|
Bab21
Bangi Kopitiam penuh dengan pelanggan seperti biasa. Ada yang datang makan dengan keluarga, ada yang dengan kawan dan ada yang sendirian. Di satu sudut kelihatan wajah tegang Datin Aina dan Irina. Dihadapan mereka ada seorang lelaki yang juga berwajah tegang lagi bengang.
“Hey Datin, aku dah tak nak terlibat dengan apa pun rancangan kau!”
Selamba lelaki hitam manis itu berkata. Mata buntang Datin Aina sedikit pun tidak memberi apa-apa kesan padanya. Black hirup air sirap bandung cincau dengan rakus. Haus bila asyik bercakap dengan dua orang perempuan phsyco ni!
“Mana boleh! Kerja yang aku suruh buat hari tu kan belum selesai.” Bentak Datin Aina kuat. Duit dah berpuluh ribu habis tapi langsung tiada hasil. Samseng tahi kucing!
“Kau tau tak anak siapa yang kau suruh aku culik tu?” Tanya Black sambil merenung Datin Aina dan Irina yang jelas kehairanan.
“Anak Delia la. Perempuan yang aku suruh kau kerjakan dulu tu. Takkan itu pun kau tak boleh nak ingat!”
Irina mendengus. Entah samseng apalah yang Maksu kenal ni! Langsung tidak boleh diharap. Dah la mintak bayaran mengalahkan gaji CEO!
“Memanglah anak perempuan cantik tu. Aku pun tau. Sekarang ni kau tau tak siapa bapak budak-budak tu?”
Cantik? Buta agaknya si Black ni! Irina mencebik dan memandang Datin Aina di sisi. Dia pasti maksu juga pasti bernanah telinga mendengar kata-kata Black sebentar tadi.
“Siapa bapak budak-budak tu?” Balas Datin Aina. Dari dahulu persoalan itu tidak pernah ada jawapan. Memang pernah seorang lelaki mengaku sebagai suami Delia sewaktu dia dan Irina menyerang perempuan itu di pejabat. Tapi, dia tidak rasa lelaki itu berkata benar.
“Itu korang tak perlu tahu. Yang pasti bodyguard anak-anak dia bagi aku hadiah ni.”
Tuding Black pada mata kanannya yang bengkak dan membiru hasil tumbukan padu dari salah seorang lelaki yang menghalang keretanya sewaktu cubaan membawa lari dua anak-anak kecil yang comel.
“Takkan kena tumbuk macam tu dah takut? Kata Abang Besar kat KL ni!”
Last edited by TJ2 on 8-3-2013 05:21 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Takut?” Black tertawa sinis. “Dalam kamus hidup aku ni tak pernah ada perkataan takut, tau tak?”
“So…kalau tak takut kenapa kau nak tarik diri?” Datin Aina betul-betul tidak puas hati. Dahlah rancangan nak culik anak-anak Delia gagal dan sekarang Black pula tidak mahu lagi membantunya.
“Aku dah malas nak campur masalah bodoh korang ni…”
“Aku tak kira! Aku nak kau bunuh Delia dengan anak-anak dia yang menyusahkan tu!”
Meja ditepuk kuat dan Irina sudah berdiri dengan muka menyinga. Rasa sakit hati makin berlipat ganda apabila semua yang dirancangnya tidak menjadi. Lebih menyakitkan bila Black mahu menarik diri dan tidak lagi mahu membantunya.
“Calm down Nana…”
“Nana tak kira, Maksu! Nana nak dia bunuh Delia…”
Tangan Irina ditarik kuat sehingga gadis itu kembali terduduk di sisi Datin Aina. Wajah merah Irina dipandang sebelum Datin Aina menggetap gigi geram. Emosi!
“Itu maksu tau tapi janganlah cakap kuat-kuat. Nak kita semua masuk lokap ke?”
Pantas Irina menutup mulutnya dengan tangan dan menggeleng. Dia pandang sekeliling dan dia bernasib baik kerana kedudukan meja mereka agak jauh dari pengunjung lain. Dia hela nafas lega.
“Ala…bukan ada orang dengar pun.”
“Kalau ada orang dengar macamana?” Tanya Datin Ain aserius. Rimas betul dia dengan perangai Irina yang suka menggelabah tidak tentu pasal.
“Chup…chup…” Black terpaksa mencelah. Sakit matanya melihat gelagat dua perempuan di hadapannya ini. “Jangan gaduh depan mata aku,boleh tak? Macam budak-budak! Aku gerak dulu!”
Sirap bandung cincau dihirup hingga ke titisan terakhir. Sedap! Black bangun dan mahu mengorak langkah. Malas mahu berlama-lama dengan dua perempuan phsyco ni! Silap-silap dia pun jadi phsyco sama.
Melihat Black yang mahu melangkah pergi, cepat-cepat Datin Aina bangun dan menghalang. Dia perlukan lelaki ini untuk melunaskan rancangannya.
“Ok…ok…aku up payment kau. Berapa kau nak? 20 ribu, 30ribu?”
Last edited by TJ2 on 8-3-2013 05:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh-sungguh Datin Aina membuat tawaran. Namun Black tetap geleng dan melangkah pergi meninggalka nDatin Aina yang ternganga.
“Macamana ni Maksu?”
Wajah Datin Aina dipandang penuh pengharapan. Setahu Irina hanya maksu sahaja yang sanggup membantunya mendapatkan Ameer kembali. Mama dengan papa? Jangan mimpilah. Silap-silap dia yang kena bambu sebab bertindak bukan-bukan!
“Takde Black pun kita boleh buat…”
“Maksu nak buat macamana?”
“Nanti maksu fikirkan.”
Datin Aina hirup kopi yang sudah tinggal separuh cawan.Takde si Black bodoh tu pun aku masih mampu nak kenakan Delia! Lagipun bukan Balck sorang orang jahat kat KL ni! Berlambak lagi. Yang penting duit. Ada duit semua boleh jadi!
Dan di satu sudut lain, kelihatan kelibat dua lelaki sedang berbual dan bersalaman tanpa peduli dengan orang yang sibuk lalu lalang.
“Pandai juga kamu ni berlakon ye, Samad?”
Dua lelaki itu tertawa kuat.
“Abang Kamal ni….Janganlah panggil saya Samad. Malu tau.Tak ganas. Panggillah Black!”
Makin kuat tawa Kamal. Bahu Black ditepuk lembut. Kerana lelaki inilah tugasnya menjadi mudah. Malah dia dapat tahu dalang sebenar yang cuba mengganggu hidup Delia anak beranak.
Sungguh dia benar-benar terperanjat bila lihat Black adalah lelaki yang menculik anak-anak Delia. Mujur dia cepat sampai. Kalau tak,lunyai budak ni dikerjakan oleh anak buahnya.
“Payah sangat nak menyebutnya. Lagipun lidah aku ni dah biasa panggil kamu Samad. Payah nak ubah.”
Black tersengih. Abang Kamal ini adalah teman baik ayahnya di kampung. Malah banyak membantu keluarganya sewaktu mereka kesusahan suatu masa dahulu.Tak sangka mereka bertemu kembali walaupun bukan dalam keadaan yang menyenangkan. Kecil betul dunia ini!
“Diorang tu saya dah ‘settle’kan. Tapi saya tak rasa diorang akan give up. Saya yakin diorang ada rancangan lain. Baik abang suruh Delia hati-hati.”
Last edited by TJ2 on 8-3-2013 05:17 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kamal angguk. Dia sudah cukup bersyukur bila Black setuju untuk mengikut rancangannya. Malah anak muda itu dengan rendah diri memohon maaf kerana pernah menyerang Delia. Jauh disudut hati, Kamal tahu masih ada sifat baik wujud dalam diri Black. Mungkin desakan hidup membuatkan anak muda ini tersasar jauh dari landasan sebenarnya.
“Itu kamu jangan risau. Sekarang ni abang nak kamu jangan ganggu Delia. Cakap sekali dengan semua budak-budak kamu.”
“Saya dah cakap. Tak nak saya cari pasal dengan orang-orang abang. Cukuplah mata ni je yang lebam.”
Kamal tersenyum tipis melihat mata Black yang membiru. Mujur kena sebelah. Kalau dua-dua, confirm macam mata panda!
“Sorry bagi pihak anak buah abang. Tapi ingat, lepas ni jangan ganggu family Delia lagi. Kalau tak…abang tak mungkin dapat tolong kamu.”
Dalam kelembutan masih ada amaran yang terselit. Kamal ahu Black mengerti apa yang dia maksudkan di sebalik kata-kata tadi bila anak muda berkulit hitam manis itu mengangguk…
*****************************
Matahari yang memancar garang memaksa Delia mengecilkan mata. Dia tetap berasa silau walaupun mengenakan cermin mata hitam. Rambut yang sesekali menutup mata diselit ke celah telinga.
Mata meliar pandang sekitar lobi yang lengang. Mana ada orang kerja hari sabtu. Kalau ada pun semuanya boleh dikira dengan jari. Dan yang pasti, hari ini semua staff Akram sedang bergembira menuju ke Cherating. Jadi, apa pula dia buat di sini?
Semua Hani punya pasal. Pandai-pandai berjanji dengan supplier lepas tu suruh dia yang jumpa! Konon-konon supplier tu yang request nak jumpa dia! Padahal nak bagi voucher je! Hani sendiri boleh terima. Minah tu pun committee juga! Delia mencebik sendiri. Tak pasal-pasal dia tersangkutd ekat sini. Sedangkan orang lain mungkin sudah hampir dengan Cherating.
Last edited by TJ2 on 8-3-2013 05:16 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Jam tangan dikerling. Hampir sebelas pagi. Manalah wakil syarikat Everise ni? Dahlah tak kenal. Tadi masa dia beritahu pada Hani, dengan yakin temannya itu berkata tidak perlu risau kerana wakil Everise mengenalinya. Entah betul atau tidak, Delia sendiri tidak tahu.
Tapi secara tidak langsung Delia dapat mengelak dari Ameer. Lagipun dia masih marah dengan lelaki itu. Biar pun Ameer sudah berusaha memujuk tapi Delia tetap keraskan hati. Bukan apa, dia hanya mahu Ameer sedar kepercayaan bukan soal main-main. Kalau tak percayakan dia, bagaimana mereka mahu membina keluarga kelak? Delia tidak mahu kahwin dan kemudian bercerai lagi.
“Hai Delia.”
Wajah yang ada di hadapannya ini benar-benar mengejutkan. Delia telan liur. Aduh…Kenapa boleh terjumpa mamat ni tiba-tiba?
“Hai…”
Melihat wajah Delia yang serba tidak kena, bibir Hedzry menguntum senyum. Dia pasti perempuan ini terkejut bila bersua muka dengannya di sini.
“Dah lama tunggu?”
Dahi dikerutkan tanda tidak faham. Bila pula aku tunggu dia ni? Delia ketap bibir tiba-tiba. Takkan dia ni wakil Everise?
“You dari Everise ke?”
“Yes. Susah sangat nak jumpa you, kan? Sebab tu I mintak tolong Hani.”
Dalam keadaan yang tidak selesa, Delia terpaksa juga mengukir senyuman. Kalau Hani ada disisi, sekarang juga dia ketuk-ketuk minah tu. Suka hati mengatur pertemuannya dengan Hedzry ini.
“I’ve been busy…”
“Busy sampai tak pernah perasan I datang office you, kan?”
Delia terperangkap dalam bicara Hedzry. Sumpah memang dia tidak pernah tahu lelaki ini ada urusan perniagaan dengan Akram. Tapi , apa perlu untuk dia tahu kaitan Hedzry dengan Akram? Diakan Cuma setiausaha cabuk! Bukan di bahagian Purchasing seperti Hani yang selalu bertemu dengan pembekal-pembekal Akram.
“Sorry.” Delia telan liur. Berdiri di hadapan Hezdry buatkan dia seram sejuk. Tidak betah rasanya berkongsi udara di ruangan yang sama dengan lelaki ini. “Hani kata you ada benda nak bagi Akram.”
Last edited by TJ2 on 8-3-2013 05:15 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Dengan senyuman Hedzry hulur satu sampul surat. Delia paksa senyum kembali. Takkan nak buat muka pula! Dan mata Delia terbeliak bila lihat apa yang terkandung di dalam sampul berwarna putih itu.
“Biar betul ni?”
“Betullah. Tapi kalau you rasa tak cukup, cakap je. I boleh bagi cash!”
Pantas Delia geleng kepala. Pakej percutian ke Istanbul ini pun dah cukup gempak! Bertuah siapa yang dapat!
“Sure ni? Cakap je kalau tak cukup…”
“Takpe…takpe…Ni pun dah lebih dari cukup.”
Nak cari nahas mintak lagi dari dia ni! Dibuatnya ada udang sebalik mee macamana? Tak pasal-pasal terkena nanti. Lagipun sehingga kini dia masih tidak boleh lupa tentang apa yang pernah berlaku di Sydney. Walaupun tidak pasti betul atau tidak tapi menurut Adam, Hedzry adalah lelaki yang memasukkan dadah ke dalam minumannya. Mau dia tak seram bila bertemu lelaki ini lagi!
“Jom pergi minum.”
“Ha…” Delia tergamam bila lelaki itu selamba menarik tangannya. Ini sudah lebih! “Sorry…I nak cepat. Maybe some other time.”
Tangan di tarik dan terus di silang ke belakang. Dia tidak mahu Hedzry cuba lagi untuk memegang atau pun menyentuh dirinya.
“Jomlah. Don’t worry. It won’t be long!”
Delia geleng laju-laju. Mati hidup balik pun dia memang tak mahu keluar minum dengan Hedzry. Ya Allah! Tolonglah hambaMu ini!
“Sayang…”
Alhamdulillah! Ucap Delia dalam hati. Dzariff muncul tepat pada masa. Tanpa kata Delia terus melangkah dan berdiri di sisi lelaki yang tampak sedikit susut. Dia jengket kaki dan berbisik pada Dzariff.
“Tolong I ye.”
Dzariff senyum tawar dan angguk. Perlahan-lahan lelaki itu menghampiri Hedzry yang jelas berdiri dengan riak wajah tidak puas hati.
“Dzariff.” Kata Dzariff sepatah. Tangan dihulur dan Hedzry sambut tangannya tanpa senyum.
Last edited by TJ2 on 8-3-2013 05:11 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
“Hedzry.” Jawab Hedzry juga sepatah. Tampak kurang mesra. Dzariff angguk.
“Dah lama kenal wife saya?”
Tak agak-agak! Delia sudah terkedu sendiri. Suka hati je Dzariff ni buat cerita. Ye pun nak tolong, tak perlulah reka cerita tahap Cerekarama. Karang Ameer tau lagi masalah!
“Kenal masa study dulu. Saya gerak dulu. Ada hal. Thanks for everything, Delia!”
Nafas lega dihela bila Hedzry melangkah pergi. Mujur Dzariff ada. Kalau tak, entah macamana dia hendak melepaskan diri dari lelaki yang menyeramkan itu.
“You tunggu sini kejap. I nak hantar barang kat atas. Jaga beg I.”
Tanpa sempat berkata apa-apa, Dzariff sudah pun meninggalkannya. Delia hanya memandang. Tapi tidak pula dia rasa mahu bergerak dari tempat di mana dia berdiri itu. Lagipun dia kan kena jaga beg Dzariff. Nanti hilang, siapa nak ganti! Sepuluh minit kemudian, Dzariff muncul kembali.
“Baru sampai dari Sydney ke?” Tanya Delia bila lelaki itu sudah berada di sisi. Dzariff cuma angguk. “Pergi Cherating tak?”
“Pergi. Tumpang you boleh? Penat nak drive jauh-jauh.”
Tadi sewaktu dia tiba di KLIA, dia ada hubungi mama. Konon-konon mahu tumpang sama ke Cherating. Tapi waktu dia telefon itu, mama rupa-rupanya sudah tiba di Genting Sempah. Takkan nak suruh patah balik!
Bila mama beritahu Delia masih ada di Akram menunggu hadiah dari pembekal, pantas dia arahkan teksi di pandu ke sini. Dan dia cukup bertuah kerana Delia masih ada. Kalau tidak, kenalah drive sendiri ke Cherating.
“Ok…tapi jangan bebel kalau I drive tak macam you.”
Takkan nak cakap tak boleh kot. Lagipun atas alasan apa untuk dia cakap tak boleh. Tapi kalau Ameer tau ni, mesti mamat tu mengamuk lagi. Delia mengeluh halus. Nak bagi salah, tak bagi lagilah salah!
“Thanks.”
Lelaki ini tampak tidak mesra seperti biasa. Lebih banyak mendiamkan diri dan kelihatan pucat. Tidak sihatkah dia ini? Delia tertanya-tanya sendiri…
Last edited by TJ2 on 8-3-2013 05:13 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam TJ2
Thank you for the new entry ...rempit baca. Terus menanti sambungannya...happy weekend |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TJ2
Hari ni tadi ulang baca dari ep 18 sampai episode semalam...nak tanya siapa yg hantar bunga kat Delia? U nak buat suspense ke or nak readers assume it is from Ameer? It can be from Dzariff too...am I right? A big question mark juga why Delia tunggu voucher tu seorang...tiba2 Ameer dan anak2 "hilang" sementara. I'm curious abt the sequence of event...
Waiting for your reply...pleasant weekend. |
|
|
|
|
|
|
|
salam tt....welcome back....heheheehe masih menanti entry baru....x cukup.......
|
|
|
|
|
|
|
|
masih tetap menanti n3 tbaru TT....mana TT ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi sambungan...
tak cukup la... |
|
|
|
|
|
|
|
best..teruskan mengarang lg yer tj.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam TJ2
Menanti kehadiran mu di laman ini...perit menanggung rindu dirasakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Lambat lagi ke nak update? |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak update nehhhhhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 esok lusa ada sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
petang ni ada n3.
sorry
sebab kurang sihat sikit...jd malas nk update |
|
|
|
|
|
|
|
@TJ2 semoga cepat sembuh ye |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|