CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
Post time 7-7-2010 04:51 PM | Show all posts
baik sungguh la dokter firdaus tuh... sanggup terima sally... harap lepas ni si sally sedor diri tuh perangai mcm hangsuang pung masih ada orang sayang lagii...:re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-7-2010 05:07 PM | Show all posts
Kau di sana dan aku di sini.
Gempar satu pejabat pada pagi yang dingin itu. Mulanya gempar dengan perbualan Fareez, Sally di bilik mesyuarat hari sebelumnya, dan pagi ini gempar pula dengan kemalangan Sally. Fareez menelefon Miss Mary mengatakan yang dia tidak masuk pejabat dan Sally berada di wad kecemasan Hospital Serdang. Apalagi, Miss Mary yang peramah itu mencanag kan satu pejabat tentang keadaan Sally. Malahan ada anak buah Sally yang membuat pelbagai spekulasi. Sengaja di langgar lah, orang upahan lah dan berbagai lagi.
‘Mujur juga Sally tidak dapat masuk ke pejabat dan kepalanya dibalut hingga ke mulut. Tidak dapat lah di mewar-warkan tentang diri aku ini’ Bisik hati Fareez. Namun begitu Fareez tidak mahu percaya seratus peratus dengan keadaan Sally. Dia mungkin akan membuat sesuatu yang lain pula selepas ini. Dia harus berjaga-jaga dengan Sally. Hospital Serdang menahannya untuk dua minggu, dan selama itu Sally perlu dirawat di wad wanita di tingkat 4 bangunan tersebut.
Fareez mendail nombor telefon Intan di telefon bimbitnya. Intan mungkin masih belum bertolak dari Kuala Terengganu. Sejak kejadian kemalangan Sally itu, hingga ke hari ini, sudah 4 hari dia langsung tidak menghubungi Intan. Dia terlalu sibuk menguruskan kerja-kerja yang tertangguh sebelum Dato’ Shukor kembali dari Dubai minggu hadapan. Fareez tahu pagi begini, tentu Intan sedang sibuk mengemas barang untuk dibawa pulang ke Putrajaya.
‘Assalamualaikum Intan’ lembut suara Fareez di corong telefon saat Intan menyentuh butang accept.
‘Walaikumussalam’ Intan terdiam seketika.
‘Kenapa diam? Tidak suka ka I telefon you? You nak bergerak sekarang ya?’ tanya Fareez bertalu-talu tidak sabar mendengar suara Intan yang sangat dirinduinya.
‘Mmm memang hari ni nak balik dah, tengah mengemas-ngemas’ jawab Intan serbasalah.
‘Err... saya tengah buat sesuatu lah, nanti saya call awak balik’ dengan pantas Intan menyentu butang End. Menamatkan perbualan.
Fareez disebelah sana terpinga-pinga. Tetapi hatinya masih berbunga-bunga dapat berbicara dengan Intan walau sekejap Cuma. Malam nanti dia akan singgah ke KLIA untuk menjemput Dato; Shukor, ummi dan jantung hatinya Alia.
‘Argghhh... rindunya pada Alia...’ Fareez memeluk salah satu teddybear Alia sambil berbaring di atas katil Alia. Dia berangan-angan,
‘Alia akan dapat mama baru. Mama yang sangat lembut dan manis, baik hati pula tu’ bisik hati Fareez.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 05:09 PM | Show all posts
wa.. selamat ko Fareez. kalu x terpaksa la kawen n sally. baik sungguh firdaus tu kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2010 05:14 PM | Show all posts
nama pun firdaus.. sedap je nama dia, mesti orangnya lembut dan baik hati
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 05:19 PM | Show all posts
alamak.. dah addicted la ngan citer nih..
rasa cam cenonet je n3 dia..
nak lagi leh???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2010 05:22 PM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 7-7-2010 17:23

cenonet eh... hehehehe, susah nak amek masa nih... aritu dok kampung leh la berangan-angan sambil menaip, skrg dah wahm ni kena kejar masa ulangalik jadi drebar

tu kan Sally dah selamat di petik firdaus.. tak tau la sally tu nak ke tidak dia tu, bukan leh caya dia tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2010 05:38 PM | Show all posts
liya nk lagiii plzzz
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 05:42 PM | Show all posts
liya....next pls
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 05:46 PM | Show all posts
liya kalo buleh malam ni sambung la lagi yekkk... bestla cite nih liya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2010 05:54 PM | Show all posts
Terserahlah pada hati ini
Mama dan Papa menyerahkan padaku untuk membuat keputusan. Pada mereka, aku perlu buat solat istikharah untuk menentukan pilihan. Antara dua. Pada papa dan mama sudah tentulah Fareez menjadi pilihan. Tapi pada aku yang mana satukah yang menjadi pilihan. Jika dari awal sudah aku ceritakan kedudukan Luqman, sudah tentu papa dan mama akan menentukan Luqman sebagai pilihan utama. Fareez kan baru sahaja berkenalan belum tahu lagi isi hatinya bagaimana. Malahan keluarga Fareez juga aku tidak tahu asal usulnya.
Aku terus menunaikan solat istikharah malam itu juga. Bangun pagi, sms dari Luqman terpapar di skrin iphoneku. Mungkin aku tidak mendengar deringan sms tadi. ‘Rindu...’ sepatah sahaja sms darinya. Nampak gaya nya aku perlu menurut hatiku yang berat sebelah Luqman. Aku membalas smsnya. ‘Terimakasih kerana menghargai. Betulkah begini?’
Cepat sahaja sms aku dibalas. ‘Percayalah. Allah Maha Mengetahui. Abang yakin, sayang akan setuju dengan abang’ tiba-tiba sahaja dia menggelarkan dirinya abang dan memanggil aku sayang. Aku tersenyum. Aku mengerling pada cincin belah rotan di jari manis ku. Sungguh aku tidak menyangka Luqman rupa-rupanya dalam diam mempunyai hati padaku. Semenjak dia menghadiakan aku iphone memang ternyata dia lebih pendiam berbanding dulu. Tampak berbeza walaupun dia jauh di mata, namun dekat dihati. Cuma aku sahaja yang menyangkakan dia sibuk dengan kertas kerjanya. Rupa-rupanya dia mempunyai rancangan. Menamatkan hubungan kami yang terumbang-ambing dengan penamatan yang diredhai Allah swt.
Esok aku sudah mula kembali bekerja. Hari ini aku mengemas-ngemas barang-barang untuk dibawa pulang. Dari budu sebotol hinggakan ke rempah ros sepeket, hampir semuanya mama paksa aku bawa pulang. Aku menempah keropok lekor Losong sepuluh ringgit untuk dibawa sebagai ole-ole buat rakan serumah dan sepejabat. Perjalanan yang jauh ini perlu aku tempohi seorang diri.
‘Kalau lah ada Fareez. Ahhh tidak mungkin. Aku kan sudah dipetik orang? Apa khabar Fareez, sejak pulang ke KL tempohari senyap sunyi tanpa sebarang berita. Sihatkah dia. Tapi aku perlu mejaga batas-batasku ini. Aku tidak boleh lagi melayan perasaanku terhadap Fareez. Aku perlu menumpukan perhatian pada Luqman’
Baru sahaja aku menyeru namanya, iphone ku berbunyi, dan hatiku berdebar-debar bilamana suara Fareez yang kedengaran di sebelah sana. Aku sengaja memendekkan perbualan, bimbang dia akan merasai suaraku yang bergetar akibat getaran dari dadaku ini. ‘Ah... kenapa mesti begini?’
Aku sengaja menyibukkan diri dengan mengemas barang dan menghidupkan kereta. Selepas bersalam-salaman dan berpeluk-cium bagaikan orang hendak ke Mekah lagaknya, aku melepaskan mama dan papa.
Sengaja aku memasang CD Eibet G Ade. Tajuk yang paling aku gemari ‘Hidupku Milikmu’ berkumandang diudara, memenuhi ruangan myVi hitamku.  Apakah hidupku ini milik orang lain?. Aku bersoal jawab dengan diri sendiri. Aku perlu berterus terang, tapi kepada siapa, aku perlukan masa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2010 05:55 PM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 7-7-2010 18:00

ala macam mana nak share youtube ni tak reti la plak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 06:03 PM | Show all posts
aduhhhh... intan dah pilih dr luqman yer... alahai fareez pung ok juga... intan mesti dipersimpangan dilema nih... rasa2nya macam dia pun suka gak ngan fareez... liyaaaa siapa pilihan intan sebenornye nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 06:11 PM | Show all posts
Di sana menunggu di sini menanti...salah sorang mesti kecewakan...kesiannya....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 06:20 PM | Show all posts
Di sana menunggu di sini menanti...salah sorang mesti kecewakan...kesiannya....
allamanda Post at 7-7-2010 18:11



    di sana menunggu di sini menanti.....best lagu ukays ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 06:23 PM | Show all posts
ala sian kt fareez...
intan dah dilamar lukman..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 06:30 PM | Show all posts
Reply 331# liya71a


heh.. semoga dgn menempek utube nih.. TT rajin la menempek n3 baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 08:06 PM | Show all posts
Reply  liya71a


heh.. semoga dgn menempek utube nih.. TT rajin la menempek n3 baru
Kia_picanto Post at 7-7-2010 18:30



   kia siap letak lagu bagai hang ye..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 08:10 PM | Show all posts
Reply 337# pura

tadi mek liya kita nak tepek utube lagu nih.. tapi tak berjaya.... jadi aku tolong la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 08:14 PM | Show all posts
Reply  pura

tadi mek liya kita nak tepek utube lagu nih.. tapi tak berjaya.... jadi aku tolong l ...
Kia_picanto Post at 7-7-2010 20:10


bgus.. bleh jd PR mek liya plak.. nti ape2 roger ko je la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 08:19 PM | Show all posts
Reply 339# pura

oii.. sume umah aku jadi PR la gitu kalau setakat tolong tepek utube nihhampeh tul pura nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-1-2025 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.224260 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list