CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hizzahzu

Kenangan Zaman Dulu Dulu

[Copy link]
Post time 7-2-2010 08:27 PM | Show all posts
http://i386.photobucket.com/albums/oo305/myhanna/DSC03336.jpg

sorry tak kluaq plak
mrserra Post at 3-2-2010 13:19


Pasai pa dia bungkuih macam asam Jawa? Siap ikat getah.Lama dah tak makan asam katok ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2010 10:10 AM | Show all posts
Usung rumah masih diamal di Perlis



Md. Isa Sabu (tengah) bersama penduduk kampung mengambil masa 15 minit mengusung rumah Ramli Ismail untuk dipindahkan ke tapak baru di Kampung Wang Belimbing, Kangar, semalam. – BERNAMA

--------------------------------------------------------------------------------

KANGAR 7 Feb. – Apabila Ramli Ismail mahu memindahkan rumah papannya, beliau menghebahkan hasratnya kepada penduduk Wang Belimbing.

Jumaat lepas, beliau memaklumkan hasratnya di masjid dan memberitahu rakannya dan penduduk di situ apabila menemui mereka termasuk berkunjung dari rumah ke rumah.

Hari ini, lebih daripada 250 penduduk kampung berkumpul seawal 7 pagi bagi memindahkan rumahnya yang terletak di pinggir bukit secara mengusungnya beramai-ramai ke lokasi baru sejauh kira-kira 10 meter dari tapak asal.

Usaha itu turut disertai Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong, Rusli Mat Hussin.

Md. Isa turut membantu memasang buluh pada bahagian bawah rumah bertiang itu untuk memudahkan kerja-kerja mengusung.

Kegiatan usung rumah secara tradisional ini masih dipraktikkan di Perlis.

Ramli, 44, yang ditemui berkata, rumah berusia lebih 40 tahun itu dibeli daripada seorang penduduk tempatan dengan harga RM600 untuk diduduki salah seorang anaknya.

Ramli yang bekerja sendiri itu bersyukur kerana kegiatan seumpama itu telah merapatkan hubungan penduduk tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Selepas selesai kerja mengusung rumah, orang ramai disajikan dengan jamuan yang disediakan secara gotong-royong oleh penduduk.

Katanya, kegiatan gotong- royong dan mengusung rumah di Wang Belimbing sentiasa segar dan Jumaat lalu, sebuah rumah penduduk kampung itu telah diusung secara bergotong-royong.

Selain rumah, mereka turut mengusung sebuah jelapang padi secara bergotong-royong di lokasi yang sama.

Sebelum ini kegiatan usung rumah pernah berlangsung di Kampung Katong dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pauh serta Kampung Jarak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bintong. – BERNAMA

sumber:utusan malaysia
================================================================

penah tgk waktu kecil dulu...betul2 sebelah rumah..pastu rasanya ada gak tgk siap usung kat jalan raya lagi kat kampung...kiranya dulu klu tgk org usung rumah tak la janggal sgt mcm sekarang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 02:54 PM | Show all posts
Usung rumah masih diamal di Perlis



Md. Isa Sabu (tengah) bersama penduduk kampung mengambil masa 15 minit mengus ...
MsCinderella Post at 8-2-2010 10:10


ada lagi org buat camni la ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 02:55 PM | Show all posts
alahai.. klu tak silap buah keranji... buah tu mmg masam..
org selalu buat halwa.. sedap.. tp lama dah tak jumpa....
mrserra Post at 5-2-2010 21:05


buah berangan hat mana pulak??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 09:06 PM | Show all posts
buah berangan hat mana pulak??
alahai Post at 8-2-2010 14:55


BUah berangan tu hat Chip n Dale suka makan tuh... Apa ka nama omputeh dia tatau...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 09:07 PM | Show all posts
Haaa... chestnut....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2010 10:39 PM | Show all posts
buah rotan plak pnah makan???
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 11:50 PM | Show all posts
Haaa... chestnut....
pedon Post at 8-2-2010 21:07


oo yg org goreng dgn batu tu ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 11:22 AM | Show all posts
328# alahai

Yang tupai Alvin suka makan tu ker.Buah berangan kan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2010 01:13 PM | Show all posts
asam katok ni ada mmg bungkus mcm asam jawa. tp saiz dia kecik... ada juga yg tak ikat ngan getah... pakai bungkus mcm tu sja...
nak tunjuk takdak gambaq plak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 01:33 PM | Show all posts
Gelak besaq aku tgk thread ni... 90% yg hampa share aku ingat..nostaliga tu..
Aku nak tambah satu lagi kat sini... Dulu2 rambut kena ada REMOIH kat depan, hanya satu
jenama minyak rambut saja yg boleh buat REMOIH tu..nama dia POKEN, color hijau, dlm tin bujuq Sapa ingat??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 02:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by hizzahzu at 11-2-2010 14:38
Gelak besaq aku tgk thread ni... 90% yg hampa share aku ingat..nostaliga tu..
Aku nak tambah satu lagi kat sini... Dulu2 rambut kena ada REMOIH kat depan, hanya satu
jenama minyak rambut saja yg bo ...
1360noname Post at 11-2-2010 13:33





Sejenis minyak rambut yang tidaklah terkenal atau diiklankan secara meluas ketika itu (penghujung 80'an, awal 90'an). Namun jenama Poken ini yang berbentuk krim padat berwarna hijau mempunyai pengikutnya yang tersendiri walaupun terdapat juga yang tidak menggemarinya kerana bau wangiannya yang terlalu kuat sekiranya dipakai terlalu banyak. Didatangkan dalam bekas "besi" tidak seperti jenama-jenama lain yang lebih terkenal, ia banyak dijual di kedai runcit, pasar malam, mahu pun supermarket. Kini tidak ramai lagi yang menggayakan rambut mereka dengan "minyak" sebegini yang telah pun dianggap ketinggalan zaman.


aku dapat gmbr ni dari  arkib negara...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 02:39 PM | Show all posts


senarai kartun alih suara dlm seminggu zaman dulu2..hehhehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 02:41 PM | Show all posts


Selangor vs Boca Juniors
Boca Juniors menang 2-1.

14 Januari 1982
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 02:43 PM | Show all posts
Hehehe... mmg pun satu kelas boleh bau.. seingat aku 70% budak sekolah aku pakai minyak ni. makasih no letak gambaq )
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 02:46 PM | Show all posts
Makanan plak - Sengkuang potong cucuk dgn lidi , atas sapu kuah rojak & kacang...
Mak aku cukup marah kalau aku makan benda ni...belemoih baju..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2010 02:50 PM | Show all posts
http://3.bp.blogspot.com/_yeXOuINii0M/SYQFW9Epg1I/AAAAAAAAAJQ/hc2FOB_Ipiw/s1600/mokhtar-dahari.jpg

Selangor vs Boca Juniors
Boca Juniors menang 2-1.

14 Januari 1982
hizzahzu Post at 11-2-2010 14:41


dia ada cter pasal apa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 02:53 PM | Show all posts
dia ada cter pasal apa tu
MsCinderella Post at 11-2-2010 14:50



ceritanya begini....dub dub dub

14 Januari 1982, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tidak tahu, dua legenda bolasepak ini pernah bertemu dalam satu perlawanan. Di Malaysia! Malah, sebelum Maradona terkenal pada Piala Dunia '86. Peristiwa yang kini dianggap bersejarah ini adalah perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan Selangor yang diketuai oleh Mokhtar Dahari dengan kelab terkenal Argentina, Boca Juniors, yang diketuai oleh Diego Maradona (21 tahun) ketika itu.

begitulah ceritanya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2010 02:55 PM | Show all posts
sengkuang potong... sedapnya.. aku selalu beli dulu ..
tp yg tak best nya aku beli kat stall cccinna....
mau ingat balik.. naik loya tekak nih..
dulu bukan pk apa pun.. pakai blasah sja...
dah lah bukan warung yg elok pun...
eeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2010 02:55 PM | Show all posts
Keputusan peperiksaan SPM (1989)






9 April 1989, Sheila Rusly dapat Gred 2, Fauziah Latiff Gred 3 (Mingguan Malaysia). Komen Sheila: "Sheila tak sangka dapat keputusan gred dua. Sebab Sheila ingatkan entah pas ke tidak. Cikgu di sekolah Sheila pun tak sangka, sebab Sheila bukannya belajar sangat. Masa ambil periksa pun Sheila sibuk menjalani penggambaran siri drama Harimau Rimba (arahan Yusuf Haslam) pada hujung minggu". Komen Fauziah pula ringkas sekali: "Ala... tak berapa bestlah. Malulah nak beritahu", tapi setelah didesak, memberitahu dapat gred tiga. Kedua-dua mereka berusia 18 tahun dan begitu aktif berlakon dan menyanyi. Beberapa hari selepas berita ini disiarkan, Fauziah Latiff berada di Manila, Filipina untuk bertanding dalam Pesta Lagu Pop ASEAN dengan lagu Kau Merubah Segalanya ciptaan Manan Ngah.


heheh...aku taruk crita skali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.204712 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list