CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wasntme

DARUL SAKA - sharing is caring ( MERGED)

  [Copy link]
Post time 27-10-2009 09:01 AM | Show all posts
dulu forumer dlm forum CVT (harmonisers) selalu anjurkan perjumpaan,
aku ada tanya satu perawat tu (bukan tok belagak), macam mana dia rawat kes kerasukkan.

Dia kata mudah aje, baca bismillahirahmanirahim, makrifat jin dlm badan pesakit tu kecil macam semut, lepas tepuk meja, lantai atau sebagainya, makrifatkan kita tepuk jin tu sambil takbir, buat secukup rasa.

Nak jadi cerita, pada suatu malam tengah aku berseronok dgn isteri (korang faham le maksud aku, kalau lebih detail dah jadi kategori 18sx pulak), HP berbunyi, ada orang kerasukkan, kedengaran juga suara org yg merasuk tu, aku minta nama dan aku letak HP.

Alamak macam mana nak buat ni, aku dlm hadas besar ni. Tiba-tiba aku teringat cerita perawat tu. Terus aku tepuk atas tilam secukup rasa. Tak sampai seminit HP berbunyi, ucap terima kasih. Huyoooo jadi le.......

Aku dah bangga sangat le, ilmu yg aku dengar dan pelajari menjadi.
tetapi kegembiraan aku tak lama, ada suatu petang aku terima call
ada kawan dia merasuk. Aku pun dengan confident tepuk meja la...
1 minit tak settle, 5 minit tak settle, jin kuat ni, 10 minit tak settle, tangan dah sakit.
akhirnya aku suruh cari org lain.

baru padan dgn muka aku, aku insaf (tetapi tak lama le, biasa le)
Aku terlupa yg menyembuhkan adalah ALLAH bukan aku.
Yg pertama menjadi mungkin aku betul-betul ikhlas nak rawat pasal nak cepat
sambung projek yg terbengkalai.

Yg kedua tak jadi, pasal aku dah riak, ingat aku POWER, yelah hanya dgn
kalimah bismillah dan takbir aku boleh tepuk jin macam tu aje. Rupanya TIDAK.
Allah yg POWER sebenarnya. Aku cuma hamba rupanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 09:05 AM | Show all posts
salam bro kupia dan jinkepalabotak

jom kiter gi makan aiskrim macadamia...jom..meh sini ilah belanja.......

.
ilahkhatibrani Post at 26-10-2009 22:35


ilahkhatibrani, kau dok mana aku kat KL aje ni..... pasal minum aku no hal, aku boleh belanja.
Belanja minum teh tarik aje, order lain, sendiri bayar aaaa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 01:49 PM | Show all posts
edy, emjay ni org johor nama sebenarnya muslim jonid, pensyarah di UTM skudai.. ajak dia minum sekali...
jinkepalabotak Post at 27-10-2009 08:43


emjay???? macam biasa pernah ku jumpa ini nick.. adakah dia pernah berforum di cVT or something???
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 02:49 PM | Show all posts
emjay???? macam biasa pernah ku jumpa ini nick.. adakah dia pernah berforum di cVT or something???
edy137 Post at 27-10-2009 13:49

emjay mana join forum, dia ada blog sendiri. tetapi nama dia memang famous kat forum CVT. Habis semua syirik katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 03:16 PM | Show all posts
btol Jin... aku macam biasa nampak kerr... pernah sama2 berforum kerrr... atau macamana entah... tapi kenapa macam familiar sgt ekk mamat tuhh... eishh... lupa pulakk mana dapat...  mungkin btol laa ternampak kat CVT kott... heheh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 05:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by intandanial at 28-10-2009 10:06
ilahkhatibrani, kau dok mana aku kat KL aje ni..... pasal minum aku no hal, aku boleh belanja.
Belanja minum teh tarik aje, order lain, sendiri bayar aaaa.
jinkepalabotak Post at 27-10-2009 09:05


ilah..ais krim je ke?

panas benang ni..baru berapa minggu tak masuk..uish...

k...intan sekadar berkongsi lagi..

hari ahad (malam dalam kul 7 lebih), suap anak makan pastu dia tercekik tulang..(gatai amik lauk sendiri)..intan dah panik..anak baru 2 tahun nangis2 minta tolong, berair mulut (takut telan air liur, sakit gamaknye), asben try jolok kerongkong dia...bagi muntah, takleh gak..apatah lagi nak kepal nasi suap kat dia.tak boleh .pastu dengan sendiri sambil nangis dia cuba kuarkan tulang tu (mcm paksa kuar kahak)..ada dalam 20 minit..kami nak bawa dia gi klinik dah..pastu tetiba asben kata cuba call tuk belagak..(sbb penah baca cite ttg anjing yg telan jarum tu)..

Intan call dan nasib baik dia angkat dan cite lebih kurang...dia kata okey, dan minta sms nama anak pastu lepas 10 minit call dia semula..lepas antar sms dalam 6 minit gitu, depan mata intan, asben sendiri anak yg tengah melalak tak hengat atas katil tetiba dia senyap, muka mcm keliru (siap kerut dahi, tak tahu apsal)..baring dlm 5 minit pastu terus tertidur..

Intan call dia bagitahu anak dah tidur..ucap thanks la...dan dia bagitahu ada tulang lekat kat kerongkong dia..

pagi isnin, dia minum susu mcm biasa tapi kelakar la siap buat muka pelik2, mcm tengah pk sambil urut2 leher dia..lawak tul...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 05:44 PM | Show all posts
panasss.. memang panasss...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 06:23 PM | Show all posts
x silap aku emjay ni penah kata aura seri, chakra & yg sewaktu dgnnya syirik la tu la ni la. :re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 08:23 PM | Show all posts
aura seri bukan produk yang kita letak kat sudut rumah tu kerr??? kalau aura seri dia kata syirik, sah ini worang manyak berbual punya orang maa...... kasi tampar itu muka kasi biol dia hilang....

orang macam tu tak usah layann...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 09:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by intandanial at 27-10-2009 17:44



ilah..ais krim je ke?

panas benang ni..baru berapa minggu tak masuk..uish...

k...intan sekadar berkongsi lagi..

hari ahad (malam dalam ...
intandanial Post at 27-10-2009 17:41


alhamdulillah.. ada ker dia cerita apa yang dia buat utk hilangkan tulang kat tekak anak tu?? .. sesungguhnya memang tak terjangkau kita dengan keluasan ilmu Allah.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:49 PM | Show all posts
salam,
baru berususan dgn tuan empunya darul saka ni..sbb anak terkena sihir ...sblm tu jumpa one ust di seremban dia pun ckp ada jin dlm badan anak awak ni...tapi cara dia ubat pelik gak minta pengeras rm333...saya pelik2 ni takut gak...dia kata bukan pengeras upah nak tangkap jin dan hantar ke melaka...pusat serenti jin kut he he..bayar je sbb fikirkan anak yg masuk ni dah 2x kena menda2 mcm ni
so kawan suggest tuan darul saka ni..i think dari bacaan dlm thread ni dia pun ada join dlm discussion kat sini kalau tgkkan cara penulisan seseorang tu lah..i am a pscyhologist boleh gak buat analisis sikit2 bukan scan tau he he..
so semalam dah beli air dan limau spt yg dia minta then call dia....tak bagi lagi pada anak mayb ahad ni baru saya hantar...
dan sekarang my part doakan kesejahteraan utk anak semoga dihindari dari benda2 mcm ni..as a mother kita ni ada instinct / firasat tentang sesuatu...apa lagi yg berlaku pd anak2...saya saja je check dgn ust kat sban tu..sbb saya rasa lain mcm tgk anak ni..muka dah tak ada seri...bangun solat subuh lambat..saya sms anak minta dia jgn tinggalkan baca zikir mathurat setiap hari..dlm tu ada pelbagai doa yg diamalkan oleh nabi saw...insyallah terhindar dari benda2 mcm ni ada gak doa dijauhi dari sihir dlm zikir tu..
hari ni anak no 2 balik, mula saya minta tlg dgn dia cuba tanyakan ust2 nya kalau ada yg boleh buang sihir..dia bagi tau ust tu tak berani kalau buang jin boleh lah..apa bezanya ya? anak saya ni sek agama..then saya bagi tahu hal abang dia...dia kata dia tgk minah ( yg saya agak yg punya angkara ni lah..ust kat sban tu pun kata dia ) tu muka dia semacam..tak ada seri langsung...dah tu mukanya lebam sana sini..lebam kat tempat yg tak sepatutnya lebam..dia kata minah tu try nak sembang dgn dia..dia tak layan ...anak saya ni sek agama, dia selalu gak ikut ust2 nya meeting dgn jin..halau jin semua ni lah kalau ada kes kat sekolah....balik rumah ni pun sb ada interview utk ke darul quran khamis ni cikgunya bagi balik ambil sijil2...alhamdulillah semoga dia jadi hafiz.....so he told me minah tu something wrong kenapa abang dia tak perasan....i ckp org dah kena pukau mana dia perasan semua ni....
conclusionnya bykkan beramal ibadat selalu insyallah benda2 ni takut dgn kita...amalan kita tu jadi pendinding dari makhluk2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 12:41 AM | Show all posts
Selalunya yang terkena sihir nih kalau tak di buang sehabis- habisnya hingga ke kerak,...ia akan berbalik semula..
Guru atas gurunya haruslah di hapuskan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 01:01 AM | Show all posts
alhamdulillah.. ada ker dia cerita apa yang dia buat utk hilangkan tulang kat tekak anak tu?? .. sesungguhnya memang tak terjangkau kita dengan keluasan ilmu Allah.. :re:
bapakhero Post at 27-10-2009 21:00


diblog darul saka baca pasal anjing termakan jarum....
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 01:33 AM | Show all posts
Aku ada mintak ilmu dari satu orang nih ( dah tua dah pangkat atuk ).
Dia bersetuju untuk mengajarku.
Satu permintaan yang tak dapat aku tunaikan...
Mendapatkan pelepah kelapa yang jatuh dengan hujungnya terpacak ke tanah.

Rata-rata yang ada adalah pangkal pelepah kelapa tu yang jatuh dahulu ke tanah.
Tak jadi....tak jadi....

Dia hanya menekapkan tangannya ke leher ( tenggorok ) pesakit pastu beberapa ketika apa yang tersangkut keluar ikut mulut semula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:26 AM | Show all posts
x silap aku emjay ni penah kata aura seri, chakra & yg sewaktu dgnnya syirik la tu la ni la. :re:
sicomel Post at 27-10-2009 18:23

kalau guna garam dah syirik, inikan ulak guna aura seri dsbnya... kata dia, bukan kata aku
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:30 AM | Show all posts
Selalunya yang terkena sihir nih kalau tak di buang sehabis- habisnya hingga ke kerak,...ia akan berbalik semula..
Guru atas gurunya haruslah di hapuskan...
rdzaccess Post at 28-10-2009 00:41

betul tu sokong 100%. Buang jin semudah ABC, ye la aku jin, aku tahu le...
tetapi bila melibatkan kes sihir, ramai tak nak terlibat, silap-silap kena pulak kena sihir
pasal dok tolong org...

kalau dia hantar jin boleh le settle semudah ABC, kalau dia guna makrifat macam
Nabi Muhammad s.a.w kena, jenuh juga le nak berlawan.

info: tak semua sihir melibatkan jin. BUKTI: Kisah Nabi Muhammad kena sihir tidak
melibatkan sebarang jin. korang ingat boleh ke jin nak masuk dlm badan nabi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 09:42 AM | Show all posts
331# sunsuria3

salam puan,

berjumpa kat sini pula, yaa.. saya juga baru2 nih ada mendapatkan khidmat Tok Belagak, ada sedara yang bermasalah.. (result? masih dalam pantauan) sebelum tuh, memang baca browse thru blog beliau. Dari pembacaan mom yang tak seberapa nih, so far tak jumpa ayat beliau yang bercanggah dengan akidah. part2 mcm statement seakan berbunyi temberang nih.. diabaikan, itu hanya cara dia present.. mcm most of us pun ada cara nak comunicate. small matter.

Begitulaa.. semua tau segala-galanya dalam kekuasaan Rabbul Alamin, tapi seringkali kita gagal including myself untuk sentiasa memegang hakikat ini bila berada dalam realiti duniawi. Sebagai hamba, kenalaa ikhtiar.. kena menjalani kaedah. Kena solat, puasa, sedekah dan bermacam-macam lagi... tapi semua ini secara hakikat tidak memberikan bekas, syurga dan neraka telah ada bersama-sama list of occupant nya.. TAPI, kita kena buat semampunya apa yang telah diperintahkan.

Semoga Dia mengasihani kita.

wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 09:51 AM | Show all posts
Post Last Edit by awan at 28-10-2009 10:39

bersama Dato Dr Haron Din

soalan :
saya telah menjalani perubatan moden selama 18 tahun, tetapi para dr gagal membantu
menyembuhkan penyakit saya. Penyakit itu adalah pendarahan usus yg tidak pernah
sembuh. Baru-baru ini saya telah di 'scan' oleh seorang uztaz. beliau mendapati, katanya
ada jin saka dan jin-jin lain. Katanya semua jin itu boleh dibuang melaui rawatan
auraterapi beliau. Apakah risiko jika saya menjalani rawatan tersebut. Penjelasan Dato'
amat diharapkan.

jawapan:
Setiap penyakit ada ubatnya(maksud hadis) Allah tidak menurunkan segala penyakit
melainkan diturunkan bersama dengan penawarnya.

Antara ubat atau penawar yang senang didapati ialah al-Quranul karim. firman Allah
(mafhumnya) "dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran ayat-ayat
suci yang menjadi ubat penawar (shifa) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
kepadanya dan(sebaliknya) al_quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim
(disebabkan keingkaran mereka, melainkan kerugian jua) - surah al-Israk ayat 82

Anda sakit, anda telah berusaha dengan cara yang betul iaitu berjumpa dgn doktor,
terutama doktor pakar untuk ikhtiar kesembuhan. Jika sudah 18 tahun anda berusaha
dan sehingga kini belum ada kesembuhan maka jangan sesekali berputus asa. Anda harus
terus berusaha mencari penawarnya. Tentu ada penawarnya berdasarkan kepasa hadis
dan ayat Quran yang saya nyatakan di atas.

Perihal ada ustaz yang 'scan' memberitahu ada jin saka dan sebagainya, saya tidak tahu
betulkah perbuatan itu ataupun tidak.. Apa yang boleh saya fahami daripada cerita anda,
seolah-olahnya ustaz itu boleh mengetaui perkara yang ghaib. Perihal saka atau gangguan
jin dan sebagainya adalah perkara yang ghaib.

Mengetahui penyakit dengan cara 'scan' sebegini adalah juga ghaib. Perihal mendakwa ,
mengetaui yang ghaib adalah perkara yang amat serius dalam syariat islam.

Tidak boleh sedemikian, Islam melarang dgn sekeras-kerasnya. Dalam al-Quranul Karim
Allah berfirman (mafhumnya) "dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendeharaan
segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja. dan
Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. dan tidak gugur sehelai daun pun
melainkan Ia mengetahuinya dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi
dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya ada tertulis di dalam
kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata "- surah al-An'aam ayat 59

Firman Allah (mafhumnya) "Tuhan sahajalah yang mengetaui segala yang ghaib, maka Ia
tidak memberitahu perkara yang ghaib yang diketahuiNya kepada sesiapapun. Melainkan
kepada mana-mana Rasul yang diredaiNya (untuk mengetaui sebahagian dari perkara
ghaib yang berkaitan dengan tugasnya: apabila Tuhan hendak melakukan demikian) maka
Ia mengadakn di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan
mengawasnya. (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan.
-suratul Jin, ayat 26-27

Dalam as-Sunnah, banyak terdapat hadis Rasulullah s.a.w mendatangi tukang tilik atau
pengubat-pengubat yang mendakwa mengetaui yang ghaib. Antaranya hadis daripada
Sufayyah bin Abi Ubaid. Rasulullah s.a.w bersabda "sesiapa yang meendatangi arrafan
(tukang tilik atau pengubat yang mendakwa mengetaui perkara ghaib) lalu menanyakan
sesuatu, maka perbuatan itu mengakibatkan ibadatnya kepada Allah swt tidak diterima
selama 40 malam." (hadis riwayat Muslim)

Imam al-Termizi Ibnu Majah dan Ahmad bin Hambal, meriwayatkan hadis (mafhumnya)
"sesiapa yang mendatangi kaahin dan bertanya sesuatu kepadanya dan mempercayainya
maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan Allah (al-Quran)
kepada Nabi Muhammad s.aw.

Apa itu kaahin? Dalam kamus al-Munjit disebut kaahin itu adalah orang yang mendakwa
mengetaui segala rahsia dan hal-hal yang ghaib. Kaahin juga bermaksud mengubat atau
tukang tilik atau orang yang menolong seseorang itu melepaskan kesusahannya. Semuanya
dilarang kerana boleh membawa syirik kepada Allah SWT.

Mengenai rawatan orang yang dimasuki makhluk halus seperti cara yang disyariatkan oleh
Allah SWT, adalah harus melakukannya, seperti doa, solat hajat, membaca ayat-ayat tertentu
dan merawatinya dengan cara yang betul, itulah cara yang patut dilakukan.

Saya tidak begitu arif mengenai auraterapi. Anda rujuklah kepada yang lebih arif.
Sekian sahaja. Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 10:02 AM | Show all posts
Aku rasa Kupia ni asalnya berniat baik. Dia tak nak kita mengagung-agungkan seseorang tu dgn cara yg melampau. Kalau korang baca blog belagak ni, macam semua kes dia boleh setelkan melainkan mati.

Yelah.. berlagak tak hingat tentang kebolehan dia tu sampai orang ramai boleh taksub kepadanya.Kalau dia suruh terjun lombong untuk sembuh, ramai yg snggup ikut kut.hehehe.

So far yg aku baca blog dia ni.. takdelah aku jumpa pasal ayat2 dia yg yg menyebabkan aku jadik  syirik. Makin jadik berani (sikit) adalah sebab manusia ni lagik power dari jin2 sumer tu. Cuma penceritaan dia tentang alam ghaib (temberang ke?) tak terjangkau dek akal fikiran orang2 biasa macam aku ni.

Dan penyataan Kupia pasal khidmat seks dan saka lembu tu dah dijelaskan olah kuncu2 belagak (bak kata Kupia). Melainkan ada bukti2 terbaru yg sahih yg menyatakan Balagak ni sesat, aku masih percaya pada dia setakat ni. Manalah tau ada bukti video macam Cakra Alam tuh..... kita tunggu dan lihat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 10:03 AM | Show all posts
Aku ada mintak ilmu dari satu orang nih ( dah tua dah pangkat atuk ).
Dia bersetuju untuk mengajarku.
Satu permintaan yang tak dapat aku tunaikan...
Mendapatkan pelepah kelapa yang jatuh dengan huj ...
rdzaccess Post at 28-10-2009 01:33


uish..payah tu nak dapatkan pelepah kelapa yg jatuh mcmtu...

Kat kampung belah arwah ibu, (dah meninggal gak org ni)..dia ada ilmu tercekik tulang dan simpul urat..tak kira urat kat mana..yg tercekik tulang intan sendiri pernah kena (masa kecik) mak bawa ke dia..cuma pakai segelas air...tak sampai 2 minit lepas tu dah ok..yg sakit tergeliat, simpul urat pelik skit..dia amik pisau ..lurut kat tpt sakit pastu dia ketuk kat tempat potong sayur tu..dalam 4 5 kali gitu...dah ok..seolah2 mcm dia potong la..hkeheh..pelik..tapi slalu org dtg umah dia esp bebudak yg main bola sepak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.090572 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list