iOS 5 Review: Notification Center - lebih jelas dan mudah!
Fungsi ‘Notification’ (notifikasi) sebenarnya telah tersedia sejak iOS mula diperkenalkan oleh Apple di dalam iDevice mereka. Walaubagaimanapun ianya kurang popular di kalangan pengguna iPhone disebabkan maklumat terhad yang ditawarkan oleh aplikasi tersebut. Keadaan ini memaksa pengguna beralih kepada aplikasi lain yang lebih releven dan menyebabkan ianya terus dilupakan.
Namun begitu, aplikasi tersebut telah dinaiktaraf dengan pengenalan iOS 5 menjadikan ianya sebagai salah satu aplikasi yang perlu ada bagi setiap pengguna iPhone. Dalam versi yang terkini,, semua maklumat yang diperlukan oleh pengguna akan dipaparkan melalui panel notifikasi yang boleh diakses dengan cara melakukan swiping down di status bar sama ada semasa mode home screen atau mode penggunaan aplikasi. Senarai fungsi di panel notifikasi boleh disesuaikan dengan petunjuk seperti harga saham, cuaca, senarai contact telefon, emel, mesej teks, Facebook, Twitter atau mana-mana aplikasi lain mengikut keperluan dan selera pengguna.
Berbeza dengan iOS versi terdahulu di mana pengguna perlu menutup terlebih dahulu sebarang notifikasi yang muncul (dalam bentuk mesej ringkas di dalam kotak seperti SMS) sebelum boleh melakukan/meneruskan perkara lain. Dengan iOS 5, notifikasi tersebut kini boleh ditetapkan sebagai mesej ringkas di sebelah atas skrin tanpa perlu menyebabkan delay atau menggangu ‘aktiviti semasa’ iPhone anda. Sebagai contoh sekiranya pengguna menerima notifikasi semasa bermain games, ianya akan muncul di bahagian atas skrin antaramuka yang sama untuk tempoh masa beberapa saat tanpa menyebabkan aplikasi games itu bertukar kepada mode ‘pause’.
Notification juga akan memaparkan senarai bagi setiap panggilan, mesej dan emel yang diterima ketika iPhone berada dalam mode Lock Screen. Apa yang perlu dilakukan hanyalah dengan cara melakukan swipe terhadap petunjuk mesej teks atau emel yang seterusnya akan membawa kepada pengaktifan apps yang berkenaan.
Then cucuk je iphone ke laptop, kat itunes ...
bacteria82 Post at 13-10-2011 16:29
Thanks....
if my phone skrg dh jb....and nk install ios5 ni..... kena jb balik ke lepas install?
yang kita dh download dulu tu spt camera+ , games semua kna buat balik ker?
1. Backup phone (utk pastikn semua data game, msg dll diselamatkn)
2. Transfer purchase (utk pastikn semua apps yg dh ade kt phone x di donlot semula)
3. Sync Info (utk pastikn semua contact, notes, bookmarks dll disimpan dgn baik)
fuhh.. beza tak banyak sangat laa ipad ngan ipad2 ni..
yg obvious .. camera takde jerr utk model ipad lama.
tapi kalau duit banyakk.. apa salahnyer kan.. hehe
iOS 5 membolehkan iPhone melakukan proses ‘sync’ tanpa wayar (wireless) dengan komputer pasangannya. Ini bermakna pengguna hanya perlu membiarkan iPhone mereka dicas pada waktu malam (kebiasaannya sebelum tidur) dan pada masa yang sama komputer akan malkukan ‘sync’ secara automatik tanpa wayar dengan bantuan wi-fi. Semua data yang terdapat di iPhone termasuk file mp3, foto, senarai contact dan lain-lain akan dikemaskini di dalam komputer dan dijadikan sebagai backup dengan syarat kedua-dua alat tersebut menggunakan sambungan wi-fi yang sama.
iPhone dengan iOS 5 tidak akan bertukar kepada ‘mode lock’ ketika proses ‘sync’ berjalan. Ini bermakna pengguna dapat menggunakan iPhone seperti biasa seperti menerima mesej teks/SMS, membaca emel dan lain-lain tanpa perlu membatalkan proses ‘sync’ tersebut.
iOS 5 juga dilengkapi dengan fungsi ‘Over-the-air-updates’ yang membolehkan pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch mengemaskini software gadget mereka secara tanpa wayar. Walaubagaimanapun ‘Over-the-air-updates’ hanya boleh mengemaskini elemen kecil penambahbaikan firmware seperti updates Safari dan bukan sistem pengoperasian (iOS) secara keseluruhan. Ini bermakna untuk melakukan updates versi baru iOS pengguna masih memerlukan iTunes dengan sambungan kepada komputer. ‘Over-the-air-updates’, akan memaklumkan kepada pengguna dengan cara memaparkan badge reminder ikon ‘Setting’ yang menunjukkan bilangan elemen yang boleh diupdates melalui sambungan 3G atau Wi-Fi.
tak ramai yang tau SIRI merupakan teknologi yang dibangunkan oleh US Air Force di bawah projek rahsia dikenali Automatic Caller Identification Service - Telecommunications (ACOL). Seramai 200 pakar bidang artificial intelligence (AI) terlibat dalam pembangunan teknologi ini beberapa tahun lepas.
tak ramai yang tau SIRI merupakan teknologi yang dibangunkan oleh US Air Force di bawah pr ...
NAGAmerah Post at 14-10-2011 16:57
APPLE mmg hebat la..ntah2 betol rumour kata deorang dah ada teknologi fon utk 10thn ke hadapan..just nak tacap2 kasi lagi umph jer..and tunggu masa sesua utk launch...