CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: tari

[Johor] Kongsikan Fakta-Fakta Menarik

[Copy link]
Post time 21-11-2025 10:02 PM | Show all posts
Ikan paling kecil ialah Philippine goby yang hanya berukuran 1/3 inci ketika dewasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2025 10:02 PM | Show all posts
Terdapat lebih daripada 25 000 spesies ikan telah dikenal pasti dan direkodkan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:03 PM | Show all posts
Ikan puyu merupakan spesies yang sangat kuat dan mampu bertahan tanpa air dalam jangka masa yang lama. Malah spesies ini mampu bergerak di daratan menggunakan sirip pektoralnya yang kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:03 PM | Show all posts
Spesies ikan terbanyak merupakan ikan air tawar sedangkan bumi hanya dilitupi oleh 0.01% air tawar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:03 PM | Show all posts
Terdapat lebih banyak spesies ikan berbanding kombinasi jumlah spesies amfibia, reptilian, burung dan mamalia.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:04 PM | Show all posts
Ikan seperti jerung tidak memiliki komponen pelampung dalam badannya bagi memberikan kebolehan terapung dalam air. Jadi mereka perlu berenang berterusan atau pun berhenti di dasar air.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2025 10:04 PM | Show all posts
Sesetengah ikan menggunakan gigi untuk mengeluarkan bunyi sementara sesetengah lagi ikan tidak bergigi menghasilkan bunyi menggunakan udara dalam komponen pelampung dalam badannya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:04 PM | Show all posts
Menurut kajian saintifik, ikan telah wujud di bumi sejak lebih 450 juta tahun dahulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2025 10:04 PM | Show all posts
Garisan lateral pada badan ikan bertindak seperti radar dan membantu ikan mengesan laluan walaupun dalam keadaan air keruh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:06 PM | Show all posts
Landak mempunyai 30,000 duri pada badan dan juga bulu yang lembut dibahagian belakang, sisi dan ekor.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:07 PM | Show all posts
Landak bukan pemanjat yang baik tetapi ia adalah haiwan yang pandai berenang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:07 PM | Show all posts
Landak adalah lebih aktif pada waktu malam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:07 PM | Show all posts
Landak yang masih kecil mempunyai duri yang lembut dan ianya megeras ketika dewasa.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2025 10:08 PM | Show all posts
Duri landak susah di buang kerana setiap duri mempunyai 700/800 barb’ (duri kecil).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2026 08:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2026 08:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2026 08:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
CnP Public Health Malaysia
Dengar Orang Sebelah Mengunyah Bunyi "Chap Chap", Terus Rasa Nak Tumbuk Meja?

Korang jenis mana?

Jenis A

Member sebelah hirup sup bunyi macam enjin bot, kunyah keropok bunyi macam guruh, korang rilek je. Takde hal. Boleh sambung borak.

Jenis B
Pantang dengar bunyi mulut orang makan!
Bunyi gigit epal, bunyi slurp air, bunyi gula-gula berlaga gigi.

Darah terus menyirap. Rasa nak marah, rasa nak lari, rasa nak flip table. Dada berdebar.

Kalau korang Jenis B, korang tak gila dan korang bukan "berlagak".
Korang mungkin ada MISOPHONIA.

Ini adalah keadaan di mana otak anda mempunyai "pendawaian" (wiring) yang terlebih sensitif.

Bila telinga dengar bunyi berulang (trigger sounds), bahagian otak yang mengawal emosi (Anterior Insular Cortex) terus hantar signal "BAHAYA!".

Badan korang masuk mode Fight or Flight seolah-olah sedang diserang harimau, walhal member sebelah cuma makan kuaci je.

Jangan marah member Jenis B ni. Diorang terseksa sebenarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
CnP Public Health Malaysia
Member Minum Americano Pukul 10 Malam Rilek Je Tidur, Kita Minum Sikit Terus Mata 'Sengkang' Sampai Subuh?

Pernah tak korang rasa jeles tengok member korang?

Dia bedal kopi O pekat malam-malam buta, tapi letak kepala terus berdengkur.

Kita ni?
Minum Latte sikit je waktu petang, dia punya kesan. Fuh.

Jantung berdegup laju macam baru lepas lari pecut.

Mata terkebil-kebil pandang siling sampai bunyi ayam berkokok.

Tangan menggigil.

Jangan risau. Anda bukan "lemah". Dan kawan anda tu bukan ada saka.

Ini semua sebab perbezaan GENETIK dalam hati (liver) anda, iaitu gen CYP1A2.

Gen CYP1A2 ni ibarat "kilang" yang memproses dan membuang kafein dari badan.

1. Geng Laju (Fast Metabolizer): Kilang dia pakai enjin Turbo. Kafein masuk, sekejap je dah huraikan. Sebab tu kopi tak sempat kacau waktu tidur dia.

2. Geng Siput (Slow Metabolizer): Kilang dia rilek-rilek. Kafein tu "lekat" dalam darah berjam-jam lamanya. Sebab tu minum pukul 2 petang pun, pukul 2 pagi mata masih bulat.

.

Jadi kepada Geng Siput, jangan paksa diri nak ikut trend lepak kedai kopi hipster malam-malam kalau esok nak kerja.
Badan kita tak sama. Dengar signal badan sendiri.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
CnP Public Health Malaysia
"Ingatkan Sakit Pinggang Biasa, Rupanya Ada 'Pisau' Dalam Badan!"

Ramai yang ingat Batu Karang ni rupa dia bulat dan licin macam batu sungai.

Tengok gambar ni.
Ini rupa sebenar Batu Karang (Calcium Oxalate) di bawah mikroskop.

Nampak tak betapa tajam, bergerigi, dan kasarnya permukaan dia? Macam serpihan kaca pecah!

Bayangkan benda tajam ni bergerak perlahan-lahan dalam saluran kencing anda yang sempit dan lembut tu.

Sebab itulah bila kena serangan batu karang, lelaki sado pun boleh berguling atas lantai menangis. Doktor kata sakitnya "setaraf sakit bersalin".

Punca Utama "Kilang Batu" Ini Beroperasi:
1. Kurang Minum Air Kosong: Urine jadi pekat, kristal mula terbentuk.
2. Suka Tahan Kencing: Sibuk sangat meeting sampai pundi kencing jadi mendapan.
3. Gila Air Manis/Bergaram: Garam & Gula berlebihan mempercepatkan pembentukan batu.

.
Tengah hari ni, tolonglah paksa diri telan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. "Banjirkan" buah pinggang anda supaya kristal ni tak sempat bercantum jadi batu.

Jangan sampai dah kencing berdarah baru nak cari botol air. Sakit dia tak bawak bincang bos.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel
kukukud4rttravel
Views : 1112 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 1818 Replies : 0
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 15810 Replies : 31
SATURO GOJO TAVEL TIPS
saturo1gojoSATURO GOJO TAVEL TIPS
Views : 4444 Replies : 0
Quiz : Personality Test [Who is the biggest fool?]
gekkouQuiz : Personality Test [Who is the bigg
Views : 5741 Replies : 28
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2297 Replies : 19
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 2559 Replies : 69
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 59687 Replies : 35
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 25404 Replies : 101
TRAVEL WITH GOJO
saturo1gojoTRAVEL WITH GOJO
Views : 10406 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 10:36 AM GMT+8 , Processed in 1.139005 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list