|
abg long memantau dr jauh... |
|
|
|
|
|
|
|
Emalin ni meroyan jer kan...... Orang dh xnak... Blah jer la.... Suka nk jadi BATU.... |
|
|
|
|
|
|
|
YESSSS!!!!akhirnya faiz mengaku..fuhh legaa..hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 322# cokolat
Tah... meroyan je kan? Nak buat camno... Love is Blind bak kata omputeh... |
|
|
|
|
|
|
|
YESSSS!!!!akhirnya faiz mengaku..fuhh legaa..hahahaha
freddianza Post at 8-5-2012 13:40
Lega? Hehehe...
Ribut nak melanda sat gi... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 8-5-2012 18:47
Part 2 - Episode 40
Dia terdengar pintu di tolak kuat dari depan. Dia bingkas bangun. Dengan segera dia keluar rumah dari arah pintu dapur, melarikan diri dari rumah itu. Dia pasti, sebentar lagi tubuh ibunya akan menjadi mangsa kerana perbuatannya melarikan diri. Tapi, buat masa ini dia tidak peduli. Apa yang penting ketika ini, LARI! Bila lelaki itu sudah pergi nanti, baru dia pulang.
Dia berjalan-jalan seorang diri keliling kampung. Beberapa pasang mata yang memerhatikannya tidak di pedulikan. Sudah biasa di tenung begitu. Orang-orang kampung bukannya mahu menolong. Mereka lebih suka menghina dan mencaci, seolah-olah dia dan ibunya pembawa sial di kampung ini.
Dia berjalan lagi, hingga sampai ke hujung kampung. Akhirnya dia penat, melabuhkan punggungnya di tepi padang bola. Ada beberapa kanak-kanak lain sedang bermain bola, menoleh ke arahnya. Tapi dia buat tidak tahu. Kalau dia tidak mengganggu, pastinya mereka juga takkan menganggu.
Hatinya sakit. Marahnya meluap-luap. Tapi apakan daya seorang yang berumur sembilan tahun. Takkan mungkin dia mampu melawan. Dia terasa ingin menjerit, meluahkan rasa yang menghimpit dadanya.
“Meowww….” Seekor anak kucing lalu di depannya. Dia tersenyum.
“Cuk..cuk..cuk” Dia memanggil. Anak kucing itu datang padanya, mengesel-geselkan kepala di kaki.
“Comellah kau ni” Dia mengusap-ngusap tengkuk haiwan comel itu. Semakin lama, semakin laju.
“Woi! Apa kau buat?” Terdengar satu jeritan.
“Lepaskan kucing tu. Mati nanti!” Suara itu menjerit lagi. Tapi dia buat tak peduli. Kucing yang meronta-ronta itu kelihatan sangat lucu. Tangannya masih mencekik leher haiwan itu. Cakaran dan bunyi kucing itu tidak di pedulikan walaupun tangannya sudah calar berdarah.
Tiba-tiba dia terasa bajunya di tarik dari belakang. Anak kucing itu terlepas dari tangannya lalu susup sasap melarikan diri, menyelamatkan nyawa yang terancam.
“Habis kucing satu kampung kau kerjakan! Kau ni kenapa? Dah gila?”
Dia tidak menyahut, hanya memandang ke arah suara yang memarahinya. Dia bangun, juga memandang dengan marah, terganggu dengan mereka yang tak henti-henti menganggu.
“Pergi balik! Budak gila…balik!” Dia ditolak hingga jatuh.
“Sakitlah” Dia menjerit.
Dia bangun lalu memandang keliling. Suasana gelap. Baru dia tersedar dia bermimpi.
Tiba-tiba ketawa itu kedengaran lagi. Dia merengus.
“Kau tak suka aku datang?” Dia diam.
“Bodoh!” Suara itu menjerkah.
“Berambuslah. Aku tak nak tengok kau kat sini!” Ketawa kedengaran lagi.
“Aku nak tolong kau”
“Tolong apa? Tolong sakitkan hati aku?”
“Tolong selamatkan kau dari lelaki-lelaki dalam dunia ni. Semua tak guna. Semua sama macam bapa kau.”
“Aku tak perlukan pertolongan kau”
“Kau sanggup dibodohkan lagi? Kau tengok tu.. tu!” Dia memandang ke arah gambar yang bertaburan di atas meja tepi almari. Dia merengus.
"Perempuan sial! Penipu! Perampas!" Perkataan itu di ulang-ulang.
“Aku tahu kau marah. Luahkan… tak apa. Aku suka” Dia ketawa.
Dia bangun, menuju ke arah meja di sebelah almari. Gambar-gambar itu di ambil lalu di masukkan ke dalam sampul surat. Dia pasti, lelaki itu akan percaya padanya apabila melihat gambar-gambar ini nanti. Perempuan itu perlu di ajar! |
|
|
|
|
|
|
|
Eeee psycho nya tp aku agak ni msti nadia coz dia ada ati kat faiz
Sherasi Post at 8-5-2012 18:58
Jeng Jeng Jeng.... Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 8-5-2012 22:05
Part 2 - Episode 41
Faiz berkerut memandang gambar-gambar yang baru di keluarkan dari sekeping sampul surat. Gambar-gambar Lea dengan Shafiq, kelihatan mesra.
Sabar Faiz, sabar. Pergi selidik betul-betul dulu.
Kalau dah macam ni, takkan tak ada apa-apa?
Pergi tanya Lea dulu.
Tapi, kenapa mesra sangat?
Kawan je kot?
Siapa yang letak gambar ni?
Faiz mengeluh. Persoalan yang terbit dalam otaknya tidak dapat di jawab. Dia mencapai telefon, mendail nombor Adalea.
Tak jawab pulak!
Rasa cemburu yang mula menghambat hatinya cuba di padamkan. Tapi semakin di cuba, semakin meluap pula. Dia melangkah keluar dari biliknya.
“Kak Nim, siapa yang letak envelope ni atas meja saya?” Faiz menyoal Aznim sambil menunjukkan sampul surat di tangan. Aznim memandang sekilas sampul surat berwarna kuning itu sambil berkerut. Dia kemudian menggeleng kepala. Faiz merengus.
“Kenapa ni? Ada masalah ke?” Aznim bertanya.
“Tak ada apalah Kak Nim”
“Saya nak keluar”. Faiz berkata dan terus berlalu.
Aznim menggeleng kepala sekali lagi, menuruti langkah Faiz dengan matanya.
******************************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 8-5-2012 22:07
“Adalea!” Lea menoleh.
“Emalin?”
“Kau memang dasar perampaskan? Aku dah kata, jangan jumpa Faiz lagi. Kau tak faham bahasa ke?” Emalin terus menyerang. Lea diam. Hanya memandang muka Emalin yang cemberut.
“Perempuan tak sedar diri. Aku tahu, kau cuma nak kan harta si Faiz je kan?” Lea menarik nafas, cuba untuk bertenang.
“Jawablah!”
“Apa masalah kau ni?” Lea menjawab dengan soalan.
“Kau memang tak tahu malu. Banyak lagi lelaki dalam dunia ni, kenapa Faiz juga yang kau nak?"
“Cukuplah Emalin. Tak eloklah bising-bising macam ni”
“Kau jangan tunjuk baiklah. Bukan aku tak tahu, kau ada affair dengan orang lainkan?” Emalin mula menuduh.
“Apa kau cakap ni?” Angin Lea mula naik.
“Kau jangan pura-puralah perempuan. Aku tahu kau banyak menyundal dengan jantan lain!” Tuduhan di lemparkan lagi.
Wah…ini sudah lebih. Lea memicing mata memandang Emalin. Ikutkan hatinya, memang mahu di tampar sahaja mulut Emalin saat ini juga.
“Aku nak menyundal ke, nak ada affair ke, nak cari jantan lain ke... Faiz tu tetap aku punya, kan?” Lea sengaja tersenyum sinis memandang Emalin.
‘‘Kau…’’ Tangan Emalin sudah terangkat tinggi.
“Lea!” “Lin!” Mereka berdua menoleh ke arah suara yang memanggil. Lea terkejut. Kedua-dua lelaki itu sudah berdiri di hadapannya tanpa dia sedar.
“Shafiq!” “Faiz!”
“Lin, what are you doing here?” Keras Faiz bertanya. Namun matanya di arahkan kepada Shafiq dan Lea bergilir-gilir. Lea tergamam.
“You.. sekarang you tengok sendiri perangai mak andam kesayangan you ni. Dia dah ada jantan lain!”
“Faiz… aku.. tak…” Lea menjawab tersekat-sekat. Matanya terarah kepada Faiz, tapi Faiz hanya merenung Lea, tanpa perasaan.
Keadaan menjadi kekok. Masing-masing diam tak bersuara.
“Lin, pergi balik”
“You nak biar je perempuan ni tipu you?”
“Pergi balik”
“She cheated on you!”
“Hey, aku kata balik, baliklah!” Faiz tidak pernah bercakap sekasar itu dengan Emalin sebelum ini. Emalin mendengus, terus berlalu.
“Faiz…” Lea memanggil. Langkah Faiz terhenti sebentar sebelum menoleh. Wajah Lea di pandang lama. Kemudian, Faiz menoleh ke arah Shafiq yang juga sedang memandangnya. Tanpa berkata apa-apa, Faiz mengatur langkah meninggalkan tempat itu, tidak menoleh lagi. Lea menarik nafas.
‘‘Sayang.. kenapa kecoh-kecoh ni?’’ Suraya yang baru sampai, menegur. Tapi Shafiq tidak menjawab. Hanya memandang Lea yang terdiam.
************************************************************************************* |
|
|
|
|
|
|
|
“Faiz” Emalin memanggil. Sengaja dia menunggu di kereta milik Faiz. Faiz hanya memandang, tidak berkata apa-apa.
“You nampak sendiri kan? Dia tipu you. Ini bukan first time I nampak dia dengan that guy”
“Is it?”
“Ya. Sebelum ni pun I pernah nampak dia dengan mamat tu” Sengaja Emalin mencurah minyak ke dalam api.
“Perempuan macam ni ke yang you nak? Entah-entah, dia nak kan duit you je” Minyak yang tumpah menyebabkan api semakin marak.
“Enough Lin. Pergilah balik”
“Tapi...” Faiz tidak berkata apa-apa lagi. Dia segera masuk ke dalam kereta, menghidupkan enjin lalu terus pergi. Emalin memandang sambil tersenyum sinis.
**************************************************************************** |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-5-2012 09:37
“Faiz, kenapa nak marah-marah sangat ni?” Faiz hanya mendiamkan diri.
‘‘Faiz, say something’’ Tapi yang di hujung talian masih tidak bersuara.
“Faiz…” Lea seperti ingin menjerit kali ini.
“Kau marah pasal Shafiq ke?” Masih tiada suara menyahut.
“Kau sendiri keluar dengan Emalin, aku tak pernah kisah pun” Suara Lea agak tinggi membuat provokasi. Anginnya mula naik dengan sikap Faiz yang sengaja mendiamkan diri.
“Yang kau nak ungkit pasal Emalin, kenapa? Kan aku dah cakap banyak kali, aku dengan Emalin cuma kawan. Tak faham-faham?” Suara Faiz juga meninggi.
“Aku dengan Shafiq pun kawanlah”
“Oh…kawan? Kawan apa? Kawan tapi mesra?” Soalan itu kendengaran seperti mengejek di telinga Lea.
“Yang kau tiba-tiba nak cemburu sangat ni kenapa?” Faiz diam.
“Aku penatlah. Nanti-nantilah kita cakap” Lea menarik nafas.
“Faiz.. aku…”
“Assalamualaikum”
“Waalaikummusalam” Talian di putuskan.
“Bengang betullah!” Lea mencampakkan telefon bimbitnya di atas tilam. Dia mendengus. Geram ada, rasa bersalah pun ada.
Dia terasa menyesal sendiri. Kalaulah mulutnya tidak lancang meningkah kata-kata Emalin tadi dan kalaulah Shafiq tidak muncul…
Tapi, bukan salah Shafiq. Memang dia dan Suraya sudah membuat temujanji.
Lea hanya memandang telefon bimbit di tilam. Dia mencapai kembali telefon bimbitnya dan menaip sesuatu.
************************************************************************************
Sorry if I've hurt your feelings… I didn’t mean to…Tolong jangan marah-marah lagi. Tak sukalah tengok muka kau muncung macam mak menti…
Faiz menarik nafas membaca sms dari Lea. Walau rasa cemburu masih menular dalam hati, tapi dia terpujuk juga, sedikit.
**************************************************************************************
K
Satu huruf je kau reply?
Tapi, walaupun satu huruf, Lea merasa sedikit lega membaca sms itu. |
|
|
|
|
|
|
|
susah la jd rebutan nih
sarizu Post at 8-5-2012 22:32
Berebutlah best... |
|
|
|
|
|
|
|
betul, betul...ada pengalaman itu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 335# sarizu
Hehehe..
Btw, Iddin dgn Anis apa habaq? |
|
|
|
|
|
|
|
nk fokus faiz lea dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 9-5-2012 21:00
Part 2 - Episode 41
e.m.p.a.t 4… empat….
Lea menconteng kertas di atas meja. Bermakna sudah empat hari dia dan Faiz tidak bercakap. Hanya sms sahaja. Itupun bertanyakan soalan bodoh. Sekadar mengambil hati. Rasa bersalahnya sudah mula bertukar menjadi rasa bengang.
TING TONG.
Loceng pintu butiknya berbunyi. Lea menoleh. Dia mengeluh. Shafiqlah orang yang paling tidak dikehendaki pada waktu ini.
Lea membuka pintu, membiarkan Shafiq masuk ke dalam butik. Tiada senyuman di wajahnya, seolah-olah Shafiq adalah penyebab kepada semua masalah antara dia dengan Faiz.
“Lea”
“You nak apa lagi, Shafiq?” Lea tahu Shafiq tidak sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini tapi dia tidak dapat menyembunyikan perasaan sakit hatinya. Seseorang perlu menjadi ‘punching bag’ dan Shafiq sangat sesuai di jadikan mangsa.
“Just want to make sure that you are fine”
“I’m fine!” Shafiq menggelengkan kepala.
“Sorry?” Lea mengangkat kening.
“Even though it is not my fault”
“Ya.. I know” Suara Lea mula kendur.
“Lea, are you okay? I mean, okay yang betul-betul punya okay....”
“Okay Shafiq. Okay sangattttttt!!” Shafiq tertawa kecil mendengar jawapan Lea.
“So, Faiz is the lucky guy?” Lea mengangguk.
“And you bergaduh dengan perempuan gila tu sebab Faiz?”
“I tak gaduhlah. Perempuan gila tu yang datang suka-suka nak serang I”
“Samalah tu” Lea memutarkan matanya ke atas.
“Is there anything that I can do?” Lea mengeluh dan kemudian menggelengkan kepala.
“I tak pernah tengok you macam ni Lea. Masa kita bercinta dulu pun, kalau gaduh, you tak pernah langsung nak mengalah. Balik-balik I juga yang datang pujuk. But with this guy, you macam….”
“Jangan nak ungkit pasal hal dulu-dulu boleh?” Lea berkata agak kasar, pantas memotong kata-kata Shafiq.
“What I mean is, I can see that you are really in love with him” Lea mengeluh lagi.
“… I am…”
Shafiq memandang Lea, menarik nafas dan menghembusnya perlahan-lahan.
******************************************************************* |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-5-2012 09:38
Faiz agak sibuk di pejabat hari ini. Perlu meneliti beberapa laporan kewangan sebelum menghantarnya kepada AHO Corporation. Masalah hatinya di tolak ke tepi dahulu. Kalau di layan, memang satu kerja pun takkan siap.
Telefon di atas mejanya berdering. Faiz mengerutkan kening, tumpuannya terganggu.
“Yes?”
“Boss, ada orang nak jumpa” Mira memaklumkan melalui telefon intercom.
“Siapa?”
“Encik Shafiq” Kening Faiz berkerut lagi.
“Ask him to come in” Faiz menunggu dengan penuh tanda tanya. Shafiq sudah muncul di depannya sambil tersenyum. Tangan di hulurkan untuk bersalam. Hanya sedikit senyuman dilemparkan kepada Shafiq, senyuman tidak ikhlas, tapi salamnya tetap di sambut.
“Have a seat” Faiz berkata. Shafiq duduk.
“Anything?”
“I will go straight to the point” Shafiq membalas. Faiz mengangkat kening.
“Aku dengan Lea tak ada apa-apa. She used to be my girlfriend and it will be remain that way”
“Meaning?” .
“Aku dah bertunang, tak lama lagi nak kahwin” Wajah Faiz masih tegang.
‘‘Lea is our wedding planner. Aku datang hari tu pun sebab nak bincang pasal majlis kahwin. Lepas tu, aku nampak… well.. perempuan gila…’’
“Apa?”
“Err.. aku tak tahu siapa nama dia, tapi Lea panggil… perempuan gila…” Faiz menyembunyikan senyum.
“Anyway, dia nampak macam nak serang Lea dan aku cuba nak leraikan keadaan. Dalam masa yang sama, kau pun muncul... and you know how the rest of the story goes…” Faiz mengangkat kening, memandang Shafiq di hadapannya.
“Okay. Now… explain this” Sekeping sampul surat di letakkan di hadapan Shafiq. Shafiq mengeluarkan isinya. Berkerut dia melihat gambar-gambar itu.
“Apa masalah kau sampai nak ambil gambar-gambar curi ni?” Shafiq kedengaran marah. Mengambil gambar secara curi memang sangat tidak boleh di terima.
“Ada orang letak atas meja aku” Faiz berkata.
“Aku tak tahu siapa” Faiz berkata lagi sebelum sempat Shafiq bertanya. Shafiq menarik nafas, memandang Faiz, mencari kebenaran di sebalik kata-kata itu.
“Dengar sini, Faiz. Aku memang selalu datang jumpa dia. Sebagai kawan, selain nak bincang urusan majlis kahwin” Ada sedikit penipuan di situ tapi Shafiq rasa itu perlu untuk menyelamatkan keadaan. Faiz diam tak berkata apa-apa.
“Aku dengan Lea tak lebih dari seorang kawan. Hal dulu-dulu tu, dah jadi sejarah” Faiz menarik nafas.
“Pasal gambar ni…aku tak ada apa-apa nak cakap. Tapi, aku minta maaf. Aku tak bermaksud nak buat kau dengan Lea bergaduh” Mereka kemudian terdiam agak lama
“Well, I guess, that’s explained everything” Shafiq mula bangun sambil memandang Faiz. Dia menghulurkan tangan lalu Faiz membalas.
“Thanks for coming” Suara Faiz kedengaran lega.
“No worries”
“Faiz” Faiz mengangkat kening.
“She loves you, really really loves you” Shafiq berkata, senyum dan terus berjalan keluar.
Faiz duduk kembali, senyum dan mengaru-garu dagunya. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nicki_Meow at 11-5-2012 09:38
Part 2 - Episode 42
Lea terkial-kial membuka pakaian pengantin yang di pakaikan kepada model patung. Sudah agak lama juga pakaian pada patung itu tidak bertukar. Hari ini dia terlebih rajin. Sengaja menyibukkan diri dengan mengemaskan butiknya. Itu adalah lebih baik daripada duduk termenung memikirkan Faiz.
Patung yang berpakaian pengantin lelaki berwarna turquoise itu di pandang lama. Lama kelamaan, muka patung itu bertukar menjadi muka Faiz.
KUK! Kepala patung itu di ketuk kuat.
“Ambik kau!” Lea melepaskan geram kepada patung yang tak berdosa.
“Sakitlah”
Lea menelan air liur. Bulat matanya memandang patung itu.
“Auzubillahhiminashsyaithonirajim…”
Terdengar ketawa terbahak-bahak di belakangnya lalu dia menoleh.
Faiz! Lea memandang pula Kak Midah yang berjalan tergelak-gelak menuju ke arah pantry.
Kurang asam!
Lama dia memandang Faiz yang masih terbahak-bahak ketawa. Lea yang dari tadi sedaya upaya memasamkan muka, akhirnya tergelak sama.
“Amboi, marahnya. Sampai patung pun kau nak ketuk?” Faiz berkata setelah ketawanya reda. Lea memutarkan matanya ke atas.
“Dah habis gelak?”
“Dah” Faiz tersengih.
“Mimpi apa ni? Itu hari bagai nak rak marah-marah. Ni tiba-tiba muncul pulak”
“Nak pujuk hati tuan puteri”
“Eleh”
“Nah” Sebuah kotak di hulurkan kepada Lea. Di atas kotak itu ada seekor beruang kecil yang comel.
“Apa ni? Aku tak suka teddy bear”
“You will like it from now on…”
“And why is that?”
“Because, I will be the cutest Teddy Bear that you will ever have” Lea menyembunyikan senyum.
“Jiwanglah pulak”
“Jiwang dengan buah hati, apa salahnya”
Lea membuka pula kotak itu, terdapat beberapa bungkus coklat Kinder Bueno kegemarannya. Kali ini Lea tersenyum, sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Kau tak kerja ke hari ni?”
“Tak” Faiz menjawab ringkas.
“Kau tengah buat apa tadi?” Faiz pula bertanya.
“Tengah mengemas”
“Nak pakai assistant?” Lea mengangkat kening.
“Free of charge”
“Betul nak tolong?” Faiz mengangguk.
“Kau tolong buka baju patung tu, kau tukar dengan baju warna merah ni” Lea menunjuk sambil mengarah.
“Lea”
“Apa?”
“Patung ni ke?”
“Yalah. Kenapa?”
“Err… ni patung perempuan”
************************************************************************* |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|