CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

Insiden Umar di rumah Fatimah

[Copy link]
Post time 23-8-2010 02:37 PM | Show all posts
Reply  Baru_Belajar


saudara nama pon manusia biasa bukan maksum seperti nabi sudah pasti ada s ...
sepul Post at 23-8-2010 12:11


dalam thread ni..saya tak nampak pun sesiapa yang menafikan sejarah perkembangan islam..yang menafikan penyebaran islam di zaman abu bakar, umar dan sebagainya..Yang jadi persoalan di sini berkaitan Umar mengasari keluarga Rasulullah sahaja..Benarkah insiden ini??

Ataupun saudara berpendapat..Tidak penting pun jika insiden ini berlaku atau tidak..sebab Umar ni banyak berjasa dan setaraf dengan nabi..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2010 05:30 PM | Show all posts
Reply 19# mnm77

Hahahaha...andaian semata-mata. Pernah tak mendengar hujah dari orang yang 'hendak menegakkan benang basah'? Macam lah tak boleh tunggu siang hari esok selepas pengebumian junjungan mulia Rasulullah s.a.w. untuk bincang elok-elok penggantian kepimpinan dalam Islam. Orang yang hendak mengambil kesempatan ni memang lah pandai bab sebegini.. Na'uzubillah hi min zaalik.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 05:36 PM | Show all posts
Reply 338# sepul


Istilah 'sahabat' adalah dikira sesiapa yang pernah mengenali Rasulullah s.a.w. semasa hayat Baginda dan menjadi sekutu nya. Mush tidak pula dipanggil sahabat, itu dipanggil 'musibat' (gurau sikit boleh??).. Jangan ingat semua sahabat, yakni orang yang pernah mengenali Rasulullah s.a.w. akan kekal beriman dengan Allah swt dengan penuh jaminan tidak akan tergelincir... Tidak ada satu ayar Quran pun, mahu pun satu hadis sahih yang mengatakan bahawa semua sahabat akan masuk syurga.. Jangan taksub menilai istilah 'sahabat' tu.. Banyak pergolakan berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. dan melibatkan para sahabat.. adakah dikira sebagai semua nya masih bersahabat dan tidak ada yang bersalah?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2010 05:40 PM | Show all posts
Reply 335# sepul


Omar jadi Nabi? Dahsyat tu... dulu dia pernah tanam hidup-hidup anak perempuan dia di Mekah. Anak dia menangis "Ayah bunuh saya... ayah bunuh saya.." ""Mak... mak". Semasa korek lubang tu, anak dia siap tolong buang pasir di rambut ayah nya sebab dia tak tahu ayah dia korek lubang untuk tujuan apa.... Cuba baca dari sumber sunni bab ni samada betul atau salah..  Nabi-nabi ni dari kecil lagi perwatakan mereka bagus, baik dan mulia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 10:19 AM | Show all posts
Hahahaha...andaian semata-mata. Pernah tak mendengar hujah dari orang yang 'hendak menegakkan benang basah'? Macam lah tak boleh tunggu siang hari esok selepas pengebumian junjungan mulia Rasulullah s.a.w. untuk bincang elok-elok penggantian kepimpinan dalam Islam. Orang yang hendak mengambil kesempatan ni memang lah pandai bab sebegini.. Na'uzubillah hi min zaalik.
Laxamana. Post at 31-10-2010 17:30


Fakta telah dibentangkan kenapa terjadi sedemikian tetapi terpulanglah kalau ingat andaian semata-mata.

Pada saya, anda hanya buat andaian tanpa fakta.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2011 05:33 PM | Show all posts
Assalamualaikum...

Aku terpanggil nak menulis kat sini sikit dan nak luahkan sikit ape yang aku rasa..
Setelah aku membaca semua post di ruangan ni aku dapati betapa kroniknya perbezaan pendapat antara geng2 pro syiah dan syiah dengan ahlus sunnah.

Aku agak terperanjat juga apabila ada juga manusia yang bergelar umat Islam mencaci maki 2 khalifah Islam iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman secara ekstrimnya.

Aku berpendapat begini cacian puak2 pro Syiah ni terhadap 3 khalifah Islam yang secara terangnya banyak berjasa kepada umat Islam tak lebih dari satu perbuatan yang secara tak langsung menghina Rasulullah S.A.W. Apakah Islam yang dibawa oleh Rasulullah dah berakhir sejurus baginda wafat? kemudian didominasi oleh orang2 yang mungkar? Apakah tidak ada langsung belas kasihan ALlah terhadap Rasulullah kerana membiarkan baginda bersahabat malah berkahwin dengan orang-orang yang tak betul? Selama 23 tahun rasulullah berdakwah takkan tak ada walaupun satu ketika Allah mengingatkan Rasulullah untuk berhati hati dengan sahabat2 yang disebutkan ni? Terdapat berpuluhb puluh ribu mukjizat Rasulullah yang dicatatkan, takkan tak ada satu pun hatta gerak hati yang Allah berikan kepada Rasulullah supaya berhati-hati? Tu satu soalan.

Isu-isu seperti permasalahan perselisihan pendapat para sahabat seperti isu tanah Fadaq, Alquran yang tak lengkap, perebutan kuasa di zaman khalifah kerap kali di highlight oleh puak Syiah dengan sumber2 dari ulama2 mereka kemudian ahlus sunnah membidas dengan hujah2 mengikut riwayat dari ulama2 terdahulu.. Aku nampak yang puak Syiah ni sedikit offensive. Dah banyak topic yang aku jenguk dan kebanyakan post Syiah ni kebanyakan berbentuk menyerang. Apakah Agama Islam ni perlu didirikan dengan emosi sebegitu? Mana nilai murni ajaran Syiah kalau kenyataan kenyataan berbau kekuasaan, penentangan terhadap pemimpin, mempertikaikan ilmu yang diwarisi oleh golongan lain turun temurun yang sahih sanadnya sampai semula ke Rasulullah? Ada jugak golongan yang menolak hadis nabi, yang ni memang kronik sikit sebab aku rasa inilah manusia yang telah ditutup pintu rohaninya untuk kebenaran.

Persoalan Saidina Abu Bakar terburu buru mendapatkan bai'ah untuk menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah tak patut nak dipersoalkan, apabila seseorang pemimpin tu meninggal dunia, to restore order, mestilah satu pemimpin baru dilantik dengan segera. Itu lojik tyak perlu nak pertikaikan. Kalau zaman Rasulullah dah ada perlembagaan negara, tak mungkin para sahabat tak terfikir untuk benda benda simple sebegini.

Maaf la kalau saya tegur perangai puak Syiah yang mencaci maki para khalifah tu pada saya agak melampau, kamu membuatkan Rasulullah yang aku sanjung bagaikan seorang yang kurang cerdik, dan menonjolkan seolah olah dakwah baginda selama 23 tahun tu sebagai sesuatu yang gagal. Lebih parah lagi, Al Quran yang dihimpunkan oleh Saidina Usmanyang diguna hingga ke hari ini boleh diragukan, Segala apa yang diperjuangkan oleh Rasulullah sebagai sia sia? Bagi aku ini adalah satu bentuk serangan terhadap agama Islam yang sangat berbahaya. Kalau geng2 Syiah ni nak menambah apa yang 'tak cukup' aku mampu nak baca lagi. Ini tidak, terus bawa kepada satu perkhabaran buruk seolah olah 80% umat Islam di dunia ni (non-Syiah) telah tersesat.

Aku tak ada masalah nak memuliakan Ahlul Bait, memang wajib memuliakan mereka, memang dari darah daging seorang yang paling mulia di kalangan seluruh manusia tak ada sapa pun boleh pertikaikan. Lagi satu aku nak highlight cahaya kenabian tu kita tak alami, bukan zaman kita, kita ni kira jauh dari Rasulullah tu sebab lahir golongan golongan yang cuba memperbodohkan Rasulullah secara diam diam macam geng2 Rafidhah ni. Dari masyarakat Jahiliah, yang melihat dengan mata dan kepala mereka sendiri bukti kenabian Rasulullah dan ada yang masih menolaknya, itu bahagian mereka2 yang tak dapat hidayah. Yang dapat hidayahnya pula terutama para sahabat yang terdekat, dengan hari hari  melihat segala mukjizat nabi, bersama sama di sisi Rasulullah dalam segala hal, mampu ke mereka membuat kemungkaran setelah mendapat nikmat Iman direct melalui Rasulullah?

Tolong la jangan la cerita para khalifah tu dan sahabat2 yang terdekat tu macam kita yang pergi Tesco masa azan maghrib balik rumah pukul 3 pagi makan kat kedai mamak... please la ye. Kita dengar berkenaan neraka, pembalasan hari akhirat, sikit pun kita tak heran jangan kata lah Iman kita lagi handal dari khalifah yang terdahulu tu. Hidup kat dunia senang lenang tak banyak dugaan, boleh la pulak nak memperlecehkan Iman orang lain.

Bagi yang tak terima hadis pulak, aku tak tahub nak cakap apa dah, kalau tak ada rasa kecintaan pada Rasulullah camni la jadinya. Dan orang2 ni tak lain tak bukan golongan buta rohani.

Itu aja la nak disampaikan. Sori membebel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.260367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list