|
AMDTurion posted on 4-3-2013 02:32 PM
Masa babak diorg ramai2 gi rumah Jijo pun ada yg lawak lagi. Masa Jijo jenguk sape yg bagi salam. ...
ada lagi masa babak memula yg amy nak jumpa jijo...datang umah jijo..jijo kata "aku kat belakang"
si amy pun pegi la blakang cakap lak depan bilik jamban..ingatkan jijo dlam tuuu...rupanya jijo tgh kukur kelapa...hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
selendangungu posted on 4-3-2013 02:36 PM
ada lagi masa babak memula yg amy nak jumpa jijo...datang umah jijo..jijo kata "aku kat belakang"
...
style gossip org kg mcm tu ler......tapi eksperis wajah dan pergerakkan jer dah buat lawak. walaupun itu cuma reaksi spontan dlm keadaan biasa seharian kita berkomunikasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
C:\Documents and Settings\Administrator\My Documents\My Pictures |
|
|
|
|
|
|
|
alah...xpandai tepek pic la...xjadi plak |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa waktu diorang keluar dari tasik tu, hanya nampak jijo je yang pakai boxer...
apsal tak tunggu sampai slash keluar (aku tanya untuk pihak yang merembes dgn pekin)
huhuhuhuhuhuhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
AMDTurion posted on 4-3-2013 02:36 PM
Amy Mat Piah yg jadi naratornyer untuk Rock OO. Tu sbbnya Que sgt penting untuk filem kali ini. MAsa ...
Jijo mati?tak perasan lak masa rock 1.rasanya hasnol(zulmkan nama dia) mati eksiden masa nk p show..kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
melanie posted on 4-3-2013 03:23 PM
Jijo mati?tak perasan lak masa rock 1.rasanya hasnol(zulmkan nama dia) mati eksiden masa nk p show ...
jijo yang mati...ehh...jijo tu sblom masuk islam dia bangsa ape ek?? |
|
|
|
|
|
|
|
cikmouse posted on 4-3-2013 02:03 PM
black marah amy duk muntah2 smpi abiz kotor kasut diaaa tuu arrr....
berdendam tul black tu...hahaha
tp serius best tgk ekspresi black tu....
kalau sapa2 ada info psl balck share-share la...
nama dia...dia buat apa kat luar...
|
|
|
|
|
|
|
|
melanie posted on 4-3-2013 03:23 PM
Jijo mati?tak perasan lak masa rock 1.rasanya hasnol(zulmkan nama dia) mati eksiden masa nk p show ...
Watak Zack di pegang oleh Hasnul Rahmat.
Zack yg citer. Sbb kumpulan Rimba Bara dtg ke majlis perkahwinan si Zack. Lepas tu van yg diorg gi untuk buat show kemalangan. Jijo mati
|
|
|
|
|
|
|
|
selendangungu posted on 4-3-2013 03:27 PM
jijo yang mati...ehh...jijo tu sblom masuk islam dia bangsa ape ek??
yg tu tak beberapa pasti pulak. tapi kalo guna nama Jijo Alfonso Farera Abdullah...mcm nama portugis pulak kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
parasitology posted on 4-3-2013 03:34 PM
berdendam tul black tu...hahaha
tp serius best tgk ekspresi black tu....
kalau sapa2 ada info ps ...
tul tu...xpernah tgk black berlakon sebelum ni...
siapa dia ek??pandai tul berlakon....
ekspresi wajah dia yg tak menahan tu...
walaupun dialog tak banyak...
cer gali biodata dia...sesaper...help... |
|
|
|
|
|
|
|
parasitology posted on 4-3-2013 03:34 PM
berdendam tul black tu...hahaha
tp serius best tgk ekspresi black tu....
kalau sapa2 ada info ps ...
mau taknya black dendam habis. ingat lagi masa Amy Mat Piah muntah air mcm air paip (yg nie mcm tak logik tapi layan jerlah) muntah terus jatuh kena kasut black. black pulak hanya mampu memandang sahaja....
|
|
|
|
|
|
|
|
Peminat sangka Rimba Bara wujud
Kutipan filem Rock yang pertama dulu mungkin tidak begitu besar dari segi keuntungannya apabila meraih RM1.5 juta, namun apabila bercerita soal 'impak' yang dialami barisan pelakonnya, ia tetap luar biasa.
Betapa hebatnya penangan Mamat Khalid selaku pengarah filem ini, sehingga penonton mempercayai bahawa Que Haidar, Khir Rahman, Shoffi Jikan (Soffi) dan Hasnul Rahmat adalah anggota kumpulan Rimba Bara sebagaimana ditontoni mereka menerusi filem itu.
"Ada orang yang percaya kewujudan Rimba Bara dan beberapa kali saya di sapa dengan individu yang berbeza dan saya kira pernah menonton filem Rock. Mereka bertanya bila Rimba Bara hendak keluar album?
"Saya menjelaskan kami bukan kumpulan rock. Kami pelakon dan beraksi sebagai sebuah kumpulan adalah tuntutan dalam watak kami.
123 Y 123
123 Y 123
"Saya kira pertanyaan seperti itu satu kejayaan besar membuktikan bahawa kami sebagai pelakon berjaya menyatukan emosi dan keserasian sebagai sebuah kumpulan sehingga penonton terpedaya dan menganggap Rimba Bara itu 'wujud'.
"Pada masa yang sama, ia turut menjelaskan pemilihan pelakon yang dibuat oleh abang Mat (Mamat Khalid) tidak perlu mempertaruhkan wajah-wajah popular untuk menghidupkan setiap karektor yang mengisi perjalanan filem," kata Khir Rahman.
Khir berkata lagi, Abang Mat juga membuktikan untuk melakonkan watak komedi tidak semestinya mereka itu harus dari kelompok pelawak. Ini kerana, andai asas dan dalaman seseorang itu kuat berilah apa saja watak pasti mereka boleh menjiwai.
"Saya memang terhutang budi dengan Abang Mamat dan filem Rock sendiri memberikan impak cukup besar terhadap kerjaya lakonan saya yang dulunya tidak dipandang," katanya.
Bersetuju dengan pendapat Khir itu, Soffi berkata, Mamat Khalid satu-satunya pengarah yang tidak prejudis dan memilih bintangnya kerana bakat mereka.
"Ditolak atau 'reject' daripada sesuatu watak adalah perkara biasa kerana semuanya memandang pakej, muka kacak dan jambu, tapi tidak sekali-kali dengan Abang Mat. Sebab itulah, setiap kali Abang Mat menawarkan saya berlakon, saya tak pernah kisah langsung soal bayaran.
"Apa yang penting bagi saya, mahu bekerja dengan Abang Mat. Berlakon di bawah arahan Abang Mat, pelakon bukan sekadar berlakon, tetapi banyak perkara yang boleh kita pelajari kerana falsafah filemnya cukup mendalam.
"Sindiran yang memenuhi lawak jenakanya, diwujudkan bersebab untuk kita fikir dengan dalam berhubung banyak perkara yang selalu bangsa Melayu lupa.
"Kembali kepada Rock Oo! saya berani jamin ini adalah filem terbaik Mamat Khalid setakat ini dan penonton perlu menyaksikannya di panggung. Ia hebat dari pelbagai aspek bukan sahaja pengarahnya Mamat Khalid tetapi juga filem ini menggunakan khidmat pengarah fotografi Raja Mukhriz Ahmed Kamaruddin malah pelakon berjiwa besar," katanya.
Khir dan Soffi hadir bersama Que Haidar di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini, bagi mempromosikan Rock Oo! - sekuel atau kesinambungan kepada Rock yang dihasilkan pada 2005.
Soffi percaya, sambutan yang bakal diberikan kepada Rock Oo! akan lebih baik berbanding Rock yang pertama, tujuh tahun lalu di mana ia ketika itu ditayangkan serentak dengan filem Hollywood, King Kong dan Narnia.
Melalui ulasan peng–kritik filem, laporan akhbar, blog dan online, rata-rata memberikan komen positif terhadap kemunculan Rock Oo! yang disifatkan lebih baik daripada filem Rock.
Rock Oo memaparkan kisah kehidupan kumpulan Rimba Bara yang berpecah kerana Zul Kapan (Soffi), selaku penyanyi utama kumpulan itu beralih arah kepada kumpulan 'black metal' Malaikat Maut.
Semangat ahli kumpulan Rimba Bara, iaitu Jijo watak yang dimainkan Khir Rahman dan Azmi Black (Norazmi Bahron), semakin lumpuh dengan tindakan Zul.
Bagaimanapun, kehadiran Amy Mat Piah (Que Haidar) yang memegang kepada prinsip 'pantang anak petani moden mengaku kalah', berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan yang pernah menjadi kegilaan ramai itu selain menyerapkan anggota baru Slash Haji Tapah (Pekin Ibrahim) yang kacak.
"Amy Mat Piah digambarkan sebagai simbolik semangat di dalam filem ini.
Walaupun dia tidak diterima sebagai vokalis Rimba Bara kerana suaranya tidak bagus tambahan pula, Zul Kapan kembali menyertai Rimba Bara namun bersatunya Rimba Bara yang hampir musnah kerana semangat Amy Mat Piah. Walaupun dia hanya penjual ais kacang di kampung, jiwa seninya sangat hebat yang diwarisi daripada datuknya, pemuzik ghazal.
"Watak saya untuk sekuel Rock ini juga lebih besar berbanding yang pertama. Susah juga untuk saya mengingati semula karektor Amy Mat Piah yang pernah saya bawakan tujuh tahun lalu.
"Tambahan pula, ketika tawaran itu diberikan Abang Mamat, saya mengambil keputusan untuk bersara dalam dunia lakonan. Hampir tidak mahu ambil tawaran ini, tapi Khir yang bersungguh-sungguh meyakinkan saya dan selepas membaca skrip tertanya sukar untuk saya menolak tawaran ini kerana ia adalah satu lagi karya paling baik pernah dihasilkan Abang Mat.
"Terus-terang, saya tidak suka berlakon watak komedi kerana saya tidak suka melihat diri dan lakonan saya dalam situasi itu walaupun ramai penonton menyukai saya begitu.
"Saya lebih cenderung kepada watak-watak yang berat. Namun, ada pengecualian untuk Abang Mamat kerana hanya filem komedi arahannya akan saya bintangi," katanya yang tidak jadi bersara dari dunia lakonan sebaliknya lebih selektif memilih watak.
Sementara itu, sebelum meng–akhiri perbualan Khir menambah, pembabitan semula Que di dalam Rock Oo! adalah berita gembira buat seluruh produksi filem berkenaan.
"Amy Mat Piah itu adalah Que. Tiada siapa yang layak membawakan watak berkenaan melainkan hanya Que saja paling layak dan sajak.
"Sebagai sahabat dan abang, saya berharap Que terus berlakon kerana dia berbakat dan disukai peminat. Dia tidak perlu bersusah-payah seperti saya untuk mencipta nama kerana jalan yang ditakdirkan untuknya dalam lapangan lakonan mudah.
“Mungkin Que selepas ini hanya perlu berkarya untuk watak yang mendatangkan kepuasan bagi seorang pelakon.
“Individu seperti Que perlu ada dalam mengisi kekosongan pelakon hebat di negara ini,” kata Khir. |
|
|
|
|
|
|
|
parasitology posted on 4-3-2013 03:34 PM
berdendam tul black tu...hahaha
tp serius best tgk ekspresi black tu....
kalau sapa2 ada info ps ...
nama dia azmi baharom kalo x silap...
|
|
|
|
|
|
|
|
AMDTurion posted on 4-3-2013 02:36 PM
Amy Mat Piah yg jadi naratornyer untuk Rock OO. Tu sbbnya Que sgt penting untuk filem kali ini. MAsa ...
actually aku rindu dgn zack...
kalau la zack ada cameo mesti lagi best
|
|
|
|
|
|
|
|
selendangungu posted on 4-3-2013 02:57 PM
ko nak tepek dari PC ke? upload pakai cari uploader tuh...ada icon image atas tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
"Amy Mat Piah itu adalah Que. Tiada siapa yang layak membawakan watak berkenaan melainkan hanya Que saja paling layak dan sajak.
- saya sokong kata2 Khir Rahman- |
|
|
|
|
|
|
|
AMDTurion posted on 4-3-2013 03:37 PM
yg tu tak beberapa pasti pulak. tapi kalo guna nama Jijo Alfonso Farera Abdullah...mcm nama portug ...
jijo alfonso pareira abdullah...ada kredit untuk dia scene last tu...sedih...ditunjuk diorang ramai2 ada jijo nyanyi time kawin tu....dgn lirik ni mengiringi 'oh sayang damailah di sana di sisi tuhan yang esa'
|
|
|
|
|
|
|
| |
|