CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ladyFinger12

MSMN

[Copy link]
Post time 13-3-2013 10:16 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 13-3-2013 10:11 AM
Yasmin tu rakan sekerja Jiha. Dia ni watak mcm Kak Syirah. PMS tu Yasmin punya. Dia suka baca nove ...


ooo...ok...skrg baru faham novel tu 'milik' Yasmin...







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2013 10:18 AM | Show all posts
redsentra posted on 12-3-2013 05:07 PM
@khaizarina setuju amat.. x mo la fahmi kahwin dona, dona mati kahwin dgn jiha... nak jiha dgn eddie ...

Dun worry.... Fahmi tak sempat kahwin pun, Dona mati. Lagi pun Fahmi x cintakan Dona dan Jiha... tetap setia kpd persahabatan.


Hero ada 3 meh.... Rahul bukan Eddie.
Btw, lady dah edit kat page depan. Betul kata usu nama Rahul tertinggal. Mula2 ada nama Rahul tp lepas edit tambah eddie, tak perasan Rahul dah delete. Sorry sangat2.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 10:22 AM | Show all posts
BAB 20

Tepat pukul 5 petang, aku segera berkemas. Tak sabar rasanya mahu menemui Dona. Aku nekad, akan aku dahulukan persahabatan dari perasaan. Aku reling beg kertas yang mengandungi pulut dan bubur durian. Makanan kegemaran Dona. Isi durian yang aku beli di pasaraya aku buatkan bubur malam tadi khusus untuk Dona. Kemudian aku tanak pula pulut. Kak Syirah sampai naik hairan dengan sikap aku yang tiba-tiba rajin.

Sebenarnya dua minggu lepas, emak mengirimkan pulut durian buat Dona namun tidak aku sampaikan kerana hati aku waktu itu belum bersedia menemui Dona. Penyudahnya pulut durian yang emak masak habis dimakan Lili.

Usai menunaikan solat asar, seperti biasa aku menapak menuju ke kompleks membeli belah Sogo... tempat lepak aku dan Dona. Beg kertas yang mengandungi bekas yang berisi pulut durian aku jinjit di tangan kanan. Pasti Dona gembira menerima pulut durian ini nanti. Dona pun tak sabar mahu menemui aku. Malah kegembiraannya tentu akan berganda apabila Fahmi sampai nanti. Aku memang sengaja tak memberitahu Dona yang Fahmi akan turut menyertai pertemuan hari ini. Aku mahu membuat kejutan kepada Dona.

“Assalamualaikum Jiha!” Suara Dona melaung memberi salam. Salamnya tidak aku jawab sebaliknya aku menghadiahkannya dengan sekuntum senyuman. Senyuman yang datang dari hati sanubariku.

“Dona! Rindunya kat kau!” Tubuh Dona aku peluk erat dalam beberapa saat. Kemudian aku cium pula pipinya kiri dan kanan, untuk melepaskan kerinduan.

“Kau ok tak ni?”

“Alhamdulillah... Aku rasa lebih sihat dan lebih gembira sejak Rahul balik.” Wajah Dona memang kelihatan begitu ceria sekali.

“Nah! Favourite kau. Aku yang masak ni.” Aku menyerahkan beg kertas berisi pulut dan bubur durian.


ps: mood hari ni mood cengeng.... 2 perwira negara tlh kecundang. Innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah buatmu perwira negara.
Last edited by ladyFinger12 on 13-3-2013 10:23 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 10:27 AM | Show all posts
“Wow! Baiknya hati. Thanks.” Dona begitu gembira sekali menerima buah tangan dari aku.

Aku kemudiannya memimpin tangan Dona memasuki perkarangan kompleks membeli belah Sogo. Kami berjalan beriringan. Nasib sudah pertengahan bulan.... bukan masa orang dapat gaji... jadi tidaklah sesak sangat Sogo kali ini.

“Apa surprise yang kau cakap tadi?” Tanya Dona sebaik sahaja kami melabuhkan duduk di dalam restoran.

“Tunggulah sekejap lagi.” Aku reling sekilas jam di tangan. Fahmi masih dalam perjalanan. Tadi dia sudah menghantar mesej pesanan ringkas kepadaku yang mengatakan dia sudah keluar menuju ke destinasi pertemuan kami.

“Eh, macam mana drama hari tu?” Aku segera bertanyakan apa reaksi amma dan appa Dona atas kepulangan Rahul.

“Amma aku, biasalah.... meraung beb! Peluk peluk sakan.”

“Rugi aku tak tengok.”

Haha... “Memang rugi la! Itulah... siapa suruh kau balik awal.” Dona masih tak puas hati atas tindakan aku hari itu. Aku hanya tersengih.

"Appa kau macam mana pula?" Soal aku lagi.

"Biasalah abang aku tu... keras kepala. Appa aku pun sama… keras kepala juga. Tapi oklah.... asalkan dia dah balik, kan? Bolehlah duduk semeja, makan sama-sama walau pun kurang bercakap. Yang pentingnya amma aku gembira dengan kepulangan Rahul. Aku turut gembira mendengar perkhabaran dari Dona itu. Sekurang-kurangnya sebelum memejam mata, Dona tau amma serta appa masih ada anak lagi untuk menemani hari-hari tua mereka.

“So, apa perancangan dia? Balik sekejap saja ke atau macam mana?”

“Dia kata dia balik for good. Dia dapat tukar kerja sini, tapi minggu depan baru dia mula kerja.”

“Wah! Itu sudah bagus. Tentu amma dan appa kau seronok.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 10:29 AM | Show all posts
“Memang dia orang gembira sangat. Dan aku rasa akulah orang yang paling seronok sekali. Sekurang-kurangnya sebelum aku mati, aku tahu amma dan appa aku tak lah sedih sangat.”

Wajah aku berubah suram apabila soal kematian diungkit Dona. Alergik sungguh aku dengan perkataan mati. Namun terpaksalah aku menahan hati kerana aku sudah berjanji dengan Dona yang aku tak akan bersedih di depannya.

“Jiha, bila kau nak datang ke rumah aku?”

“Aku segan lah... Kita jumpa kat luar macam ni pun boleh, kan?”

“Dengan abang aku pun kau nak malu?”

“Malu lah... Aku kan perempuan Melayu terakhir?” Memang taklah aku mahu ke rumah Dona lagi. Mustahil aku mahu menemui lelaki yang berani tidur di sebelah aku itu... Geram dan malu bila aku ingatkan peristiwa lama.

Hahaha... Dona tertawa. “Abang aku kata kau cantik.”

Fulamak! Kembang kempis hidung aku. Baru saja aku marahkan dia. Sekarang menerima pujian darinya pula. Sedikit sebanyak rasa bangga juga aku dipuji. Lelaki tampan yang memuji aku, ok!

“Assalamualaikum.” Suara Fahmi mematikan bicara kami. Elok juga dia datang, kalau tak, tak kuncup-kuncup pula nanti punggung aku akibat dipuji lelaki tampan.

Dona begitu terperanjat sekali dengan kedatangan Fahmi. Dia mereling aku. Aku melemparkan senyuman. Kemudiannya Dona turut tersenyum. Tentu dia dapat mengagak apa kejutan yang aku katakan tadi.

“Macam mana dengan migrain kau, Dona?”

“Kadang-kadang dia datang balik.” Beritahu Dona.

“Ingat apa yang aku beritahu dulu?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 10:31 AM | Show all posts
“Jangan stress, jangan tension. Anggap semua ini ujian.” Dona pantas menjawab. Aku tersengih cuma.

“Pelajar-pelajar kau hari tu macam mana? Masih menimbulkan masalah?” Fahmi bertanya lagi penuh prihatin.

“Alhamdulillah... so far so good.. Tips yang kau bagi tu memang menarik dan nampak berkesan.”  Gembira bunyi nada suara Dona.

"Tips apa?" Aku menyoal. Dona tersengih-sengih.

"Aku beritahu Dona pasal tips memancing hati." Fahmi mencelah. Aku semakin tak memahami.

"Pandailah kau ni..." Dona tertawa.

"Tips nak menarik minat pelajar-pelajar aku pada pelajaran." Dona menjelaskan.

"Alhamdulillah, si Azhan yang paling nakal dalam sekolah tu nampaknya dah mula rajin buat homework."

"Wah! Terujanya aku. Tapi kau tak cerita pun kat aku yang Fahmi bagi kau tips..."

"La... itu cuma perbincangan antara aku dengan Fahmi mengenai anak murid aku. Kau nak tahu juga ke?" Dona menanyakan aku. Aku terdiam. Betul, tak kan semua perkara kena beritahu aku. Tapi... kenapa tiba-tiba aku rasa seperti dipinggirkan? Atau... aku cemburu? Aku reling ke wajah Fahmi. Segera aku melarikan bebola mataku apabila aku menyedari Fahmi sedang merenungku. Dup dup dup... Jantungku bergetar laju.

Apabila pelayan datang membawakan makanan, perbualan kami terhenti seketika untuk menikmati makanan yang dipesan. Kali ini aku sengaja tak memesan char kuew teow.

**********
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2013 10:32 AM | Show all posts
saya macam berkenan jer jiha ngan rahul...ermmmm  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 10:41 AM | Show all posts
wardah75 posted on 13-3-2013 10:32 AM
saya macam berkenan jer jiha ngan rahul...ermmmm

kenapa rahul ye?

----


“Fahmi, benarkah ayat-ayat al-Quran itu boleh menyembuhkan penyakit?' Soal Dona sejurus kami selesai makan.

“Dan kami turunkan dari al-Quran itu ayat-ayat suci yang boleh menjadi penyembuh iaitu syifa dan rahmat bagi orang yang beriman. Sebenarnya ada beberapa lagi ayat dalam al-Quran yang jelas mengatakan bahawa al-Quran itu boleh menyembuhkan penyakit. Baik penyakit dalaman mahu pun lahiriah.” Khusyuk Dona mendengar penerangan dari Fahmi.

“Namun, perlu diingat dunia ni darul as sebab. Jadi berubat atau menerima rawatan itu adalah syariat. You see Dona... dalam Islam semuanya seimbang. Islam bukanlah agama yang meminta penganutnya memberikan tumpuan kepada akhirat semata. Rasulullah SAW pun tak melarang para sahabat menggunakan perubatan dunia malah Baginda menggalakkan lagi. Apa yang penting, kita usaha tapi keyakinan yang kita letakkan dalam hati adalah kepada Allah. Dialah yang menyembuhkan. Kalau kita menolak rawatan dengan andaian sudah ditakdirkan begitu dan begini, seolah-olah kita berserah sahaja kepada nasib tanpa sebarang usaha. Sikap ini adalah salah dalam Islam.” Kali ini Dona terdiam. Matanya mereling ke wajahku. Aku menunduk.

Aku langsung tak menyangka Fahmi akan mengaitkan perbincangan kami tadi dengan penyakit yang ditanggung oleh Dona. Walau pun Fahmi tidak menyatakannya secara langsung, aku yakin itulah yang dimaksudkan oleh Fahmi atas kata-katanya sebentar tadi. Malah aku lihat sendiri reaksi Dona yang tampak resah. Pasti Dona juga menangkap apa yang cuba diperkatakan oleh Fahmi. Namun dalam hati, aku mengharap agar Dona tidak menyalahkan aku kerana memberitahu Fahmi tentang penyakitnya.


**********



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 10:42 AM | Show all posts
Rahul tu doktor ke? Kalau dia doktor kompom keje satu hospital dgn jiha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 10:44 AM | Show all posts
“Jiha, kau beritahu Fahmi pasal penyakit aku, kan? Kau ni... aku dah pesan kat kau jangan beritahu dia.” Dona memarahi aku setelah Fahmi beredar meninggalkan kami.

“Errr... Janganlah marah. Aku... aku...” Tergagap aku nak memberitahu Dona.

“Aku ingat kau boleh dipercayai.” Dona terus memarahi aku.

“Dona... please! Fahmi berniat baik. Dia tak nak kau berputus asa dan cuba menjalani rawatan. Doktor kata 50 50 kan?” Aku tak mahu berdalih.

“Kau ni kan... Kau dah janji tau!” Dona masih tak puas hati dengan aku yang telah memungkiri janji. Dona tak pernah memarahi aku seperti hari ini.

“Please! Aku cuma nak tolong kau. Kau tak nak dengar cakap aku supaya menjalani rawatan kimo tu..... Jadi aku terpaksa minta bantuan Fahmi untuk pujuk kau.” Aku tatap wajahnya dengan penuh pengharapan agar dia dapat menerima alasan aku.

"atutlah Fahmi begitu mengambil berat tentang aku sejak kebelakangan ni. Aku ingat dia dah mula sukakan aku. Tapi rupanya dia cuma bersimpati pada aku."

"Dona... " Aku tak mampu meluahkan sebarang kata-kata lagi.

"Sudahlah Jiha... Aku nak balik."

"Dona!" Aku tarik tangan Dona yang mahu beredar. Namun tanganku direntap kasar. Sejurus melepaskan tangannya dari genggaman tanganku, Dona berlalu pergi. Malah beg kertas berisi pulut durian tertinggal di atas kerusi. Aku hanya mampu memandang dalam kekesalan.

**********

okeh.... tamat dah se bab. Nk ke LD...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2013 10:46 AM | Show all posts
redsentra posted on 13-3-2013 10:42 AM
Rahul tu doktor ke? Kalau dia doktor kompom keje satu hospital dgn jiha

errr..... Rahul doktor komputer jahhh...


Jiha x keje kat sepital ma... Jiha keje kat pejabat kaunseling

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 10:53 AM | Show all posts
lady , mungkin rahul juga akan tertarik kepada agama islam setelah melihat adiknya bersungguh untuk mendalaminya. lagipun rahul org pertama melihat jiha tanpa jilbab
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 11:12 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 13-3-2013 10:46 AM
errr..... Rahul doktor komputer jahhh...

Ye ke, aiseh, tapi tak pe, rasanya nanti rahul yg chek pc /labtop jiha yg selalu kena hijack tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:04 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 8-3-2013 10:20 AM
Dan aku pula... berketurunan Jawa Sekinchan namun aku ambil banyak genetik emak. Mak wanita Melayu j ...

Kita nak Jiha ngan Fahmi aka Mujahid...sesuai sgt...

TQ, bai....

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 12:13 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 8-3-2013 03:54 PM
Usu... lady baru perasan. Ada satu page lupa nak tepek.

-----

Ini part selangkau sebelum lili bgtau Mujahid tuh Fahmi ke lady sayam...?

Nntkn lady syg....kalu rasa2...terlupa part mana yg lady sayang nak tepek klik kat View author' posts ...semak semula karya lady sayang kat word tuh...pastu tepek ngan jaya nyer...baru tak terlangkau...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 01:13 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 13-3-2013 10:31 AM
“Jangan stress, jangan tension. Anggap semua ini ujian.” Dona pantas menjawab. Aku tersengih cuma. ...

Huhu...ujian cinta wat Jiha & Fahmi....sokong Jiha - Fahmi....

Cinta bersegi....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2013 01:28 PM | Show all posts
ahkak sellie oii.. org2 kat capetown tu tak ingat nak balek ke??
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 01:53 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 13-3-2013 01:28 PM
ahkak sellie oii.. org2 kat capetown tu tak ingat nak balek ke??

Aiseh....ko conan...tgh cari idea kat tret lady nih...mana tau kan...miahahah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2013 02:26 PM | Show all posts
x nak Jiha ngan Fahmi....nnti cam biasa2 je

nak Jiha ngan Rahul ... sbb Rahul dah tgk aurat Jiha.... (cam biasa2 gak)

kalu ngan Eddie..mesti byk perkara menarik akan berlaku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2013 09:44 AM | Show all posts
sellie003 posted on 13-3-2013 12:13 PM
Ini part selangkau sebelum lili bgtau Mujahid tuh Fahmi ke lady sayam...?

Nntkn lady syg....kal ...

Bukan melangkau yang... Just tertinggal jek sbb lady kelam kabut sgt nak pi menyelam ke LD.

Cik Sellie... kat mana nak guna function view author post tu?



eh, eh... nampak dah... huhu... hampir setahun dah, baru hari ni cheq perasan. Last edited by ladyFinger12 on 14-3-2013 09:46 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.126585 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list