CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK SEINDAH SYURGA

[Copy link]
Post time 30-11-2012 12:32 AM | Show all posts
Apa2 pun trima kasihlah farah sbb ko sudi tapaukan dinner+supper utk kami disini.. Ko p lah perabih ko punya assigment lak, sian kat ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2012 12:54 AM | Show all posts
Sherasi posted on 30-11-2012 12:30 AM
La ada hutang lg ni lunch+tea, tp takpe, esok leh tapau byk2... Jgnlah wat adegan gaduh2 n bunu ...

ganas sikiiitttttt jeee..romantik banyakkkkk jee...boleh..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 12:54 AM | Show all posts
Sherasi posted on 30-11-2012 12:32 AM
Apa2 pun trima kasihlah farah sbb ko sudi tapaukan dinner+supper utk kami disini.. Ko p  ...

macih la sudi baca..besok aku bagi banyak sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 08:18 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 29-11-2012 07:47 PM
open betol penthousenya...cantik!

Huhu...saujana mata memndang.......
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 08:19 AM | Show all posts
farahanafarah posted on 29-11-2012 07:47 PM
nak tutup citer dah ke? kalau nak tutup boleh aja...hehe

tutp citer pitnah lisa ngan TD ler...mukan tutp citer awok ni...rotan nak?...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 09:19 AM | Show all posts
x pe...take time tuan rumah...
kitaorg sentiasa menanti n3...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2012 09:33 AM | Show all posts
seperti spekuramaku si TD mmg taiko rupanya sbb tue farah dh bg warning awal2 nnt kita akan membenci dia dan mikail juga adalah gangster jugak. wadugh lisa balik ajelah pada Amran
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 09:34 AM | Show all posts
my speku.....td antar lisa belajar kat oberc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2012 12:03 PM | Show all posts
redsentra posted on 30-11-2012 09:34 AM
my speku.....td antar lisa belajar kat oberc

tak best la..jauh pulak lisa dengan td..nanti td gatai merenyam..haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 12:03 PM | Show all posts
sellie003 posted on 30-11-2012 08:19 AM
tutp citer pitnah lisa ngan TD ler...mukan tutp citer awok ni...rotan nak?...

hahaha..ingat nak tutup citer ni, kalau nak tutup anytime...haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 12:07 PM | Show all posts
BAB 19

        Tengku Dennis yang sedang leka menghirup kopi sambil membaca akhbar dijeling sekilas oleh Lisa. Pakaian lelaki itu menunjukkan bahawa dia tidak akan keluar atau ke pejabat. Lisa rimas, dia lebih senang sekiranya Tengku Dennis tidak ada di rumah. Dengan itu dia berasa tidak bebas dan lemas dengan renungan Tengku Dennis terhadapnya.
       
         Walaupun mereka tinggal serumah, Tengku Dennis tidak pernah menceroboh hak peribadinya. Dia diberi ruang untuk memilih sendiri bilik di penthouse tersebut. Walaupun terdapat 3 bilik di tingkat bawah, Lisa lebih selesa memilih bilik di ruang atas kerana dia sangat penakut orangnya. Sekurang-kurangnya dia tahu di ruang atas ada Tengku Dennis walaupun lelaki itu pulangnya pada jauh malam.
       
         “Aku tau aku handsome tapi tak payah lah tenung sampai habis sebotol honey kau tuang atas pancake tu,” tegur Tengku Dennis pada Lisa yang tertunduk malu. Matanya masih tidak dilarikan dari menatap dada akhbar. Lisa sudah mula berdiri dan membawa cawan kotor ke sinki. Mahu menutup malu sebenarnya. Tengku Dennis melipat surat khabar dan menghalakan pandangannya terhadap gadis itu yang berdiri membelakangkannya.
       
        Lisa memakai skirt kembang paras lutut yang berwarna hitam dan dipadankan dengan baby tee berwarna putih. Sangat bersesuaian dengannya yang hanya duduk di rumah. Lisa sedar dirinya diperhatikan Tengku Dennis namun dia buat-buat sibuk mencuci cawan, sedangkan cawan yang dicuci hanyalah dua tapi lagaknya seolah-olah penuh satu sinki. Dia dapat mendengar kerusi ditolak menandakan lelaki itu telah bangun.
       
           Dia cuba menahan debar yang menggila apabila merasakan Tengku Dennis merapatinya sehinggakan tubuh lelaki itu terasa melekat dibadannya. Lisa terasa seperti ada tangan yang menjalar dipahanya tapi dia masih membiarkan kerana mungkin itu hanya perasaannya saja tapi apabila terasa skirtnya cuba diselak Lisa segera menjerit. Dia memalingkan tubuhnya dan pantas menolak muka serta tubuh Tengku Dennis yang rapat dengannya.
       
         Tanpa menyedari tangannya penuh dengan buih sabun pencuci pinggan, lisa tetap menolak muka Tengku Dennis sehinggakan lelaki itu terjerit apabila buih sabun itu mula memasuki mataya.
       
          “Auuuu…pedih…pedih…shit! Aku tak nampak apa-apa ni!” jerit Tengku Dennis pada Lisa. Gadis itu tergamam, hilang amarahnya pada Tengku Dennis. Dia segera menarik lelaki itu ke arah sinki. Pili air dibuka dan paip boleh laras dibawa mendekati Tengku Dennis dan disiram ke muka dan kepala lelaki itu. Habis lencun kepala dan separuh dada Tengku Dennis dibuatnya.
       
           Lisa yang tersedar dengan keadaan itu segera menutup pili air. Melihatkan keadaan Tengku Dennis yang kuyup seperti ayam ditimpa hujan, menimbulkan rasa lucu yang teramat sangat dihati Lisa. Dia ketawa terbahak-bahak di situ juga. Tengku Dennis yang pada mulanya agak berang turut ketawa apabila melihat gadis itu ketawa. Belum pernah dilihatnya Lisa gembira sebegitu rupa.
       
           Menyedari mood Lisa dalam keadaan baik, Tengku Dennis berniat ingin mengusik. Dia mencucuk pinggang Lisa dengan jarinya. Lisa mengelak sambil tergelak. Setelah pasti bahawa Lisa penggeli orangnya, Tengku Dennis terus-terusan mencucuk dan menggeletek pinggang gadis itu sehinggakan Lisa terduduk sambil ketawa mengekek. Berair matanya, dia tidak tahan geli dan tindakan Tengku Dennis itu betul-betul membuatkan dia terduduk.
       
             Lisa terus ketawa tanpa menyedari kedudukannya dengan Tengku Dennis sangat rapat. Dapat dirasakan hangatnya nafas Tengku Dennis menampar wajahnya. Lisa segera menghentikan tawanya, begitu juga dengan Tengku Dennis. Mereka saling berpandangan sehinggakan tanpa sedar bibir Tengku Dennis hampir bertemu dengan bibir Lisa. Mujurlah Lisa bertindak pantas dengan memalingkan wajahnya ke arah lain, menyebabkan kucupan Tengku Dennis hanya mampu mendarat di pipinya.
       
           Namun itu sudah cukup buat Tengku Dennis. Dia hanya ‘memancing’ Lisa untuk bercerita tentang sesuatu.
       
           “Parut apa ni?” tanya Tengku Dennis perlahan. Lisa terkejut, pantas kepalanya ditundukkan namun sudah terlambat. Skirtnya sudah terselak sehingga ke pangkal paha dan tangan Tengku Dennis sudah berada di situ. Mengusap parut sepanjang 3 inci. Lisa segera menolak tubuh Tengku Dennis dan pantas berdiri. Tengku Dennis masih terduduk di lantai dapur.
       
          “Awak tak patut buat macam ni! Ini personal saya, awak tak ada hak nak ceroboh.” Marah lisa. Sejak tinggal di penthouse Tengku Dennis, Lisa tidak lagi memanggil lelaki itu dengan gelaran encik. Itupun atas permintaan Tengku Dennis sendiri.
       
           “Kau sekarang duduk kat rumah aku. So, aku ada hak nak ambik tau pasal orang yang duduk serumah dengan aku. Manalah tau dia tu pencuri ke, perompak ke…” ujar Tengku Dennis sambil turut berdiri. Turun naik dada Lisa menahan marah.
       
           “Tapi awak tak ada hak nak buat saya macam ni. Ini dah dikira mencabul tau tak? Saya boleh buat laporan polis,” ugut Lisa. Tengku Dennis ketawa besar, seolah-olah kata-kata gadis itu terlalu kelakar padanya. Memang kelakar pun.
       
          “Cik Lisa…kau sekarang kat dalam rumah aku. Buat apalah aku susah payah nak cabul kau, rogol terus kan senang. Bukan ada orang tau dan boleh tolong kau pun.” Lisa menggigit bibir bawahnya. Ada saja jawapan lelaki ini yang menyakitkan hatinya.
       
          “Aku malas nak gaduh dengan kau, aku hanya nak tau parut pada paha kau tu apa puncanya,” terang Tengku Dennis. Lisa mendengus, dia menghadiahkan satu jelingan yang tajam buat lelaki itu.
       
          “Jatuh,” jawabnya ringkas. Belum sempat Tengku Dennis menjawab Lisa sudah keluar dari ruang dapur dan menuju ke ruang tamu. dia dapat melihat dengan jelas ada air mata yang mengalir di pipi Lisa. Rasa bersalah menggasak dada, tidak sepatutnya dia bertanya tentang itu.
       
          “Hey…sorry okay. Kalau kau tak nak cerita, aku tak kan paksa.” Tengku Dennis menarik bahu Lisa yang sedang berjalan agar memandangnya. Esakan mula kedengaran. Tengku Dennis membawa Lisa ke sofa yang ada di ruang tamu kemudian didudukkan gadis itu di situ.
       
         “Maria…Maria yang buat. Dia ambik kaca piring dan tekan dekat paha saya. Sakit sangat,” tanpa dipaksa Lisa mula bercerita. Cerita lama kembali terlayar dimatanya.
       
           Lisa sedang tidur sewaktu Maria datang dengan kaca dari piring yang pecah di tangan kanannya. Tanpa rasa bersalah Maria menekan kaca tersebut pada paha Lisa yang dibaluti seluar track suit lusuh. Lisa tersedar dan menjerit apabila melihat pahanya berdarah dan ada kaca di tangan Maria.
       
           “Apa ni Maria? Kenapa kau buat aku macam ni?” soal Lisa dalam tangisan. Dia menekup kesan luka itu dengan telapak tangannya. Maria tersenyum sinis.
       
          “Kenapa kau tanya? Aku lapar ni! Kenapa kau tak masak lagi. Nanti aku bagitau mak aku kau tidur, kau malas, kau tak nak masak nasi. Siaplah kau nanti!” ugut Maria sambil menuding jari ke muka Lisa.
       
          Lisa menangis teresak-esak, luka itu terasa makin pedih dan berdenyut. Darah pula makin banyak membasahi selimut dan cadar.  Lisa mengoyak sedikit kain selimutnya dan dibalut ke pahanya yang luka. Dari dalam bilik dia dapat mendengar suara Maria yang mengadu kepada Mak Nab bahawa dia tidak mahu memasak. Dia bukan malas tapi tertidur sebab terlalu penat. Semua kerja rumah dia yang lakukan, Maria hanya goyang kaki.
       
          Dek kerana fitnah Maria, Mak Nab langsung tidak membenarkan Lisa menggunakan minyak gamat yang ada di rumah itu. Sepatutnya luka sedalam dan seluas itu dijahit di hospital atau klinik tapi mati hidup balik pun Mak Nab tidak akan sudi membawanya. Neneklah yang membersihkan lukanya setiap hari dengan air dan menyapu ubat gamat secara sorok-sorok.
       
          Sentuhan tangan kasar yang menyapu air matanya di pipi mengembalikan Lisa ke dunia yang nyata. Semuanya diceritakan pada Tengku Dennis.
       
           “Sakit sangat…malam-malam saya tak boleh tidur sebab berdenyut. Saya kena jalan slow-slow kalau tak, saya dapat rasa luka tu terkoyak kalau jalan laju. Sakitnya hanya Allah je yang tau. Bila waktu mandi saya mesti menangis sebab pedih sangat…” cerita Lisa dalam esak tangisnya. Sebab itulah dia tidak suka bercerita tentang kisah hidupnya kerana banyak duka dari suka.
       
       “Tapi Allah selalu bersama dengan orang yang ingat dia. Mujurlah luka tu tak kena jangkitan kuman. Luka tu sembuh dengan elok tapi parutnya tetap ada. Saya tak kisah sangat dengan parut tu. Tapi tiap kali saya tengok parut tu saya mesti teringatkan betapa pedihnya luka tu. Sakit sangat…” Tengku Dennis meraih Lisa ke dalam pelukannya. Lisa tidak membantah malah menyembamkan wajahnya ke dada Tengku Dennis. Rasa sedih membuatkan Lisa lupa dengan kelakuannya sendiri.
       
         Kalau dulu, neneklah tempat yang dia ada untuk dihamburkan segala tangisan tapi sekarang…nenek sudah pergi. Tangisan lisa yang makin mendayu-dayu menyentuh hati tengku dennis, dia mengusap belakang gadis itu perlahan-lahan.
       
         “lepaskan semuanya, kalau itu yang boleh buatkan kau lega…” pujuk tengku dennis.
       
         “saya sebatang kara sebenarnya, saya tipu awak…saya tak ada saudara pun di Kelantan atau KL, saya sorang diri…saya takut…saya kena halau dari rumah, mak cik saya bencikan saya. Nenek dah meninggal, tak sempat saya nak cium nenek buat kali terakhir. Saya kena halau, mak cik saya tolak saya sampai jatuh tangga…dahi saya luka…semua orang tengok je…saya…saya…”
       
          “sssyyyyyhhhhh….kau dah selamat sekarang ni, kau boleh duduk sini. Sampai bila-bila yang kau mahu. Aku akan jaga kau. Kau jangan takut,” pujuk tengku dennis lagi. Lisa masih teresak-esak namun tangisannya sudah kembali reda. Tersedar yang dirinya masih dalam pelukan tengku dennis, lisa segera menjarakkan diri. Perasaan malu mula menjalar hati, kerap sangat tengku dennis memeluknya sekarang. Pantang diberi muka!
       
          “tepilah…pantang orang bagi muka, nak ambik kesempatan aje!” marah lisa tiba-tiba. Tengku dennis tercengang. Eh! Tadi bukan main sedih, sekarang bukan main marah pula. Pening kepala betul dengan karenah perempuan ni….




p/s : lunch dihari jumaat...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 12:21 PM | Show all posts
kelako LISA ngan TENGKU DENNIS nie...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 12:35 PM | Show all posts
BAB 20

        Salina menyedut asap rokok sedalamnya, selepas beberapa saat barulah dihembus keluar. Berebut-rebut asap mahu menerobos keluar dari rongga mulut dan hidungnya. Bunyi muzik yang berdentam-dentum langsung tidak mengganggu salina yang leka menggoyangkan badan mengikut alunan lagu. Matanya liar memandang sekeliling ruang kelab malam tersebut, manalah tahu…ada yang tersangkut.
       
          Salina mengukir senyuman menggoda tatkala ada yang menegurnya dan kemudiannya mata mula terpaku ke arah satu susuk tubuh yang sedang rancak menari. Susuk tubuh itu sangat menghairahkan, tegap, sasa dan rambut yang dibiarkan sedikit panjang pada bahagian atas tetapi masih lagi dikategorikan sebagai pendek. Manakala dibahagian tepi kiri dan kanannya dipotong nipis sehingga menampakkan sedikit kulit kepala dan ditambah pula dengan ukiran 3 jalur yang dicukur sehingga ke kulit kepala.
       
          Dia merapati tubuh yang leka menari itu namun dia tidak menegurnya. Kalau terus menegur nanti Nampak murah sangat. Salina berpura-pura menari dibelakang lelaki itu dan bila tiba masa yang dirasakannya sesuai dia buat-buat tertolak lelaki itu dengan sikunya dan ternyata taktiknya Berjaya. Lelaki itu segera memusingkan badan apabila belakangnya sedikit tertolak. Salina yang pura-pura cemas terus meminta maaf sambil memegang lengan lelaki tersebut, kononnya dia benar-benar berasa bersalah.
       
           “I am soo…soooo…sorry…tak sengaja, leka sangat menari,” ucap salina sambil membuat muka bersalah. Matanya dikuyukan sedikit sewaktu merenung ke dalam anak mata lelaki tersebut.
       
          “tak pe…sikit je. Tapi kalau orang secantik you yang langgar I, banyak kali pun takde hal. Well…I’m mikail, you can call me mika…and you?” soal mikail mesra, dia sudah memimpin tangan salina dan dibawa ke meja berhampiran.
       
        “manis sangat mulut you ye…I salina tapi my friends semua panggil sally.” Salina ketawa kecil, nampaknya tidak perlu terlalu bersusah payah menggoda kerana lelaki itu seakan sudah tergoda. Ah! Akukan cantik…tak perlu bersusah payah mahu menggoda.
       
          Mikail tergelak. “manis???? You pernah rasa ke? Haha…you datang sorang je ke sally? Minum?” soal mikail sambil mengangkat gelas berisi air berwarna kuning keemasan. Salina tersenyum manja seraya mengambil gelas dari tangan mikail dan meletakkan semula ke atas meja. Mikail hanya melihat dan membiarkan.
       
         “I datang sorang saja and I kalau datang sorang kat kelab, I tak minum sebab I takut lost control…nanti kalau I dah lost I jadi wild…” salina ketawa menggoda. Tangannya didaratkan ke paha mikail yang bersalut jeans. Tahu dengan niat wanita itu yang ingin menggodanya. Mikail mula mendekatkan diri dengan salina. Dia berbisik ke telinga salina.
       
          “kalau you jadi wild macamana agaknya ye? Teringin nak tengok…” rambut salina dibelai manja. Salina hanya membiarkan. Mikail mula tergoda dengan wanita seksi itu, malam ni dia tidak akan pulang dengan tangan kosong lagi.
       
         “jom…pergi tempat I, kita have fun! I janji…malam ni adalah malam yang paling menyeronokkan dalam hidup you dan malam ni you akan dapat rasa syurga dunia…” ucap mikail lagi sambil ketawanya bergabung dengan tawa salina. Pinggang wanita itu dipaut erat dan dibawa keluar dari kelab. Jimmy yang memandang dari jauh hanya ketawa besar. Mikail memang pandai!

      Mikail terjaga apabila terdengar ketukan di pintu biliknya. Kepala masih terasa berpusing, penangan arak yang diteguk semalam. mikail meraup mukanya dengan tangan sebelum mengalihkan tangan salina yang masih melingkar dipinggangnya. Dia segera bangun dari katil dan berdiri sambil menggeliat untuk melonggarkan otot dan sendi yang terasa ketat. Sekali lagi pintu biliknya diketuk. Mikail segera menyarung boxer dan membuka pintu. Jimmy yang tersengih-sengih menjadi santapan matanya di awal pagi.
       
         “halo kawan….manyak syok semalam?” soal jimmy nakal sambil mengintai ke dalam bilik mikail. Ada tubuh yang masih berselimut paras dada di atas katil mewah milik mikail, jimmy telan liur membayangkan apa yang tidak sepatutnya.
       
          “ini pun untuk bisnes jugak…tapi barang baru kita memang berkesan. Aku dah test kat perempuan tu, mengancam! Aku rasa barang kita ni boleh kalahkan black dragon. Sekarang kita dah tau apa hasilnya kat perempuan dan sekarang aku nak kau uruskan untuk test kat lelaki pulak. Aku rasa tak susah untuk kau kan? Selepas tu, kita boleh start cari market.” Mikail memberi arahan. Dia yakin dengan dadah terbaru yang direkanya dia dapat mengalahkan black dragon. Pasti semua pelanggan black dragon akan berpaling tadah.
       
         Jimmy hanya mengangguk. Jika experiment mereka menjadi, dadah tersebut akan diproses dan diberi secara percuma untuk peringkat pertama. Bila mereka sudah tertarik barulah ianya akan dipasarkan. Jimmy dan mikail berharap strategi mereka itu akan menjadi.
       
           “takde hal….kecik punya hal…” jimmy menepuk bahu mikail yang terdedah. Lelaki itu sedang santai bersandar di balkoni biliknya sambil menghisap rokok.
       
           “itu awek, tak mau share ke?” sambung jimmy lagi. Keningnya di angkat-angkat dan muka gatalnya mula terserlah. Mikail ketawa terbahak-bahak. Jimmy memang pantang Nampak ikan depan mata, semua nak sapu.
       
          “boleh…kata kawan-kawan, takkan tak boleh share tapi kasi aku puas pakai dulu. Nanti aku campak kat kau. Haha…” ketawa mikail kuat sehingga mengejutkan salina yang sedang lena.
       
         “youuuu….apa bising-bising ni!” jerit salina. Wajah mikail masih belum menyapa matanya, kedudukan katil yang agak tersorok menyukarkan salina untuk mengetahui di mana mikail berada.  
       
           “kau keluar dulu, malam karang kita jumpa. Petang ni aku kena pergi kolej.” Mikail menolak tubuh jimmy supaya keluar dari biliknya. Jimmy tidak membantah.
       
           “sudah kaya pun mau belajar lagi ke…wayang kuat sangat kau ni,” giat jimmy. Mikail sudah ada segalanya, buat apa mahu belajar lagi.
       
           “wayang perlu hebat la apek…kalau tak macamana nak hidup. Kalau tak dah lama kita duduk rumah banglo atap biru tau!” mikail ketawa dengan kata-katanya.
       
          “banglo atap biru? Rumah siapa?” tanya jimmy pelik.
       
          “balai polis la bodoh!” mikail ketawa terbahak-bahak. Bodoh sungguh si jimmy ni! Jimmy turut ketawa apabila mengetahui maksud mikail yang sebenar. Dia kemudiannya terus keluar dari bilik mikail bersama tawa yang masih bersisa.
       
          “siapa tadi tu?” tanya salina pada mikail. Dia masih belum bangun dari katil. Kepalanya berdenyut lain macam, selama ini dia pernah mabuk juga tapi kali ini penangannya lain macam. Aksinya semalam juga berbeza.
       
         “arak apa you bagi I semalam mika? I rasa lain macam sangat pagi ni.” Salina menyoal lagi. Soalannya tadi pun masih belum dijawab mikail. Lelaki itu mendekati salina dan merebahkan tubuhnya di atas katil bersebelahan wanita itu. Pipi salina dimainkan dengan jari telunjuknya, dari pipi turun ke bibir kemudian ke leher salina. Lama leher itu dielus-elus mikail.
       
         “I bagi arak biasa lah, tapi I ada campur barang baik punya….” Terang mikail. Salina kerut kening, barang apa pulak.
       
          “barang apa mika? I tak ambik dadah okay…benda lain boleh tapi dadah I tak tolerate.” Salina mula cuak. Dia tak nak dan takut untuk mengaitkan diri dengan dadah, sudah berapa ramai kawannya hancur kerana dadah. Dia tidak mahu jadi seperti mereka.
       
         “heyyy…bila masa pula I cakap dadah, ini lagi best dari dadah.” Mikail mengeluarkan paket jernih berisi pil berbentuk empat segi sama yang berwarna-warni. Dia menarik tangan salina dan meletakkan plastik tersebut ditapak tangan wanita itu.
       
         “take it…for you. I bagi free sebab I suka dekat you. Lagipun semalam you hebat sangat,” puji mikail. Salina mula tersengih lebar. Plastik itu hanya dipandang.
       
         “really??? Kan I dah bagitau you….kalau I mabuk, I jadi wild!” salina ketawa meleret. Mikail yang membalasnya dengan senyuman.
       
          “you jugak bertambah hebat sebab benda dalam tangan you tu jugak.” Mikail menerangkan. Salina hanya diam, dalam hati dia turut mengaku. Semalam aksinya lain macam dan dia suka dengan kesan pil itu.
       
          “tadi tu siapa?” soal salina, dia teringat soalannya tadi masih belum dijawab mikail.
       
          “oh…tu jimmy, kawan i. kenapa? You berkenan?” mikail kembali menyoal. Bibirnya masih terukir senyuman.
       
         “you cemburu kalau I suka dia?” perangkap salina. Mikail ketawa dalam hati. Cemburu? Sebesar kuman pun tidak ada, tapi untuk menjaga hati salina dia mengangguk. Salina ketawa menggoda.
       
           “you ni…I suka you sorang saja tau.” Begitu mudah salina mengatakan suka pada orang yang baru dia kenali semalam. Nampak sangat perempuan murah! Ejek mikail dalam hati. Mikail mula mencium pipi salina dengan perlahan. Salina hanya membiarkan namun dia tidak membalas tetapi apabila kucupan itu bertukar rentak, dia menolak tubuh mikail menjauh.
       
        “I tak mandi lagi la mika, lagipun I nak kena balik ni. Nanti my parent cari.” Mikail mengeluh. Keinginannya tidak boleh ditahan lagi.
       
         “kejap je….i promise. Lagipun you ni menggoda sangat.” mikail memuji salina. Kembang hati salina dipuji lelaki kacak seperti mikail. Selepas itu dia turut hanyut dalam hawa nafsu yang tidak bertepi. Syaitan bertepuk tangan dengan kemenangannya.



p/s : for youuuuuu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 12:40 PM | Show all posts
fatehana posted on 30-11-2012 09:33 AM
seperti spekuramaku si TD mmg taiko rupanya  sbb tue farah dh bg warning awal2 nnt kita akan ...

hehe...gangster pun okay apa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 12:41 PM | Show all posts
shahrinas posted on 30-11-2012 09:19 AM
x pe...take time tuan rumah...
kitaorg sentiasa menanti n3...

mekasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 12:41 PM | Show all posts
shahrinas posted on 30-11-2012 12:21 PM
kelako LISA ngan TENGKU DENNIS nie...

ahakz..yeke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2012 12:50 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 30-11-2012 12:40 PM
hehe...gangster pun okay apa...

gangster yg memakai topeng
ada bisnes halal dan haram katanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2012 01:16 PM | Show all posts
fatehana posted on 30-11-2012 12:50 PM
gangster yg memakai topeng
ada bisnes halal dan haram katanya

hahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 01:23 PM | Show all posts
farahanafarah posted on 30-11-2012 01:16 PM
hahahahaha...

so bila sambungannya
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2012 02:10 PM | Show all posts
fatehana posted on 30-11-2012 01:23 PM
so bila sambungannya

sokong fateha...hehehehe

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.089399 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list