CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

LARA DI HATI KITA 2.

 Close [Copy link]
Post time 12-11-2009 03:35 PM | Show all posts
enovel nie sama...  citer hani pon sama, tgh bahagia, tgh sweet ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2009 04:02 PM | Show all posts
aiyakk...apa dah jadi?
banjir ka kat umah aku  azima_?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2009 04:05 PM | Show all posts
ok....
to all readers!!!
dgn happynya aku nak bagitau...
cite ni dah sampai ending!!!
thank you for your support.
hope, next cite aku...(yg aku kira agak berat temanya..)....dapat support macam ni lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2009 04:06 PM | Show all posts
Alisya dan Aril berlumba2 menyuap ais kacang kemulut masing2. Aril merenung Alisya didepannya.

        “Hodohnya kau makan!!Macam kebulur!!” teriak Aril. Alisya mencebik.

        “Suka hati kaulah nak kata apa..” Alisya sudah tidak peduli lagi. Ais kacang didepannya masih tak berubah kualiti. Masih sama.

        “Tak sangka kedai ni masih ada..” tutur Alisya perlahan. Aril angguk.

        “Kau ingat tak masa 1st time kita jumpa kat kedai ni..masa tu kau dan Marina datang nak beli ABC. ..” kata Aril gembira. Alisya angguk.

        “Ingat..Aman ajak kami lepak sama. Tapi, bila aku tengok muka kau yang macam jamban pecah, tak jadi aku nak lepak sekali..” tukas Alisya pula.

        “Apa??Muka aku macam jamban pecah??Ha…banyak la kau!!!” hambur Aril sambil ketawa. Alisya senyum, sungguh dia sudah lama tidak merasa riang sebegitu.

        “Ala..kau bukan setakat muka macam jamban pecah…kau bodoh tahan gaban tau tak…” kata Alisya lagi sambil mengunyah keropok lekor yang masih panas.

        “Apa??Bodoh tahap gaban??” Aril menyeringai marah. Alisya mengekek ketawa.

        “Yalah…kau ingat tak, dulu kau pernah suruh aku main netball pakai sweater tengah2 hari panas…gila tak ingat!!!” kata Alisya lagi. Aril mencebik.

        “Hey kawan…awak tu yang sebenarnya tak tau cerita…” tukas Aril pula.

        “Cerita apa?” Alisya mula tertanya2. Aril dipandangnya serius.

        “Sebenarnya, sebelum tu, si Shahril dok skodeng kau kat tepi padang…sebab tu aku suruh kau pakai sweater..” kata Aril. Alisya ternganga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2009 04:08 PM | Show all posts
“Skodeng aku? Maksud kau?” Alisya hairan. Keropok dikunyah lagi. Tak cukup keropok dipiringnya, keropok di piring Aril di capai.

        “Haa..itulah yang korang tak tahu. Sebenarnya, geng2 Shahril tu, suka tengok budak pompuan main bola sebab apa tau? Sebab…bila korang lompat ke tunduk ke…nampak bentuk badan korang…Si Shahril tu skodeng kau…dia cakap…” kata2 Aril terhenti seketika.Tersenyum2 Aril sendirian.

        “Apa?” bulat mata Alisya menanti kata2 Aril. Aril tersengih2. Keropok dikunyah lahap. Alisya menampar bahu Aril.

        “Cepatla!!!Dia cakap apa..”marah Alisya. Aril ketawa.

        “Dia kata..body kau lawa..”Aril tersengih2 bila menuturkan kata2 itu. Alisya mencebik.

        “Ciss….lucah tak ingat!!Orang lelaki ni memang tak tahu nak fikir benda lain dah!!Kenapa kau tak bagitau aku masa tu?” soal  Alisya sambil mendengus marah.

        “Aku nak bagitau macammana…kau asyik lari dari aku aje..” kata Aril separuh merajuk. Alisya terdiam.

        “Tapi..body kau memang lawa pun…” tiba2 terluncur kata2 itu dari mulut Aril. Berdesing telinga Alisya. Aril direnungnya tajam. Hiii…keeeechhiiiiiikkk aje aku tengok si Aril ni…

        Aril buat muka selamba. Ais kacang disedut rakus. Sesekali, matanya dilirik kea rah Alisya. Dia dah berhenti marah ke belum? Hehehe..

        “Kau pun sama macam Shahril tu..” getus Alisya geram. Aril yang mendengar, terdiam. Ya…betul kata kau Alis…aku, sama seperti kawan2 kau yang lain…Aku tak ada beza dengan kawan2 kau yang lain. Hati Aril mengecil. Tawanya tiba2 mati.

        “Kau tahu tak, apa yang membuatkan aku teringatkan kau?” soal Aril. Dia mahu melenyapkan perasaan sedihnya waktu itu. Waktu bersama Alisya sangat berharga. Tidak patut dibiarkan berlalu dengan perasaan sedih. Dia mahu gembira sahaja.

        “Hmm..apa dia?” Alisya menghabiskan sisa ais kacangnya. Aril senyum.

        “Aku nak bawak kau ke satu tempat..” Aril mengukir senyum misteri. Alisya merenungnya dengan  pandangan aneh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2009 04:10 PM | Show all posts
“Mana kau nak bawak aku lagi ni?’ soal Alisya sebaik Aril menarik lengannya menaiki keretanya. Kereta Alisya dibiarkan sahaja di tepi jalan kampung itu.

        “Kau diam sajalah!Bukan senang nak dapat jumpa kau ni..” kata Aril sambil menghidupkan enjin kereta. Alisya hilang arah..Resah hatinya melihat tingkah laku Aril kala itu.

        Aril senyum sendirian. Biarlah!!!Kalau aku tak dapat Alisya sebagai isteri pun…dapat berjalan2 dengan dia sebagai kawan pun sudah cukup baik!!!

        “Kita nak pergi mana?” soal Alisya kehairanan. Kereta sudah membelok ke satu lorong. Ini bukan…

        “Ini kawasan kita rentas desa dulu kan?” soal Alisya hairan. Kereta diberhentikan serta merta. Aril sengih lagi, sambil terus turun. Cepat2 dia membukakan pintu kereta untuk Alisya.

        “Silakan..” tunduk Aril sambil mempersilakan Alisya keluar.

        “Kau ni dah salah makan ubat nenek kau pagi tadi ke?” Alisya keluar juga sambil memandang Aril kehairanan. Aril senyum lagi. Tangan Alisya digenggam. Alisya memandang tangannya yang digenggam Aril. Aril pandang Alisya.

        “Tak boleh pegang ke?” soal Aril serius.

        “Haa?Eh..” Alisya menggeleng, kemudian mengangguk.

        “Good!” genggaman dikuatkan. Aril menarik Alisya menghampiri satu kawasan semak samun. Darah Alisya berderau.

        “Kau nak kemana ni???Kau jangan ingat aku pakai kain ni…aku tak boleh nak pelangkung kepala kau..” marah Alisya sambil memegang kain baju kurungnya.

        “Ala..kau ni, dah tua2 ni, janganla garang sangat! Nanti, tak ada orang nak, jadi Andalusia tau!!” kata Aril. Andalusia???

        Kukkk!!!Alisya menyekeh kepala Aril. Serta merta langkah Aril terhenti. Genggaman tangannya masih erat, seolah2 tak mahu melepaskan Alisya. Aril menggosok kepalanya.

        “Apa kau ni….Aku Cuma nak tunjuk pada kau, tempat aku mula ingat segala2nya!!Tempat aku mula2 teringatkan kau selepas aku hilang ingatan dulu…” kata Aril. Alisya ternganga.Alamak!!

        “Oh..sorry..” Alisya tunduk malu. Aril menariknya lagi. Alisya merenung segenap ruang di sekelilingnya. Benar..ini kebun sayur tinggal dulu!

        “Kat sini dulu…kau pernah jatuh kan?” langkah Aril mati tiba2. Longkang yang sederhana besar terbentang di depan mereka. Alisya dan Aril merenung longkang itu. Alisya terdiam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-11-2009 04:10 PM | Show all posts
Perlahan2, Alisya angguk. Benar..dia pernah jatuh di sini dulu sehingga mukanya berparut.

        “Kat sini jugak aku pernah jatuh…” kata Aril sambil memandang Alisya. Alisya terdiam. Aril merenung Alisya. Jarak mereka begitu dekat. Pandangan mata Aril serasa menikam jantung Alisya kala itu.

        Aril merenung Alisya di depannya. Bolehkah aku meluahkan sekali lagi perasaan aku padanya sekarang? Agak2, kena tendang lagi tak?

        Alisya terdiam merenung Aril didepannya. Macammana aku nak minta maaf dengan dia? Kalau aku mengaku saja depan dia yang aku masih cintakan dia, dia terima ke? Tapi, dia masih cintakan aku kah?

        “Alis..” suara Aril bergetar. Alisya menahan debaran di dada. Kalau sepuluh tahun dulu, Aril merenungnya, dia boleh menampar pipi Aril. Tapi, kini, wajah Aril terlalu mulus baginya. Aril bukan lagi budak2 seperti dahulu. Melihat wajah Aril, mana2 perempuan boleh jadi cair!Aku pun dah cair sekarang!!Aduhhh…

        “Alis..” Aril tunduk mencari kata2. Alisya tunduk , merenung tangannya yang digenggam erat oleh Aril. Hangat genggaman Aril dirasakannya. Aril mengukir senyum menatap wajah ayu Alisya di depannya. Gulp…Aril membuka mulut mahu bersuara…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-11-2009 04:11 PM | Show all posts
“Ang!Ang!Ang!Ang!Ang!!” satu bunyi katak kuat kedengaran. Alisya dan Aril kelam kabut. Aril segera menyeluk koceknya. Bunyi itu masih kuat berbunyi.

        “Sorry..telefon aku…” Aril mengaduh kesal.Hii….time nilah engkau nak berbunyi!!!!Aduhhh…

        “Hello…”Aril masih menggenggam tangan Alisya sewaktu mengangkat telefon.

        “Apa?” wajah Aril merona pucat tiba2. Alisya direnungnya tak berkelip.

        “Kenapa?” soal Alisya separuh berbisik. Aril pantas menarik lengan Alisya keluar dari kebun itu. Alisya turut mengekori Aril.

        “Nenek!!” kata Aril cemas. Darah Alisya berderau sebaik terdengar nama ‘Nenek”. Masing2 bungkam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-11-2009 04:13 PM | Show all posts
Insya-Allah..
next n3 is ending...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:43 PM | Show all posts
sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:44 PM | Show all posts
Insya-Allah..
next n3 is ending...
fizziany Post at 12-11-2009 16:13


bila next n3 tu Fizzi... tak sabar ni.... bila nak terluah rasa cinta dihati mereka tu?...
tentunya malam pertama baru terluah kan...kan..kan?????

nampa gayanya tak de le story after mereka nikah n dpt anak....
next fizzi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:47 PM | Show all posts
aduhh.... excited gile aku baca... best2!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2009 04:47 PM | Show all posts
:pompom: kita suka...kita suka...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 01:47 AM | Show all posts
aduh....fizzy..hang tau dak penantian tu 1 penyiksaan??
jangnla bg kita suma tunggu lama2... tgh syokkkk ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 08:24 AM | Show all posts
alamak dah nak end rupanya...
ish! x sabo nak tunggu n3...
tapi kalu dah ada n3 dah abis...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 08:38 AM | Show all posts
aiyok!!!!!
hehehe...apakah yang akan terjadik selepas ini?????
suspend jek la ko neh fiz....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 08:40 AM | Show all posts
fizz ko taknak ke buat sampi depa lepas kawen n dapat anak...kalau depa jadik kawen pun aku rasa si alis neh mesti cam kekok jek ngan si arel....kekeke....so sweet.....

huh!!!pepagi lagi aku da berangan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:54 AM | Show all posts
ala............nak abis dah ?????
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 11:18 AM | Show all posts
ala jgnlah nk abis biar panjang sikit cite ni.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 11:22 AM | Show all posts
nak lagi plzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.046169 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list