|
|
Edited by blusher at 2-2-2020 10:28 AM
Ulasan iols berkenaan telemovie, konsert & Prague @ 1st February 2020.
1. Telemovie Ting Tong Love
- Jalan cerita yang klise dah boleh jangka tapi tak boring sebab perjalanan cerita ni laju dan skrip yang on point. Banyak moments yang melekat antaranya scene plup plup (since yang kelakar2 geli. Haha), scene samseng Jefrydin nyanyi Episod Cinta, membuatkan hati fans Naqiu/Boboy jadi berbunga-bunga. Betullah lirik ‘ku terima semua iniiii’ sangat sesuai digunakan untuk pelbagai situasi. Hehe
- Lakonan Naqiu Not so bad. Dari Semarak Naga lagi iols rasa Naqiu ada bakat dalam lakonan. Cuma sebab dah lama tak berlakon kan, awkwardness tu still ada. Tapi overall okay, iols suka Naqiu bawak watak kelakar. Lontaran suara dia, best sebenarnya. Husky dan hmm ni maybe bias, iols rasa sexy. Iols suka bila perempuan gila2 tapi yang lelaki cakap cool ni. Iols suka scene yang Hairi & Naini lepak berdua lepas Hairi selamatkan mak Naini tu. Iols dapat rasa vibe romantik tu & Hairi nampak cool sangat.
- Special thanks to all casts (Scha, Aleza, PS Mansur, Samseng Jefrydin) telemovie ni jadi cantik sebab semua memberi. Naqiu dengan Scha pun nampak ada chemistry. Mama pun best, suka dengan relationship Mama dan Hairi. Comel sangat.
- Overall? Iols puas hati. Untuk telemovie kelakar2 & tak serious macam ni, iols puas. Good job Naqiu & team.
2. Konsert
- Secara keseluruhan, iols suka fans service Naqiu. Jalan sana jalan sini, mana la fans tak sayang. Suara yang crack sikit2 tu iols boleh ignore sebab iols terpesona dengan performance Naqiu. Lagipun bila tau condition sebenar Naqiu tu, iols faham.
- So untuk Naqiu, jaga kesihatan, dapatkan tidur yang cukup. I know you know what to do. All the best!
- Anyway, pleaseee buat konsert cepatttt, iols nak beli tiket paling mahal, sebab iols dah buat tabung road to Naqiu’s concert. Haa gittewwww. Hehe
3. Prague
- Adoii, why iols sebak bila tengok moments kat airport. Serious sebak. Adakah iols berhati wet tissue seperti Naqiu?? Hehe
- Iols sebenarnya mengharapkan Naqiu dapat berehat kat Prague tu, sebab confirm lepas ni nak masuk balik set untuk shooting Mat Bond, tapi bila tau jadual dia kat Prague tu 3 hari je, I is redha.
4. Nota keseluruhan
- Tahniah Ting Tong Love kerana berjaya trending di twitter pada kedudukan 5 kemudiannya 4 dan kembali ke 5.
- Berdasarkan kajian iols yang tak berapa nak ilmiah ni, dan iols tak nak jadi kaki claim, rancangan di Citra ni jarang2 untuk trending sebab faktor liputan yang tak meluas sebagaimana Ria. Ria memang dah ada dalam package while Citra hanya akan available pada package mahal or if kita nak add on ke dalam packaage kita. Even if kita dah subscribe dalam package mahal yang dah ada Citra pun, kita tak boleh tengok kat Astrogo, kena tengok kat tv (correct me if I’m wrong).
Jadi bila trending ni iols agak bangga. Trending telemovie Tingtong ni jugak berlaku sebab ramai yang suka dengan lakonan Naqiu, Scha serta casts yang lain dan jalan cerita telemovie ni. Congrats to Ting Tong team! So far rata2 di twitter berpuas hati dengan lakonan Naqiu. Kalau Scha takyah cakap la, ratu Rom-Com. Hehe
- Iols dapat rasakan yang telemovie Tingtong ni salah satu percubaan Astro untuk menilai sejauh mana Naqiu as daya penarik dan juga level of lakonan Naqiu. Banyak mata memerhati sebenarnya ni. Alhamdulillah satu permulaan yang baik pada pendapat iols.
Sekian ulasan dari pem bias tegar Naqiu. Hehehe
|
|