdapat beberapa orang kampung yang sedang membantu mengemaskan ruang rumah. Alisya terdiam. Fikirannya kusut.Ke mana Aril pergi? Alisya terdiam sambil memperlahankan keretanya.

        Terlalu sedih sampai balik ke rumah pun tak nak? Ke mana dia pergi? Ini mesti berjangkit dengan perangai aku…Alisya mengulum senyum. Dia tahu ke mana Aril menghilang. Cepat2 keretanya dilajukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:21 AM | Show all posts
Keretanya sengaja diparkirkan agak jauh dari pantai yang putih bersih terbentang didepannya. Alisya pasti, dengan deruan angin pantai yang sekuat itu bisa menenggelamkan bunyi enjin keretanya.

        Selipar ditanggalkan. Pasir yang terlalu halus bakal menyusahkan langkahnya yang mahu segera sampai kepada Aril. Alisya senyum sendirian. Aril sedang duduk termenung merenung pantai dibawah pohon ketapang yang sama. Langkah  terus diatur cepat.

        “Assalamualaikum!!” terus sahaja Alisya melabuhkan punggungnya di sebelah Aril. Wajah Aril kelat.

        “Tak jawab berdosa..” Alisya menjeling kea rah Aril yang bermuram durja disebelahnya.

        “Waalaikumsalam..” perlahan jawapan Aril. Alisya turut sama merenung laut didepannya. Deru angin pantai membuai perasaan mereka ketika itu. Masing2 tenggelam did alam lamunan sendiri. Sesekali terdengar desahan dari nafas Aril. Alisya tunduk diam merenung pasir pantai.

        “Jangan direnung lama2 laut tu…”tegur Alisya setelah lama mendiamkan diri.

        “Bukan kena bayar…” Aril menjawab acuh tak acuh.

        “Tau la free. Kot ye pun, renungla jugak orang kat sebelah kau ni..” kata Alisya selamba. Aril terdiam. Tidak menjawab. Alisya menanti kata2 yang bakal dijawab Aril, namun dia hampa, Aril masih sepi tanpa suara.

        “Sudahlah Aril. Nenek kau pergi, aku lagi senang hati. Daripada biar dia terlantar sakit sampai tak boleh makan macam tu, lebih baik kalau kita relakan dia pulang kepada Pemilik dia..”Alisya sedikit mengeluh.

        “Kau ingat senang ke aku nak lupakan nenek aku?” Aril menelan air liur pekat. Alisya menarik nafas resah.

        “Aku tahu. Kau ingat lagi tak kata2 yang kau pernah tuturkan pada aku masa arwah mak aku meninggal dulu?” pantas Aril menoleh memandang Alisya sebaik soalan itu dilontarkan. Aril senyum sinis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2009 12:23 AM | Show all posts
“Segala2 memori bersama kau, tak pernah luput walau seinci dari kotak ingatan aku Alis. Yang aku bimbang, kalau2 aku sorang saja masih mengenang memori itu..” kata2 Aril terus menusuk ke hati Alisya. Kelu Alisya mendengar. Aril marahkan diakah? Alisya duduk bersila. Terasa kebas pula duduk berteleku tadi. Selendang dikepalanya dibetulkan.

        “Kalau kau masih ingat kata2 kau dulu, aku rasa kau lebih arif tentang keadaan ini sekarang. Aku tak perlu ulang semula agaknya…” gusar Alisya menuturkan kata2 didepan Aril. Aril senyum sinis.

        “Ya. Aku tahu. Yang pergi biarlah pergi. Tapi, yang menambah beban dihati aku sekarang ini ialah…ini..” Aril tiba2 mengeluarkan sekeping surat dari kocek baju melayunya. Surat itu dihulur kepada Alisya. Alisya mengambil surat itu sambil membuka. Sesekali, Aril dikerlingnya. Isi surat mula dibaca.

“Aril cucu nenek….
Alis tu keras kepala, degil sedikit…mungkin kerana cara dia dibesarkan.
Alis itu budak baik, nenek kenal dia sejak dia kecil lagi. Pandangan matanya,     nenek boleh baca. Waktu kamu tinggalkannya ke Australia 6 bulan yang lepas, wajahnya berubah tak terkira bila berita dikhabarkan padanya. Nenek tak pernah lihat wajahnya sebegitu.
Aril…
Pujuk Alis…dia masih sayangkan kamu. Nenek berdoa agar kamu berdua dapat disatukan. Maksudnya;ajaklah Alis tu kahwin!”

Sebaik isi surat itu habis dibaca, pantas Alisya menoleh merenung Aril disebelahnya. Surat ditangannya tergawang2 diudara. Kelu tak terkira lidahnya. Beku air liurnya tak ubah macam air batu yang setahun bersarang dalam peti sejuk.

        “Bila kau dapat surat ni?” bulat mata Alisya merenung Aril disebelahnya. Aril masih mencuka merenung laut didepannya.

        “Aku jumpa dalam bakul sayur nenek semalam…” balas Aril. Naik berpinar mata Alisya mendengar. Bakul sayur???

        “Bakul sayur nenek?” soal Alisya hampir tidak percaya. Aril menghela nafas, kemudian mengangguk.

        “Bakul tu ada kat stor dapur. Aku punggah stor semalam nak cari gergaji, tapi terjumpa surat tu dalam bakul tu..Tak tahu bila nenek tulis..Agaknya dia nak pos surat tu, tapi…entahlah,mungkin ada masalah. Takpun, dia terlupa, ” kata Aril lemah. Alisya memicit kepalanya yang mula pening2 lalat. Bakul sayur itu digunakan oleh Nek Kiah sewaktu Alisya menemani Nek Kiah pergi ke pasar sebulan yang lalu, sebelum Nek Kiah jatuh sakit.

        “Sekarang…kau pun pening kan?” kata Aril menyindir. Pantas Alisya  menoleh.

        “Pening? Kenapa?’ soal Alisya. Aril senyum sinis.

        “Pening…nak menunaikan hajat orang yang dah tak ada…Tapi, kau janganlah bimbang Alis…aku tahu kau tak ada hati dengan aku. Aku dan kau cuma kawan. Apa yang terkandung dalam surat tu, tak payahlah kita fikir sangat…” kali ini Aril bangun mnegibas2 pasir yang melekat dibajunya. Alisya terdiam. Terasa terpukul dengan kata2 Aril. Alisya renung surat ditangannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:27 AM | Show all posts
“Jom balik…aku pun dah penat berfikir…” ajak Aril. Alisya terdiam.

        “Kau tak nak balik?” soal Aril sebaik melihat Alisya yang masih tidak mahu berganjak dari situ. Alisya masih terdiam.

        “Jomla…” ajak Aril lagi. Berat hatinya mahu meninggalkan Alisya keseorangan disitu.

        “Aril…”Alisya mendongak, membuatkan Aril terpinga2.

        “Apahal?” Aril duduk kembali disisi Alisya. Alisya senyum manis sambil merenung Aril disebelahnya.

        “Aku mahu jadikan impian nenek satu kenyataan..” tepat kata2 itu diucapkan ketelinga Aril. Aril terpana, merenung Alisya didepannya. Dia tidak salah dengarkah? Atau telinganya yang pekak?

        “Kau tak gila kan…?” Aril menyoal kembali dalam kehairanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:29 AM | Show all posts
“Gila? Hmmmhh..” Alisya mengeluh panjang. Surat dilipat. Matanya merenung  laut luas didepannya.

        “Kalau nak ikutkan gila…dah lama aku jadi gila Aril. Semua syarat2 untuk jadi gila aku dah lalui…nak SPM aku kehilangan arwah mak aku, lepas tu, aku kehilangan kau selama 10 tahun. 10 tahun aku menunggu kau bagai nak gila!Aku seolah2 menunggu kucing jantan hendak beranak. Bukan sedikit kata2 hampa yang aku dapat dari orang lain bila aku mengatakan yang aku masih mengharapkan kau kembali semula dalam hidup aku. Aku masih lagi menunggu dan menunggu saat2 aku bertemu kau semula, agar aku dapat memberikan jawapan yang kau minta masa kat depan pagar sekolah dulu. Kau ingat lagi tak, waktu tu, kau minta aku berjanji yang kita akan semai cinta ini bersama. Aku akui, waktu itu, aku salah. Aku membiarkan kau tanpa jawapan. Dan sebab aku jugalah, kau kemalangan, sehingga Tuhan membalas perbuatan aku tu dengan menghilangkan kau dari pandangan mata aku selama 10 tahun lebih Aril! 10 tahun!!!Macam2 boleh jadi. ..” Alisya mengesat airmata yang menitis dihujung ekor matanya. Aril masih merenung Alisya.

        “Tapi, satu hari Tuhan temukan aku dengan kau. Tapi…keadaan kita jauh berbeza waktu itu. Parah lukanya hanya Tuhan saja yang tahu. 10 tahun aku menunggu, akhirnya, kau tanya aku…kita pernah kenal ke sebelum ni? Kau tanya aku soalan itu…hancur lebur bederai hati aku waktu tu. Lagi pula, Carol dah siap warning aku, agar kau dijauhi. Jadi, sebagai perempuan, apa yang aku boleh buat selain berundur? Aku tak reti nak bergaduh hanya kerana seorang lelaki. Aku hanya doakan agar kau sihat, kau baik2 saja…itu doa aku tiap2 hari…” Alisya menarik nafas sebelum meneruskan kata2nya.

        “Kau kembali menagih kasih saat2 aku dah lali dengan cinta. Tapi, Tuhan menguji aku lagi. Macam2 masalah menimpa aku bila kau tinggalkan aku buat kali kedua. Luka yang sebelum ini payah disembuhkan, berkali2 ditoreh lagi. Hati aku dah tak terdaya nak menanggung semua tu. Sampai kadang2 aku bertanya pada Tuhan, mengapa dalam ramai2 manusia dimuka bumi, aku yang terpilih untuk menerima semua ujian seperti ini? Tapi, aku sedar, aku silap…” sekali lagi Alisya mengesat airmata yang berjuntai dimata.

        “Aku silap Aril…aku terlalu fikirkan diri aku. Aku tak beri ruang pada kau. Aku minta maaf Aril…aku tak beri kau peluang untuk jelaskan semua perkara. Aku terlalu degil menerima kau kembali..kerana hati aku terlalu luka…aku minta maaf…” Alisya tunduk. Kata2nya mati disitu.

        Aril terpana merenung Alisya yang tunduk menahan sendu di depannya. Air liurnya tersekat dikerongkong.  

        “Jadi…kalau nak kira gila…mengenangkan semua yang aku pernah lalui, aku rasa aku boleh jadi gila sebenarnya…” Alisya cuba berlawak, tidak mahu melihat wajah Aril yang tak ubah macam cuka dicampur limau busuk dan dicampur asam keping yang masamnya berganda2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:30 AM | Show all posts
Aril merenung Alisya. Tangan Alisya terus diraih lalu digenggam erat. Alisya terpana dengan perlakuan Aril.

        “Kau ingat kau sorang nak gila? Aku pun macam nak gila mengejar kau…mengenang kau…tapi kau buat tak layan…”marah Aril bercampur sedih. Alisya senyum sambil menahan tangis. Tangan Alisya digenggam erat. Aril menghambur nafas tawa bercampur hiba. Semuanya bercampur menjadi satu.

        “Habis..apa status aku pada kau sekarang? Masih kawan atau..?” Aril membiarkan soalan itu tergantung. Alisya tergelak kecil. Tangannya dileraikan. Biar si Aril ni pegang lama2…naik rimas pula.

        “Kalau kau nak jawapan, kau kena ulang semula soalan yang kau tanya aku masa kat depan pagar sekolah dulu..” pinta Alisya. Aril terdiam berfikir.

        “Yang mana satu? Kita banyak sangat dating depan pagar sekolah dulu..” kata Aril tersengih.

        “Ya Allah!!Kau kata kau ingat! “ marah Alisya.

        “Aku confuse..” Aril menggaru2 kepalanya yang tidak gatal.

        “Ah!!Sudahlah!!Benci aku dengan kau.Benda paling penting pun tak ingat…” Alisya sudah menarik muncung 20 inci. Aril senyum gelihati. Mak cik ni dah tua2 begini pun masih ada perangai budak2…

        “Alis…kau sudi terima aku dalam hidup kau tak?” tiba2 tangan Alisya diraih sekali lagi. Kali ini Aril benar2 merenung Alisya.Soalan 10 tahun lalu diulang sekali lagi.Tapi mungkin maksudnya berbeza. Lebih dalam. Alisya terdiam, membalas renungan Aril. Masih ingat rupanya pak cik ni kata2 dia dulu…aku ingat dah lupa. Kalau dia betul2 lupa, hendak juga dihadiahkan Aril satu luku di kepala.

        Alisya mengukir senyum. Aril masih merenung Alisya yang tersenyum di depannya. Bayu laut yang berpuput menambah seri petang itu. Hangat suasana alam, hangat lagi debaran di hati Aril dan Alisya.Aril merenung bibir Alisya yang tersenyum. Merah, merekah, sempurna terbentuk. Manisnya…

        Alisya merenung Aril yang masih menanti. Matanya! Matanya yang menawan, redup menyorot ke dalam membuatkan sejak zaman sekolah lagi Aril sering jadi perhatian pelajar2 perempuan sekolahnya. Tak tahulah pula kalau2 ada pelajar lelaki yang turut menyimpan hati.

        “Nak ke tak nak?” sekali lagi Aril menyoal. Kali ini, hidung Alisya dicuit.
Terperanjat Alisya seketika. Wahh…dah berani main cuit2 hidung…Alisya senyum.

        “Aku nak…” balasnya pendek dengan wajah yang bercahaya. Senyuman Aril kian lebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:31 AM | Show all posts
“Apa? Nak kahwin terus?” Encik Khusairy dan Puan Sarah saling berpandangan. Aril didepan direnung tak berkedip. Aril senyum lebar. Dia tidak mahu membuang masa bertunang lagi. Takut, jika membiarkan masa berlalu, dia dan Alisya dipisahkan lagi. Cukup2lah dengan apa yang terjadi. Nanti naik jemu pulak pembaca yang membaca novel ni.

        “Betul2 ni?” soal Encik Khusairy sekali lagi. Aril ni dari kecil sampai besar selalu memberikannya kejutan.

        “Iye…” Aril menekan suara menyatakan kesungguhannya. Encik Khusairy mengipas2 dadanya. Panas!

        “Bila nak kahwin?” soal Encik Khusairy lagi. Puan Sarah disebelah sudah mengulum senyum.

        “Err..memandangkan usia Aril pun sudah 30...jadi, Aril rasa, perlu lebih cepat kot. Emmm..kalau ayah dan mak tak kisah…Aril nak bulan depan!” kata Aril sambil tersengih2. Impiannya untuk bersama Alisya sepanjang hayatnya bakal terlaksana. Tak terbayang indahnya dunia bila Alisya bakal menemaninya sepanjang masa.

        “Bulan depan????” Encik Khusairy sudah pengsan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:33 AM | Show all posts
Suasana di masjid besar kampung itu sudah penuh sesak dengan saudara mara kedua-dua belah pihak. Kereta yang dipandu Syamsul sudah berhenti betul2 di depan perkarangan masjid. Pak Mad merenung Alisya yang lengkap berkebaya labuh putih di sebelahnya. Aniah di sebelah Syamsul tersenyum meleret. Isyam pula terpaksa ditugaskan menjaga anak2 buahnya.

        Alisya merenung inai dijari yang merah mekar. Seketika, pandangan dilemparkan kearah orang ramai yang sedang merenung keretanya. Mahu melihat pengantin perempuan. Ahh..kahwin jugak aku akhirnya!Alisya senyum sendirian.

        “Mari..”Pak Mad sudah keluar dari kereta. Dada Alisya berdebar2. Namun, dihatinya berbunga bahagia. Aniah sudah membukakan pintu kereta belakang, tempat duduk Alisya. Alisya membetulkan selendang putih yang menutupi kepalanya. Kasutnya yang berwarna putih dihulur keluar.

        Suasana bising menerjah halwa telinganya sebaik saja dia keluar. Semua mata tertumpu ke arahnya ketika itu. Alisya tunduk senyum. Aniah memayungi Alisya dengan payung putih beropol. Aniah senyum merenung kakaknya. Airmatanya sekali sekala diseka. Bahagianya tidak terkata. Dahulu, dia pernah hampir2 gila bila Alisya mengatakan dia tidak mahu berkahwin.

        Alisya yang jelita dan anggun dengan berkebaya labuh putih gabungan kain lace dan sutera schiffon kelihatan tak ubah seperti seorang puteri raja dalam cerita pari2.  Alisya menguntum senyum dengan bibirnya yang merah sambil melangkah menuju ke pintu masuk masjid untuk majlis akad nikah.

        Seketika, Aniah menyiku pinggan Alisya. Segera Alisya mendongak ke depan. Kembang hatinya. Aril berdiri tegak tidak jauh darinya sambil merenungnya. Alisya mengukir senyum merenung Aril yang baru keluar dari kereta.

        Aril segak dengan baju melayu berona putih. Aril tersenyum merenung Alisya di depannya. Ibu bapa Aril sibuk menguruskan barang2 bagi acara akad nikah.

        Suasana yang bising dan sibuk dengan orang ramai tidak langsung mencuit hati Aril dan Alisya. Masing2 saling berpandangan. Aril senyum bahagia, menatap wajah jelita Alisya yang bakal menjadi miliknya sebentar lagi. Alisya senyum merenung Aril di depannya.

        Masing2 berpandangan dengan seribu makna. Kita bertemu tanpa diduga. Perasaan yang hadir tak pernah disangka. Kita bercanda hanya seketika. Kita kemudian terpisah lamanya. Hingga membuat cinta bertukar benci, rindu bertukar dendam dan madah bertukar kata nista. Namun, andai sudah tersurat ini perjalanan kita untuk mengecap bahagia…aku rela….asalkan aku milikmu, kau milikku..selamanya!!!!

        Aril dan Alisya saling tersenyum. Saling merenung.

        “Eh!!Nak tersengih2 macam ni aje ke? Tak nak kahwin? Tok kadi dah ready tu..” tiba2 pinggang Aril dicuit oleh abangnya Ajak. Tersentak Aril dibuatnya. Alisya sudah tersipu2 malu lalu segera mengatur langkah masuk ke masjid. Aril ternganga.

        Sapa tak nak kahwin!!!



HABIS.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:37 AM | Show all posts
dah abesss....
jumpa lagi next story....
adiosbalabosterobosss!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 12:51 AM | Show all posts
aiyak fizz.. camtu ke ending??

rasa cam potong stim jer.. baru je terbuai.. tetibe fizz habiskan camtu... uwaaaa... nangis jappp....

tapi tenks.. aku suka ending happy camni... huhuhuuuu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2009 02:40 AM | Show all posts
fizzy..
love u sesangat... thankss... akhirnya...hppi gak..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 08:56 AM | Show all posts
...best...best...
congratz... :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 09:41 AM | Show all posts
happy ending tp xkan mcm tu je.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 11:44 AM | Show all posts
terima kasih fizzy atas cerita yg menarik :pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.057381 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list