|
Zamzam2013 posted on 17-11-2014 09:57 AM
Assalamualaikum & selamat petang semua...
waalaikummussalam.. selamat petang.. |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 14-11-2014 04:16 PM
cepat order nanti habis pulak discount dia....
cik @cegitu... saya dh order novel2 tu... nasib baik masih ada stok... |
|
|
|
|
|
|
|
kenarihitam posted on 17-11-2014 11:55 PM
Btul zam..kenari dh makin mymph watak adam kt dua2 rumah nih...hahahaha
haha.. mmg patut menyampah..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 17-11-2014 11:21 AM
habis dah ka?
belum habis lg cite ni @cegitu ... |
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 17-11-2014 04:31 AM
KESIAN HANI...ADAM DAH JADI GILA AGAKNYA...
jeng jeng jeng.. Adam tu stress dgn perkahwinan baru die sebenarnye..
dh mcm sakit mental dah die kan??..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
poyohabis posted on 17-11-2014 01:15 PM
Tq tt.. X guna betul adam ni... Cis nape la watak adam skrg ni serba x kena.. Kat rumah ipo pon adam ...
hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
gila talak kot...hahaha pandai2 je buat andaian tt nk lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 19-11-2014 02:35 PM
ok dah sambung.. tp se co'et je.. huhu
Tq tt..tp nape se coet je hehehe...nnt tt smbng lagk ye |
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 19-11-2014 07:24 AM
gila talak kot...hahaha pandai2 je buat andaian tt nk lagi....
hehe.. otw.. tgu ye.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kenarihitam posted on 19-11-2014 08:02 AM
Tq tt..tp nape se coet je hehehe...nnt tt smbng lagk ye
tu la.. nak olah ayat tu lambat jek nak kuar.. tu yg kuar se coet jek
tq sbb sabar menunggu ye.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
KAKAK TT update cpt ye..we waiting |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 14-11-2014 04:16 PM
cepat order nanti habis pulak discount dia....
Yeah... @cegitu... saya dh dapat novel tu... ... tak sabar nak baca |
|
|
|
|
|
|
|
Zamzam2013 posted on 20-11-2014 04:59 PM
Yeah... @cegitu... saya dh dapat novel tu... ... tak sabar nak baca
Tahniah @zamzam... hehheh |
|
|
|
|
|
|
|
~~ BAB 32 ~~
"Alhamdulillah, Kak Ngah dah boleh keluar", ucap Puan Mariam. Dia tidak sabar lagi untuk balik dan masak makanan kegemaran anaknya itu. Sayu hati bila melihat anaknya itu dihidang dengan menu yang tidak cukup rasa, namun dia faham kehendak hospital adalah untuk kebaikan anaknya. Tetapi, doktor juga berpesan untuk Hani menjaga makannya. Puan Mariam hanya ingin melihat anaknya itu berselera memamah makanan. Sudah kurus anaknya gara-gara peristiwa hitam itu.
"Alhamdulillah.. ha, ibu kamu pergi kemaskan barang Kak Ngah tu", arah Pak Ahmad. Dia juga mahu cepat-cepat pulang dari situ.
Hani juga tidak sabar untuk bertemu dengan Qina. Sudah lama rasanya tidak bermain dengannya walaupun baru semalam Maya membawa Qina ke hospital. Tidak sabar melepaskan rindu kepada Qina.
Kelibat Afiq dari jauh membawa sedikit buah-buahan menuju ke bilik Hani ditempatkan hanya dipandang oleh Pak Ahmad.
"Sejuk hati tengok anak Rahimah ni", kata Pak Ahmad sambil memandang Afiq yang sedang menuju ke arah nya.Hani mencari gerangan orang yang dimaksudkan Pak Ahmad. Tak semena mena hati Hani berdebar debar apabila terpandang Afiq. Dia mengalih pandangannya kerana tidak mahu isi hatinya yang tidak keruan itu diketahui kedua orang tuanya. Pak Ahmad punya pandangan yang sama dengan Hani sebenarnya. Sejuk hati apabila dapat menatap wajah Afiq selain Qina di hatinya. Memang Afiq lah yang sedang bertakhta di hatinya ketika itu. Jika dapat dibayangkan hatinya ketika itu boleh dikatakan punya taman bunga yang sangat cantik. Betapa girangnya hati bila dapat melihat Afiq melawatnya setiap hari.
"Assalamualaikum", Afiq memberi salam lalu bersalaman dengan Pak Ahmad.
Waalaikummussalam", masing-masing menjawab salam.
"Ni, buah untuk Hani", Afiq menghulurkan buah itu kepada Hani dan Hani menyambutnya. Terkaku sebentar mereka di situ. Tidak tahu mengapa.
"Ehem ehem!", Puan Mariam sengaja berdehem untuk memecah kekeluan itu. Mereka saling mengalih pandangan apabila ditegur begitu.
"Hani boleh keluar hari ni. Sekarang nak kemas barang. Nanti kita daftar keluar ye", kata Pak Ahmad sambil mempelawa Afiq menemaninya ke kaunter pendaftaran. Pak Ahmad seorang yang buta huruf. Dia perlukan teman untuk prosedur pendaftaran keluar wad anaknya itu. Mujurlah Afiq berada di situ. Afiq hanya mengangguk setuju apabila Pak Ahmad mengajaknya.
Sebenarnya, Hani dan Afiq malu sendiri apabila berpandangan kelu secara spontan. Seperti ada chemistry di antara mereka. Malu dengan pandangan Puan Mariam dan Pak Ahmad barangkali.
~~~
Dalam perjalanan mereka mengiringi Hani keluar dari hospital, terlihat kelibat seorang perempuan yang sangat dikenali oleh Hani dan Afiq.
Mila!!
"Hani", Mila memanggil dengan wajah yang sayu.
Hani dan Afiq berpandangan tanda ingin tahu mengapa Mila seperti tidak keruan dan sedang memikirkan sesuatu.
"Kenapa ni Mila?", Hani menggosok gosok bahu Mila apabila Mila menangis ter esak-esak.
"Siapa ni?", tanya Puan Mariam.
"Ni Mila, isteri Abang Adam, ibu", jelas Hani.
Puan Mariam tidak sabar ingin mengetahui gerangan perempuan yang menagis meminta simpati itu.
"Maaf Hani, saya dapat tahu Hani masih di sini sebab tadi saya ke pejabat Hani untuk mencari Hani. Mujur ada Maya yang beritahu Hani di sini", jelas Maya.
"Tak pa Mila, kenapa ni?", Hani kasihan apabila melihat keadaan Mila. Jika dia boleh bantu, ingin sangat dia membantu Mila.
"Adam.." jawab Mila dan berhenti seketika.
"Kenapa dengan Abang Adam?", Hani bertanya dengan penuh kehairanan.
"Jika disabitkan kesalahan, Adam akan dipenjarakan dan juga sebatan. Kami terpaksa membayar RM10 ribu. Saya tak mampu, Hani.Saya nak merayu Hani tarik balik dakwaan", merah padam wajah Mila menahan malu kerana telah merendahkan dirinya apabila merayu seperti itu. Namun, itu sahaja yang mampu dilakukan untuk mengelak hukuman. Hani tidak dapat memikirkan apa-apa apabila dirayu sebegitu rupa. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.
"Maaf ye nak. Makcik rasa kami terpaksa bawa Hani pulang dulu. Makcik nak anak makcik rehat di rumah", jelas Puan Mariam. Sebenarnya Puan Mariam ingin mengelak dari Hani berfikir perkara seperti itu kerana dia baru sahaja keluar dari wad. Dia juga merasakan itulah balasan kerana memperlakukan anaknya sebegitu rupa. Demi keselamatan anaknya, dia tidak mahu anaknya itu melayan kerenah isteri baru bekas menantunya itu.
Mila senyap mendengarkan permintaan dari Puan Mariam. Dia bertindak mengundur sedikit ke belakang. Hani hanya menurut sahaja permintaan ibunya. Memang itu pun yang terbaik untuk dirinya buat masa ini.
"Maaf Mila", hanya itu sahaja kata yang mampu Hani ucapkan. Dia juga tidak mahu mendengar apa-apa lagi rayuan atau maaf dari Adam. Sudah banyak peluang yang diberi. Inilah masanya untuk Hani melindungi keluarganya. Jika Adam benar-benar akan meringkuk di dalam penjara, keselamatan keluarganya akan lebih terjamin.
Mila memandang mereka keluar dari hospital dengan perasaan marah, "Kau tak nak tolong aku, siap kau nanti!"
Last edited by ISTRIMITHALI on 4-12-2014 09:24 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
TENGOK TU NAK MINTAK TOLONG TAPI MASIH BERDENDAM...MINTAK LAH CARA BAIK... |
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 24-11-2014 03:23 AM
TENGOK TU NAK MINTAK TOLONG TAPI MASIH BERDENDAM...MINTAK LAH CARA BAIK...
kikiii... nmpk x niat x baik die tu.. minx x ikhlas kan.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
fatimz posted on 24-11-2014 03:23 AM
TENGOK TU NAK MINTAK TOLONG TAPI MASIH BERDENDAM...MINTAK LAH CARA BAIK...
Tenang.emo ni haa |
|
|
|
|
|
|
|
ISTRIMITHALI posted on 24-11-2014 03:46 AM
kikiii... nmpk x niat x baik die tu.. minx x ikhlas kan.. hehe
Lama tak online. |
|
|
|
|
|
|
|
"Hani", Mila memanggil dengan wajah yang sayu.
Hani dan Afiq berpandangan tanda ingin tahu mengapa Mila seperti tidak keruan dan sedang memikirkan sesuatu.
"Kenapa ni Mila?", Hani menggosok gosok bahu Mila apabila Mila menangis ter esak-esak.
"Siapa ni?", tanya Puan Mariam.
"Ni Mila, isteri Abang Adam, ibu", jelas Hani.
Puan Mariam tidak sabar ingin mengetahui gerangan perempuan yang menagis meminta simpati itu.
"Maaf Hani, saya dapat tahu Hani masih di sini sebab tadi saya ke pejabat Hani untuk mencari Hani. Mujur ada Maya yang beritahu Hani di sini", jelas Maya.
"Tak pa Maya, kenapa ni?", Hani kasihan apabila melihat keadaan Maya. Jika dia boleh bantu, ingin sangat dia membantu Maya.
"Adam.." jawab Maya dan berhenti seketika.
"Kenapa dengan Abang Adam?", Hani bertanya dengan penuh kehairanan.
"Jika disabitkan kesalahan, Adam akan dipenjarakan dan juga sebatan. Kami terpaksa membayar RM10 ribu. Saya tak mampu, Hani.Saya nak merayu Hani tarik balik dakwaan", merah padam wajah Mila menahan malu kerana telah merendahkan dirinya apabila merayu seperti itu. Namun, itu sahaja yang mampu dilakukan untuk mengelak hukuman. Hani tidak dapat memikirkan apa-apa apabila dirayu sebegitu rupa. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan.
Maaf nak tanya...sebenarnya Mila ke Maya yang punya dialog tu. Mengikut pemahaman Ipo, Mila kan?? Bukan Maya.. (rujuk yang Ipo dah bold tu)
Dialog yang last tu ..mila yang berkata.
Kalau Ipo salah...ignore kan je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Esmiria posted on 24-11-2014 03:50 AM
Lama tak online.
huhu.. tu la.. x sempat nak tgk rmh Es.. cite yg penuh misteri tu..huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|