CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 10-1-2015 02:07 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-1-2015 09:31 AM

Bab 30

Rayyan terkesima dengan kedatangan Dato Hanafi. Lelaki berumur itu membawa perkhabaran yang amat pedih untuk diterima. Anak bongsunya meminta pertunangan antara Rayyan dan dia diputuskan secara rasmi secepat mungkin. Jie tidak ingin lagi meneruskan rancangan perkahwinan mereka. Itu yang disampaikan oleh Jie melaluinya.

Sebagai seorang ayah, Tan Sri Isa hanya mampu bersimpati dengan Rayyan. Bahu anaknya ditepuk memberi semangat. Memang Tan Sri Isa tidak tahu cerita sebenar namun baginya tindakan Jie sangat kebudak budakan. Sepatutnya Rayyan dan Jie duduk berbincang terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dimeterai tapi nampaknya Jie mengambil keputusan melulu meminta Daddynya memutuskan pertunangan mereka. Gadis itu dilihat mengambil mudah urusan perkahwinan. Bila rasa suka, bertunang,  bila ada masalah lari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2015 02:28 PM | Show all posts
elia201 replied at 10-1-2015 06:07 AM
Bab 30

Rayyan terkesima dengan kedatangan Dato Hanafi. Lelaki berumur itu membawa perkhabaran ya ...

yeah yeah. jie putus.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2015 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Cont
Bukan Tan Sri Isa tidak tahu yang gadis itu kini menghilang tanpa sebarang jejak. Rayyan hampir separuh gila mencari Jie. Namun tidak juga ditemukan. Menantunya,  Viana awal awal lagi mengingatkan dia tidak akan sesekali mencampuri urusan Rayyan dan Jie.  Pandai pandailah Rayyan mencari jalan sendiri jika masih sayangkan hubungan mereka.

Khalid nampaknya sependapat dengan Viana. Dia juga menyerahkan kepada kebijaksaan Rayyan untuk menemukan penyelesaian terbaik dalam menentukan hala tuju hubungan antara Rayyan dan Jie. Malas ambil pusing kerana bagi Khalid , abangnya yang terburu buru membuat tuduhan. Tuduhan apa tidak pula Tan Sri Isa bertanya.

" Tapi Uncle , Ray tak boleh terima kalau anak Uncle putuskan pertunangan kami macam ini saja ! Jie sepatutnya datang berdepan dengan Ray sendiri kalau betul dia nak putus. Ray tak boleh terima !" Memang dia bersalah cemburu buta sampai sanggup membuat tuduhan terhadap Jie. Tapi dia tak pernah terlintas untuk memutuskan hubungan mereka. Nampaknya Jie tergamak memutuskan hubungan mereka begitu saja. Dirinya seperti tak bermakna langsung buat gadis itu. Sampai hati you Jie ! Sayu dihati makin terasa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 05:18 PM | Show all posts
elia201 replied at 10-1-2015 07:52 AM
Cont
Bukan Tan Sri Isa tidak tahu yang gadis itu kini menghilang tanpa sebarang jejak. Rayyan hampi ...

Hope Jie terus putus dgn rayyan. mnymph pasangan ni. Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2015 06:25 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-6-2015 09:51 PM

"Aku bukan nak masuk campur hal budak budak , Fie. Jauh sekali aku nak memihak kepada anak aku sendiri. Tapi Najiha patut bersemuka dengan Ray dulu. Dia tak boleh ambil keputusan drastik macam ni. Hal nikah kahwin bukan boleh di buat main." Tan Sri Isa bukan berniat mahu mengajar Dato Hanafi cuma sebagai orang tua Dato Hanafi sepatutnya cuba mencari jalan untuk mendamaikan bukan mengikut sahaja kehendak anak gadisnya.

Dato Hanafi cuma mengeluh. "Aku cuma nakkan anak aku dapat apa yang terbaik dalam hidup. Kau sendiri tahu Jie kurang kasih sayang dari Maznah sejak kecil. Sebab tu aku sayangkan dia lebih dari nyawa aku sendiri ! Aku tak cakap Ray tak mampu bagi yang terbaik untuk Jie, cuma aku nak kalau Jie kahwin lelaki itu mampu jaga dia macam mana aku jaga dia. Pertahankan dia macam mana sepatutnya seorang lelaki patut buat ! Masa kes Saf tampar anak aku lagi aku dah rasa tak sedap hati. Sekarang Ray pulak tuduh anak aku yang bukan bukan. Kalau Jie itu anak kau, aku rasa kau pun akan ambil tindakan yang sama." Dato Hanafi tidak terdetik untuk mengungkit kisah yang dah lepas. Cuma naluri seorang ayah membuatkan dia rasa perlu untuk bersuara bagi mempertahankan keputusan yang dibuat anaknya.

"Tapi Fie , at least kau bagilah Rayyan peluang terakhir untuk buktikan dia mampu jaga Najiha. Kalau lepas ini keadaan sama berulang aku janji aku takkan minta kau pertimbangkan apa apa lagi !" Tan Sri Isa berharap Dato Hanafi akan mempertimbangkan semula keputusan anak gadisnya.

"Please Uncle. Ray tahu Ray yang salah. Bagi Ray peluang pujuk Jie. Ray terlalu ikutkan hati. Ray minta maaf !" Rayyan tak segan merayu.

Dato Hanafi mula tidak senang duduk. Permintaan Tan Sri Isa dan Rayyan berat untuk ditunaikan.

"Atau Fie , cuba kau dengar dulu cerita dari pihak Ray sebelum kau buat keputusan." Tan Sri Isa cuba berdiplomasi.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2015 07:59 PM | Show all posts
elia201 replied at 10-1-2015 10:25 AM
"Aku bukan nak masuk campur hal budak budak , Fie. Jauh sekali aku nak memihak kepada anak aku sendi ...

ayat last buat berdebo..haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2015 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 11-1-2015 08:09 PM

Dato Hanafi hanya mengangguk. " Cuba Ray cerita dengan Uncle. Apa punca kalian bertekak?" Rasanya dia perlu tahu. Jie pula hanya menyatakan sudah tawar hati dengan Rayyan kerana Rayyan menuduhnya yang bukan bukan.

"Salah Ray. Ray dapat tahu Jie dengan Zack pernah bercinta dulu. Tapi Jie tak pernah bagitau Ray. Dia cuma kenalkan Zack sebagai kawan."

Dato Hanafi mengerut dahi. "Zack?" Wajah Rayyan ditenung inginkan kepastian.

"Yup. Kenapa Uncle?" Rayyan menyoal balik.

"Tak ada apa apa." Dato Hanafi senyum. Kalau Ray cemburukan Zack hubungan mereka dah lama berakhir. Zack sendiri yang tinggalkan Jie. Uncle tak rasa mereka berbaik semula."

"Ray tahu mereka dah berpisah lama. Cuma bila tengok gambar mesra mereka dulu, Iz pula cakap Zack dan Jie dulu pernah duduk serumah, Ray tak dapat control perasaan Ray. Ray rasa cemburu bila dapat tahu baru baru ini Jie curi curi keluar jumpa Zack. Kebetulan pula Ray terdengar Jie bagitau Viana nak putuskan pertunangan kami sebab tak tahan dengan Mama. Itu yang buat Ray hilang pertimbangan dan terus tuduh Jie curang." Nada suara Rayyan kesal.  

"Wait ! Uncle tak faham. Iz cakap Zack dan Jie duduk serumah? Siapa Iz tu? Dan macam mana Ray tahu Jie curi curi jumpa Zack?" Agak sukar untuk Dato Hanafi menerima kenyataan ada orang cuba mengaibkan anaknya. Walau Jie berada jauh diluar negara, Dato Hanafi tetap mengawal ketat anak gadisnya. Dia sangat yakin Zack dan Jie tak mungkin berbuat seperti yang didakwa.

" Iz tu anak buah Saf, Tengku Hafiz." Tan Sri Isa menyampuk.

"Dialah yang bagitau Ray. Katanya dia belajar sama 'U' dengan Jie dulu." Rayyan pula menerangkan.




Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 10:28 AM | Show all posts
elia201 replied at 10-1-2015 02:48 PM
Dato Hanafi hanya mengangguk. " Cuba Ray cerita dengan Uncle. Apa punca kalian bertekak?" Rasanya di ...

Ku iz patut dibunuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2015 05:29 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-6-2015 09:50 PM

cont


" Kebetulannya !" Dato Hanafi tak sangka nama itu akan timbul kembali. " Uncle rasa dia orang yang sama burukkan Zack pada Aunty Maz sampai Aunty Maz menentang keras hubungan Jie dengan Zack. Sebab dia juga Aunty Maz bergaduh dengan Jie. Uncle tak faham kenapa sekarang dia burukkan Jie pula?" Hatinya mula gusar. Entah kenapa Dato Hanafi rasa Tengku Hafiz itu seperti berniat buruk terhadap anak gadisnya.

Rayyan juga buntu. Kalau benar bagai dikata oleh Dato Hanafi, Ku Iz sanggup menabur cerita buruk terhadap Zack, tak mustahil lelaki itu melakukan benda yang sama terhadap Jie.

"Mungkin nama saja sama Fie. Orang lain kot !  Aku tak rasa Iz macam tu." Tan Sri Isa tidak mahu tuduh melulu. Lagi pula Tengku Hafiz itu anak buah isterinya. Risau pula isterinya berkecil hati jika terdengar.

" Ray ada gambar Tengku Hafiz tu? Uncle nak tengok. Uncle rasa Uncle cam lagi budaknya." Sukar untuk dipercayai namun ada kemungkinan ianya orang yang sama.

Rayyan hanya mengangguk lalu meminta izin untuk pergi mengambil gambar yang disimpan dalam laci almari.

Sementara menunggu Rayyan mendapatkan gambar, Dato Hanafi masih mengingati detik yang terjadi pada malam tahun baru itu di kota raya New York.  Sengaja dia dan Maznah ke Ohio untuk membuat kejutan dengan harapan dapat meraikan tahun baru bersama anak bongsu mereka. Malangnya mereka diberitahu oleh teman sebilik Jie, anak bongsu mereka pada masa itu berada di Times Square NYC.

Tanpa membuang masa Dato Hanafi dan isterinya cuba menghubungi Jie namun tiada jawapan. Dato Hanafi dan Maznah membuat keputusan untuk terus ke New York. Mujur masih ada tiket penerbangan dari Columbos ke New York.

Dalam kekalutan mencari Jie , muncul Tengku Hafiz memperkenalkan diri sebagai teman sebilik Zack memberitahu tentang rancangan jahat Zack pada Jie. Pada mulanya Dato Hanafi juga termakan kata kata yang keluar dari mulut Tengku Hafiz. Apatah lagi setelah dia dan Maznah menemui Jie dan Zack berada dalam sebuah bilik hotel Wyndham New Yorker.

Jie mengatakan mereka diperangkap namun isterinya sukar mempercayai. Perbalahan terjadi antara kedua anak beranak. Manakala Zack ketika itu dilihat seperti kebingungan. Tidak melawan atau mempertahankan diri meski menerima pukulan bertalu talu dari dirinya.

Namun kebenaran terbukti jua apabila Dato Hanafi membuat penyiasatan sendiri. Rupanya reservation bilik hotel dimana Jie dan Zack ditemui  dibuat menggunakan kad kredit milik Tengku Hafiz. Anak muda yang membawa cerita padanya ! Walau sukar pada mulanya  untuk mendapatkan maklumat itu kerana sistem sekuriti hotel yang sangat ketat bagi menjaga data pelanggannya namun Dato Hanafi tidak putus asa.

Terbukti kata kata Jie pada malam itu benar. Dirinya diperangkap. Dan Zack,  anak muda itu  juga tidak bersalah.

" Ini gambar Tengku Hafiz." Beberapa keping gambar dihulur.Lamunan Dato Hanafi tentang peristiwa malam itu terhenti. Spontan gambar diambil dari Rayyan.

Sekeping gambar terjatuh berdekatan Tan Sri Isa yang duduk disebelah Dato Hanafi. Tan Sri Isa tunduk mengutip. Gambar Jie dan seorang lelaki yang mungkin disimpan sekali oleh Rayyan.Wajah lelaki muda dalam gambar diamati. Wajah itu amat dikenali. Takkanlah...

" Ini ke Zack yang Ray cakap pernah bercinta dengan Najiha dulu?" Terpacul satu soalan dari bibir Tan Sri Isa. Naluri ingin tahu membuak buak.

"Betul Papa. Dialah. Kenapa ?" Rayyan mula curiga melihat riak Tan Sri Isa mula berubah.

"Ray... Sebenarnya dia .... " Nada suara Tan Sri Isa tersekat sekat. Kecilnya dunia ! Rahsia yang selama ini tersimpan seperti akan terbongkar bila bila masa saja.

" Uncle rasa mereka orang sama." Dato Hanafi menyampuk tiba tiba setelah selesai membelek gambar  sekaligus mematikan kata kata Tan Sri Isa. Pandangan dialih ke arah Rayyan dan Tan Sri Isa.

Alangkah terperanjatnya dia melihat Tan Sri Isa terjelepuk di atas sofa sambil menekan dada. Suasana menjadi cemas.

" Tolong Uncle angkat Papa ! Kita pergi hospital !" Dato Hanafi bertindak pantas mengarahkan Rayyan yang masih kebingungan.

Rayyan cuma akur. Kelam kabut membantu Dato Hanafi untuk membawa Tan Sri Hanafi ke kereta. Hati berdoa semoga Papa akan selamat.







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2015 06:14 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 4-6-2015 09:51 PM

Hati Rayyan berputik kelegaan apabila  mendengar kata kata dari Doktor Hadi yang merawat Papanya. Keadaan Tan Sri Isa disahkan stabil  cuma perlu tinggal  beberapa hari di hospital untuk pemantauan lanjut. Namun Doktor Hadi menasihatkan Rayyan supaya tidak membiarkan Tan Sri Isa menerima sebarang berita yang boleh membuatnya risau atau kejutan yang sukar diterima kerana ia boleh menjejaskan kesihatan Tan Sri Isa. Rayyan hanya mengangguk faham saat Doktor Hadi berpesan begitu.

"Uncle balik dulu Ray !" Bahu anak muda dihadapannya ditepuk. Wajah lemah Tan Isa ditenung. " Kau rehatlah Isa. Jangan banyak fikir takut melarat sakit nanti." Dato Hanafi sempat menasihatkan rakan baiknya.

"Tapi Fie... Nada suaranya lemah.  " Pasal Najiha dan Ray.. Aku tak nak..."

" Itu kau jangan risau !" Dato Hanafi terus menyanggah. "Aku akan cakap dengan anak aku kemudian. Sekarang ini, aku bagi Ray masa sebulan untuk cari Jie dan pujuk dia. Kalau Ray berjaya cari Jie dan pujuk Jie, kita teruskan rancangan perkahwinan macam biasa. Tapi kalau Ray gagal, kita consider semua rancangan batal. Sekarang ini semua terserah pada anak kau."  Sengaja Dato Hanafi meletak syarat begitu. Dia mahu tengok sejauh mana anak muda itu bersungguh mahu mendapatkan anak gadisnya.

"Sebulan Uncle?!" Rayyan buntu. Dekat mana Ray nak cari Jie ?"Sememangnya Rayyan sendiri tak tahu dimana gadis itu berada sekarang. Puas dia menjejaki dirumah Maznah dan kondo yang pernah Jie tinggal tetapi hasilnya hampa.

"Ray lelaki ! Uncle pasti Ray dapat cari di mana Jie. Just act like a man , son !" Dato Isa terus berlalu meninggalkan Rayyan yang kebingungan memikir syarat yang diberikan kepadanya.

Sempat Tengku Safiah yang kebetulan sedang  masuk ke bilik disapa mesra. Dato Hanafi terus berlalu untuk pergi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2015 06:31 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-1-2015 11:43 AM

Bab 31

Telatah kanak kanak lincah bermain cukup menggembirakan hatinya. Walaupun tiada pertalian darah  namun ikatan kasih sayang antara mereka sangat kuat. Begitulah jua dirinya. Zack dibesarkan disini. Di Rumah Anak Yatim Ehsan. Hidupnya sebatang kara. Seingatnya dari kecil dia diasuh dan dibesarkan oleh Puan Rahimah yang dipanggil Umi dengan penuh kasih sayang. Umi menggalakkan dia belajar bersungguh sungguh. Kerana Umilah dia berjaya dalam hidup. Berkat doa Umi jualah, Zack berjaya mendapatkan tajaan biasiswa untuk menyambung pelajaran ke The Ohio State of University atau lebih dikenali sebagai OSU dalam bidang kejuruteraan perisian komputer yang memang menjadi minatnya. Dan di Ohiolah dia bertemu gadis pertama yang berjaya mencuri hatinya.

Pada masa itu musim luruh. Mata terpandang seorang  gadis berambut perang, berkulit putih kemerahan dan berwajah menarik itu duduk di taman menikmati panorama alam. Mulanya Zack mengagak gadis itu mungkin kacukan atau mungkin juga penduduk asal disana. Ada satu kuasa mengarahkannya untuk mendekati gadis itu. Zack terkejut apabila mendapat tahu gadis itu berasal dari Malaysia.

Nur Najiha ! Seindah nama dan secantik wajah pemiliknya.

Bermula dari saat itu Zack jadi gila bayang. Wajah gadis bernama Nur Najiha itu sering menemaninya. Sedar dirinya hanya anak yatim piatu, Zack bertindak memendam rasa. Sehinggalah sampai ke satu saat dia mula rasa terdesak untuk meluahkan isi hati. Alhamdulillah ! Najiha menerima dirinya seadanya.

Sejak dari itu kebahagiaan mula mewarnai kehidupannya sehinggalah saat dia terpaksa meninggalkan gadis itu.

Walau sudah lama berpisah namun sehingga kini Zack masih lagi tidak dapat melupakan gadis itu. Cinta dalam hatinya masih utuh.

Wajah cantik yang sedang tersenyum gembira bermain bersama kanak kanak dicuri pandang. Tak sangka dapat bertemu gadis itu disini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 08:24 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-1-2015 10:31 AM
Bab 31

Telatah kanak kanak lincah bermain cukup menggembirakan hatinya. Walaupun tiada pertalian  ...

thanks hapdet byk entri. Puas nafsu aku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2015 08:28 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 25-3-2015 01:10 AM

Cont.

Jie rasa seperti ada mata yang memerhati gerak gerinya dari tadi. Pantas pandangan mata melilau mencari. Mata bertentang mata. Spontan bibir mengukir senyum lantas berjalan menghala ke arah lelaki yang sedang duduk di bangku panjang. Pertemuan yang tak dirancang oleh mereka berdua.

Zack gugup melihat Jie selamba mengambil tempat duduk disebelahnya. Malu pun ada kerana 'kantoi' mata asyik merenung anak dara orang dari tadi. Zack yakin Jie tahu dirinya leka memerhati dari tadi.

"You buat apa kat sini?" Zack memulakan perbualan untuk menutup kegugupannya.

" I join projek amal untuk anak anak yatim. At least I dapat berbakti pada komuniti. You pula buat apa dekat sini?" Jie menyoal kembali. Zack ditenung , menanti jawapan.

Mata berwarna coklat cair atau lebih tepat hazel dihadapannya ditenung. Rambut ikal gadis itu bersinar dibawah cahaya matahari menyerlahkan warna perang asli rambut yang dimilikinya. Cantik ! Tanpa sedar Zack memuji dalam hati.

"Eh apa you tanya tadi?" Zack terleka 'menikmati' keindahan rupa paras gadis dihadapannya sehingga soalan yang ditanya diabaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2015 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-1-2015 11:50 AM

"I tanya you buat apa dekat sini?" Soalan yang sama diulang.

Zack cuma senyum. " I memang selalu datang sini hujung minggu. I dibesarkan disini."

Jie cuma angguk, faham. Zack pernah memberitahunya dulu bahawa dia dibesarkan dirumah anak yatim.

Seorang anak kecil perempuan berusia dalam lingkungan 5 tahun menarik tangan Jie mengajaknya bermain. Jie hanya menurut.
Pantas tubuh kecil itu didukung. Anak kecil itu gelak kesukaan dapat berdukung.

Zack hanya memerhatikan tingkah laku Jie dan anak kecil itu. Terimbas kembali angan angan yang pernah dicipta bersama sewaktu berkasih dulu. Zack pernah membayangkan sekiranya mereka berkahwin dan dikurniakan anak perempuan dia inginkan anak itu mewarisi kecantikan ibunya.

"Jangan pandang lama lama anak dara orang Zafrey !" Satu suara menegur. Zack berpaling. Wajah segak berusia itu ditenung. Satu senyuman dihadiahkan. Tangan lelaki berumur itu disambut dan dicium tanda hormat.

" Uncle dari mana? Lama tak datang." Lelaki yang banyak berbakti pada kehidupan anak yatim sepertinya disapa lembut. Malu apabila lelaki itu menyedari kelakuannya yang asyik merenung anak gadis orang.


"Uncle baru keluar hospital. Biasalah sakit orang tua." Wajah anak muda dihadapannya ditenung. Sekilas air di kolam,  dia tahu anak muda itu menaruh hati pada gadis yang sedang leka bermain bersama kanak kanak.

" Zafrey masih sayangkan dia?" Satu soalan cepumas ditanya. Mata merenung ke arah Jie.

Zack tersentak mendengar soalan yang tak diduga. Masih sayang? Seingatnya tiada siapa pernah tahu sejarah cinta antara dia dan Jie. Jadi bagaimana lelaki itu boleh menyoalnya begitu? Zack serba salah untuk menjawab. Soal hati dan perasaan sukar untuk diluahkan.

Manakala Jie yang sedang bermain dengan kanak kanak terkejut apabila menyedari kehadiran lelaki berumur yang sedang duduk bersebelahan Zack.



Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 09:43 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-1-2015 01:24 PM
"I tanya you buat apa dekat sini?" Soalan yang sama diulang.

Zack cuma senyum. " I memang selalu  ...

anak
muda itu menaruh hati pada anak gadis yang
sedang leka bermain bersama anak anak
kecil.

Anak berulang. Asal tk guna pemuda dan pemudi?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 09:43 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-1-2015 01:24 PM
"I tanya you buat apa dekat sini?" Soalan yang sama diulang.

Zack cuma senyum. " I memang selalu  ...

anak
muda itu menaruh hati pada anak gadis yang
sedang leka bermain bersama anak anak
kecil.

Anak berulang. Asal tk guna pemuda dan pemudi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-1-2015 09:47 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-1-2015 10:45 PM

" Uncle ?! Uncle buat apa dekat sini?" Satu lagi kejutan diterima Jie.

" Rumah anak yatim ini salah satu projek anak syarikat Uncle." Wajah gadis itu dipandang sekali imbas. " Lama Uncle tak nampak Najiha. Najiha pergi mana?" Sungguh kebetulan gadis itu ditemui disini.

" Jie..."  Jie rasa tersindir dengan soalan yang keluar dari mulut lelaki berusia itu. Tiada alasan disebalik kehilangannya.

" Uncle kenal Najiha?" Zack makin keliru. Wajah Tan Sri Isa dan Jie direnung silih berganti.

Tan Sri Isa hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2015 10:10 PM | Show all posts
Esmiria replied at 11-1-2015 09:43 PM
anak
muda itu menaruh hati pada anak gadis yang
sedang leka bermain bersama anak anak

Haha.. saja nak try ayat berulang. Tak ok ek?  Akan diimprove later on
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 10:24 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-1-2015 02:10 PM
Haha.. saja nak try ayat berulang. Tak ok ek?  Akan diimprove later on

byk sgt ulangnya.

Tak okay.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2015 10:26 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-1-2015 01:47 PM
" Uncle ?! Uncle buat apa dekat sini?" Satu lagi kejutan diterima Jie.

" Rumah anak yatim ini sal ...

Tt, klo bolh..blh tk addkn misterinya lagi..hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.148987 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list