CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 18-11-2025 11:40 PM | Show all posts
Saksi ke 47 - Shaharoom Bt Hashim
- Pengetua sejak 4/4/2025 . Sblm ni jd pengetua kt SMKA Keningau
- Setuju bhw jawatan & skop guru asrama tiada dlm piawaian rasmi JPNS
- Slps kejadian baru tahu sistem letakkan sorang pelajar form 4  di setiap dorm form 1.
- Sepatutnya ada buku bertugas yg perlu diisi warden sbg rekod rondaan. Salah satu tujuan rondaan utk pastikan student tidur slps lampu ditutup jam 11.00 mlm
- 16/7 , 3.15 pg , saksi dimaklumkan  KW ttg kejadian menimpa Zara.Tiba sekitar jam 3.30 pg , nmpk zara terlentang . Ada warden2  (KW, Rahmatina , Rohayati , Norashima & Rezhani) & Aunty Linah disitu. Turut ada bbrp pelajar yg sheols tak kenali.
- arahkan KW hubungi ambulans sekali lg. Ambulans tiba pukul 4.00 pg dan sorang warden iring Zara.
- sementara ambulans dtg , deyols cuba hubungi ibu zara.
- 5.30 pg , saksi tiba di Hospital Queen Elizabeths.
-9.30 pg , saksi bertemu ibu zara , tanya sama ada sheols hadir seorg diri dan kemudian dibenarkan masuk ke unit kecemasan utk lihat Zara.
-Saksi nafi ada belai tgn ibu zara & ckp "tak pyh buatlah laporan polis , KW dah buat" , pd sekitar jam 10.17pg
- Cuma jumpa ibu Zara di hospital , dan si ibu ada bertanya patutkah buat police report. Saksi cuma beritahu "Pihak skola dah buat laporan police"
- Pg itu pihak sekolah ada buat siasatan dalaman ikut SOP137 yg sedia ada. Dikendalikan oleh unit disiplin , unit kaunseling & para warden asrama.
- tak tahu secara terperinci laporan dalaman krn laporan tu dibwh kawalan PK HEM cikgu Asni Marjan.
- tak tahu keputusan siasatan dalaman krn sibuk dgn urusan pentadbiran skola yg lain.
- tak tahu secara terperinci melainkan senior ada memarahi Zara pd mlm tu
- Lps PDRM & JPN dtg , baru deyols ada tinjau tmpt pertama zara dijumpai. Tk tahu siapa arahkan tmpt kejadian dibersihkan sbb saksi berada di hospital.
- KW yg arahkan tutup akses telefon awam selama 48 jam , keputusan KW snd bukan arahan saksi.
- sepanjang bertugas tak pnh terima aduan buli @ masalah disiplin berkaitan pelajar. Tak pasti jika ada aduan dikemukakan pd petugas lain.
- Zara tk pnh buat apa2 aduan pd pihak sekolah. Hanya tahu pintu almari Zara rosak slps dpt laporan KW slps hari kejadian.
- cuma tahu budaya bersikap kasar & cakap maki2 slps kejadian zara.
- Pihak sekolah beri kerjasama penuh kpd pihak berkuasa & saksi juga ingin apa yg berlaku dlm kes zara ini.

sumber : https://www.facebook.com/photo?f ... cb.4046096119054044
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2025 11:44 PM | Show all posts
So baru 3 bulan le Setajah Shaharoom jd pengetua kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
akuMNdia replied at 12-11-2025 09:00 AM
Saksi cerita kawan asrama ajak pulau Zara Qairina



Cuba check pelajar senior biadab tu.
Kot2 dia atau geng2 dia yg mencuri
Waktu asrama dulu, kemahen geng2 senior acah2 tomboy gangster ni dok panggil junior tuduh2 budak tu mencuri.. last last kantoi salah sorang geng dia juga mencurii.. jahat serupa setann perangaii..
Aku rasa semua sekolah asrama agama ada pangai style macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 18-11-2025 11:44 PM
So baru 3 bulan le Setajah Shaharoom jd pengetua kat situ.

Kan,patut la byk x tau. Belum sempat ambil tahu agaknya. Jd betul la bekas pengetua nafi yg dia x terlibat.

By the way, klau KW dh buat report polis ibu zara mmg x pyh buat report lg ke? Kw buat report on behalf sekolah ke sbb tmpat kejadian dlm skolah. Ibu zara perlu buat report utk zara mcm tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 10:29 AM | Show all posts
hart_attack replied at 19-11-2025 08:03 AM
Kan,patut la byk x tau. Belum sempat ambil tahu agaknya. Jd betul la bekas pengetua nafi yg dia x  ...

setahu aku boleh jer mak zara buat report.
kalau ada 10 org nak buat report pun boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2025 09:31 PM | Show all posts
hart_attack replied at 19-11-2025 08:03 AM
Kan,patut la byk x tau. Belum sempat ambil tahu agaknya. Jd betul la bekas pengetua nafi yg dia x  ...

Sekali report pun dh cukuplah kan. Tp kkdg mcm satu isu tu ada ramai yg report kan. Ntah taktaulah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2025 10:20 PM | Show all posts
Edited by borrow at 19-11-2025 10:24 PM

Saksi ke 48 - Miswati bt Lundu
- Guru kaunseling
- Juga warden asrama sejak Mac 2022
- Pnh jumpa Zara sebanyak 2 kali sbb kaunseling kelompok. Seisi kaunseling diadakan sbb ada pelajar yg buat aduan & persepsi jahat thdp Zara.
- 5/3 = Seisi Pertama. Srg pelajar jr ckp , yg srg pelajr jr lain telah "lupa kawan" sejak berkawan dgn Zara. Zara menjelaskan dia cuma berkawan dgn pelajar jr tersebut spt biasa.
- 14/3 = Seisi Kedua. Pelajar jr mengadu dia melihat srg pelajar jr buat perkara tak senonoh pd zara. Namun setelah dgr penjelasan semua yg terlibat , itu hanya persepsi & adalah gurauan pelajar jr yg dituduh itu.
- Saksi memberikan kaunseling & nasihat kpd semua pelajar yg terlibat. Satu "one page report" bertarikh 14/3 juga ada dibuat.

- 17/7 saksi bersama seorang guru & 2 pelajar form 4 telah bantu utk kemas brg2 peribadi Zara. Semasa kemas jumpa diari berwarna coklat & buku latihan.
- Saksi ada membaca buku2 tsbt tp tidak teliti. Hasil pembacaan, saksi mengandaikan yg Zara ada family prob.
- Serah buku kpd cikgu Yuslina. Saksi tahu yg buku2 itu kemudiannya diserah kpd KW , tp tak tahu bila & dimana diserahkan.
- Maklumkan penemuan buku2 & letak gambar (buku) di wassap group pengurusan asrama.
- Tak maklumkan penemuan buku2 itu kpd ibu Zara , tk pasti jika ada guru lain berbuat demikian.

- 19/7 , tergerak hati utk lakukan pemeriksaan rak buku di kelas Zara & temui 15 helai kertas menyerupai tulisan arwah. Kertas2 itu diselitkan dlm buku latihan pjg kosong , & saksi tak tahu buku kosong itu milik siapa.
- lihat dan syakki tulisan zara sbb sama dgn buku diari yg ditemui sblm ni. Serahkan kpd guru lain utk tindakan selanjutnya.

- Terlibat dlm siasatan dalaman kes Zara pd 16/7. Saksi memanggil bbrp pelajar sr yg dikatakan antara terakhir jumpa zara di sebuah bilik dorm.
- tidak tahu terperinci melainkan srg pelajar sr bertanya kpd zara , sama ada ada curi pin bendera.
- Saksi diberitahu pelajr senior ada meninggi suara pd zara , tp tak pasti ada memarahi atau tidak. Saksi juga tak tahu keadaan Zara sms disoal sr.
- Sms siasatan dalaman bersama pelajar sr , mereka menunjukkan emosi kurang stabil , menangis & tk mahu beri respon pd awalnya. Mereka nmpk rasa bersalah krn tak sangka tragedi berlaku lps perjumpaan mlm tu.
- srg pelajar jr ada mengaku guna perkataan kesat spt bodoh & sial. Saksi bersetuju perkataan2 ini boleh ganggu emosi arwah pd mlm tu.
- Para pelajar sr lain nafi ada guna perkataan tak elok , deyols hanya bertanya soalan.
- Saksi ada sediakan laporan seisi kaunseling pelajar2 sr yg jumpa Zara pd mlm tu.
- Pd pandangan saksi , Zara srg pelajar normal dan suka berkawan. Saksi juga tlh tegur pelajar jr lain utk tidak sewenang2nya beri gelaran pd zara.
- keputusan tutup akses telefon awam utk elak student bg maklumat salah pd ibu bapa.
- sstgh warden akan ronda & pantau , sstgh pula stanby kat rumah warden, tunggu aduan pelajar.
- Saksi nafikan sheols yg sebar isi buku diari kat medsoc spt tiktok. Saksi tak tahu bagaimana kandungan buku boleh terdedah.
- penilaian sms seisi kaunseling dulu , zara tak tunjuk tanda kemurungan & kesedihan.


source : https://www.facebook.com/photo?fbid=4046891172307872&set=pcb.4046891198974536

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 05:30 PM | Show all posts
Edited by borrow at 20-11-2025 05:32 PM

Dakwaan Zara lesbian hanya cakap-cakap sahaja – Saksi

KOTA KINABALU: Isu dakwaan “lesbian” yang dikaitkan dengan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir sebenarnya hanya persepsi dan gosip dalam kalangan pelajar, berdasarkan tanggapan mereka apabila melihat dua pelajar perempuan rapat.

Perkara itu didedahkan oleh guru Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKA Tun Datu Mustapha, Miswati Lundu, 37, ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan dalam prosiding inkues kematian Zara.

Menjawab soalan daripada Pegawai Pengendali Mohd Fairuz Johari, saksi ke-48 itu berkata isu “lesbian” itu bermula dalam kalangan pelajar dan seorang pelajar telah membuat aduan mengenainya.

“Pada mulanya pelajar lain yang menimbulkan isu itu dan (nama pengadu disebut) juga terikut,’’ katanya.

Pegawai Pengendali: Bagaimana boleh timbul isu “lesbian” yang melibatkan Zara ni ya?
Saksi: Isu lesbian ini adalah cakap-cakap daripada pelajar-pelajar apabila melihat Zara ni selalu suka berkawan dengan kawan perempuan.

Pegawai Pengendali: Boleh cikgu jelaskan? Dalam asrama perempuan, memang biasa pelajar berkawan rapat. Jadi bagaimana isu ini boleh timbul?
Saksi: Itu persepsi pelajar-pelajar. Apabila melihat kawan perempuan ni dengan kawan perempuan rapat, mereka terus cakap ini mesti ada ‘something’. Ia persepsi sahaja, mereka tidak tahu keadaan sebenar.

Terdahulu, Miswati ketika membacakan kenyataannya saksinya berkata dia pernah berjumpa dengan Zara sebanyak dua kali dalam sesi kaunseling kelompok.

Sesi pertama diadakan pada 5 Mac 2025, melibatkan Zara dan seorang pelajar Tingkatan 1 yang membuat aduan.

Pelajar itu mengadu bahawa seorang lagi pelajar seolah-olah ‘lupa kawan’ selepas mula rapat dengan Zara. Zara pula mengatakan bahawa Zara hanya mahu berkawan dengan pelajar tersebut (yang didakwa lupa kawan) dan tidak ada hubungan lain seperti ‘lesbian’ yang dikatakan oleh pelajar lain.

“Setelah mendengar luahan dan penjelasan kedua-dua pelajar, saya telah memberikan kaunseling dan nasihat kepada mereka berkenaan pemahaman diri, pengurusan emosi dan teknik menyelesaikan konflik secara matang,” katanya.

Menjawab soalan tambahan, Miswati berkata pelajar yang dikatakan ‘lupa kawan’ dipanggil secara individu.

Menurutnya, pelajar yang dikatakan ‘lupa kawan’ itu juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Zara hanya kawan dan tiada apa-apa yang mencurigakan.

Miswati memberitahu mahkamah bahawa dia menasihati kedua-dua pelajar (pengadu dan pelajar yang dikatakan ‘lupa kawan’) untuk berkahwan secara ikhlas dan jika ada masalah cuba untuk selesaikan masalah itu dengan matang.

Sesi kaunseling kedua diadakan pada 14 Mac 2025, melibatkan Zara serta dua pelajar Tingkatan 1 yang merupakan rakan sebilik iaitu pelajar A dan (nama pelajar disebut).

Sesi itu dijalankan selepas Pelajar A mengadu bahawa rakan sebilik mereka cuba menganggu Zara secara seksual. Zara turut menyatakan bahawa kejadian itu disaksikan Pelajar A.

Hasil siasatan dan sesi kelompok mendapati pelajar terbabit sekadar bergurau dan hanya menghidu selimut Zara sambil mengatakan ‘Bau pepek’.

“Ketiga-tiga pelajar diberi peluang untuk memberi penjelasan masing-masing dan selepas mendengar penjelasan semua pelajar, saya telah memberi nasihat dan kaunseling kepada ketiga-tiga pelajar untuk tidak beranggapan negatif tanpa bukti yang jelas,” katanya sambil menambah satu ‘One Page Report’ bertarikh 14 Mac 2025 telah disediakan oleh Unit Disiplin dan laporan sesi kaunseling yang telah dijalankan.

Miswati juga memaklumkan bahawa sesi kaunseling kedua dijalankan susulan aduan daripada ibu Pelajar A.

Dalam rumusannya, berlaku salah faham, dan pelajar yang terbabit menjelaskan bahawa dia hanya bergurau dan tidak berniat melakukan apa-apa.

Miswati turut memberitahu bahawa beliau mengendalikan kira-kira 60 sesi kaunseling pada tahun 2025, termasuk lima pelajar yang kini didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak.

Beliau berkata sesi kaunseling bagi lima pelajar itu diadakan sebelum dan selepas insiden melibatkan Zara.

“Bagi Pelajar A, sebelum insiden, ia berkaitan gangguan seksual, ingin pindah dorm, kehilangan barang dan juga kehilangan duit.

“Bagi empat pelajar lain, kaunseling selepas kejadian berkaitan isu emosi akibat insiden tersebut,” kata Miswati, yang kini tidak lagi bertugas di sekolah berkenaan selepas dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri.

https://sabahmedia.com/2025/11/19/dakwaan-zara-lesbian-hanya-cakap-cakap-sahaja-saksi/




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 18-11-2025 03:40 PM
Saksi ke 47 - Shaharoom Bt Hashim
- Pengetua sejak 4/4/2025 . Sblm ni jd pengetua kt SMKA Keningau
- ...

Suma tak tau harap orang bawah eh? Tipikal pangai pengetua takda fungsi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 19-11-2025 02:20 PM
Saksi ke 48 - Miswati bt Lundu
- Guru kaunseling
- Juga warden asrama sejak Mac 2022

srg pelajar jr ada mengaku guna perkataan kesat spt bodoh & sial.

Meols nak tuduh ni si A yang seswatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Prngetua jenis apakah itu?

Semua tidak tahu

Alasan baru itu tidak boleh diterima...
Memang sesswatu sgt ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
“Bagi Pelajar A, sebelum insiden, ia berkaitan gangguan seksual, ingin pindah dorm, kehilangan barang dan juga kehilangan duit." - Sesi kaunseling

Iols pun nk tuduh si A sesuatu,mak dia pun ada buat report psl dia dkt cikgu.

Lesbian smpai mcm tu skali ganguan seksual dorg ckp. Tp dh mmg dorg nafikan. Hanya salah faham
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 09:37 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 20-11-2025 05:44 PM
srg pelajar jr ada mengaku guna perkataan kesat spt bodoh & sial.

Meols nak tuduh ni si A yang s ...

8 Dec ni bicara kes mencela plak. Rasanya A akan dipanggil lg . Inkues ni pun tujuannya nak tentukan kematian zara je.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 10:13 PM | Show all posts
Edited by borrow at 20-11-2025 10:15 PM

harini cikgu kaunseling @ saksi ke 48 dipanggil sekali lg utk bentang 2 laporan yg sheols sediakan. 17/7 , seisi kaunseling dibuat pg & mlm , melibatkan 5 pelajar yg terakhir berinteraksi dgn zara. 5 pelajar terbabit alami tekanan emosi sbb diejek (oleh pelajar2 lain) jd punca apa yg menimpa zara. Deyols juga berasa bersalah ,  seolah2 jd punca kpd kenapa zara dijumpai di bawah.


source : https://www.facebook.com/photo?f ... cb.4047841038879552
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2025 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharitubunga replied at 20-11-2025 08:20 PM
Prngetua jenis apakah itu?

Semua tidak tahu

Takde rasa tamggungjawab ke pengetua ni.


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 18-11-2025 11:44 PM
So baru 3 bulan le Setajah Shaharoom jd pengetua kat situ.

Malang nasibnya. Baru pindah sekolah,jadi kes besar. Kena maki free aje dgn terpaling justice.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2025 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 20-11-2025 05:30 PM
Dakwaan Zara lesbian hanya cakap-cakap sahaja – Saksi

KOTA KINABALU: Isu dakwaan “lesbian” yang  ...

Baca separuh inkues ni,pucuk pangkal bermula masalah bukan senior bukan arwah bukan kakM tpi daripada si A ni.
Apa yg dia sakit hati dgn arwah asik tuju kat arwah aje .
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Azharitubunga at 21-11-2025 03:22 PM
asfaz replied at 21-11-2025 09:11 AM
Baca separuh inkues ni,pucuk pangkal bermula masalah bukan senior bukan arwah bukan kakM tpi darip ...


Nampak lebih kepada jeles

Adik zara ni agak popular dan aktif di sekolah dan asrama

Pelajar A ini yg diwaliki peguam ram sing itu kan?
Sudah pindah juga dia dr sekolah itu kan?

Tapi ketara sangat kelemahan pada skolah yang nak mengkover semua kelemahan yg berlaku demi nama baik pengetua dan sekolah..
Punah ranah jadinya

Adakah pelajar A itu yasmen?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharitubunga replied at 21-11-2025 03:21 PM
Nampak lebih kepada jeles

Adik zara ni agak popular dan aktif di sekolah dan asrama

Rasanya sb pernah ikut arwah balik kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by hart_attack at 21-11-2025 04:00 PM


Inkues Zara: ‘Saya tidak berniat untuk membuka aib sesiapa’ – Saksi


KOTA KINABALU: Seorang guru menjelaskan bahawa beliau mengimbas dan berkongsi salinan diari Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir kepada empat individu lain bagi membantu siasatan dan bukannya untuk membuka aib sesiapa.

Yuslina Badrum, saksi ke-49 dalam inkues kematian Zara, berkata demikian ketika ditanya oleh Koroner Amir Shah Amir Hassan sama ada beliau mempertimbangkan kesan perkongsian itu terhadap arwah yang sudah tidak dapat menjawab apa-apa.

Menjawab soalan lain, Yuslina berkata beliau juga tidak suka sekiranya barang privasinya diganggu, namun dalam kes ini tindakan tersebut diambil kerana mereka perlu melihat situasi daripada semua sudut bagi mencari penyelesaian terbaik.

Terdahulu, Koroner mengemukakan beberapa soalan selepas sesi soal jawab antara saksi, pegawai pengendali dan pihak-pihak berkepentingan selesai.

Koroner: Semalam cikgu ada mengatakan cikgu scan dan hantar isi kandungan diari. Saya cuma minta pengesahan untuk rekod mahkamah diari yang mana satu yang cikgu scan dan hantar kepada cikgu yang satu lagi?
Saksi: Diari berwarna ungu, hijau, coklat, dan helaian diari 15 helai.

Koroner: Maksudnya semua yang dijumpai.
Saksi: Betul.

Koroner: Kepada siapa cikgu serahkan?
Saksi: Cikgu Norasimah, Cikgu Azhari.

Koroner: Kesemua isi kandungan?
Saksi: Kesemua sekali.

Koroner: Dalam bentuk apa? PDF atau apa?
Saksi: Dalam bentuk PDF.

Koroner: Maknanya selain daripada cikgu yang scan keseluruhan isi kandungan diari dan juga helaian-helaian kertas, ada dua orang lagi yang cikgu tahu ada milikan ke atas salinan-salinan diari itu?
Saksi: Betul, dan saya ingin tambah, saya ada bagi juga kepada pentadbir sekolah.

Koroner: Siapa pentadbir itu?
Saksi: Pengetua dan juga Penolong Kanan HEM (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Koroner: Maksudnya, asalnya cikgu yang scan, semua isi kandungan, kemudian cikgu serahkan kepada empat lagi yang lain iaitu  Ustaz Azhari, Cikgu Norasimah, pengetua dan PK HEM
Saksi: Iya.

Koroner: Semasa cikgu mengimbas, dan juga sebelum share kepada pihak-pihak yang cikgu sebutkan, cikgu ada membaca semuanya?
Saksi: Ada.

Koroner:  Boleh mahkamah tahu persepsi cikgu tentang kesemua isi kandungan itu secara general?
Saksi: Secara general, sebab setiap buku itu ada dia punya main point lah saya rasa. Tapi secara umumnya, Zara merupakan seorang yang agak sukakan hidup. Contohnya dia sukakan persahabatan. Dia ada dua orang kawan baik setahu saya. Dia mahu berubah ke arah kebaikan dengan mencontohi seorang pengawas badar. Dia sangat mengkagumi pelajar ini. Dia ada juga sisi negatif lah yang dari pembacaan saya.

Koroner:  Maksudnya, apa yang ditulis semua hal-hal pribadi?
Saksi: Hal peribadi

Koroner:  Cikgu ada fikirkan kesan ke atas arwah yang tidak boleh jawab apa-apa, sebelum cikgu berkongsi kepada pihak-pihak yang lain tadi.
Saksi: Tindakan saya itu hanya untuk membantu kepada siasatan. Saya tidak berniat untuk membuka aib sesiapa.

Koroner:  Tetapi cikgu mesti bersetuju kan, empat pihak yang cikgu bagi itu bukan pihak autoriti?
Saksi: Saya rasa pentadbir adalah pihak yang patut tahu, yang perlu bertanggungjawab terhadap apa maklumat yang kami ada.

Koroner:  Betul, tetapi mereka cuma boleh tahu kewujudan diari dan bukan kontennya. Betul?
Saksi: Betul…

Koroner: Okaylah, akhir sekali, kalaulah, katalah barang yang dikongsi sebegini, cikgu punya, dan dikongsikan kepada pihak lain. Apa perasaan cikgu?
Saksi: Perasaan saya, memang saya tidak suka lah, bila barang privasi saya diganggu. Tetapi, dalam kes ini kita perlu tahu dari semua sudut lah, dan untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Yuslina merupakan Guru Bahasa Inggeris Lepas Menengah (Tingkatan 6) dan berkhidmat di SMKA Tun Datu Mustapha sejak 2 Februari 2015 dan juga merupakan warden asrama di sekolah tersebut. Kini, Yuslina bukan lagi warden asrama.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 202 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9ddbhatt ji
Views : 1011 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1213 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 1314 Replies : 0
Najis dah keluar jangan dikemut masuk semula, dibimbangi batal puasa
tatodNajis dah keluar jangan dikemut masuk se
Views : 3572 Replies : 2
Mencari ketenangan dalam ujian tidak terjangka
tatodMencari ketenangan dalam ujian tidak ter
Views : 1316 Replies : 1
bhatt ji
akku787gbhatt ji
Views : 2829 Replies : 0
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14612 Replies : 292
bhatt ji
akkuio9dbhatt ji
Views : 3333 Replies : 0
bhatt ji
akkuio9bhatt ji
Views : 3942 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 05:30 AM GMT+8 , Processed in 2.028911 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list