|
MARDHIYAH MADISON @ SURI HATI ABANG (novel JEMARI SENI Sept 2015)
[Copy link]
|
|
@aylanins... Kawinkan aje agus dgn mar... Biar luqman ternganga sbb lepaskan mar... Dasar jantan durjana... : |
|
|
|
|
|
|
|
Baeklah... kejap lagi kompang akan berbunyi...
|
|
|
|
|
|
|
|
“KAK… NI ADA TUDUNG UNTUK AKAK,” Safiyyah hulur satu bungkusan plastik pada Mardhiyah.
Mardhiyah senyum. Dia sambut huluran Safiyyah itu lalu tarik keluar isinya.
“Apa banyak sangat ni Piya?” bercahaya-cahaya mata Mardhiyah melihat tiga helai tudung aneka warna yang Safiyyah beri padanya.
“Mana ada banyak. Murah je tu kak. Gaji kerja KFC hehe…” sengih Safiyyah. Dia pula yang kesukaan melihat kakaknya tersenyum manis sambil membelek-belek tudung tiga helai itu. Kak Mardhiyah itu dulu selalu belanja dia macam-macam. Kalau Mardhiyah pergi luar negara, ada-ada saja yang dia belikan untuknya. Kainlah, key chainlah, bekas pensel, bajulah, macam-macam saja buah tangan Mardhiyah untuk mereka sekeluarga. Ini dia ada duit lebih gaji sikit, mahu juga jadi macam Kak Mardhiyah itu, belanja macam-macam untuk orang lain.
“Labuhnya. Mesti mahal ni kalau labuh-labuh gini,” Mardhiyah sudah buka tudung itu lebar-lebar. Tudungnya sendiri tidaklah sebegini labuh, tapi Safiyyah itu bukankah sekolah agama. Tudung Safiyyah sendiri memang besar-besar dan labuh-labuh belaka.
“Ni apa?” Tanya Mardhiyah sambil pegang sesuatu yang masih berada di dalam plastik.
“Eh… lupa pula. Ni tudung ekspres. Piya beli warna hitam. Kalau orang datang lawat akak kat bilik ni, akak serkup saja terus tudung ni, takyah pakai pin. Satu lagi warna biru, tapi Piya dah ambil hehe…” jawab Safiyyah. Dia sudah duduk bersila atas katil Mardhiyah.
Selalu dia lihat, kalau Mardhiyah terima tetamu di bilik ini, terkial-kiallah Mardhiyah hendak tutup kepalanya itu. Kadang-kadang guna tudung kalau sempat, kalau tak sempat, kakaknya tarik saja tuala di tepi katilnya itu. Kasihan dia lihat kakaknya itu, malu jugak agaknya Kak Mardhiyah itu sebab rambutnya tinggal sejemput saja. Sebab itu dia beli tudung ekspres ini.
“Eh, rambut akak ikal ya?” tegur Safiyyah. Baru dia perasan, macam ada anak rambut yang tumbuh di tepi telinga Mardhiyah.
“Taklah… kan lurus…” sahut Mardhiyah. Dia malas sudah mahu tengok cermin sekarang. Cermin bukan lagi sahabat baiknya sekarang.
“Tumbuh barulah kak. Ikal sikit… ni dia…” Safiyyah sudah pegang anak rambut di tepi telinga Mardhiyah.
“Ikal ke?” Tanya Mardhiyah. Tangannya sudah meraba-raba tepi telinganya.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Cinta itu tak perlukan sebab mak…”
....oh agus...
|
|
|
|
|
|
|
|
“KATA ORANG TUA… kalau rambut ikal, atau keriting, otak sentiasa fikir belit-belit,” bebel Hajah Fatehah sambil belek-belek barang-barang dapur di atas meja makan. Agus di tepinya cuma buat wajah selamba sambil garu-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Macam inilah… kita suruh beli asam jawa, dibelinya asam jawa manis yang budak-budak makan tu. Aku nak masuk asam jawa tu dalam kari ayam. Agus… Agus…” geleng Hajah Fatehah.
“Mak tak cakap nak masuk dalam kari. Ingat tadi nak makan sambil tengok TV,” Agus tersengih-sengih. Macam manalah dia boleh tersilap beli.
“Nasib baik asam jawa keping ada lagi sikit. Nanti malam kalau balik dari kedai gunting tu, jangan salah beli lagi…” pesan Hajah Fatehah.
“Rambut keriting Agus ni buat penambah manis mak,” sahut Agus masih lagi tersengih di situ. Dia masih pegang-pegang rambutnya yang ikal halus itu.
“Pemanis konon. Nanti tengok-tengok, kamu dapat jodoh dengan perempuan rambut keriting, tak pun rambut ikal, lagilah kompleks kamu berdua berfikir. Sama kompleks macam rambut kamu berdua,” Hajah Fatehah masih lagi membebel. Agus ni rajin tolong beli dapur, tapi selalu salah beli. Asam jawa pun boleh salah beli.
Agus sudah ketawa mengekek. “Mana mak belajar perkataan kompleks tu?” Senak perutnya menahan ketawa. Emak ni pandailah pula.
“Bukannya emak tak sekolah dulu. Sebab kahwin, itu yang disuruh berhenti sekolah. Kalau emak sambung belajar tinggi-tinggi, hmmmph… jadi YB dah kut…”
“Yang Bermasak ya mak…” usik Agus.
“Kamu tak pergi kedai lagi ke ni? Melangut di sini…” sergah Hajah Fatehah. Duduk di dapur ini, asyik nak mengusik saja Agus itu. Tapi hatinya terhibur juga diusik oleh anak bongsunya itu. Itulah saja penyeri dia di rumah ini. Yang dibebelnya Agus juga, yang menghiburkan hati, Agus juga.
“Yalah, yalah. Agus keluar dulu,” Agus sudah peluk bahu ibunya. “Mak doa Agus apa tadi? Berjodoh dengan perempuan rambut ikal hahahaa… mana ada perempuan rambut ikal yang Agus kenal mak.”
“Asam jawa jangan lupa,” Hajah Fatehah mengingatkan.
“Ya…” suara Agus sudah sayup-sayup di ruang tamu rumah.
Hajah Fatehah masih lagi mengacau-ngacau kari ayam di dalam periuk. Tiba-tiba dia teringat ceramah agama yang dia dengar lama dulu. Kalau marahkan anak, terasa hendak membebel atau berleter dengan anak, leterlah benda yang baik-baik. Kata-kata seorang ibu itu bukankah satu doa.
Hesy, kenapalah dia sebut pasal rambut ikal. Tapi, kalau betullah jodoh Agus dengan perempuan berambut ikal atau keriting, siapa ya? Rambut Mardhiyah kan lurus, tiba-tiba saja dia teringat Mardhiyah yang selalu ikat ekor kuda masa sekolah rendah dulu. Kasihan Mardhiyah. Sudah tumbuhkah rambutnya itu ya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 22-2-2015 09:01 PM
BAB 18:
PUAN FARIDAH tersenyum-senyum di muka pintu. Ruang tamu rumahnya sudah penuh dengan tetamu yang datang ke majlis doa selamat ini.
“Jemput masuk…” pelawa Puan Faridah pada tetamu yang baru tiba depan pintu rumahnya.
“Dah mula ke baca doa selamat?” Hajah Fatehah bersalam dengan Puan Faridah.
“Belum. Baru nak mula. Semua datang ke?” Tanya Puan Faridah. Haji Suleiman suami Hajah Fatehah ada mengekor di belakang isterinya.
“Ada. Tunggu Agus balik dari kedai. Leman ni bukannya dapat driving kereta sangat,” kata Hajah Fatehah. Mereka sampai tadi, tepi jalan depan rumah Puan Faridah ini semuanya sudah penuh dengan kenderaan. Terpaksa parkir kereta jauh sedikit, lepas itu menapak pula ke rumah ini.
“Mana Agus?” Tanya Puan Faridah. Nasib baik ada Agus si anak bongsu itu. Anak-anak Hajah Fatehah yang lain semuanya tinggal berasingan. Mujur juga Agus itu bekerja sendiri, dapatlah disuruh ke sana-sini menemankan ibu bapanya.
“Lambat sikit makcik, kedai tak ada orang tadi. Tunggu Din sampai baru dapat tinggalkan kedai tu kat dia,” terang Agus bila sampai di hadapan Puan Faridah.
Yalah, kerja sendiri macam dia ini, buka kedai gunting rambut pula tu, mana boleh sesuka hati buka tutup kedai. Kalau ada hal hendak pergi kenduri atau keluar bayar bil, dia akan pastikan salah seorang ada di kedai gunting rambut itu. Kalau dia keluar, kurang-kurangnya Din ada jaga kedai itu. Begitu juga kalau Din ada urusan di luar.
“Tak apa… baru nak mula baca doa jugak tu. Masuk Agus. Jangan segan-segan,” pelawa Puan Faridah pada anak muda itu.
Sejuk hati dia memandang wajah Agus itu. Walaupun tidaklah tampan segak bergaya macam Luqman, menantu tak jadinya dulu, tapi dia lagi suka pandang wajah Agus. Bak kata Farhah, wajah makan tatap. Muka orang murah rezeki.
Teringat dia kata Hajah Fatehah padanya dulu, walaupun Agus ini kerja sendiri, tapi tak pernah lupa hulur duit belanja pada emak ayah. Biarpun sedikit, tak sebanyak yang kakak dan abangnya bagi, tapi tetap Agus tidak lupa beri.
“Mar sihat Idah?” Tanya Hajah Fatehah. Dia jarang keluar rumah, tahu perkembangan Mardhiyah pun kalau sesekali terserempak dengan Puan Faridah di pasar raya atau di mana-mana.
“Alhamdulillah… dah makin sihat. Ada kat dalam bilik tu,” jawab Puan Faridah sambil menunjuk pada pintu bilik yang terbuka. Kaum lelaki sedang duduk di atas lantai di ruang tamu. Sofa-sofa sudah diletak di luar rumah supaya ruang dalam rumah menjadi lebih luas. Kaum perempuan ada yang duduk di ruang rehat berhadapan TV, ada juga yang menjenguk Mardhiyah di dalam biliknya.
“Piya mana? Ni ada serunding sikit untuk Piya bawak ke UK tu,” Hajah Fatehah hulur beg kertas yang macam berat isinya.
“Ada… kat dapur tu kut. Masuklah dulu… nanti Piya keluar,” Puan Faridah senyum sambil menyambut huluran bungkusan daripada Hajah Fatehah.
Tidak sangka dia meriah juga majlis doa selamat hari ini padahal dia cuma jemput kaum keluarga dan kenalan terdekat saja, juga mereka yang tinggal berdekatan dengan rumahnya ini. Lagipun ini cuma majlis doa selamat kecil-kecilan sebab Safiyyah anak bongsunya itu dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Juga sebab Mardhiyah itu sudah betul-betul sihat dan akan sambung bekerja dalam dua minggu lagi. Walaupun masih berkerusi roda, tapi bila doktor mengesahkan yang kanser dalam badan Mardhiyah sudah betul-betul tiada lagi, betul-betul dia bersyukur.
|
|
|
|
|
|
|
|
ala agus.. rambut kesayangan ko dah kerinting tauu..
bleh ar lawan rambut ko
jangan sesat masuk bilik mar dah ekk |
|
|
|
|
|
|
|
hohoho....perangai ikut rambut ke Ayla?
kalau rambut kejap lurus, kejap kerinting, kejap ikal..caner?
Agus..cayok!
|
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu ayla konpius.. Conan die mau.. malik die mau.. mujapar die mau
tapi hati die yg dah bagi kat Conan tak reti2 nak mintak balik kot
|
|
|
|
|
|
|
|
dia masih fikir..nak bagi ke tak nak..bagi..tak..bagi..tak..
*sambil tanggalkan kelopak bunga satu2..ada sepuluh kelopak bunga ros..yg last tu jawapannya
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan yg last tu ipo ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahem... hati Aylanins yang ko simpan tu, sila pulangkan semula pada tuannya.
Sebab aku nak bagi hati aku pada Malik ohhh Malikkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Neihi... neihi...
Itu hanya typo semata-mata sepatutnya taip nama Malik
|
|
|
|
|
|
|
|
Hihii... kalau macam tu kena buat rebonding, biar kembali lurus ke pangkal jalan
|
|
|
|
|
|
|
|
thank u TT @aylanins... tak sabar nak baca kisah cinta agus & mar... |
|
|
|
|
|
|
|
“SIHAT DAH MARDHIYAH TU…” kata Hajah Fatehah dalam kereta semasa dalam perjalanan balik ke rumah.
“Bila nak start kerja? Dah boleh turun kerja ke dia?” Tanya Haji Suleiman.
“Dah… dalam dua minggu lagi, Insya Allah turunlah. Tapi tukar tempat kerja kalau tak silap,” jawab Hajah Fatehah. Agus yang memandu cuma pasang telinga mendengar perbualan ibu dan
ayahnya.
“Tukar mana?” Tanya Haji Suleiman.
“Masih kat JPN. Tapi dia kat bahagian komputer, kata Mar tadi. Jadi lebih banyak duduk saja depan komputer.”
“Oklah macam tu. Tak payahlah gerak sana-sini banyak sangat.” Haji Suleiman angguk-angguk.
Dia tadi duduk di ruang tamu dengan tetamu lelaki yang lain. Mana ada jenguk Mardhiyah yang duduk di biliknya. Cuma ada jugalah ayah Mardhiyah khabar padanya yang Mardhiyah sudah dapat duduk tegak sendiri. Cuma kaki kanannya masih belum dapat bergerak. Masih bertatih hendak berdiri sendiri, kata Encik Masri, ayah Mardhiyah itu.
“Kasihan Mardhiyah itu bang. Sudahlah lumpuh kaki kanan, putus tunang pula dengan Luqman. Bukan tak ada orang mengata Mardhiyah. Saya ni, kalau Faridah tu setuju, macam nak hantar terus rombongan meminang Mardhiyah,” kata Hajah Fatehah.
“Pinang untuk sapa mak?” Agus sudah telan air liur. Emak ini. Sudahlah dia tengah memandu.
“Jadi menantu maklah. Buat majlis besar-besar, meriah. Biar orang tahu, walaupun dia lumpuh begitu, masih ada juga orang nakkan dia jadi isteri. Kesian dia…”
“Amboiii Mak Hajah. Niat tu dah elok, tapi macam ada riak sikit kat situ…” tegur Haji Suleiman. “Awak ada anak lelaki lagi ke? Bukan semua dah kahwin?”
“Ehh… Agus tu ada lagi. Bukan dia ada hati dengan Mardhiyah ke dulu?”
“Maaakkkk…” Agus sudah tekan brek kereta.
“Allah!”
|
|
|
|
|
|
|
|
amboih agus..
buat2 terkezut la plak...tekan brek mengejut..
pada hal dalam hati..YES!!!!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Agus lompat kijang dalam hati
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|