|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: LEPAK AND HEALING
[Copy link]
|
|
hahaha
weekend slow sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
Amaran polis menjelang final Piala FA 2024 malam ini

|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Menjelang final Piala FA 2024 malam ini, Polis Kuala Lumpur, turut memantau penyokong negeri lain yang cuba mencetuskan provokasi yang mengganggu-gugat ketenteraman awam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata pada masa ini pihaknya memantau sebarang elemen provokasi yang dicetuskan melalui mana-mana aplikasi laman media sosial.
"Kita menyarankan penyokong kedua-dua pasukan, penonton perlawanan bola sepak ini baik di stadium mahupun lokasi lain untuk sentiasa bersabar dan menonton dengan penuh semangat kesukanan.
"Jangan buat provokasi, tidak kira yang berada di stadium dan juga menerusi laman media sosial, pihak polis sentiasa memantau mana-mana pihak yang cuba mencetuskan provokasi," katanya kepada BH hari ini.
Rusdi berkata, beliau turut mengingatkan mana-mana penyokong untuk tidak menimbulkan sebarang rasa tidak harmoni berhubung perlawanan ini.
"Saya tegaskan kepada semua penyokong atau penonton bukan sahaja yang menyokong pasukan JDT dan Selangor atau mungkin juga penyokong dari negeri lain yang suka menambah-nambah hingga mencetuskan kekecohan.
Terutama yang berada di stadium malam ini saya ingatkan sekali-lagi jangan buat provokasi. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang tidak mengikuti arahan pihak berkuasa," katanya.
Katanya, secara keseluruhan seramai 2,488 pegawai dan anggota polis diarahkan supaya mengawasi situasi sebelum, semasa, dan selepas perlawanan berlangsung.
"Kita akan mengawasi sehingga kesemua penyokong dan penonton keluar dari stadium sepenuhnya," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pencarian mangsa tanah jerlus ditumpukan pada saluran paip kumbahan

|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Pasukan penyelamat mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, memfokuskan pencarian pada kawasan saluran paip kumbahan di bawah tanah kawasan kejadian.
Pada masa ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menggunakan khidmat Unit Skuba JBPM dalam mencari mangsa selepas khidmat anjing pengesan menemui jalan buntu.
Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Nordin Pauzi, berkata tindakan untuk masuk ke dalam lubang saluran kumbahan dilakukan selepas kawasan kejadian digali dan dibersihkan menggunakan jengkaut.
"Khidmat Unit Skuba terpaksa digunakan walaupun air tidak dalam namun ia turut berisiko.
"Usaha ini dilakukan selepas berkemungkinan terdapatnya sedikit pecahan (kebocoran) atau serpihan yang membolehkan air keluar yang mungkin mempunyai lubang.
Jadi di tempat saluran yang pecah itu kita akan buat size-up (periksa) sekiranya anggota boleh masuk kemungkinan kita boleh buat pencarian dan menemui sesuatu," katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, sebentar tadi.
Nordin berkata, pada masa ini pihaknya akan menumpukan usaha mencari dan menyelamat di saluran kumbahan kawasan Masjid India dahulu sebelum memperluaskan skop pencarian ke lokasi lain.
"Kita juga akan berhubung dengan pihak Indah Water Konsortorium (IWK) sebab saluran ini satu hala dan kita akan cuba kesan melalui perangkap sedia ada yang berkemungkinan mangsa ada di situ.
"Pihak kami juga difahamkan saluran ini berakhir di satu loji di Lembah Pantai, dan kita akan meneliti kawasan itu juga," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga dipermudahkan urusan semua terlibat dan untuk family mangsa juga |
|
|
|
|
|
|
|
IWK buka lurang pembentungan bantu cari mangsa tanah jerlus Masjid India

|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Indah Water Konsortium (IWK) turut komited dalam membantu operasi mencari dan menyelamat seorang wanita mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam, berkata pihaknya akan terus membantu pasukan penyelamat dalam usaha mengesan mangsa Vijayakumar, 48, berasal dari Andhra Pradesh, India.
"Pihak IWK akan membuka setiap lurang pembentungan di sepanjang tujuh kilometer (km) jajaran saluran pembentungan sehingga sampai ke loji rawatan kumbahan IWK di Pantai Dalam, di sini.
"Kita akan ke hilir dan buka setiap lurang pembentungan dan kita akan meneliti setiap lurang itu dan pihak kita sudah membuka lurang itu sejak tengah hari tadi (semalam) tetapi tidak menemui apa-apa.
"Sekiranya ada, mangsa berkemungkinan akan tersangkut pada 'inter pump station' namun setakat ini tiada apa-apa ditemui," katanya di lokasi kejadian, tengah malam tadi.
Katanya, fizikal tubuh manusia mampu untuk dihanyutkan ke dalam saluran pembentungan kerana ia berkeluasan 1.5 meter dengan diameter lebih tiga meter.
"Saluran kumbahan ini adalah paip yang besar kerana ia menampung seluruh kumbahan sekitar Kuala Lumpur," katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 8.25 pagi semalam, mangsa sedang berjalan kaki dari arah Flat Selangor Mansion menuju ke arah Wisma Yakin, di Masjid India, tiba-tiba terjatuh selepas kejadian tanah jerlus berlaku. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Saingan sengit rebut gelaran Olahragawan, Olahragawati SUKMA

Andrew Goh (kir) dan Gan Chen Jie antara calon utama rebut gelaran Olahragawan dan Olahragawai SUKMA 2024. - Foto Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
KUCHING: Persaingan bagi merebut gelaran Olahragawan dan Olahragawati SUKMA Sarawak 2024 dijangka sengit membabitkan beberapa bintang muda yang diihat menyerlah pada temasya kali ini yang bakal melabuhkan tirainya, esok.
Beberapa atlet berhak diangkat sebagai calon selepas meraih pencapaian membanggakan dalam sukan masing-masing.
Antara calon paling menonjol untuk diangkat sebagai Olahragawan adalah perenang Selangor, Andrew Goh yang setakat semalam sudah memenangi tiga pingat emas selain tiga kali memecahkan rekod kebangsaan.
Andrew mengatasi rekod kebangsaan miliknya dalam acara 100 meter (m) kuak dada dan dua kali bagi acara 50m kuak dada selain turut melebur rekod SUKMA dalam 200m kuak dada.
Bagaimanapun, Andrew dijangka dicabar sengit penembak Pahang, Cheah Zen Hong selepas atlet itu membawa pulang tujuh emas sekali gus meletakkan dia atlet lelaki terbanyak memenanginya pada temasya kali ini.
Zen Hong menang emas dalam acara 25m Standard Pistol individu dan berpasukan; 10m Air Pistol individu dan berpasukan; 10m Air Pistol Campuran; 25 meter Air Pistol individu dan berpasukan lelaki.
urut berpotensi diangkat sebagai calon Olahragawan iaitu atlet Sarawak, Jonah Chang Rigan yang memenangi emas acara lontar peluru, lempar cakera dan baling tukul besi selain pelari 400m kebangsaan yang mewakili Johor, Umar Osman yang membawa pulang empat emas (400m, 800m, 4x400m lelaki dan 4x400 campuran).
Seorang lagi atlet Sarawak, Randy Owen Augustine Linggi yang merangkul tiga emas menerusi acara berpasukan poomsae lelaki, berpasukan poomsae bebas dan individu lelaki selain satu perak dalam acara poomsae campuran.
Sementara itu, perebutan gelaran Olahragawati dijangka menjadi persaingan sengit antara penembak Negeri Sembilan, Gan Chen Jie yang membidik tujuh emas dengan perenang Sarawak, Kelly Teo yang sudah mengumpul lima emas setakat semalam.
Chen Jie membolot emas dalam acara 50m Rifle 3 Posisi individu dan berpasukan wanita; 50m Rifle Prone individu dan berpasukan; 10m Air Rifle individu dan berpasukan dan 10m Air Rifle bercampuran.
Kelly pula mengganas di Pusat Akuatik Pandelela Rinong apabila memenangi emas dalam acara 200m gaya bebas, 400m rampaian individu, 200m kuak lentang, 800m gaya bebas dan 400m gaya bebas.
Ratu boling Sarawak, Nur Hazirah Ramli turut berpotensi apabila memenangi empat emas selepas mengungguli kategori individu wanita, beregu wanita, beregu campuran dan trio wanita.
Dia juga merangkul gangsa dalam berpasukan wanita. Gelaran Olahragawan dan Olahragawati dijangka diumumkan pada upacara penutupan SUKMA Sarawak 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan di sini, malam esok.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tujuh pegawai kerajaan berdepan perbicaraan tragedi Tak Bai

|
|
|
|
|
|
|
|
BANGKOK: Tujuh pegawai kerajaan akan dihadapkan dalam perbicaraan kematian beberapa penunjuk perasaan Islam yang mati lemas dalam trak tentera hampir dua dekad lalu di selatan Thailand, kata peguam kepada keluarga mangsa.
Tragedi dikenali 'pembunuhan beramai-ramai Tak Bai' di seluruh selatan wilayah pada 25 Oktober 2004, kekal sebagai salah satu insiden paling maut dalam pemberontakan orang Melayu Islam terhadap kerajaan Thailand yang memerintah.
Seramai 78 orang mati lemas selepas mereka ditangkap dan disusun di atas satu sama lain di belakang trak tentera Thai.
Pegawai itu juga akan menghadapi perbicaraan berhubung kematian tujuh orang lagi yang ditembak ketika pasukan keselamatan menggunakan peluru hidup terhadap sekumpulan besar penunjuk perasaan yang menggesa beberapa tahanan dibebaskan.
Peguam yang mewakili keluarga, Ratchada Manuratchada, berkata Mahkamah Narathiwat hari ini menerima petisyen yang dikemukakan oleh keluarga mangsa yang ingin mendakwa tujuh pegawai kerana membunuh dan cubaan membunuh.
Keputusan itu dibuat dua bulan sebelum statut pengehadan kes itu akan tamat - iaitu 20 tahun selepas kematian.
"Mahkamah bersetuju untuk membawa kes itu ke perbicaraan.
"Ini adalah kes bersejarah di negara kita yang akan memutuskan sama ada pihak berkuasa melayan orang awam dengan sewajarnya ," kata Ratchada selepas keputusan mahkamah kepada pemberita.
Setakat ini, tiada anggota pasukan keselamatan Thailand pernah dipenjarakan atas kesalahan pembunuhan di luar undang-undang atau penyeksaan di 'selatan dalam' walaupun dakwaan sering berlaku penderaan di seluruh wilayah.
Tujuh defendan itu termasuklah pegawai kanan tentera dan ahli politik.
Insiden itu berlaku ketika bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra berkuasa dan Prawit Wongsuwan, seorang ahli politik kanan, menjadi ketua tentera.
Perbicaraan pengakuan itu dijadualkan pada 12 September ini.
Konflik pada tahap rendah sering terjadi di wilayah paling selatan sejak pembunuhan beramai-ramai berlangsung dan sudah membunuh lebih 7,000 orang sewaktu puak pemisah di wilayah itu terus berjuang untuk mendapatkan kuasa autonomi yang lebih besar daripada negeri itu.
Wilayah selatan berbeza budaya daripada Thailand yang majoriti penganut Buddha dan ia dikawal ketat oleh pasukan keselamatan Thailand. - AFP
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penduduk terperangkap akibat kepala air Slim Village

|
|
|
|
|
|
|
|
SLIM RIVER: Kira-kira 109 penduduk dari beberapa buah kampung terperangkap dalam banjir selepas kejadian kepala air berlaku di Kampung Sungai Bil, Slim Village dan akibat empangan pecah di Kampung Ulu Slim, Slim Village, dekat sini.
Kejadian lewat petang tadi membabitkan Kampung Sungai Bil Slim Village, Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil Slim Village dan Kampung Pasir dan Eco Park RISDA di Ulu Slim, Slim Village.
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 6.46 petang yang memaklumkan satu kejadian kepala air berlaku di Kampung Sungai Bil Slim Village.
Katanya, polis juga menerima laporan tempat rawatan air di Empangan Kampung Pasir Ulu Slim pecah berhampiran Tenaga Nasional Berhad (TNB) kampung terbabit.
"Jumlah mangsa yang terperangkap di Kampung Sungai Bil Slim Village seramai 50 orang, Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil pula seramai 15 orang.
"Di Kampung Pasir Ulu Slim pula, seramai 25 orang dan Eko Park Risda Ulu Slim seramai 19 orang," katanya dalam kenyataan malam ini.
Azizi berkata, sebanyak tiga buah jambatan runtuh membabitkan jambatan jalan utama Slim Village, Jambatan Ulu Slim dan Jambatan Kampung Piong Sungai Bil.
Katanya, hasil tinjauan anggota polis dari Balai Polis Slim Village bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) pula mendapati paras air naik kira-kira 0.5 meter di halaman rumah penduduk akibat limpahan air sungai yang membabitkan sembilan buah rumah.
"Selepas menerima laporan tempat rawatan air di Empangan Kampung Pasir Ulu Slim Pecah kemudian anggota bersama JBPM dan APM menuju ke Kampung Pasir tetapi jambatan di kampung berkenaan telah runtuh.
"Bot digunakan untuk membantu mangsa yang terperangkap dan kemudian sekali lagi polis menerima laporan jambatan jalan utama Slim Village berhampiran Balai Polis Slim Village juga runtuh serta ditutup," katanya.
Beliau berkata, satu pusat pemindahan sementara (PPS) Masjid Jamek Kampung Pasir dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di sekitar kampung terbabit. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Fenomena 'Barkoba' datang sekali, Bell terkejut tembusi tiga kategori ABPBH 36

|
|
|
|
|
|
|
|
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri terkejut dan tidak menyangka apabila namanya dicalonkan dalam kelompok 20 pencalonan awal bagi tiga kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36.
Bell memenangi kategori Artis Komedi Popular, termasuk diangkat sebagai Bintang Paling Popular pada penganjuran ABPBH tahun lalu, bagaimanapun bersyukur kerana namanya masih menjadi pilihan.
"Saya terkejut sebenarnya sebab ini pun baru balik kerja. Terima kasih kepada Berita Harian kerana masih lagi calonkan saya.
"Tahun lalu sebenarnya satu perkara yang tak pernah saya sangka.
Menerusi ABPBH 36, Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri tercalon dalam kategori Artis Komedi Popular, Aktor Filem Popular dan Aktor TV Popular.
"Tiba-tiba masih dicalonkan, tahun ini. Apapun, saya sangat bersyukur," katanya kepada BH Online.
Ditanya sama ada fenomena 'Barkoba', iaitu watak lelaki malas berpuasa dibawanya dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa di Kampung Pisang masih mampu menarik pengundi, pelawak berusia 44 tahun itu hanya berserah kepada rezeki.
"Kadang-kadang mungkin fenomena ini datang sekali sahaja, jadi saya sudah tanam dalam kepala, itu hanya rezeki tahun lalu. Tidak semestinya boleh bawa untuk tahun akan datang.
"Tapi, saya bersyukur paling kurang dalam seumur hidup, saya dapat merasa trofi Bintang Paling Popular. Terima kasih kepada semua yang masih menghargai saya.
"Untuk ulangi kejayaan tahun lalu, saya tak pernah terfikir dan saya berharap orang masih boleh terima saya," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PSA

|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|