|
ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015
[Copy link]
|
|
best citer nicki nih. tak sabar nk baca yg seterusnya. yg tak menahan tuh tmpt checkup baby tuh kat naluri, tmpt sama i checkup haha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 321# a'isha
Salam a'isha,
Okay ke check up situ? Mahal tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Readers,
Menyambung episode untuk hari ini.
Tapi sebelum tu, saya nak ucap Salam Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa berkat pada kita semua.
Motipp ucap awal-awal: Sebab takut tak sempat nak log in di lain waktu - busy ya hamattt.
Okay...sambung.... |
|
|
|
|
|
|
|
haah....tucen kn vogel....xpakai baju kn....keje dia bergesel jek kt kaki fandi yg berbulu aga ...
rafflesia76 Post at 13-7-2012 17:03
Motippp bayangkan kaki berbulu?? |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 16
Keadaan seorang wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada faktor sama ada dia menghendaki atau tidak kehamilannya itu. Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka perkara itu akan menyebabkan tekanan perasaan kepada wanita yang mengandung. Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran. Begitu juga perubahan lingkungan persekitarannya akan menyebabkan ia merasakan kelainan pada emosi.
Perubahan ragam dan sikap adalah perkara biasa yang di alami oleh wanita yang mengandung. Ini adalah di sebabkan oleh perubahan hormone dalam tubuh. Pada satu ketika, seorang wanita hamil mungkin gembira, tenang dan bahagia. Pada saat yang sama dia mungkin akan bersedih dan mengalami kemurungan tanpa di ketahui sebabnya.
Fandi khusyuk membaca buku Amalan Ketika Mengandung dan Selepas Bersalin, tulisan Abu Afiqah. Buku itu didapati di dalam bilik bacaan Datuk Yusuf. Sekarang ini, dia memang gemar menghabiskan masa di dalam bilik bacaan itu. Sekurang-kurangnya, masanya terisi dengan perkara berfaedah daripada duduk kebosanan di rumah. Dalam diam, Fandi mengagumi koleksi buku-buku Datuk Yusuf yang berada dalam bilik bacaan ini.
“Fandi…” Fandi mengangkat muka. Bacaannya terhenti.
“Papa…” Datuk Yusuf tersenyum. Fandi segera membetulkan duduknya. Amatlah tidak sopan duduk dengan kaki bersilang di atas meja di hadapan bapa mertua. Datuk Yusuf mengambil tempat berhadapan dengan Fandi.
“Di sini kamu rupanya. Papa ingat kamu ada dalam bilik,” Fandi tersenyum mendengar kata-kata Datuk Yusuf.
“Macam mana dengan opening resort papa tu?” Fandi bertanya, sekadar berbasa-basi.
“Alhamdulillah, semua okay” Pendek Datu Yusuf menjawab.
“Mama dah cerita pada papa pasal Fifi kelmarin…” Datuk Yusuf berkata lagi. Fandi menarik nafas. Buku yang di bacanya di letakkan di atas meja.
“Saya minta maaf, papa. Saya cuba nak halang Sofea keluar…tapi tak sempat” Fandi menjawab perlahan.
“Papa faham…bukan salah kamu pun. Fifi tu memang degil sikit” Fandi mengangguk.
“Sebenarnya, Fifi tu tidaklah sekeras mana orangnya. Dia anak manja. Walaupun nampak macam degil, tapi dia lembut hati” Datuk Yusuf berkata sambil menarik nafas.
“Cuma, sejak Fifi sambung belajar, perangai dia mula berubah. Agaknya, terpengaruh dengan kawan-kawan. Mungkin ada silap papa dengan mama juga, tak bertegas dengan dia. Apa yang dia nak, kami ikutkan” Datuk Yusuf menyambung kata.
“Bila dia mengandung, keadaan bertambah teruk. Kerap berkurung dalam bilik. Suka termenung. Cepat marah”
“Dia rasa tertekan kot, papa?”
“Itu papa faham. Tapi sampai bila? Takkan dia nak menangis, termenung sepanjang masa. Kalau nak ikutkan, kami ni sebagai ayah dan ibu, lagilah rasa sedih, marah, terkilan. Tapi kami kena redha. Benda dah berlaku. Seburuk mana pun dia, seteruk mana pun dia, Fifi tu tetap anak kami. Kami takkan sanggup buang darah daging kami sendiri”
“Papa dah buntu Fandi.Tak tahu lagi nak buat apa. Papa betul-betul risaukan keadaan dia”
“Papa…tahu ke siapa Shahrizal tu?” Berhati-hati Fandi bertanya. Apa yang berlaku pada Fifi malam kelmarin telah di ketahui. Nina telah menceritakan segala-galanya pada Datin Haryati. Hampir menangis juga Nina di marahi ibu mertuanya tetapi, apa lagi yang boleh di lakukan?
“Tak, papa tak tahu”
“Papa tak pernah cuba siasat siapa dia?”
“Itu yang papa pelik, papa dah cuba cari siapa lelaki tu, tapi tak dapat apa-apa maklumat pun. Gambar pun tak ada. Macam mana Fifi boleh terjebak dengan Shah tu pun, papa tak tahu” Fandi mengerutkan kening.
Mereka terdiam seketika.
“Fandi, papa masuk tidur dululah. Assalamualaikum”
“Waalaikummussalam” Datuk Yusuf bangun, meninggalkan Fandi bersendirian di situ. Fandi hanya memerhatikan Datuk Yusuf hingga hilang dari pandangan.
Ada satu perasaan yang tidak dapat di ungkapkan mula membara dalam hatinya. Perasaan yang marak seperti api.
Shahrizal!
Fandi menggetap bibir.
********************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....morning gals....masuk2 ade n3 baru...yahuuuuuu.... |
|
|
|
|
|
|
|
“Takkan tak ada apa kot?” Fifi merungut sendiri. Dia berdiri di depan peti sejuk sambil memegang segelas jus oren, memerhatikan isi di dalamnya satu persatu.
“Roti, jem strawberry, keju..ni apa ni? Salad?” Walaupun dia terasa lapar, semua tidak menarik minatnya. Fifi termangu-mangu sendiri di depan peti ais agak lama. Perutnya semakin menggodak kelaparan. Lauk baki makan malam pun langsung tidak ada.
‘‘Laparnya…’’ Fifi merungut-rungut.
“Lain kali, kalau minum kena duduk” Suara yang kedengaran menyebabkan Fifi hampir terlepas gelas di tangan. Fifi menoleh ke arah kiri lalu merengus.
“Dah tak ada kerja lain? Buat terkejut orang je…” Fandi di jeling.
“Buat apa berdiri macam patung depan peti ais?”
“Buat bodoh”
“Amboi..bahasa”
“Awak jangan membebel boleh?” Fifi merengus lagi. Rasa rimas dengan Fandi.
Fandi menggelengkan kepala. Segelas air masak di ambil lalu di tuangkan ke dalam gelas. Kemudian, Fandi duduk di kerusi, memerhatikan kelakuan Fifi yang merungut-rungut di hadapan peti ais tanpa dia fahami segala biji butir. Tiba-tiba Fandi tersengih sendiri.
Kelakar betul…
“Awak lapar eh?” Fandi bertanya lagi. Fifi tidak menjawab. Dia hanya memuncungkan bibir.
“Laparlah tu…” Fandi bangun dari kerusi lalu berdiri di sebelah Fifi. Dia juga turut memerhatikan isi kandungan peti ais. Fifi menoleh ke arah Fandi sambil membuat muka pelik.
“Dah..awak pergi duduk” Fifi mengerutkan dahi.
“Kenapa? Awak nak buat apa?”
“Duduk ajelah” Fifi semakin pelik, tapi di turutkan juga arahan Fandi.
Fifi memerhatikan Fandi mengeluarkan bungkusan ayam dari petis ais. Beberapa jenis sayuran seperti lobak merah dan tomato juga di keluarkan. Kemudian, Fandi mengupas beberapa biji bawang merah, bawang putih, halia dan kentang.
Fandi hanya membuat kerjanya tanpa bersuara. Fifi hanya memerhatikan Fandi membuat kerjanya. Membasuh ayam dan bahan-bahan yang lain. Bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di tumbuk di masukkan ke dalam periuk untuk di tumis, menimbulkan bau yang wangi, membuatkan Fifi semakin lapar.
************************************************************ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 17-7-2012 22:09
“Dah siap” Semangkuk sup ayam dan sepiring roti putih di letakkan di hadapan Fifi. Tanpa berkata apa-apa, Fifi mencapai sudu. Bau sup ayam yang memenuhi ruang dapur itu semakin membangkitkan seleranya.
“Sebelum makan, baca doa dulu”
“Yalah..yalah. Banyak betul songeh” Fifi merungut. Tangannya di angkat, membaca doa makan dalam hati lalu memulakan suapan.
“Eeewww...apa ni? Kaki ayam?” Fifi mengerutkan kening.
“Kenapa? Tak pernah makan?” Fifi menggelengkan kepala. Tiba-tiba dia terbayang seekor ayam sedang mengais-ngais tanah. Entah apa yang di kais, Fifi tidak pula sanggup membayangkan yang itu.
“Taknaklah..” Mangkuk itu di tolak ke depan.
“Sedap…Tak percaya, cuba rasa” Suruh Fandi. Fifi menggeleng lagi.
“Kaki ayam ni bagus tau. Banyak protein, boleh panaskan badan. Cubalah rasa. Sedap…” Fandi menyuruh lagi.
“Rasa dulu. Penat saya masak ni…” Fifi memuncungkan mulut, berkira-kira sendiri. Perlahan-lahan, mangkuk sup itu di tarik lagi. Sup di hirup sesudu. Kemudian, kaki ayam di belek lama, sebelum perlahan-lahan di suakan ke mulut.
“Sedap…” Fifi berkata.
‘Saya dah cakap, awak tak percaya…” Fifi menjeling.
“Kelakarlah awak ni…” Fandi tersenyum memerhatikan kelakuan Fifi. Fifi diam tidak menjawab. Dia meneruskan suapan tanpa menghiraukan apa-apa lagi.
“Kenyang dah. Thanks” Fifi berkata. Dia mula melangkah untuk naik ke biliknya.
“Pinggan mangkuk semua ni, siapa nak kemas?”
“Biar ajelah. Esok pagi nanti Mak Ton buat” Fifi menjawab malas. Dia terus meninggalkan Fandi tanpa menoleh lagi.
Fandi hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku Fifi. |
|
|
|
|
|
|
|
wah !fandi pandai masak laaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah setahun kan? baby Siapa jaga? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 329# freddianza
Fandi minat Sherson Lian.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 330# ladyFinger12
Belum setahun ler....
Baru sebulan lebih kahwin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 331# Nicki_Meow
Hahahahah.patutlaaaa! |
|
|
|
|
|
|
|
Episode 17
Dia hanya berdiri di situ. Bunyi ombak yang menghempas pantai bagai memberikan ketenangan kepadanya. Dia mengangkat muka memandang ke hadapan. Laut itu bagai tiada sempadan. Dengan tiba-tiba tangannya di raih seseorang. Dia menoleh ke kanan. Seorang kanak-kanak perempuan sedang tersenyum kepadanya. Dia tidak kenal siapa, tapi senyuman itu bagai memberinya satu semangat baru. Kanak-kanak itu menunjuk ke arah langit. Ada sebiji saja bintang di atas sana, berkelip-kelip.
Tiba-tiba kanak-kanak itu berlari meninggalkannya.
“Tunggu” Dia memanggil, tapi tidak di endahkan.
“Please...wait” Dia juga mula berlari, cuba mengejar. Akhirnya dia jatuh ke atas pasir, terasa mengah.
“Bangun Bella. Sudah tiba masanya kau mencari bintang yang baru” Bagai ada satu suara bergema di seluruh kawasan ini.
“Bella”
“Bella!”
“Hey…Wake up!” Antara jelas dengan tidak, Bella mendengar suara seperti sayup-sayup di hujung telinganya.
“Bella. Wake Up” Kali ini suara itu kedengaran jelas. Bella membuka mata. Shark sudah duduk di atas katil di sebelahnya.
“Bangun” Suara Shark kedengaran keras. Bella terpinga-pinga. Sebentar tadi dia berada di pantai melihat bintang.
It’s a dream. Just a dream. Mimpi di siang hari….
“Bella”
“You nak apa?” Bella menjawab malas. Agak marah kerana tidurnya terganggu.
“Bangunlah. You tau tak sekarang dah pukul berapa?”
“So? I’m not a morning person”
“Bangun!”
Bella memaksa dirinya duduk di atas katil. Muka Shark di pandang dengan pandangan jengkel. Rokok yang terletak di atas meja, bersebelahan dengan katilnya di capai tetapi di halang oleh Shark.
“Hey…apa ni?”
“Bella, what’s wrong?”
“What’s wrong what?”
“You lah. Kenapa dengan you? Macam tak ada mood je? Tiba-tiba nak marah-marah…”
“Dah you tiba-tiba masuk bilik I, mestilah I marah. Annoying!” Bella menjawab sambil merengus.
“Selalu, tak ada pun you nak marah-marah. Kenapa hari ni tak boleh?” Bella diam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 334# Nicki_Meow
Bellaaa!!dah sedarrr ke?Alhamdulillah.Padan muka shark |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 17-7-2012 22:16
“You tak sihat ke?” Shark merasa dahi Bella dengan tangannya.
“I okaylah” Tangan Shark di tepis. Rokok di capai dan dinyalakan.
“Bella…please tell me. You ada problem ke?” Suara Shark kedengaran bimbang. Bella mengangkat kening.
“Yang you tiba-tiba ambil berat pasal I, kenapa?” Shark pula yang terdiam.
“Susahlah. Bila I concern, you marah. Bila I buat tak tahu pun you marah. You period ke apa?”
“You nak apa datang rumah I ni?”
“Cari you lah. Dah seminggu I tak nampak you”
“Tipulah. Mesti ada sebab you datang cari I sampai ke rumah” Bella menjawab lagi. Rasa menyesal kerana memberikan kunci rumahnya kepada Shark timbul lagi.
“Ada orang booking you” Bella mengeluh.
“I taknaklah. Bagi ajelah kat orang lain”
“You have to. This guy personally request for you. And he pays high” Bella mengeluh lagi. Rokoknya di hisap dalam-dalam.
“You kenapa Bella? Cuba cakap dengan I, apa masalah you? Kalau you diam je macam mana I nak tolong…”
“You want to know the truth?”
“Yeah”
“The truth is Shark, I dah penat dengan kerja ni. I nak berhenti” Bella menjawab perlahan. Ada nada sayu dalam suaranya.
“You nak berhenti?” Shark bertanya sinis dan tertawa kecil.
“Kalau you nak berhenti, you nak kerja apa? Nak makan apa? Siapa nak bayar sewa rumah, kereta you semua ni?”
“I cari ajelah apa-apa kerja pun. As long as not….this”
“Honey…please. Why so serious? Selama ni you tak pernah pun merungut. Lagipun, bayaran yang you dapat lumayan. Sekali you kerja, sebulan you boleh goyang kaki. Apa lagi yang you tak puas hati ni?”
“I just want to stop, alright? I’m tired of doing this. I dah tak sanggup lagi. You faham tak?”
“Eh, Bella. Cuba you bagitau I, kerja apa yang you nak buat? Kerja kilang? Fast food? Ataupun cleaner? You ingat, orang-orang kat Malaysia ni baik hati sangat nak terima orang macam you? Jangan mimpilah, Bella. Once they know yang you ni pelacur kelas atasan, jangan kata you. Semua keturunan you akan dianggap sampah, tahu tak?”
“Shut up, Shark. You jangan nak hina I, okay? Macam you tu mulia sangat. Sedangkan you sendiri pun buat kerja hina! I jadi macam ni pun di sebabkan you, tahu tak?!” |
|
|
|
|
|
|
|
“Come on. It’s a reality okay? Kalau betullah masyarakat Malaysia ni baik sangat, cuba you fikir. Kenapa penagih dadah menagih balik lepas keluar dari pusat serenti? Kenapa pelacur-pelacur dekat lorong tu lebih sanggup melacur daripada cari kerja halal? Cuba you jawab, kenapa?” Bella terdiam. Walaupun sakit hati, kata-kata Shark bagai peluru yang memasuki otaknya.
“Orang-orang macam kita, tak ada tempat dalam masyarakat Bella. You baik macam mana sekalipun, orang akan tetap pandang hina pada you”
“But, I really don’t want to do this anymore…”
“Hey, you kena ingat. You masih hidup sebab I. Kalau bukan I yang settlekan problem you dengan Along dulu, mungkin you dah lama mati”
“So, you mengungkitlah sekarang? I boleh bayar baliklah duit tu kalau you nak!”
“You are paying it now, Bella. And you cannot quit until I say you can” Bella memandang Shark tajam. Nafasnya turun naik menahan marah.
“I nak you get ready. Pukul tiga nanti, Zidan bawak you pergi Hilton”
“Please honey…” Shark sengaja memegang dagu Bella. Bella segera menepis.
“Celaka! Get out from here!” Shark hanya tersenyum sinis mendengar kata-kata Bella.
“You must be there, Bella. You know what will happen if you run away” Selepas menuturkan ayat itu, Shark terus keluar meninggalkan Bella.
“Jantan tak guna” Satu dengusan keluar dari mulutnya. Bella termenung di atas katil. Perlahan-lahan, air mata jatuh ke pipinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 337# Nicki_Meow
Kesianya..tapi walaupun pahit.tapi itulah realitinya..stigma masyrakat memg susah dihapuskan. |
|
|
|
|
|
|
|
sian adik fandi nih.....kisahnya dulu terjebak ngan shark sbb jantan tu tlg dia drp ah long kah.....raff terbayang yg scene kt atas tu samsul usop tgh gaduh ngan julia ziegler...... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi please.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|