Setahun berlalu.............
Ilham masih mengadap kertas kerja yang bertaburan di mejanya. Musim cuti sekolah bakal menjelma. Dia perlu membuat sesuatu untuk melariskan motelnya. Ditilik jam pada pergelangan tangannya sekali imbas. Hampir 8 malam. Ya Allah dia baru tersedar suasana sudah begitu lewat. Patutlah sunyi pejabatnya sekarang. Ilham bergegas mengemas segala barang yang bersepah diatas mejanya. Dia mahu menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum bertolak pulang ke rumahnya. Pasti puan Maimun membebel lagi kerana kelewatannya.
*****
“i minta maaf.....” ucap Tyra yang kini cukup ayu bertudung. Hafiz sudah meninggalkan dia dan Ilham untuk ke tandas. Ilham yang sedang menjamah pizza terhenti seketika. Dipandang wajah jelita temannya.
“kenapa pula?” soal Ilham tidak mengerti.
“i yang buat you jadi macam sekarang.........” balas Atirah perlahan. Kalaulah tidak kerana perasaan marahnya terhadap Nadrisa suatu ketika dulu, pasti Ilham tidak akan jadi begini.
“apa ni Tyra.......... i tak faham la. Cakap betul-betul boleh tak?” minta Ilham yang masih kabur dengan kata-kata Atirah.
“you dah jauh berubah Ilham.... you tak tengok ke penampilan you kat cermin macam mana? Dengan rambut panjang, muka berjambang, bermisai. Badan you yang sasa dulu dah jadi kurus melidi. You nampak makin berusia. Mana Ilham yang dulu kegilaan ramai. Kalau bukan kerana I, you tak akan jadi macam ni..”Atirah masih rasa bersalah. Kalau dia tidak serahkan kamera milik puan Maimun kepada Ilham pasti Ilham tidak begini. Dia yang menjadi punca Ilham berubah. Ilham dah macam zombie sekarang.
“you tak bersalah Tyra... semua ni tak ada kena mengena dengan you... tak perlu rasa bersalah okey.” Pujuk Ilham.
“kalau i tak bagi you kamera tu dulu mesti you takkan jadi macam ni kan........mungkin you sudah berkahwin.. beranak pinak dengan Nadrisa.” luah Atirah.
“dah tak ada jodoh... nak buat macam mana.”
“apa yang tak ada jodoh ni?” sapa Hafiz tiba-tiba. Mungkin sudah selesai urusannya di tandas.
“tak ada apa-apa....... borak kosong je.” Balas Ilham bagi menutup kisah dia dan Nadrisa. Tak perlu diungkit lagi kisah dia dan Nadrisa. kisah itu sudah basi.
“kau nak tak kenal dengan sorang awek ni? Dia kerja kat office aku. Muda lagi. Dalam 25 tahun. Dia tengah cari calon suami.........” Hafiz mula aktiviti mempromote. Semenjak dia dan Atirah berkahwin, dia tidak berhenti-henti mencari pasangan untuk temannya itu. Ilham perlukan teman. Sampai bila dia mahu membujang macam tu. Atirah mencubit lembut peha suaminya. Suaminya tak sudah-sudah mencari calon isteri kepada Ilham padahal Ilham sedikit pon tidak berminat untuk kearah itu. Atirah kalau boleh tidak mahu Hafiz terlalu menggesa Ilham dalam mencari calon isteri. Biar lelaki itu membuka sendiri hatinya. Seperti mana dia membuka hatinya untuk menerima Nadrisa setelah kehilangan Rania dulu.
“kenapa sayang ni........” marah Hafiz geram. Apa dia ingat tak sakit main cubit-cubit.
“jom kita balik...... i penat la. You tahu la kan i ni kan tengah mengandung.” Dalih Atirah agak manja. Dia mahu topik mencari jodoh dihentikan.
“la nak balik dah ke....... kesian Ilham tak habis makan lagi ni. Tunggu la kejap.” balas Hafiz.
“korang pergi la balik... kesian kat Tyra tu. Aku pon dah nak selesai ni.. pergilah.”Suruh Ilham. Dia tidak berkisah pon. Dia faham situasi orang yang dah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata.
“kau sure tak apa ni....... kalau macam tu aku balik dululah.” Minta Hafiz sambil bingkas bangun. Dipimpin tangan isterinya lembut. Beredar meninggalkan Ilham yang tersenyum mesra kearah mereka.
selamat pengantin baru kt Tyra dan Hafiz...
Last edited by misssakura on 24-10-2012 12:34 PM
|