CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

- AILEBIU LAH -

 Close [Copy link]
Post time 20-1-2009 04:47 PM | Show all posts
dah kata dah mesti pembaca pening nak pilih sapa jadi hero.....
acap ngan uzir kena berentap utk jadi hero
klu ikut cite dlm filem watak hero mesti keluar dulu....ala2 promote dulu la gitu
klu watak katun plk mesti hero tu lawa, berkarisma.
tp citer fuyah ni....pening juga nak tulis camna ya
ikut kata nabil.......lu fikirla sendiri......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2009 05:21 PM | Show all posts
masih fenin lagi?
makanlah fanadol

smiley tak jadi nak buat hero baru sekarang ... sori ekk
kita layan Acap dgn Uzir saja lah
dua dua pun hensem gak... Uzir macam Zizan Nin, Acap macam pelakun/ selebriti muda sket  - siapa ek? yg comel lah
................................................................................

Selesai menyusun suratkhabar yang berselerak, mata Fauziah tiba tiba tertancap pada kotak baldu kecil berwarna merah di atas meja. Penyapu di tangan di sandang ke dinding. Macam kotak berisi barang kemas, desis hatinya. Kepunyaan siapa ni? Mesti  ada  kaum keluarga Nek Nab yang lepa. Very careless. Nasib baik tercicir dalam rumah, kalau tercicir kat kebun atau reban ayam mesti ada orang lalu lalang yang dah sapu masuk poket.

" Mak!" Fauziah melaung. Sejak balik dari menghantar lauk ke rumah Acap tadi, Mak, Abah dan Wani tak kelihatan. Abah mungkin ke surau. Wani masih memproses tahi mata , agaknya.

"Apa dia?" tanya Mak Yan sambil menjenguk dari pintu bilik. Telekung masih tersarung di tubuhnya. Wajah ibunya nampak berseri seri. Pertemuan dengan ibu saudaranya membuah seribu kegembiraan. Syukur!

" Ni ha... ada orang tertinggal " Fauziah menyua bekas kecil itu kepada ibunya. " Fuyah jumpa masa tengah kemas. Nasib  baik tak hilang"

Senyuman memekar di wajah Mak Yan. Dia menanggalkan telekung dan merapati anaknya.
" Fuyah, duduk kejap. Mak nak cakap. Sebenarnya Mak nak tunggu sampai Abah balik dari surau tapi ..takpelah"

Fauziah melongo. Lain macam je suara dan riak muka Mak aku ni. Dia mengambil tempat duduk di sisi ibunya dengan rasa cuak.

"Nek Nab dan Auntie Mahani ada hajat. Mereka datang tadi bukan saja nak jumpa keluarga kita saja tapi  juga sebab nak merisik Fuyah. Untuk Uzir. Ni cincin merisik" kata Mak Yan sambil membuka kotak itu.

" HA? " Cuma satu sukukata yang mampu ditutur Fauziah. Cincin belah rotan emas putih di tenungnya.  Dia terpana sejenak. Satu saat, dua saat.....

" TAK NAK!" jeritan Fauziah mengejutkan Mak Yan.  "No way, ini benda gila. Fuyah tak nak. Fuyah tak hingin nak kahwin dengan dia tu. Mak pulangkan balik cincin ni"

" Fuyah! Kenapa awak ni? Uzir dengan keluarga dia orang baik baik. Uzir tu kacak, pandai, ada perniagaan sendiri. Saudara kita pula tu. Nek Nab nak merapatkan semula keluarga kita." Mak Yan berhujah. Bukan senang nak dapat menantu loaded. Bukanlah aku ni mata duitan tapi kalau dah ada rezeki tergolek, terima sajalah. Apa lah kena budak Fuyah ni, tolak tuah betul.

Mata Fauziah mula bergenang. Gelapnya dunia kalau aku kena kahwin dengan BBC. Mesti kena dera 24 jam. Sikit pun aku tak ada feeling kat dia. Pandangan pertama dah benci. Pandang berkali kali pun tak jatuh hati. Kalau kena pandang hari hari..... arghhhh!

Airmatanya sudah tak mampu di seka. " Mak.. Mak tak sayang kat Fuyah ke? Apa dosa Fuyah sampai Mak suruh Fuyah kahwin dengan orang yang Fuyah benci. Kalau Fuyah tak laku pun, jadi andartu pun Fuyah tak kisah. Tapi janganlah paksa Fuyah kahwin dengan Uzir." lirih suaranya. Fauziah terkenang kembali  perangai Uzir yang macam diktator, Datin Mahani yang memandang rendah padanya ketika pertemuan pertama dulu. Takkan semudah itu manusia berubah.

Mak Yan tersentap. Fuyah jarang mengalirkan airmata. Mesti dia betul betul sedih.
" Fuyah dah ada boyfriend kah?"

Fauziah cuma mendiamkan diri. Kalau aku tahu Nek Nab nak datang merisik, aku sanggup kutip mana mana lelaki suruh berlakun jadi boyfriend aku. Otaknya berfungsi agak lembab macam orang kena trauma. Aku kena fikirkan strategi supaya aku tak payah kahwin dengan BBC.

" Mak dengan Abah bukannya  paksa. Tapi kita nak tengok Fuyah hidup senang. Uzir tu baik orangnya." Mak Yan cuba memujuk. " Kesian Nek Nab kalau kita tolak hajat dia. Dah bertahun tahun dia cari kita."

" Sekarang Nek Nab dah jumpa kita pun.  Apahal pula Fuyah kena kahwin dengan Uzir? Tak logik langsung. Fuyah tak nak! " Fauziah melampiaskan kemarahannya. Sungguhlah tak masuk akal. Kenapa boss  yang ada girlfriend model  tiba tiba nak kahwin dengan orang kampung macam aku. Entah entah Uzir dah kena penyakit  dot dot dot sebab itu tak ada orang nak kahwin dengan dia. Mustahil orang kaya macam dia senang senang nak terima pilihan nenek.  Mesti ada konspirasi di sebalik semua ini.  

" Fuyah... fikir dulu betul betul. Keluarga dia  saudara kita, kawan baik Uncle Farid pula. Takkan Mak dengan Abah nak terima pinangan orang yang tak senonoh." Pak Fadzil yang baru pulang dari surau tiba tiba mencelah. Dia sudah mengagak, Fauziah tak akan mudah menerima calon yang bukan pilihan sendiri. Anak keduanya ini lain sikit dari Mahyun dan Wani. Yang dua tu pantang ada orang masuk meminang, terus terima.

" Ni soal jodoh. Wani dah bertunang, tak lama lagi nak kahwin. Fuyah jangan cerewet sangat. Uzir tu semua ada, tak ada yang kurang.  Kalau perempuan lain, mesti tak tolak" Mak Yan menokok.

" Mak dengan Abah  baru sekali jumpa Uzir. Fuyah dah dekat 3 bulan kerja dengan dia. Fuyah tahulah perangai dia macam mana.Yang kena kahwin Fuyah, bukan Mak. Kalau Fuyah kata tak suka,  Fuyah tak sukalah!" bentak Fauziah lalu terus menghayun langkah ke bilik.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 05:27 PM | Show all posts
ahahahhahaa.. fuyah.. fuyah,,,, sabar jek laaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 05:31 PM | Show all posts
" Are you okay?"
Bahunya di hinggut lembut
Fauziah terpisat pisat bangun dan membetulkan duduknya.Hisshhhh..aku terlelap rupanya. Siapakah gerangan Prince Charming yangmengejutkan aku dari tidur bagai dongeng Sleeping Beauty yang kurangbeautiful?
Matanya di gosok. Alamak, siAcap lah....
Huh! Tak ada orang lainkahyang aku nak jumpa pagi pagi buta ni.

" Apahal?" Fauziah mengangkat keningnya. Buat maluaku je, ingatkan nak cari ketenangan di tepi anak sungai. Tak sangka pula bolehtertidur. Matahari masih belum begitu cerah. Suasana sekeliling sepi. Cumawarung kopi Pak Aji Deris di seberang jalan yang menjadi tumpuan pemandu teksisudah memulakan aktiviti. Malunya aku kalau ada orang nampak aku terbongkangbawah pokok.

" Laaa... aku ingat kau pengsan. Apa kau buat kat sini?Kau lari dari rumah ke?"
soalAshraf. Fauziah bertocang ekor kuda dengan track suit. Macam zaman sekolahdulu. Cuma bezanya dulu comot, sekarang comel. Ashraf turut menyandarkan tubuhdi batang pokok sena bersebelahan Fauziah.

" Aku jogging lah. Bila penat aku berhenti kejap. Taksangka pula sampai tertidur." Bunyi deruan anak sungai, di tambah pulasemilir
pagi yang nyaman benar benar melekakan.Macam tidur dalam bilik aircond. Sudahlah semalamam aku tak dapat tidur memikirkantentang nasib diri yang " di risik".

" Berani betul kau jogging sorang sorang. Kalau jadi apaapa...."

" Kau buat apa kat sini? " Fauziah memintas. Woihati, janganlah kau berdegup rancak begini. Ini Acap okay. A- C-A- P. Bakal adikipar aku.

" Aku ingat nak pancing ikan. Macam waktu sekolah dulu.Tapi air dah cetek, seekor ikan pun tak ada" gumam Ashraf. Kedua merekaterdiam sejenak mengimbas kenangan lalu. Anak sungai ini menjadi"port" mereka pada hujung minggu. Di sinilah mereka memancing,berenang, panjat pokok dan buat aksi diving bersomersault. Sungai yang menjadisaksi sengketa demi sengketa mereka berdua sejak kecil. Gangsta Paradisegitu...

" Kau ingat tak kau tolak aku dari titi masuk dalamsungai ? Sampai luka kepala aku." Dengus Fauziah

" Ada lagi tak parut dia?" tanya Ashraf sambilmenyelak rambut Fauziah yang menutupi dahi. Fauziah pantas mengelak sambilmenepis tangannya.

" Haper ni pegang pegang. Dah tak ada dah. Nasib baikhilang. Kalau tak , tak lakulah
aku" balasnya sambil tawa kecil untuk menutup kegugupan.

"Ehem.. aku dengar ada orang meminang kau. Senyapsenyap ya. Tak nak bagi tahu aku" Nada kecewa terbesit dalam suara Ashraf.

Ahh...mesti Mak dah canang satu kampung. Mak..oh Mak...bangga sangatkah nak dapat besan berpangkat Datuk yg punya rumah besar macma muzium? Fauziah membaling kerikil kesungai. Dadanya sebak kembali. Dia sengaja mengelak dari memandang Ashraf.

" Kenapa ni? Macam sedih jer. Kau tak suka orangtu?" duga Ashraf. Fauziah cuma menjungkit bahu, dia belum bersedia untukbercerita panjang. Lebih lebih lagi pada Ashraf. Bimbang perasaannya dapat dibaca si jejaka. Haiyooo! Apalah aku ni. Takde keroje , cari keroje... saja carinahas.

" Cap, aku nak baliklah. Dah mula panas ni. Aku belumbreakfast lagi" kata Fauziah lalu bangun untuk beredar. I need to get awayfast!

" Kejaplah, aku nak cakap sikit. Kali ni , kau jangannak elak. " tegas Ashraf sambil menyambar tangannya. Terpinga pingaFauziah. Keringat mula merenik di celah anak rambutnya.

" Fuyah, look at me" pinta Ashraf dengan perlahan.

" Acap, apahal ni?" desis Fauziah. Pandangan merekabertaut. Kali ini Fauziah tidak mampu melarikan matanya.

" I have to get this off my chest. Aku dah jatuh cinta dengan kau. Macam mana aku nak kahwin dengan Wani kalauaku kena berdepan dengan kau
tapi takboleh memiliki kau. I don't think I can handle it. Aku tak boleh nak anggap kaukakak ipar aku." Lega rasa Ashraf sebaik saja meluahkan perasaan nya.

Fauziah terpaku. Darahnya bagai nak tersimbah keluar. Mulutnyayang becok tidak dapat berfungsi. Cuma hati dan matanya bisa berkata. Inikahyang di katakan cinta? Oh my God! Pengsankan lah aku. Atau jadikanlah akuhalimunan.
Aku tak sepatutnya berada disini , berduaan dengan Acap. Wrong place at the wrong time. Matanya berkaca.Fuyah... kuatkan diri kau. Tempislah godaan ini, buruk akibatnya nanti. Matiaku kena ganyang dengan si Wani. Mak pun tentu berpihak pada Wani, macam tagteam WWF. Habislah aku...

" Er..er..
Acap.Jangan cakap macam tu. Aku ni member kau, mana boleh kita bercinta."
Terketar ketar suara Fauziah. Alasan yangkedengaran bodoh di telinganya sendiri.


" Cinta tak boleh di paksa. Aku
sayang Wani macam seorang abang sayangkanadik. Tapi dengan kau.... "

" Cap, please ... aku tak nak dengar. " Dengansebak Fauziah menutur kata. Muktamad. Biarlah perasaan
ini aku pendam sendiri,
akan ku ikat dan simpulkan di dalam hati.

Usah di gembur, usah di baja
Tanah kontang jangan teroka
Usah di tanya usah di duga
Hati kekasih kian berduka
(nota kaki smiley: feeling feeling nak berpantun sbb kena penangan NTS)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2009 05:41 PM | Show all posts
Tiga pasang mata merenung tajam kepadanya sebaik saja dia sampai ke rumah.  Senyuman Fauziah tidak berbalas. Apasal semua orang serius sangat ni? Macam tokoh ulama dalam Forum Perdana.

" Assalamualaikum.  Ni... Fuyah beli nasi lemak kat kedai Pak Aji. Fuyah pergi mandi dulu ,ya." Fauziah  meletakkan bungkusan nasi lemak di meja makan. Aiseyman...tak ada respons pun. Selalunya nasi lemak daun pisang ni fevret Mak dan Abah. Wani toksah cakap lah, 2 bungkus boleh lesap dalam sekelip mata.

" Awak pergi mana Fuyah? Subuh subuh lagi dah hilang" tanya Pak Fadzil sambil melipat suratkhabarnya. Fauziah yang baru hendak mencapai teko berisi Kopi O menoleh kehairanan. Lain macam saja tona suara Abah.

" Fuyah pergi jogging. Sampai kat tebing anak sungai, Fuyah rehat jap. Tengok tengok tertidur terus. Nasib baik si Acap datang nak memancing. ...."

" Humphh... betul lah kata Dila. Kakak dengan Acap bercengkerama kat tepi sungai. Kenapa kakak gatal sangat? Sampai hati kakak. Acap tu tunang Wani. Kenapa kakak terhegeh hegeh nak mengorat dia?" herdik Wani. Matanya mencerlung. Mukanya merah seperti T shirt yang di pakainya. Takuutt!

Belum sempat Fauziah menjawab , Mak Yan mencelah" Kenapa awak ni Fuyah? Orang baik baik datang merisik, kau tolak. Tunang adik awak sendiri pula awak nak rampas. Dah tak ada orang lain kah?"

Fauziah menelan air liur. Belum apa apa lagi tag team WWF dah serang... mana aci. Referee pun duduk diam saja.
"Bila... bila Fuyah cuba rampas Acap? Sampai hati Mak tuduh Fuyah. Kalau Mak tak percaya, pergi rumah Makcik Zaidah tanya dia."

" Patutlah Acap nak tangguh tarikh perkahwinan. Rupanya kakak yang kacau daun. Selama ni Wani ingat Acap dah jumpa perempuan lain di Petronas. Tengok tengok kakak sendiri yang menggatal." Wani tersedu sedu sambil merebahkan diri di riba Mak Yan.

" Astaghfirullah. Ya Allah, sumpah Wani. Acap rapat dengan kakak sebagai kawan. Kakak tak... tak pernah .." suara Fauziah tersekat. Hatinya terdetik, nanti aku kena makan sumpah.

" BOHONG!! Kakak selalu jumpa Acap. Pagi tadi pun mesti kakak dah janji nak jumpa dia kat tepi sungai. Ingat orang tak tahu ker? Kawan Wani nampak. Wani benci kakak. Kakak main tikam belakang" jerit Wani macam orang kena hysteria. Mak Yan mengusap bahu anak bongsunya . Bibirnya menipis. Fauziah sudah arif, ibunya sedang menahan marah tahap singa lapar

" Sabar Wani. Kawan Wani yang tukang report tu mesti tokok tambah. Dia suka tengok kita bergaduh agaknya." Tutur Fauziah. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Hujah hujah nya tiba tiba hilang.

" Fuyah, kalau tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak mengata. Yang awak tiba tiba gatal nak pergi jogging pagi pagi tu apahal?  Rupa rupanya ada udang di sebalik batu. Selama ni bila Wani komplen yang Acap dah tak sayang kat dia, Mak tak percaya. Rupanya awak lah puncanya. Fuyah, awak ni sengaja nak malukan keluarga kita." Tuduh Mak Yan.

Hati Fauziah makin sebal. Airmata mula menakung. Mak selalu menangkan Wani, dari waktu mereka kecil lagi. Apa Wani cakap Mak mesti percaya bulat bulat. Sekarang sejarah berulang kembali. Sedarlah sikit Wani oi... kalau Acap dah tak sayang kat kau mesti ada hikmahnya. Baik putus tunang dari kena cerai nanti, dengusnya dalam hati. Tapi kalau aku cakap silap haribulan kena penampar sulung Mak.

" Wani tak peduli. Mak, Wani nak Abang Acap kawin dengan Wani bulan Ogos ni jugak. Wani dah bagi tahu kawan kawan Wani. Malu Wani kalau dia tangguhkan" rengek Wani.

" Wani, kalau Acap nak tangguh, kita kena ikut. Makcik Zaidah dah kata, dia kena pergi berkursus di Jepun selama 6 bulan" pujuk Pak Fadzil yang dari tadi cuma memerhati drama swasta di hadapannya.

Wani bangun dan menghentak hentak kakinya macam budak kecil yang tak dapat aiskrim. Eee.. buruknya. Fauziah berpaling untuk masuk ke bilik. Barangnya perlu dikemaskan. Mandi pun belum. Bas ke KL akan bertolak sejam lagi.

" Mana awak nak pergi tu? Mak belum habis cakap lagi" teriak Mak Yan.

" Apa lagi Mak? Kalau Mak nak Fuyah janji tak akan berjumpa dan bercakap dengan Acap lagi, okay, no problem" katanya dengan tenang walaupun hatinya luluh.

" Kalau betul Fuyah dengan dia tak ada apa apa, kenapa Fuyah tolak pinangan Uzir? Selagi awak tak kahwin, Mak tak percaya awak dengan Acap. Di KL tu macam macam boleh jadi." sinis  kata kata Mak Yan. Wani mengangguk sambil mencebik bibir.

" Ya Allah! Takkan Mak tak percaya Fuyah? Fuyah ni bukan anak Mak? Teruk sangat kah Fuyah selama ni?" Empangan airmatanya pecah. Dia beristighfar. Kenapa semua orang bencikan aku? Ya Allah berilah aku kekuatan. Aku mohon perlindungan Mu, Ya Allah, Ya Robbul Alamin.Berkatilah pilihan aku.

" Mak, Abah... Fuyah terima pinangan Uzir" katanya senafas. Demi keluarga , aku terpaksa...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 05:57 PM | Show all posts
nak lagi...
x puas la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2009 07:21 PM | Show all posts

Balas #344 sang_arjuna\ catat

yes yes yes...fuyah..terima jgn tak terima... ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2009 08:27 PM | Show all posts
mengada2 wani tu.........sian plk kat fuyah
tp go...go...fuyah ....go
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 09:28 PM | Show all posts
n3 lagiii...tak puas baca....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 03:47 AM | Show all posts
bencilah wani ni..
mmg padan dgn uzir...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:11 AM | Show all posts
cam tak hapy lak juliet bila fuyah cam tpaksa trima pinangan uzir tu......

lbh lagi bila acap dah luahkan prasaan dia pada fuyah .....

dan kenang balik prangai wani yg mngada2 sgt tu.....

smoga uzir pandai2 la nak pikat hati fuyah coz juliet cam dah tsuka je kat acap tu skrg ni....huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:31 AM | Show all posts
akhirnya Fuyah  terima gak Si Uzir tu setelah dibahagi, ditolak dicampur segala macam perasaan berkaitan keluarga dia mengalah.... tak pe... Uzir leh pasang strategi nak mengoda dan mengurat Fuyah agar jatuh cinta kat Uzir..... cuba jgn tak cuba Uzir.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:33 AM | Show all posts
Fuyah terima jugak pinangan Uzir walau terpaksa harap2 la Uzir tue layan Fuyah dengan baik...

next...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:58 AM | Show all posts
Fuyah boleh terima uzir tu tapi jangan buat kawin kontrak -  perkahwinan yg tidak sah dalam agama islam
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:11 AM | Show all posts
cepatlah n3.......x sabar nak tengok Fuyah jumpa dengan Uzir.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 10:34 AM | Show all posts
cian Fuyah terpaksa membuat pengorbanan..si wani ni gediklah..bukan dia tak tau si Fuyah n Acap tu memang kwan sekolah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2009 10:49 AM | Show all posts
kesian fuyah....mengader-ngader ler wani ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:31 AM | Show all posts
geram tul ngan wani...:@
campak kat laut br tau...
kesian fuyah, terpaksa bt keputusan yg drastik...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 11:57 AM | Show all posts
kerana fuyah terima dalam paksa rela.
terpaksalah juga di Uzir berhempas pulas
nak menawan hati Fuyah.. masa ini Uzir
tu tengah senyum hingga ke telinga..

tapi bila fuyah dapat tahu ada udang di sebalik
kisah perkahwinan mereka,... agak2nya ada
tak yang melayang2 di keliling Uzir??

sambung jangan tak sambung sang arjuna..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 12:00 PM | Show all posts
tak nak... tak nak.... tak nak....
fuyah x ikhlas nk kawen ngan uzir.
hati die dh kat acap dh. cume sbb family die terpakse time uzir..

buat la fuyah fall in love ngan uzir sblm kawen..
huhu.

x yah la wani ngan acap. x sesuai langsung...
nti kalo dorg kawen lg la acap jumpa fuyah hari2.
lg la timbul konflik. mane tau acap x leh lupa fuyah lg. huhuhu..

putuskan je la wani ngan acap ek....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.821791 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list