|
Umpan melancong
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Mohd Nur Asnawi Daud, Amir Abd Hamid dan Rashidi Karim
[email protected]
KUALA LUMPUR: Teruja dengan tawaran melancong ke luar negara, seorang wanita memasuki jerat sindiket dadah dan kini terpaksa meringkuk di Pusat Tahanan Wanita (WDC) di Karachi, Pakistan selepas ditangkap kerana didakwa cuba menyeludup keluar heroin dari negara itu.
Lebih menyedihkan, suami wanita itu langsung tidak menyangka isterinya dianiaya sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan sehingga kini tidak mengetahui sama ada orang kesayangannya itu sudah dijatuhi hukuman atau masih dalam proses pengadilan oleh pihak berkuasa Pakistan.
Semuanya angkara SMS durjana yang diterima wanita berkenaan yang juga orang kurang upaya (OKU) didakwa dihantar pengendali rangkaian telekomunikasi terkemuka negara yang memaklumkan dia memenangi hadiah melancong ke Singapura selama dua minggu.
Ketika menerima SMS itu, Siti Aisyah Abdul Hamid, 43, langsung tidak mengesyaki ia taktik terbaru sindiket pengedaran dadah antarabangsa untuk merekrut pembawa bahan terlarang itu ke destinasi luar negara.
Siti Aisyah dari Kangar, Perlis, yang mengalami kecacatan tulang belakang sejak lahir ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, pada 27 April lalu kerana disyaki cuba menyeludup kira-kira 950 gram heroin dalam beg alat soleknya.
Menceritakan kejadian itu, suaminya, Jaafar Noor, 43, berkata SMS yang diterima isterinya kira-kira 11.15 pagi pada 7 April lalu, turut meminta mangsa menghantar nombor akaun Maybank miliknya untuk dimasukkan wang RM340 bagi membolehkannya membuat pasport.
Teruja dengan tawaran 憇ekali seumur hidup |
|