|
Assalamualaikum @Ipo... mana endingnya? |
|
|
|
|
|
|
|
menunggu dgn sabar bab seterusnya... beli popcorn sat |
|
|
|
|
|
|
|
belum ending lagi Zam...tapi ni bab terakhir...panjang berjela..
bila kuar perkataan TAMAT tu..ending la tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alkisahnya... Ok faham @Ipo.. Continue please
|
|
|
|
|
|
|
|
jaga-jaga.. popcorn die ada lipas
|
|
|
|
|
|
|
|
adeh...rosak popcorn...mana pretty???
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ipo at 12-2-2015 06:37 PM
BAB 18
DI SEBUAH KEDAI KOPI...rokok yang sudah separuh disedut lagi lalu dihembus perlahan. Suratkhabar ditatap lagi. Berita seorang saintis terkenal ditahan reman atas tuduhan menyalahgunakan kepakaran dengan menghasilkan formula yang memudaratkan. Rokok dihisap lagi sebelum ditenyeh ke meja. Mata menala semula ke dada akhbar.
'Seorang saintis ditahan kerana disyaki menjadi dalang dalam kes pembunuhan kejam dengan mangsa dirobek sehingga hancur. Suspek ditahan reman selama dua minggu. Pihak polis masih mencari bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan. Kes masih dalam siasatan.'
Suratkhabar diletakkan di atas meja. Segelas capuccino sejuk dihirup perlahan. Deringan telefon begitu nyaring. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar lalu ditekan nombor seseorang. Agak lama berbual, talian dimatikan.
"Hmm..." Esmiranda tersenyum.
Capuccino sejuk dihirup sampai habis. Sekeping wang kertas merah diletakkan atas meja. Dia betulkan jaket coklat dan topi dicapai lalu diletakkan atas kepala dan berjalan menuju ke motosikal. Motosikal dipecut laju menuju ke destinasi yang telah dijanjikan. Tugas terakhir yang perlu dilakukan. Selepas itu dia harus hilangkan diri dari bumi Malaysia ini. Motosikal dipecut semakin laju.
SAMPAI di destinasi, motosikal diparkir di bawah pokok janda merana. Topi keledar dan sarung tangan dibuka. Liar matanya melihat sekitar tasik itu. Ada beberapa orang yang sedang berehat dan menghirup udara petang di situ. Senyuman terukir di bibir sebaik matanya tertancap pada satu susuk tubuh yang ingin ditemuinya. Langkahnya diatur ke satu bangku yang menghadap air tasik yang luas.
"Hi Nayla!"
Nayla tersenyum. Orang yang ditunggu sudah muncul di depan mata. Mereka berjabat dan duduk di bangku. Nayla hanya melihat gadis itu menyalakan sebatang rokok dan menyedut penuh nikmat sebelum dihembus ke atas. Berkepul bulat-bulat asap itu terbang dibawa angin petang.
"Wanna try?"
"No thanks.." Nayla menolak dengan baik.
"So, what's next?" Esmiranda menoleh, rokok diselit antara jari telunjuk dan jari tengah tangan kanannya. Mata tidak lepas dari memandang Nayla yang kelihatan cantik dengan blaus merah jambu dan seluar jeans, rambut dilepas bebas terurai. Sesekali ditiup angin, rambut ikal hitam milik Nayla beralun lembut. Manis..
Nayla perasan tenungan gadis Serani itu. Dia tahu apa yang ada dalam benak gadis itu yang entah sejak bila mempunyai naluri songsang. Sayang, wajah cantik Esmiranda sepatutnya menjadi pujaan lelaki tetapi tidak bagi gadis itu. Apa yang dia tahu, semua itu berpunca dari cinta yang dihina dulu. Cinta untuk lelaki yang tidak terbalas dan bukan itu saja, cintanya juga turut sama dikhianati dengan sebuah janji manis, ibarat habis madu sepah dibuang. Seolah seperti tebu, habis manis sepah diludah merata.Sejak itu, Esmiranda menyimpan dendam.
"Aku puas hati dengan kerja kau selama ni. Ni tugas terakhir kau." Nayla menghulur satu sampul kepada Esmiranda.
Esmiranda membuka sampul itu dan melihat isi kandungannya dengan teliti. "That's it?"
Nayla mengangguk. "Aku nak kau lakukan dengan hati-hati. Itu adalah yang terakhir. Aku nak Ryan dihukum!"
Esmiranda sekali lagi menyedut asap rokok dan dihembus kasar. Kata-kata Nayla tadi juga adalah menjadi impiannya selama ini. Kerana lelaki itulah dia dihina, kerana lelaki itulah juga dia dibuang keluarga kerana mengandung anak luar nikah. Saat dia buntu, saat dia dirundung mala petaka dan saat dia tiada sesiapa, Nayla datang sebagai penyelamat. Nayla lah yang sanggup menanggung makan pakainya dan memberinya rumah sewa selepas selamat melahirkan anak. Tidak terhitung jasa dan budi Nayla padanya. Selepas itulah juga, insan bernama lelaki sudah tiada dalam kamus hidupnya sehingga terbit naluri songsang dalam dirinya untuk kaum sejenisnya. Syukur, perasaan itu hanya setakat perasaan saja dan tidak lebih dari itu. Malah banyak kali Nayla kenalkan dengan beberapa orang kenalan lelaki. Padanya, belum masa untuk hatinya sembuh. Tidak buat masa sekarang ini.
Puntung rokok dicampak kasar. Sampul itu dilipat dan dimasukkan ke dalam poket seluar. Dia kemudian minta diri.
Nayla tersenyum lebar. Dia turut beredar dari situ. Tadi, dia sudah menghubungi Nicki untuk bertanya khabar tentang Arisha. Nicki sudah setuju untuk membawa sekali Arisha nanti. Dia mula mengatur langkah ke kereta. Langkahnya terhenti, terasa bahunya dicuit. Nayla berpaling.
"Conan??"
"Siapa tadi?" terus saja Conan bertanya.
"Err...siapa?" Nayla berpura-pura tidak tahu.
"Tadi..perempuan yang bersama kau tadi. Aku macam pernah nampak dia.."
"Kau buat apa kat sini?" Nayla mengalih topik.
"Aku ada hal tadi. Kebetulan aku nampak kau kat sini. Aku tanya sikit boleh?" Conan pandang Nayla tidak berkelip.
"Apa dia?"
"Ada dua..satu pasal nota kaki dan satu lagi pasal makmal ABC.." Jawab Conan.
"Kenapa dengan semua tu?" Nayla juga tidak berganjak matanya dari merenung Conan. Pertanyaan Conan tadi sedikit sebanyak ada kaitan dengan dirinya. Bimbang juga jika Conan benar-benar kenal dengan Esmiranda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Okay.
Esmiranda tu jelmaan Esmira dari Keramat Maiya.
|
|
|
|
|
|
|
|
psst..ni citer fantasi gak..
kalau aku kasi depa tu tercampak ke bumi Amariya cam maner?
mahunya citer aku nih terus jadi sinetron 1000 episod
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh gak....
Sila cipta formula yg membolehkan yang terlibat masuk ke Amariya tanpa melalui website.
Pintu Doraemon pun boleh....
|
|
|
|
|
|
|
|
citer ni kan.. mula2 aku imajin ala2 citer werewolf dan detektif conan..
dah separuh jalan mcm ada ala2 x-men pulok..
ujung2 timbul pulok cruela devil |
|
|
|
|
|
|
|
Udoh namer nyer citer huru hara..
haruslah begitu jadinya..
nasiblah ko faham..
tu belum kusahut lagi seruan ke bumi Amariya
|
|
|
|
|
|
|
|
bayangkan.. nicki/ipo bukak pintu umah, masuk je sampai amariya
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiranda??? err...inspirasi dri mna ni? |
|
|
|
|
|
|
|
dah akhir tapi.............. |
|
|
|
|
|
|
|
itu pintu doreamon
|
|
|
|
|
|
|
|
kawan ipo...dia orang sabah baaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
ya Nay...akhir tapi berjela nak sudahkan bab akhir ni..
jangan bimbang..esok lusa TAMAT Nay
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|