|
Sukan tingkat kecergasan fizikal polis
MARAN 4 April |
|
|
|
|
|
|
|
Nilai semula pampasan projek Empangan Klau
Oleh ALI MAHMOOD
RAUB 5 April. - Kerajaan Pusat diminta mengkaji semula nilai pampasan tanah kepada penduduk yang terbabit dengan pembinaan Empangan Klau di sini mengikut harga pasaran semasa.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdulah Sultan Ahmad Shah bertitah, projek itu perlu diteruskan memandangkan ia bukan sahaja memberikan banyak manfaat kepada kerajaan dan penduduk negeri ini tetapi juga kepada rakyat negeri jiran.
Bagaimanapun, titah baginda, kerajaan perlu mengkaji semula bayaran ganti rugi yang dinilai sebelum ini supaya kerja-kerja pembinaan empangan tersebut berjalan lancar tanpa bantahan penduduk terbabit.
''Kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Pusat dan penduduk perlu duduk semeja dan berunding mencari penyelesaian yang adil terutama memberikan nilai sebenar pampasan mengikut harga pasaran semasa," titah baginda.
Tengku Abdulah bertitah demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada 40 penerima yang terdiri daripada ibu tunggal, keluarga miskin, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di Masjid Felda Lembah Klau di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, baginda mengingatkan semua calon parti yang memenangi pilihan raya umum baru-baru ini, supaya melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa.
Sehubungan itu, baginda berharap semua wakil rakyat supaya memberikan tumpuan untuk membasmikan kemiskinan kerana masih terdapat ramai yang hidup di bawah paras kemiskinan tegar walaupun negara telah merdeka lebih 50 tahun lalu.
"Wakil rakyat perlu menjalankan tanggungjawab terutama memberikan keutamaan untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat miskin di kawasan masing-masing.
"Mereka (wakil rakyat) perlu bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, swasta, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu kerajaan negeri menghapuskan kemiskinan tegar tanpa mengira kaum," tegas baginda.
Tengku Abdullah turut menasihati rakyat miskin supaya lebih gigih berusaha supaya dapat menikmati hidup yang lebih selesa.
Kata baginda, mereka tidak boleh berpeluk tubuh dengan mengharap bantuan kerajaan semata-mata kerana sikap seperti itu tidak akan mengubah kehidupan menjadi lebih baik.
Baginda juga meminta rakyat melupakan segala persengketaan yang berlaku dalam pilihan raya lalu, sebaliknya kembali bersatu untuk memastikan negara terus aman. |
|
|
|
|
|
|
|
angan musnah padang permainan awam |
|
|
|
|
|
|
|
Surat tawaran dari penipu
KUANTAN - Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah tertipu apabila menerima surat daripada syarikat tertentu yang menawarkan wang tunai lumayan, namun menuntut sejumlah bayaran pendahuluan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersiol Pahang, Supt Zaini Jass berkata, setakat ini polis menerima dua laporan mengenai kegiatan itu membabitkan kerugian melebihi RM260,000.
Beliau berkata, dalam kes pertama mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun dari Temerloh menerima sepucuk surat dari sebuah syarikat yang dikatakan beroperasi di Kuala Lumpur yang menyatakan bahawa beliau memenangi wang tunai berjumlah RM135,000.
Bercakap di sini semalam, beliau memberitahu, mangsa yang tertarik dengan tawaran yang diterimanya pada September tahun lepas itu membuat bayaran melalui satu akaun bank secara berperingkat-peringkat sehingga mencecah RM145,934.
Zaini berkata, mangsa kemudian menerima satu lagi surat dari syarikat terbabit yang berjanji untuk memasukkan wang tunai berjumlah RM266,598 ke dalam akaun mangsa.
Bagaimanapun, sehingga penghujung bulan lepas mangsa mendapati wang yang dijanjikan masih tidak dimasukkan, menyebabkan dia pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari syarikat terbabit namun sia-sia apabila ia tidak wujud.
Katanya, kes kedua pula membabitkan surirumah berusia awal 60-an di Raub yang kerugian RM18,900 akibat terpedaya dengan penipuan melalui modus operandi sama.
Beliau berkata, mangsa menerima surat menyatakan memenangi RM120,000 melalui sebuah syarikat di Pulau Pinang.
Wanita itu yang menerima surat berkenaan pada 2005, telah membayar pendahuluan RM18,900 ke dalam satu akaun dan hanya membuat laporan polis kelmarin selepas mengesyaki dirinya telah ditipu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan paus mati terdampar di Cherating
Oleh YUSRI SAHAT

SEORANG pengunjung terpaksa menutup hidung akibat bau busuk bangkai kepala ikan paus yang terdampar berdekatan pantai di Resort Sanctuary, Sungai Ular, Cherating, semalam.
KUANTAN 6 April - Penduduk di Kampung Sungai Ular, Cherating dekat sini gempar apabila menemui bangkai ikan paus terdampar di pantai kampung itu semalam.
Bangkai haiwan itu ditemui sekumpulan nelayan yang hendak pergi ke laut kira-kira pukul 6.30 pagi semalam.
Menurut seorang nelayan, Ramli Muda, 45, dia dan adiknya yang sedang bersiap untuk ke laut pada mulanya menyangka objek tersebut adalah bangkai sampan.
Katanya, objek besar itu hanya disedari selepas mereka pulang daripada menangkap ikan kira-kira pukul 1.45 petang.
"Ingatkan sampan, saya pun buat tak kisah tetapi apabila pulang ke darat dalam pukul 1.45 petang, baru saya nampak jelas yang benda itu bukan sampan tetapi kepala ikan paus," katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, bangkai ikan paus tersebut hanya separuh badan termasuk kepala.
''Mungkin paus itu sudah lama mati di laut dan hanyut ke sini," ujarnya.
Seorang lagi nelayan, Umar Mamat, 61, meminta pihak terbabit mengambil langkah segera memindahkan bangkai paus tersebut yang seberat kira-kira tiga tan kerana ia sedang mereput dan busuk.
''Jabatan Perikanan perlu ambil tindakan segera. Satu kajian perlu dijalankan terhadap punca kematiannya kerana tidak pernah ada ikan paus mati di sini," katanya.
Sementara itu, juru kimpal bot, Md. Khalid Awang, 62, pula berkata, kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku di pantai kampung itu.
''Sebelum ini memang ada ikan lumba-lumba yang mati terdampar di pantai ini tetapi kalau ikan paus, ini kali pertama," jelasnya.
Tinjauan Utusan Malaysia ke pantai itu mendapati bangkai ikan paus tersebut masih berada di kawasan berkenaan dan menjadi tontonan penduduk kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
Pencawang telekomunikasi berjanakuasa ganggu murid sekolah
BANDAR JENGKA 6 April - Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta menyegerakan sambungan pemasangan elektrik di pencawang telekomunikasi di Jengka 25 di sini bagi mengatasi pencemaran bunyi dan udara yang dihadapi di sebuah sekolah rendah di tanah rancangan itu.
Ketua UMNO cawangan Felda Jengka 25, Khamsi Hassan berkata, pencawang telekomunikasi yang terletak hanya 33 meter dari Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 25 itu menggunakan alat janakuasa untuk berfungsi menyebabkan berlakunya gegaran dan pelepasan asap di sekolah terbabit setiap kali beroperasi.
Malah, katanya, lokasi pencawang yang terletak di atas bukit berhampiran sekolah itu tidak sesuai kerana didapati berlaku hakisan tanah yang mungkin menyebabkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.
''Masalah utama dihadapi murid sekolah ini ialah gangguan gegaran bunyi daripada generator di pencawang berdekatan menyebabkan mereka tidak selesa mengikuti pembelajaran.
''Akibatnya, seramai 89 murid sekolah berkenaan mengalami pening dan muntah-muntah ketika sesi pembelajaran berlangsung kelmarin kerana kesan gegaran bunyi dan asap generator terbabit,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Khamsi memberitahu, dalam kejadian Jumaat lalu, pada awalnya pihak sekolah menjangkakan berlaku keracunan makanan terhadap murid terbabit tetapi Poliklinik Bandar Jengka mengesahkan insiden itu berpunca daripada gegaran bunyi dan pelepasan asap generator pencawang telekomunikasi itu.
Tambah beliau, kebanyakan yang mengalami pening dan muntah itu terdiri daripada murid tahun lima dan enam.
Katanya, pencawang telekomunikasi yang mula beroperasi sepenuhnya Januari lalu menggunakan generator untuk membolehkan perkhidmatan komunikasi kepada penduduk setempat.
Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit, Mohd. Tamrin Zakaria berkata, pencemaran bunyi dan udara itu berlaku bulan lalu.
''Pencawang itu telah dibina pada Oktober tahun lalu dan penggunaan generator menyebabkan gangguan serius kepada murid,'' katanya.
Mohd. Tamrin bimbang jika masalah itu tidak diatasi akan menjejaskan prestasi pelajaran murid terutama dalam aspek kesihatan.
Bagi mengurangkan masalah itu, jelasnya, pihak pentadbiran sekolah telah menutup beberapa kelas berhampiran pencawang itu dan mereka dipindahkan ke dewan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 25, Rosli Yahya pula berkata, masalah itu telah dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, PIBG, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Zaharudin Abu Kassim.
Kata beliau, pihaknya akan mengambil langkah drastik mengatasinya dengan kerjasama TNB. |
|
|
|
|
|
|
|
Bekas polis perlu elak perselisihan
KUALA LIPIS 6 April - Semua bekas anggota polis perlu menghindari sebarang bentuk perselisihan sebaliknya bergabung tenaga bagi menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Abdul Rahman Mohamed berkata, perpaduan di kalangan bekas polis dapat mengatasi masalah kedaifan yang menimpa segelintir bekas anggota keselamatan itu.
''Memang kerajaan tidak pernah membiarkan bekas anggota polis hidup melarat. Bagaimanapun, bekas anggota polis sendiri harus bersatu tenaga dan sama-sama menjaga kepentingan melalui kegiatan berpersatuan.
''Ini penting kerana hanya di kalangan bekas anggota yang dapat memahami masalah masing-masing," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Koperasi Bekas Polis Pahang Cawangan Lipis di sini hari ini.
Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Daerah Lipis, Pemangku Supritendan Abdul Razak Hassan dan seramai 100 orang bekas anggota dan balu.
Menurut beliau, bekas anggota polis juga tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan daif kerana ia akan menjejaskan nama baik pasukan dan negara.
''Atas sebab itulah, kerajaan menyarankan mereka menyertai Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) sekiranya mahukan pembelaan sewajarnya menerusi kegiatan koperasi dan keusahawanan," katanya.
Melalui persatuan, katanya, bekas polis tidak akan tersisih daripada arus pembangunan memandangkan bantuan terus disediakan kepada mereka yang memerlukan.
Dalam pada itu, Abdul Rahman meminta anggota polis yang bersara awal, menerajui PBPM cawangan Lipis bagi membolehkan tenaga dan kepakaran mereka digunakan sepenuhnya.
''Mana-mana ahli yang masih muda sepatutnya tampil bekas polis lain yang rata-ratanya sudah tua serta tidak mampu menguruskan persatuan," katanya.
Mengenai kegiatan koperasi, beliau berkata, kerajaan akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan kewangan jika projek perniagaan dan keusahawanan memberi manfaat kepada ahli. |
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk gempar mayat tergantung di kedai makan
TEMERLOH 6 April - Penduduk Kampung Tanjung Keramat di sini gempar apabila menemui mayat lelaki tergantung pada palang bumbung sebuah kedai makan di kampung itu awal pagi ini.
Mayat itu ditemui beberapa penduduk yang sedang berjalan kaki menuju ke Masjid Abu Bakar di kampung itu untuk bersembahyang subuh pada pukul 6 pagi.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed berkata, mayat lelaki tersebut yang dipercayai berumur antara 20 hingga 30 tahun memakai seluar jeans biru ketika ditemui.
''Polis tidak mempunyai cukup maklumat kerana tiada dokumen pengenalan diri pada mayat. Mayat yang mempunyai ketinggian 160 sentimeter serta berambut pendek dan berkulit gelap.
''Sesiapa mempunyai saudara lelaki yang hilang diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Fadzillah memberitahu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat maklumat daripada jemaah masjid berkenaan.
Menurutnya, hasil bedah siasat, pihak Hospital Temerloh mendapati mangsa meninggal dunia akibat jerutan di leher dan dipercayai meninggal dunia empat jam sebelum ditemui.
Polis bagaimanapun menolak sebarang unsur jenayah berhubung kejadian itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Basmi kemiskinan agenda kerajaan Pahang
Oleh YUSRI SAHAT

ADNAN Yaakob memakaikan jubah dan songkok kepada Wan Mohamad Razali Wan Mahussin pada majlis angkat sumpah ADUN di Kuantan, Pahang, semalam.
KUANTAN 7 April - Kerajaan Pahang akan terus menumpukan perhatian kepada usaha membasmi kemiskinan selepas rakyat sekali lagi memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Umum Ke-12, baru-baru ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, masih ramai di kalangan rakyat negeri ini yang hidup di bawah paras kemiskinan yang memerlukan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan.
Sehubungan itu, beliau meminta semua wakil rakyat termasuk daripada parti pembangkang menjadi 'mata dan telinga' kepada kerajaan untuk meningkatkan pembangunan di negeri ini.
''Kita akan meneruskan agenda pembasmian kemiskinan dalam usaha membangunkan negeri ini," katanya dalam ucapan penangguhan pada majlis mengangkat sumpah 42 ahli dewan undangan negeri (ADUN) di Wisma Seri Pahang di sini hari ini.
Seramai 37 ADUN Barisan Nasional (BN) dan lima wakil rakyat daripada parti pembangkang mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wan Mohamad Razali Wan Mahusin.
Adnan berkata, kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan sebarang kritikan daripada pembangkang asalkan ia berasas dan bertanggungjawab.
Menurut beliau, kehadiran lima ADUN daripada pembangkang juga merupakan mesej daripada rakyat supaya kerajaan terus bekerja keras membangunkan negeri ini dalam pelbagai aspek.
''Pada penggal ini, rakyat hantar lima wakil rakyat pembangkang berbanding seorang pada penggal lalu. Kita akan pastikan pada penggal akan datang, rakyat tidak akan menghantar walaupun seorang wakil daripada pembangkang," katanya.
Menurut beliau, Pahang dianggap bernasib baik apabila hanya mempunyai lima wakil daripada pembangkang dalam DUN berbanding negeri lain yang mempunyai bilangan yang lebih ramai.
Bagaimanapun, tegasnya, jumlah yang sedikit itu tidak akan melalaikan kerajaan untuk bekerja keras demi kebajikan rakyat di Pahang. |
|
|
|
|
|
|
|
Timur: Air sungai berlumpur jejas projek ternak ikan sangkar
PEKAN: Seorang penternak ikan sangkar, Noreha Abdul Ghani, 48, mengalami kerugian kira-kira RM6,500 apabila lebih 2,200 anak ikan spesies patin dan talapia mati berpunca daripada air Sungai Pahang yang berlumpur.
Keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyebabkan setiap hari antara 50 hingga 590 anak ikan ternakannya yang berumur empat minggu mati.
Noreha berkata, keadaan air Sungai Pahang yang berlumpur selepas hujan lebat di hulu sebelum ini menjadi antara punca utama banyak anak ikan patin dan talapia mati.
"Saya memasukkan anak ikan ke dalam sangkar pada 30 Mac lalu, sejak itu setiap hari anak ikan berkenaan mati dan jumlah terbanyak mati berlaku pada 1 April lalu iaitu 590 ekor.
"Selain faktor air Sungai Pahang yang berlumpur, saiz anak ikan yang kecil juga turut menyebabkan ia mati dengan jumlah yang banyak," katanya yang berpengalaman selama dua tahun menternak ikan sangkar di Sungai Pahang.
Katanya, dia tidak menyangka begitu banyak anak ikan mati kerana sebelum ini kejadian seperti itu tidak pernah berlaku walaupun keadaan cuaca tidak menentu dan hujan di hulu.
Dia yang kini mempunyai 20 sangkar berkata, kesukaran mendapatkan bekalan anak ikan spesies patin dan talapia turut membebankannya dan penternak lain di daerah ini.
Noreha berkata, harga anak ikan bergantung kepada saiz dan spesies, harga biasa yang ditawarkan ialah antara 18 hingga 50 sen seekor, bagi spesies tertentu harganya boleh mencecah sehingga RM2 seekor.
Beliau berkata, selain air Sungai Pahang yang berlumpur, kejadian banjir yang berlaku setiap tahun juga menjadi antara penyebab penternak ikan sangkar mengalami kerugian.
"Dalam kejadian banjir tahun lalu, ramai penternak di daerah ini mengalami kerugian besar apabila sangkar pecah selain ikan mati kerana arus sungai yang deras dan air kotor.
"Saya mengalami kerugian lebih RM2,000 apabila kira-kira 800 ikan patin dan talapia mati," katanya yang mendapat sokongan padu daripada Fama dan Jabatan Perikanan Negeri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Timur: Projek sawit tanah terbiar boleh untung
TEMERLOH: Usaha Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh membantu meningkatkan taraf hidup 96 pekebun kecil di Kampung Paya Luas, dekat sini menerusi penanaman kelapa sawit di tanah kosong terbiar membuahkan kejayaan.
Pengurus PPK Temerloh, Saari Aris berkata tanah seluas lebih 140 hektar milik pekebun kecil yang terbiar diusahakan PPK dengan tanaman sawit sejak enam tahun lalu.
Menurutnya, pekebun kecil menyahut saranan kerajaan supaya tanah kosong terbiar diusahakan secara komersiol untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang termasuk menanam tanaman kontan.
"Pekebun kecil menaruh keyakinan kepada PPK untuk mengusahakan tanah kosong mereka bagi mendapatkan pendapatan tambahan supaya taraf hidup mereka meningkat.
"Sehingga kini, PPK sudah mengeluarkan lebih RM100,000 untuk diberikan kepada pekebun kecil terbabit hasil jualan kelapa sawit berkenaan.
"Dijangkakan pendapatan pekebun kecil akan meningkat dari tahun kesetahun jika harga barangan komoditi berkenaan kekal pada harga tertinggi seperti sekarang," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Saari berkata PPK mempunyai perancangan jangka panjang untuk memajukan pekebun kecil termasuklah mengendalikan program Skim Usahawan Peladang kepada pekebun kecil.
Menurutnya, pekebun perlu peka dengan program pembangunan dan mengusahakan tanah kosong terbiar dengan kegiatan berfaedah supaya boleh mendatangkan sumber pendapatan.
Katanya, pekebun yang tidak mampu mengusahakan tanah kosong terbiar boleh mengadakan usaha sama dengan PPK atau untuk agensi pembangunan pertanian lain yang ada di kawasan tempat tinggal mereka.
Beliau berkata PPK sentiasa berusaha memajukan tanah kosong terbiar milik pekebun kecil berikutan kesedaran agensi ini untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan penduduk.
Sehubungan itu, beliau meminta pekebun kecil yang berminat mengusahakan tanah kosong terbiar mereka dengan kegiatan pertanian menghubungi PPK yang berhampiran di kawasan tempat tinggal mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Timur: Projek sawit tanah terbiar boleh untung
TEMERLOH: Usaha Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh membantu meningkatkan taraf hidup 96 pekebun kecil di Kampung Paya Luas, dekat sini menerusi penanaman kelapa sawit di tanah kosong terbiar membuahkan kejayaan.
Pengurus PPK Temerloh, Saari Aris berkata tanah seluas lebih 140 hektar milik pekebun kecil yang terbiar diusahakan PPK dengan tanaman sawit sejak enam tahun lalu.
Menurutnya, pekebun kecil menyahut saranan kerajaan supaya tanah kosong terbiar diusahakan secara komersiol untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang termasuk menanam tanaman kontan.
"Pekebun kecil menaruh keyakinan kepada PPK untuk mengusahakan tanah kosong mereka bagi mendapatkan pendapatan tambahan supaya taraf hidup mereka meningkat.
"Sehingga kini, PPK sudah mengeluarkan lebih RM100,000 untuk diberikan kepada pekebun kecil terbabit hasil jualan kelapa sawit berkenaan.
"Dijangkakan pendapatan pekebun kecil akan meningkat dari tahun kesetahun jika harga barangan komoditi berkenaan kekal pada harga tertinggi seperti sekarang," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Saari berkata PPK mempunyai perancangan jangka panjang untuk memajukan pekebun kecil termasuklah mengendalikan program Skim Usahawan Peladang kepada pekebun kecil.
Menurutnya, pekebun perlu peka dengan program pembangunan dan mengusahakan tanah kosong terbiar dengan kegiatan berfaedah supaya boleh mendatangkan sumber pendapatan.
Katanya, pekebun yang tidak mampu mengusahakan tanah kosong terbiar boleh mengadakan usaha sama dengan PPK atau untuk agensi pembangunan pertanian lain yang ada di kawasan tempat tinggal mereka.
Beliau berkata PPK sentiasa berusaha memajukan tanah kosong terbiar milik pekebun kecil berikutan kesedaran agensi ini untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan penduduk.
Sehubungan itu, beliau meminta pekebun kecil yang berminat mengusahakan tanah kosong terbiar mereka dengan kegiatan pertanian menghubungi PPK yang berhampiran di kawasan tempat tinggal mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Timur: Wanita digalak berniaga
KUANTAN: Wanita luar bandar di negeri ini perlu berusaha menambah pendapatan terutama dengan menyertai pelbagai aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Panching, Zaili Besar, berkata kerajaan menyediakan pelbagai bentuk bantuan dalam usaha menggalakkan golongan wanita terbabit dalam bidang perniagaan.
Selain bantuan kewangan, latihan dan khidmat nasihat juga turut disediakan oleh agensi yang berkaitan dengan bidang perniagaan yang diceburi.
Menurutnya, alasan tiada modal tidak seharusnya dijadikan halangan untuk wanita terutama di luar bandar untuk menceburi bidang perniagaan yang diminati.
"Saya berharap lebih ramai wanita tidak mengira status, terbabit dalam bidang perniagaan yang secara langsung berupaya menambah pendapatan keluarga.
"Peluang dan ruang yang disediakan kerajaan perlu direbut dengan sebaik mungkin," katanya ketika berucap merasmikan program Taklimat Kecantikan Dandanan Diri dan Spa.
Program berkenaan dianjurkan Wanita Kampung Pandan Satu dengan kerjasama Cawangan Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen Paya Besar di Balai Raya Kampung Pandan Satu, di sini, semalam.
Turut hadir Pengarah Urusan Maicare Marketing Sdn Bhd, Siti Salmiah Ab Malik yang menyampaikan ceramah peluang perniagaan dalam bidang kecantikan.
Zaili berkata, bantuan pinjaman kewangan antara RM5,000 hingga RM50,000 disediakan oleh pihak Mara dan Tekun sebagai usaha menggalakkan golongan Bumiputera menceburi bidang perniagaan.
Beliau berkata, bagi mereka yang meminati bidang kecantikan, mereka boleh belajar dengan Maicare yang berpengalaman luas dalam bidang kecantikan selain pengeluar pelbagai produk kesihatan.
Siti Salmiah berkata, dia yang mendapat kepercayaan pihak Mara sentiasa berusaha memberi pendedahan dan latihan kepada golongan wanita untuk menceburi bidang kecantikan.
"Pihak Maicare akan menyediakan latihan dan khidmat nasihat kepada wanita yang bercita-cita membuka perniagaan kecantikan sama ada secara besar mahupun kecil-kecilan di rumah.
"Mereka yang berminat juga turut diberi latihan untuk menyediakan kertas kerja memohon pinjaman daripada pihak bank," katanya yang kini mempunyai 47 cawangan seluruh negara. |
|
|
|
|
|
|
|
Salon rambut tawarkan khidmat seks

'Ida' salah seorang tukang urut di salon rambut sedang menunggu pelanggannya di Jalan Bukit Ubi, Kuantan semalam.
KUANTAN - Bukan sekadar salon rambut.
Jangan terkejut jika anda ditawarkan pelbagai bentuk hiburan sehingga kepada khidmat seks murahan walaupun niat cuma mahu mendapatkan perkhidmatan mencuci dan gunting rambut di beberapa buah salon rambut dan kecantikan tertentu di sekitar bandar ini.
Malah pemilik perniagaan gelap berkenaan juga bebas menjual minuman memabukkan jenis bir dan stout dalam tin selain menyediakan bilik karaoke untuk pelanggan mereka berhibur sedangkan ia jelas melanggar syarat pelesenan perniagaan yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, premis tersebut dilengkapi beberapa buah kerusi dan peralatan mencuci serta gunting rambut, sedangkan kegiatan haram mereka dilakukan di dalam bilik-bilik kecil dan ruang gelap yang kotor serta tersembunyi di bahagian belakang.
Tinjauan Kosmo! selama seminggu mendapati agak mudah untuk mengenal pasti premis berkenaan kerana ia beroperasi di tingkat satu bangunan kedai dan waktu perniagaannya antara pukul 10 pagi sehingga lewat malam pada setiap hari.
Tidak kira siang mahupun malam, pintu masuk ke tangga premis tersebut dihiasi kerlipan lampu pada papan tanda yang memaparkan jenama minuman keras bagi menarik pelanggan.
Tinjauan mendapati tidak kurang 10 premis seumpama itu wujud di Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Bank, Jalan Tun Ismail, Lorong Tun Ismail serta Jalan Beserah.
Wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai pelanggan pada mulanya ditawarkan khidmat memotong rambut sebelum dipelawa untuk menikmati terapi urut oleh tauke salon terbabit.
Ketika diurut, tukang urut yang dikenali sebagai Candy, 28, menawarkan pula perkhidmatan tambahan.
"Di sini, kami bukan setakat boleh mengurut badan pelanggan sahaja tetapi ada perkhidmatan lain juga,'' katanya.
Perkhidmatan lain yang dimaksudkan Candy ialah berkaitan seks ringan dan berat yang mengenakan bayaran antara RM30 hingga RM130.
"Tetapi kalau mahu urut badan sahaja, cuma RM30," katanya yang berasal dari Sibu, Sarawak dan sudah bekerja di situ hampir dua tahun.
Sementara itu, seorang lagi pekerja salon lain yang dikenali sebagai Ida, 30-an dan berasal dari Pasir Mas, Kelantan menyatakan ramai pelanggan datang ke salon rambut tempat dia bekerja untuk mendapatkan khidmat daripadanya.
"Biasanya selepas memotong rambut atau mengurut, saya menawarkan servis lain. Apa salahnya, mereka puas dan saya pula dapat pendapatan tambahan selain menggunting rambut," jelasnya.
Seorang pelanggan yang mahu di kenali sebagai Amat ketika ditemui Kosmo! memberitahu, perkhidmatan 'murah' ditawarkan salon rambut terbabit menyebabkan dia dan rakan-rakannya sering 'melepak' di situ.
"Di sini harga servis murah jika dibandingkan dengan tempat urut lain. Kalau di tempat eksklusif mungkin beratus ringgit kena bayar tapi di sini, ada RM80 dalam tangan pun cukup," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Peneroka lega pinjaman sara hidup dinaikkan
Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
MARAN 8 April |
|
|
|
|
|
|
|
Majikan diarah tubuh jawatankuasa keselamatan pekerja ladang

SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Perladangan di Kuantan, semalam.
KUANTAN 8 April |
|
|
|
|
|
|
|
Rayu baiki jalan rosak, berlubang
BERA 8 April |
|
|
|
|
|
|
|
Perkim Pahang perlu bantuan dana
JERANTUT 8 April |
|
|
|
|
|
|
|
Ahli UMNO gesa hentikan polemik
BANDAR JENGKA 8 April |
|
|
|
|
|
|
|
Bantulah saudara baru ini
JERANTUT 9 April - Seorang saudara baru merayu kerajaan dan pertubuhan Islam di negeri ini membina sebuah rumah untuknya bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang Islam yang sempurna.
Ibu tunggal kepada dua anak itu, Serena Abdullah, 42, kini tinggal bersama ibu bapanya yang masih menganut agama lain di Perumahan Kilat Sungai Jan di sini.
''Saya malu kerana tidak tahu sembahyang dan amalan fardu lain walaupun telah lama memeluk Islam. Saya malu dengan jiran Islam di tempat tinggal saya," katanya.
Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima bantuan wang tunai daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Pahang di sini semalam.
Pada majlis itu, Serena bersama dua lagi saudara baru masing-masing menerima sumbangan wang tunai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.
Serena berkata, dia hanya mengenali Islam setelah berkahwin dengan bekas suaminya yang juga seorang mualaf yang kini bekerja di Kuala Lumpur.
Dia yang enggan mendedahkan identiti suaminya memberitahu, selepas diijabkabulkan, Serena tidak pernah mendalami Islam kerana sibuk bekerja.
Serena yang baru bercerai tiga bulan lalu, terpaksa menanggung keperitan memelihara dua anaknya, Anita Soon Abdullah, 14, dan Adam Soon Abdullah, 12.
''Setelah hidup dalam suasana 'kosong', hati saya semakin tegar untuk mendalami Islam kerana tahu agama ini mempunyai banyak kelebihan berbanding agama lain," katanya.
Kerani di sebuah pertubuhan mualaf di bandar Jerantut itu bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anaknya masih kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Ini kerana kedua-dua anaknya menerima pendidikan agama di sekolah berdekatan tempat tinggalnya.
''Saya berhasrat untuk mencari guru agama bagi mengajar anaknya mendalami ilmu Islam," katanya.
Sementara itu, Anita Soon berkata, dia menghadapi masalah untuk mempelajari Islam di rumah kerana ibunya juga tidak memahami ajaran agama itu sepenuhnya.
''Mujurlah rakan daripada kalangan orang Melayu membantu mengajar saya tetapi saya masih memerlukan bantuan guru agama," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Shukri berkata, pihaknya akan membantu keluarga tersebut untuk mendapatkan rumah yang selesa.
''Saya dan Perkim akan berunding dengan pihak berkuasa tempatan untuk penempatan sementara di sini sebelum kerajaan menimbang supaya Serena disediakan sebuah rumah tetap," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|